Thursday, November 29, 2012

Bukan sebarang pisang

Rentetan dari buah pisang kaki paparan semalam. Baru perasan ramai yang tidak menggemari buah kegemaran keluargaku. Aku pun tidak tahu mengapa aku menggemarinya. Tapi seingat aku sewaktu zaman kanak-kanak bila balik dari Singapore mesti kami singgah di Woodland dan membeli buah ini. Selalu juga kami berulang-alik ke sana. Dulu tukaran matawang Ringgit dengan Dollar Singapore tidak banyak beza. Berbelanja di sana terasa masih lebih menguntungkan kerana buahnya lebih segar.  Tambahan pula keluarga bapak 99% semuanya  di sana. Bapak seorang yang tinggal di Malaysia. Bila dapat duit dari makcik-pakcik aku membeli jajan di Woodland.

Semalam aku balik kerja singgah di pasar malam pun kelihatan banyak buah ini. Baru aku perasan yang membeli buah ini kebanyakkannya orang bukan bangsa aku. Aku terselit sendiri di celah-celah nyonya, asoh dan amoi. Mereka membeli untuk sembahyang mereka agaknya.

Plums - Semalam aku membeli ini juga.  RM10/- baru 12 biji berbanding pisang kaki boleh dapat 14 biji.
Pisang Kaki - Lihat berlambak banyak dijual murah-murah. Biasa kalau sebiji seringgit. Aku suka yang masih keras sedikit sebab rangup.
Tanda harga - Sekarang RM10/- boleh dapat 14 biji. Itu yang setiap minggu aku membelinya.
Malam tadi - Nurienne yang menyediakannya tetapi sebahagiannya telah masuk ke dalam perut kami.

~~ Walau ramai yang tidak menggemari tapi keluargaku suka menikmati buah ini.Kini dalam peti sejuk kami ada buah plum, kiwi, pear, epal  dan pisang kaki.~~

94 comments:

faraherda.razalan said...

Tengah musim tak kak?

Sharifah Nadzarah said...

KAK RASA PISANG KAKI TU MCMANE??..KENAPA NAMANYA PISANG KAKI?..

Norhaizan hakim said...

Meriahnya peti ais kak zakie ya..bagus...bagus..petua utk awet muda tu...banyak makan buah.

Knor said...

berkhasiat kak nor suka sgt buah2..segar ni..buah plum pernah mkn..masam sikitlah.

kalau kat pasar mlm pun saya borong buah juga rm10 dpt 16 biji puas mkn kan kak...

kalau kiwi tu nor buat hiasan kek..

eira eixora said...

wah banyaknya pisang kaki. tak pernah nampak pisang kaki yang dijual begitu banyak. ataupun saya tak perasan tu pisang kaki

~Beb~ said...

uiii dapnye. borong habih!

Yaya Azura said...

plum, kiwi, pear, epal dan pisang kaki...saya makan pear dan epal sahaja..hihi

Ratu Hatiku said...

Semua buah kat atas tu saya makan..Sedap... :D

miss jijie said...

sedapnye kak.... tmbh2 kalau sejuk2 tu. sedap sgt. pisang kaki tu kalo rangup la sedap. kalo lembik tak best

mama maman aka yana said...

kak.. kami (laki bini) suka buah pear dan pisang.. anak suka buah pisang.

tp buah prum dan buah pisang kaki sy belum penah merasa..

mama_saly said...

salam kakak..
buah kiwi n plum mmg sy suka..kalau tengok pasti nk beli.. tapi buah pisang kaki saly belum pernah tgk lg..best ke kak,tk masam ke..npk cam sedap jew..:)

Norzie hany said...

Semua buah saya suka.

mizz miaizzati said...

bila tahu tu pisang kaki..pelik sebenarnya sebab tak rupa pisang hehe..

ummuaidan said...

Salam kak zakie..
nampaknya dari penjelasan akak mcam sedap jugak buah nie...kalaulah ade berdekatan dah tentu nak pergi cari dan rasa....mahal jugak buahnykan..tahap2 epal gitu..

makchaq said...

