Jadilah kita insan mulia. Kalau boleh datangnya kita biarlah menggembirakan orang dan hilangnya kita dirasakan mereka. Datangnya kita pula disambut dengan baik dan perginya pula dihantar dengan baik juga.
Bila melakukan sesuatu ingatlah akan dosa dan pahala, halal dan haram, syurga dan neraka. Supaya bila sentiasa ingat ini Insya-Allah pastinya yang baik-baik akan jadi pilihan.
Akhir sekali pesanan mama biarlah dengan adanya kita tidak menyusahkan orang. Walau sedikit sumbangan yang kita berikan itu lebih baik andai ianya mampu menggembirakan daripada adanya kita boleh menyusahkan orang lain.
Sekadar pesanan buat anak-anak mama.

~~ Aku dalam dilema sebenarnya samada mahu ambil cuti esok atau sebaliknya teruskan bekerja seperti biasa. Perasaan mahu bertemu teman-teman membuak-buak di dada.~~