Friday, July 27, 2012

Salah sangka dan curiga tidak ke mana

Tengahari itu panas terik. Adik sakit perut lagi. Mak Zah bersihkan muka adik dan basahkan ubun-ubun adik dengan air sebelum menukar pakaian sekolah kebangsan ke pakaian sekolah agama. Minyak angin disapu ke perut, dada dan belakang bagi melegakan sedikit rasa sakit perut tersebut. Bertanya juga kalau adik mahu berbuka. Mendengar dari hujung talian telefon aku pun bimbang tapi katanya adik mahu bertahan dan selepas solat zuhor dia terus berbaring di surau sekolah menanti kelas bermula.

Balik dari sekolah Mak Zah lihat dalam dompet tinggal duit syiling. Mak Zah cuak. "Adik puasa tak hari ini?" "Puasalah mak, kenapa?"  "Ini baju adik ada minyak dan duit tinggal syiling adik beli apa?" "Mak ni tak baik tau adik kan pengawas tak kan adik nak tipu-tipu." Jawapan tidak menjurus apa yang Mak Zah kehendaki tetapi dibiarkan adik masuk ke bilik kerana cuaca panas. Sebaik on aircond adik terus baring. Mak Zah tidak mahu mengganggu adik lagi.

Balik kerja seperti biasa aku masuk ke bilik melihat adik masih lena. Sebaik hidung aku mencecah pipinya dan aku usap kepalanya dia tersedar. Belum mandi dan solat asar lalu dia bangun. Masuk dapur Mak Zah buka cerita yang dia tidak pasti adik berpuasa atau tidak pada hari itu. Selesai solat itulah aku bertanya "Mama tak marah kalau adik tak puasa pun. Adik pun tak sihat dan belum wajib lagi. Kenapa mak (panggilan adik pada Mak Zah) tanya tadi adik beli apa adik tak jawab?" "Mama adik tak tipulah mama boleh tanya ustaz/ustazah. Adik guna duit adik beli majalah dan bendera.(ditunjukkan majalah dan bendera Malaysia yang dibeli)." Beristighfar dalam hati aku kerana pertama kalinya aku soal-siasat adik begitu. Lega bila aku pasti kini adik tidak berbohong. Minyak yang terkena baju adalah minyak angin yang Mak Zah sapukan pada perut adik. Dia bimbang kalau memberitahu membeli majalah sebab baru Sabtu lepas banyak sudah buku dan majalah dibelikan untuknya. Aku dan hubby pula bimbang kalau adik lapar di sekolah andai tidak dibekalkan duit. Pada kami biarlah dia membeli makanan kalau dia tidak tahan. Lagipun kami tidak pernah paksa adik untuk berpuasa.
Adik - saja tepek gambar adik sewaktu ber Hari Raya tahun lepas di kampung.



88 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

bagus nye adik..
semoga tabah berpuasa walaupun sakit..
semoga cepat sembuh adik..

matahati-aishahazhar said...

yelah kak.. tak tanya kita berasa syak jugakkan..

baguslah adik dapat bertahan..

BERT said...

semangat tu datang dari ibunya jugak kan kak ehhe... bagus adik!! teruskan berpuasa meskipun tak berapa sihat.. semoga adik cpeat smbuh yaaa :):)

mummY daniSha said...

bagusnya adik..tahan puasa even sakit..

ieja amieja said...

salam kak..
kebetulan ramadhan ke 7 jth pada hari segala penghulu, semoga sama2 kita mendapat kebekatannya...tahniah pd adik yg kuat semangat utk terus berpuasa..bdk2 ni klu tahu fadhilatnya puasa mmg sayang nak berbuka w/p dia x sihat kan kak..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kak zakie.Minat membaca adik rupanya ya..xper la bln puasa ni beli majalah..buat baca2 kan Dik.

Syiannya adik sakit perut...semoga semakin sembuh ya.Aminnn

Jahirah said...

saya dulu2 umur baya adik ni xpenuh kot puasa.puasa yam yok je banyak...heheh.alhamdulillah tgk budak2 sekrang kecik2 lagi dah berpuasa penuh.

Eye_nee said...

Tahniah Adik..biarpun tak berapa sihat...masih mampu berpuasa...