Keluarga makchaq pun suka buah2 yg kakzakie tunjuk ni.. tapi buah durian ada pulak yg tak suka/tak tahan bau

Aisy Nasiha said...

Buah warna warni.. Peti sejuk saya selalunya, epal, pear, limau je.. Buah kiwi mmg xpenah beli.. Xda yg suka makan selain saya. Tu yg harap anak dh besar nanti ada yg gemar makan mcm saya.

Marina Monroe @Nanie said...

suka pisang kaki dari kecik lagi..

Rapunzeel Cikilolo said...

nampak menarik je semua tu.

tapi saya tak makan...

nur anis said...

saya suka beli buah plum..lepas ni rasa nak cuba lah buah pisang kaki ni..sebab saya memang penggemar buah..:)

Pn Kartini said...

Assalamualaikum kak :)
ermm..suka tgk gambar hirisan buahan tuu.. pemakanan yang sihat tuu!..
:):)

Suraya Baharun said...

bagus nye makan buah...nyak khasiat...su ni pulak kalau makan buah memilih...

BERT said...

kiwi dgn plum tu sdp.. pisg kaki x pnh try lg huhu

IDAZS said...

banyak makan buah baik untuk kesihatan. pisang kaki ni rasa dia manis kan. rasa pernah makan juga dulu. tapi dah lama la

Mimie said...

pisang kaki tuh mcm tomato

Nida said...

Salam Kak Zakie..

waduh.... buah-buah tu semua membuatnya saya teringat yg amat pada NZ..uwaaaaaa. Terutama buah kiwi dan plum tu.

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

waaa macam2 buah ader...buah plum tu masam kan kak.... saya suka makan kiwi ermmm sedapnyer...

Myra Jay said...

Sedapnya tengok bila buah dah dipotong macam tu..

Tp seyes kak, MJ tak penah makan pisang kaki :D

HeNRieTTa JoSe said...

Keluarga rietta pown suka buah pisang kaki...cumarietta sorg sj yg xsuka, kecuali yg keras dan rangup tu...yg lembik mmg xmasuk dek tekak....mak rietta yg, kering pown suka....rietta klu terjumpa, mesti blikan, sbb igtkan mak....klu xsilap mmg musim nak raya cina yg byk buah nie kt kawasan sni....buah plum tu plak, kluarga rietta xgemar, rietta sorg jew suka...

Ujie said...

plum tu kalau yg tak masam mmg saya suka..kalau terkena yg masam..aduhai!

saya dulu masa kecik pun ada ikut mak shopping singapore. sana yg murah buah2 & towel. paling tak lupa, saya beli mainan keta polis dan patung baby yg boleh menangis. indahnya..

NM03 said...

ketiga2 buah dalam pinggan tu feveret saya kak oi...

buah plam tu saya suker bekukan sekejap pastu baru makan. fuh!!! sodap!

Qhaifa Nur said...

Nur anak beranak suka buah-buah tu Kakzakie..cuma jarang beli...kiwi mmg fev....

Masya said...

pisang kaki tu payah nak jumpe.. tu x pernah makan.. buah plum selalu jumpe.. p jarang beli.. jarang makan.. suke gitu jer.. sebab tak pandai pilih tkt terbeli yg masam sgt jer..

Acik Erna said...

Assalam kak zakie.camana kak zaki beli RM10 boleh dapat 14biji.acik beli dapat 4 biji je.tapi acik beli jugak.dah suka makan.nanti kalau tak beli dah habis pulak kan

Hazmin said...

Nama pisang, tapi rupa dan rasa takda rasa pisang langsungkan kak.. Lama dah tak makan.

QueeN TerataI said...

Salam kak... masa mengandungkan Ammar dulu Queen ada teringin nak makan pisang kaki ni seb baik senang nk dapt kak.. Skrg ni xde rasa plak nk mkn.. ;)

Hnahdy said...

pisang kaki mcm tu...huhu

amirah said...

amie jarang jumpa pisang kaki la kak..rasanya kat shopping pun susah nak jumpa. agaknya bermusim ke ye?