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah kuat semangat adik ~

Kayu Manis said...

ye lah kuat semangatnya tuh..kak

makchaq said...

Anak-anak ibu bapa yg corakkan depa.. kalau baik insyaAllah baik..
Seronok baca kisah anak2 kakzakie.. tahniah pada kakzakie dan suami..

Sedih bila baca remaja pukul emak yg tegur dia tak berpuasa..

faraherda.razalan said...

Wah! Cekal adik menjaga puasanya.

Alhamdulillah.

-Sara- said...

bagosnya adik! suke lak sara..hehe

HeNRieTTa JoSe said...

Kesian adk...tpi adk tabah, wlau skit msih berpuasa...tahniah pada akk dan keluarga, memiliki anak solehah begitu...

Saleha said...

sejuk hati ibu mengandung
semoga adik menjadi anak yang solehah
beruntung akak ada anak begini

Hidayah said...

hehehe..
mujur dia budak lagi..
kalau yg dah dewasa macam kita nih dicurigai..mesti kita dah kecik hati..
:)

kecik2 anak akak dah tunjuk sikap positif..
:)

Unknown said...

bagus adik. Kuat semangat untuk terus berpuasa walaupun kurang sihat kan dik.

yus pun kadang2 ada rasa syak wasangka dengan anak mcm ni kak. Bila bertanya, bimbang juga mereka rasa kita tak percaya pada mereka, takut lain pula jadinya...huhu

Unknown said...

cekalnya adik..tapi jangan sampai memudharatkan kesihatan..

kakzakie,
kalau akak ada protein nutrilite/positrim vanilla tu akak blend dengan kurma tambah dengan badam beberapa biji.. tambah oat lagi pun elok jugak..untuk adik minum masa sahur..kalau dia boleh telan pil bagi calcium magnesium pun elok jugak kak..bahaya kalau kerap sangat sakit perut/gastrik..

kurus said...

kena percaya kak
anak2 saya , saya dah cakap awal2 ..
ibu percaya kan anak2 ibu .. jgn belajar bercakap dan buat perkara bohong .. x baik
soo skrg alhamdulillahh
konpermmm adik boleh bertahan
ibu kena banyak support kan ;)

Dylla Abas said...

budak2 selalunya jujur kan kak..? bagus betul adik ni :)

Rozie said...

oo patut lah dia teragak2 nak berterus terang, rupanya takut kena leter..
kita syak lalu bertanya bila tiada jawapan, makin curiga lah kan?

zue said...

sbagai ibu perasaan yg bukan2 mmg selalu ada kann...alhamdulillah adik mmg sorg yg jujur dan kuat semangat.

norhidana said...

kesian adik, nsb baik jugak adik takde simpan dlm hati...

rugi dana tak dpt pose arini...huhuhui

Suraya Baharun said...

bagus nye adik..terharu auntie baca kisah adik...gud girl..

duniaanita74.blogspot.com said...

bagusnya adik..kekadang kita sebagai ibu bapa selalu persangka...sekarang ita berpesangka baik aje dengan anak ita si diana..alhamdulilah ada perubahan...dan bulan puasa ne..nampak banyak perubahanya kak..

KakNi said...

syabas kpd adik yg cekal berpuasa. salam ramadhan, kakzakie.

Unknown said...

sama mcm damya kak..lia risau tgk dia b'sungguh puasa penuh sbb klu ikutkan dia blm wajib lagi..setiap hari balik dr sekolah lia mesti tanya.. "kakak larat ke nak puasa..klu nak buka xper.mama x marah..." tp alhamdulillah dia masih b'tahan smpi hari ini w'pun cuaca kat melaka sentiasa panas terik....

kesian pula adik di soal siasat begitu..tp kita cuma inginkan kepastian.. x salah rasanya kan kak..

Rosmawani♥ said...

Bgus adik.. Semoga allah beri kesihatan yg baik yer ramadhan ni :)

Amy Hilmirda Daud said...

kuat betul semagat dia berpuasa walaupun sakit...

mama aleen said...

bagusnya adik.. :)

aamalinaazman said...

heee..
seriau die nk ckap dgn akak gamaknye kan

heee..x pe, at least, tawu anak aka, tak menipu kan ;)

Rina Rahamat said...

sy pon x paksa sgt risya pose..menyuruh tu mmg ada..tp balik sekolah kalau dia nmpk lembek dan tak tahan sy bagi dia buka..tp pastu suh dia sambung pose..sbg latihan


takpela akak tanya dia baik-baik bukan marah-marah..cian plak kat dia penat pose org tuduh x pose hehe

YATZAKIE said...

bagusnya adik..berkata jujur....saya suka budak yg begini kak..moga2 anak saya jd spt dia.. =)

Werdah said...

Assalamu'alaikum KakZakie

Syukur, adik tabah berpuasa..

Tie HT said...

comelnya adik pakai baju merah... :)

emarieys said...

Alhamdulillah...

cikceriacorner said...

alhamdulila...bagusla adik..akak suka..heheh

gadisBunga™ said...

kak, adik tu nampak je kecik, tapi saya tau dia jenis kuat tuh. kalau betul dia tak tahan mesti dia akan bagitau punya...

LiYa HaNiF :: said...

lumrah kehidupan kak.. stp org mesti ada rs yg mcm gtu. sy pun kekadang cam gtu gak...

ct rahani said...

bagus adik.. sakit2 pun tetap kental hati nak puasakan.. semoga adik segera sembuh.. amin.. :)

Qhaifa Nur said...

tahan sungguh adik walau sakit...
sayang kot nak buka posa Kakzakie.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hehehe.. kita ingat dia beli minyak angin sebab sakit perut kat sekolah..

kita pun suka siasat anak kadang sampai dia merajuk, kata kononnya kita percaya kat dia.. kadang rasa menyesal pulak, tapi itulah hati soerang ibu, kan..

Aien Not Alien said...

elok la bersoal-siasat untuk tahu kebenaran...elak salah sangka jadi makin teruk. bagus adik...duit belanja beli majalah. mesti majalah asuh?? hehe

Ruse Sulaiman said...

Gigih adik berpuasa. Perlu ada komunikasi dua pihak kan kak zakie, bila tiada tu yg jd curiga ;)

Anonymous said...

KA pernah juga buat perkara yg sama pada anak, maksudnye salah sangka, lepas tu dia ckp duit belanja dia buat sedekah kat sekolah sebab ada kutipan derma kerana ada kematian di sekolah. Terkedu KA sgt2 rasa bersalah waktu itu!

LYAfrina said...

lya percaya..adik mdapat didikan sebaiknya drp mak & ayahnya.. dan x mungkin adik akan berbohongkan.. tp yela..kdg2 kt mmg xlari drp bprasangka kan...

moga adik cpt2 sembuh ye

Ati Masrif said...

budak perempuan memang kuat2
tapi budak lelaki ...kureng sikit..hihi

emarieys said...

patutlah kak..ema tertinggal t paa hotmail nya..huhuhu..now, dah hantar balik

fazrulnoor said...

klu dia sensitive mcm saya, saya dah merajuk dah

Mummy Sher said...

Syukur alhamdulillah memang anak yang baik!

Dr K said...

alhamdullilaH....teruskan adik..

! ❀ ainie sempoy ❀ ! said...

singgah sini sebab nak ajak awak join MEGA GIVEAWAY di blog sy ..jom!
http://ainiesempoy.blogspot.com

ERYZA said...

cian adik mama curiga kat adik yer... Selamat berpuasa......

Ann Ishak said...

cantik manis adik berbaju merah :)

Unknown said...

adik anak yg baik..bertuah kak zakie

apdm said...

salam..

bila tengok anak sedara y umur 5 tahun berpuasa rasa bangga sat sebab beliau tak bangun sahur. puas kejut puas angkat tapi x bangun. bila siang boleh kejar g mari, kita pula kesian dan suruh pergi makan. kalau boleh nak mengajar dulu bukan paksa. tapi mereka faham, puasa itu wajib ;)

Anonymous said...

Sian adik. He he, sabarlah banyak2 yer dik

izz iizza said...

rasa bersalah jer curiga gitu kan..:)

haryati said...

alhamdulillah, tak sihat pun dia masih nak berpuasa....

MulutPayau said...

kuat semangt betul adik ya...walaupun sakit perut, tapi tetap berpuasa..