IntaNBerliaN said...

eh, kita samalah kak, suka buah kaki yg keras sbb rangup :-)

Lya Colours said...

saya suka sangat plum.bleh makan 3-4 bijik sekali. hehe pelahap

aanie said...

kakak, sy tgk yg dah dikupas tu masih berair mcm terliur lak...sy x penah mkn..x tau apa rasanya...

Wanita Mutalib suka Share Instagram's Pictures said...

nyum nyummmm :))

salam singgah :))

Fadilah Aziz said...

kita selalu dgr pasal buah ni, pernah makan sekali je..sedap juga..

Ena's Palace said...

semua buah ni kesukaan saya...sedapnya makan segar² dan sejuk..

♥nrina♥ said...

sedapnye makan buah..

~aYu~ said...

ayu suka buah epal je.. yg lain tu tak penah makan..

Mizz ErMa said...

hehe..pisang kaki a.k.a persimmon kan? 1st taem sy makan buah nie taem p korea thn lepas..sedap sgt..manis giler..hehe

wisata outboundmalang said...





kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Antara buah kegemaran kak, kiwi, plums , ciku n pisang kaki..pisang kaki lama sungguh tak membelinya..

Kesuma Angsana said...

KA mmg penggemar buah2an kecuali durian huhuhu

mamyharraz said...

semua buah-buahan tu sedapnya..lagi2 pisang kaki kegemaran sy.
letak dlm pinggan buah tu menarik sgt warna warni :)

zila norazila said...

pisang kaki wajib beli klu jumpa..skrg dh murah sikit..aritu kt pasar malam rm6 ..5 biji kak..krukkk2 bru sedap klu lembik dh x minat kita..he hee

Syira Qahira said...

salam..

tak pernah tengok pun pisang macam ni, sedap ke?

Leeza Eelza said...

Leeza mmg jarang mkn buah2 ni.. sbb kat sni ssh nk dpt buah fresh mcm ni..pisang kaki lg la x pnh nmpk:)

fiza said...

Saya suka buah pisang kaki. TApi tak pernah beli. Org bagi ☺☺

❤Kamsiah❤ said...

peti ais saya hanya ada epal,anggur,tembikai,oren hehe...beli kiwi,sampai lembik dlm peti ais,takda sapa makan...

ariana said...

Buah yg lain tu sy mkn lh kak, tp buah pisang kaki tu x prnh cuba lg lh kakak..padahal fh 40 an umur..satu hr nnti nk kena cuba jg ni..kalau tak mcmn nk bercerits kat ank cucu nnti..huhu

m.u.l.a.n said...

sedaaappp sangat.. masa duduk vietnam/korea memang makan sesungguhnya.. alhamdulillah... sini susah nak dapat..

Fai CeritaCinta said...

kak zakie, semua tu feveret fai jugakkk.. dah lama x beli buah pisang kaki sbb susah nk cari kalo xde musim. fai pula jenis suke pisang kaki yg agk lembek. hehe.. sebelum ni fai tak tahu pun buah pisang kaki tu mcm mana, mak mertua fai yg ajar mkn. hehe.. ptg ni nk cari la balik keje nnti (>___<)

Izan Ishak said...

sedapnya pisang kaki tu kak. izan pernah makan sekali sbb nak tau apa rasanya. hmmm... nak kena cari jugalah buah2 ni. kalau pada izan semua buah2 ni mmg best!