Cikgu Ma said...

sejuk baca ayat terakhir tentang puasa...moga puasa kita diberkati..ameen...

Unknown said...

salam kunjungan balas kak, terima kasih sbb sudi jenguk blog saya tu. bagusnya anak akak ni, kecik2 lagi dah nak puasa.... tahniah buat adik.

sal said...

cumilnya si adik..alhamdulilah, bertahan dia hingga berbuka....masa kecillah ni kita cuba membentuk anak2 menjadi islamik..insyaAllah akan lembut hatinya..

Kakzakie Purvit said...

Kakak sebenarnya pun tidak tahu motif adik bertahan. Mungkin ketika itu berada di sekolah - kalau di rumah kakak rasa dia sudah berbuka agaknya. Malu pada kawan-kawan mungkin. Biasalah anak perempuan. Tetapi kita sebagai penjaga bimbang lain jadinya.

Terima kasih pada semua yang memberikan komen N3 kakak ini:-

Pokok Manggis DR, Ratu Kebaya, Bert, Mummy Danisha, eija amija, azatiesayang, Aishah Jahirah (betullah Sya dulu kakak rasa 7 tahun baru mula belajar puasa tapi budak sekarang kecik-kecik dah tahu), Eye_nee, Mrs Eady, Knor, makchaq (kakak pun sedih kes anak derhaka kian banyak - tanda kiamat kian hampir kan makchaq), faraheda.razalan, Sara, Henrietta Jose, Saleha, Hidayah Bach, Yus, Rai (protein tu dia memang tak nak Rai tapi positrim oklah dia suka juga - kakak tak pernah buat cara ini lagi terima kasih), ieda (kakak hairan kerana duit tu tinggal syiling sedangkan abang bagi 5 ringgit - kalau tak puasa beli apa itu motifnya), Dylla Abas, Zie, Zue, norhidana, Suraya Baharun, anitadiana, KakNi (Cik Ahnie), Mamamya (budak perempuan kakak rasa macam inilah Lia - malu dgn kawanlah agaknya), Ros, Hilmirda Daud, mama aleen, aimie amalina, Rina Avail, Yatzakie, Werdah, Tihara, MamaEma (kakak dah reply), Cikceriacorner, gadisBunga (kalau di rumah tapi kakak rasa mungkin dia berbuka GB - di sekolah dia malu), Liya Hanif, ct rahani, Qhaifa Nur, Sari Yusa Ibrahim, Aien Alien, Ummi Iman, Kesuma Angsana, Lyafrina, Ati Masrif (mungkin juga Ati), fazrulnoor, Sherweiyna Muzzawer, Daddy Ziyyad, ainie sempoy, Eryza, Ann Ishak, izan mama mia, Syira, Kunang-Kunang, izz izza, Haryati Hamzah, MulutPayau, cikgu ma, Santri TPINI dan sal (kakak bukan apa takut jadi perkara tak diingini Sal).

Buat semua sekali lagi terima kasih dari kakak.

Deru Ombak said...

Assalamualaikum kakak..

Comelnya adik ni...
Kuat semangat adik untuk terus berpuasa walaupun sakit perut.
Rasa takut kena marah, mendorong adik tak mahu bagitau mak zah duit di gunakan untuk apa, hingga terbit perasangka yang tidak benar. :)

NzA said...

syukur alhamdulillah, adik mampu brtahan...terkadang saya pun rasa curiga bila tengok si bongsu masih segar je walaupun seharian brsekolah....perasaan seorang ibu agaknya...sering ada curiga. sedangkan anak itu berpuasa penuh.........

Unknown said...

bagus lengkap puasa ^^

Zaitun said...

Alhamdulillah adik dah sihat,walaupun sakit tapi dapat menghabiskan puasa sampai ke petang.

Salmi said...

Begitulah kita.. anak memang mampu bertahan kita je yang terlebih ris

Ceria adik dlm warna merah tu..

eelobor said...

wah...tahniah untuk adik kerana dapat berpuasa penuh & dalam masa sama turut terbahang dengan semangat kemerdekaan cintakan negara (beli bendera)

Temuk said...