Sherwieyna Muzzawer said...

semuapun nampak sedap je! aduhai kakzakie saya dah terliur dah tengok buah-buahan tu..huhhuhu

norhidana miswan said...

pisang kaki tuh ok je utk di mkn cuma jarang dpt mkn... pastu buah plum tu antara buah feveret tuh, masa kecik2 abah suke belikn kt kami...

sedara mara dana pun ramai singapore kak, sbb dulu arwah atuk sedara kwin org spore,ada sorang sepupu abah sorang pelakon bagnsawan kt spore tuh

aizamia3 said...

dak kakak suka buah pisang.. ;)

pisang kaki belum ajar dorang makan lagi sebab teramat jarang beli.. ;)

syiela said...

terliur kak tengok buah kiwi tu suka!

murahnya kak RM10 tuk 16

Wak Gelas™ said...

wak pon sukak makan pisang jugakkk.. ehhhHHE

Cho Zila said...

plumtu kesukaan saya akak..
pisang kakitupn boleh juga..
tapi kiranya buah2an kalau ada memang semuapun sedap...

ct rahani said...

pisang kaki tuh persimmon kan kak.. org cina memang suka nih.. x silap sy asal buah ni pun dr negara china.. sy memang suka sgt buah nih kak.. sy suka yg keras2 sket sebab bila makan rangup jer.. skrg dh musim memang murah la.. anak2 sy pun suka makan jugak.. :)

ieda said...

aah kak ..
org kita jarang membeli
saya beli pun sbb hubby suke pisang kaki tuu
lepas dia x berapa nak makan , kami semua x makan ekeke
lepas tuu mak suke buah plums tu .. so anak2 dan saya pun suke jugak makan dan rajin beli ..
skrg nie suke buah delima pula ahahah ;)
x per2 kan kak .. janji buah kan ;)

MOKCIK AZWA said...

Salam kak..ooo...kami pun suka pisang kaki tapi payah nak jumpa dah buah ni.. yummy yummy

Mamamya said...

tgh musim ke skrg ni kak? nnti balik johor nak try cari lah.. lia mmg x penah rasa buah pisang kaki ni...

Munnafendy said...

pisang kaki...tak pasti la pernah mkn ke tidak..mcm tak je..blur plak rasa

Nur-nba said...

Tak pernah makan pisang kaki.. Buah plum memang kegemaran Nur..

gadisBunga™ said...

buah buah ni semuanya kegemaran keluarga saya. :)

Cikli said...

eksotik

محمد رازيق said...

wah. banyaknya buah kak. saya suka buah plum tuh

azieazah said...

Betul. Orang Cina sukakan buah pisang kaki. malah yang kering tu pun sangat digemari mereka.
Buah pisang kaki lemak manis. Kak Azie pun suka.

Queenie said...

pergh! kalau sakit mata boleh sembuh dgn merenung buah2 ini esp yg pisang kaki yg dah siap potong tu..ngences saya kakzakieeee.......

hainom OKje said...

Yelah kak zakie emak okje pun selalu gi rombongan spore dulu
Apa pun buah tu mmg nampak best!

ummiross said...

bestnya, macam2 buah ada, bagus anak2 suka makan buah kan, pemakanan sihat.Ummi suka juga plums tu Kakzakie..

Anim said...

betullah kak..semua kena mulakan dari kecil. dari kecik tak pernah rasa, dah tua mana boleh masuk tekak..heee

mama ju, said...

Salam,
Buah plum best masam2.
Suami mama akan pastikan ada buah di rumah. hehe tapi mestilah dia yg kena potong!

YATZAKIE said...

sya suka plams n pisang kaki....umm..da lma xmakan.. =)

Kakzakie said...

Sekarang penjualan agak meluas itu yg agak murah kakak rasa. Peluang pada yg belum pernah merasa. Belilah yg rangup. Kakak makan tak buang kulit kalau yg rangup tapi kalau yg masak masa makan baru buang kulit.