Adik mungkin selalu teringat rasa puasnya kalau berpuasa. Antaranya boleh betul2 celebrate bila balik beraya di kampung macam tahun lepas. Hati boleh berkata, "Aku rayalah betul2, sebab aku puasa!" Sangat tak mengapalah, kan kakzakie?

Kasih Salina said...

alhamdulillah,bagusnya anak akak. faham tanggungjawabnya sebagai hamba allah swt..kesian la plak kena soal siasat..haha..

Unknown said...

Sebagai ibu/mak, tak salah kalau kakzakie mengesyaki sesuatu, bagi zana itu lebih baik. Tandanya kita prihatin dgn anak. Sama mcm zana, check poket seluar, siasat samada tipu masa solat, cara ambil air sembahyang tak betul dan banyak lagi yg budak2 ni anggap benda tu kecil tapi kesannya sampai besar.
Kakzakie kena yakin, Adik boleh..insyaallah.

maya amir said...

alhamdulillah.. adik masih bertahan puasa walaupun sakit perut & jujur pulak tu..bagus adik..:) adik, acik ade 2 anak lelaki.. adik nak pilih yang mana? eh? eh? heheheh...

syiela said...

alhamdulillah.. terharu saya akak... adik masih menjaga puasanya walaupun sakit... aduhai sejuk hati

mama ju said...

Salam KZ

terharu sgt dgn cerita adik. Tahniah adik.

NER said...

Dulu mak ayah saya pun cmtu..rasa kesian kat anak tapi anak pun nak berpuasa. Tengok kwn2 dan adik beradik mesti la nak berpuasa!. Support diorang, insyaAllah jadi anak solehah :)

Penjejak Mimpi said...

Assalamualaikum wbh..

Rindunya nak mencoret sesuatu kat blog kat kakzakie ni. Dah lama tak beri komen di sini. Hanya sekadar membaca sepintas lalu..

Muga kakzakie sefamily sentiasa diberi kesejahteraan di bulan yang mulia ini, amin.

p/s selamat berbuka puasa ye kak.. :)

Anonymous said...

salam,

berlatih nanti besar senang puasa,

KLIK tawaran ke IPTA tapi course tak boleh pilih

ibundo said...

comel adik..
yelah kak zakie. kita ni mak mak kdg ada rasa curiga. bukannya apa cuma nakkan kepastian.

Kakzakie Purvit said...

Sebagai penjaga memang ada rasa curiga walau didikan telah diberikan pada anak-anak tidak dapat dielakkan.

Terima kasih juga kakak buat:

Deru Ombak (siapa pun tak sangka KakYa), NzA. nnlylyn, Zaitun, Nursalmi, eelobor (ramai budak yg membeli sempena mahu menyambut Hari Kebangsaan - sampai rumah dia cacak di atas meja tulis dia), Temuk (dah jelaskan pada dia kalau sakit bahaya takur berlanjutan), Kasih Salina, zana@pb, maya amir (macam-macam maya nie tau hihi...), mama ju, Nurule, Penjejak Mimpi (moga begitu juga pada Sue), New Hope dan ibundo (betul kakpah).

Buat semua terima kasih lagi:)

umiawadah said...

anak kakak bagus juga berterus terang akhirnya untuk memberitahu dimana duitnya dikeluarkan...ada setengah budak tak bagitau sampai ke sudah..

Myra Jay said...

Kuatnya adik... Bagus ni kak.. InsyaAllah adik pasti boleh..

IntaNBerliaN said...

sedih pulak rasa kan kak.. salah sangka kat anak...

bagus adik.. berpuasa... :-)

IntaNBerliaN said...

sedih pulak rasa kan kak.. salah sangka kat anak...

bagus adik.. berpuasa... :-)

IntaNBerliaN said...

sedih pulak rasa kan kak.. salah sangka kat anak...

bagus adik.. berpuasa... :-)

IntaNBerliaN said...

sedih pulak rasa kan kak.. salah sangka kat anak...

bagus adik.. berpuasa... :-)

Kakzakie Purvit said...

Tidak ketinggalan terima kasih juga buat: -

Ummiarissa (kena tanya baik-baik insya-allah dia beritahu), Myra Jay dan IntanBerlian (mesti kes susah nak release intan punya komen banyak hihi....)

Terima kasih sekali lagi:)