Terima kasih semua kerana sudi menitip komen pada 2 N3 yg lebih kurang maksudnya:-

faraherda.razalan, Sharifah Nadzarah (ala kalau di Kipmart tu banyak digerai buah. Carilah), Norhaizan Hakim, Knor, eira eixora, Beb, Yaya Azura (sesekali tukar yaya - sedap tau), Ratu Hatiku, Miss Jijie, mama maman aka yana, mama_saly, Norzie hany, mizz miaizzati (sebab dia bukan spesis pisang mia), ummuaidan, makchaq, Aisy nasiha, Marina Monroe @ nani, Rapunzeel Cikilolo, nur anis, Pn Kartini (kami makan buah bukan kerana kesihatan tapi lebih kepada suka dan sedap sebenarnya hihi...), Suraya Baharun, Bert, Idasz, Mimie, Nida, Lizz@mummycute, Myra Jay, Henrietta Jose, Ujie (yg kakak beli ni pun macam ada masam sikit Ujie), NM03, Qhaifa Nur, Masya, Acik Erna (empat kakak pun paling mahal biasa baru seringgit tau kakcik. Mahal ye tempat kakcik), Hazmin, Queen Teratal, Hnahdy, amirah, IntaNBerlian, Lya colours (kalau kecik memang 4 biji baru puas Lya), aanie, Wanita Mutalib, Fadila Azia, Ena's palace, nrina, Ayu, Mizz Erma, wiasata outbondmalang, Werdah, Kesuma Angsana, mamyharraz, zila norazila, Syira Qahira, Leeza Eelza, Fiza, Kamsiah, ariana, mulan (tempat kakak pasar malam pun banyak dah usah kata pasaraya laaagi banyak), Fai Ceritacinta, Izan Ishak, Sherwieyna Muzzawer, norhidana miswan, aizamia3, Syiela, wak gelas, cho zila, ct rahani (betullah tu), ieda, Mokcik Azwa, Mamamya (sekarang tengah murah Lia - belilah), Munnafendy, Nur_nba, gadisBunga (samalah kita), Cikli, Mohd Raziq, Azieazah, Queenie, hainomOKje, ummiross, Anim, mama ju (itu yg baik - dah potong tinggal makan) dan Yatzakie (sekarang diJB murah tau Yat).

Terima kasih sekali lagi buat semua.

izan mama mia said...

br nak belajar suka buah2 ini kak

elly nadyra said...

full of vitamin, sedap!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

saya suka makan buah2 tu..

sebenarnya pd pendapat sy bukan orang Melayu tak minat makan buah tetapi kerana harganya yg mahal membuat mereka berfikir dua kali utk membeli... urmmm..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

bkn x suka tp sbb x pernah lg rasa pisang kaki tu.., kiwi mmg antara buah feberet eija tu..tgk pic buah kat blog akak ni terus rasa mcm nak p beli buah²an, kat umah asik mkn buah durian je..hehe

Aishah Jahirah said...

saya belasah je semua jenis buah asal tekak blh terima..hihi.

Si Matatajam said...

Sedapnya kalau dapat makan buah2 sejuk camni..lega ja tekak tu..

Kakzakie said...

Kakak makan buah bukan sebab kesihatan tapi lebih sedapkan tekak sebenarnya hihi..

Terima kasih juga: -

izan mama mia, elly nadyra, Seri Kandi Tanah Jauhar, Sweetmama@eija, Aishah Jahirah dan SI Matatajam

Terima kasih sekali lagi

Temuk said...

As-salam KAKZAKIE
Bagusnya harga pisang kaki tu! Yang "mengkal" memang rangup... 2, 3 biji boleh sekali hadap. Teringat murahnya buah itu semasa ziarah Medan dulu walaupun kualitinya kurang memuaskan. Di tempat saya sekarang, kalau ada, paling murah RM1.50 sebiji.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Wani suka semua buah2 kt atas tu kak..
.sedapnyer

Jna marcello said...

freshhhhh nyeeeeeeeeeeee nampakkk ;))
NAKK JUGAK ;p

Kakzakie said...

Terima kasih juga: -

Temuk (kira mahal di tempat cikgu. tempat kakak sekarang yg 11 biji 8 ringgit pun ada), Wanieys aka IbuQalief dan Jna Marcello (cepat beli dik).

Sekali lagi terima kasih.

noor liyana said...

bagus sebenarnya makan buah nie..khasiat utk kulit..sebab buah kaya vit c...:-)