Monday, November 5, 2012

Sejenak aku berada di Arab

Boleh dikatakan kebanyakan kaum lelaki yang hadir memakai baju putih menakala perempuan pula memakai baju hitam. Aku pula tidak terfikir yang aku kunjungi adalah majlis keluarga pak-mak Arab. Melihat hubby mencapai baju light purple aku pun turut ikut sama. Pak-Mak Arab yang kami jumpa semuanya boleh berbahasa Melayu. Menghadiri majlis Istighosah  ini semalam aku rasakan bagai berada di Arab seketika.

Istighosah Kubro - Berada di majlis sempena memperingati pemergian allahyarham atok dan ayahanda Sharifah Nadzarah (SN) yang diadakan di perkarangan rumah beliau dan rumah bondanya - kedudukan rumah bersebelahan tembok saja amat memudahkan.

Masakan arab - Inilah dia hidangan yang dijamu keapda para jemaah yang hadir. Aku beruntung kerana dapat berada di dapur bersama SN dapatlah membantu mengangkat hidangan.

Makan dalam dulang - Berdulang-dulang dihantar keluar. Kuih-muih adalah ikhsan pemberian orang ramai itu kata SN

Bagaikan kenduri kahwin sebab ramai yang datang. Banyak kereta Pak-Mak arab yang rata-rata berkereta mewah telah tiba dahulu. Selesai majlis aku tidak boleh berlengah terus bersalam-salam juga mohon beredar. Tetapi balik aku bukan dengan tangan kosong kerana apa yang ada dalam gambar di atas semuanya dapat aku bawa balik sama sebagai berkat. Selain itu diberikan kepada semua yang hadir penanda buku/al-quran yang lengkap dengan Asma'ul -Husna. Banyak SN berikan pada aku. Terima kasih SN.

~~ Cuti sekolah belum tiba tapi semakin banyak kad jemputan telah diterima sebagai tanda setiap hujung minggu pasti ada tempat untuk dikunjungi. Apa yang pasti kosongkan perut sebelum keluar rumah.~~

68 comments:

Sharifah Nadzarah said...

AKAK!!!!!...Tajuk n3 sabo jelah..hehehe..TQ for sudi dtg & for this n3 yer...suke3

ajumohit said...

alhamdulillah rezeki ya kak, sedap tengok menu2 ini kak, yang seronoknya bertemu rakan dan taulan, dan menambah erat ikatan ukhwah

inazamri said...

sedapnye kak masakan arab tu semua.Makan lak dlm dulang/talam.Teringat masa kecik2 dulu kalau buat kenduri tahlil mesti makan dlm talam je pastyu mesti dpt berkat punye la.Sekrg ni dah jarang byk yg buffet je.

vendoline said...

perghh byk gle anggur..sodap tu

Kakcik Seroja said...

Syukur Alhamdulillah dengan jalinan ukhwah. :)

Hudalatip said...

sedapnya kak nasi arab tu..sejak semalam lagi saya dah tak masak kak, sebab attend 2 kenduri kawin, hehe

gadisBunga™ said...

berselera saya tengok makanan makanan tu kak...

Fazleyatul Aini said...

saya tak pernah merasa makan dalam dulang huhu

Penjejak Mimpi said...

asal hujung minggu aja gantung kuali lah nampaknya kak zakie...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kakzakie. Aduhai, sedapnya hidangan yg disediakan. Lagilah makan dalam dulang, makin berselera dibuatnya, kannn..

musang said...

murah rezeki akak..alhamdulillah

Hazmin said...

Sedapnya lauk pauk yang dihidangkan.. Terus terasa lapar pagi ni..

♥nrina♥ said...

Berselera tgk makanan tu semua...rezeki dari Allah..

Suraya Baharun said...

makanan dia nampak menarik n sedap...

maya amir said...

ya Allah.. sedapnye nmpk kak mknn2 tu.. mknn2 style arab pulak tu..memang terbaik lah kak..

lama tak jenguk sini, rindu kat akak.. maya bz sgt dari minggu lps..minggu ni pun full..ni sementara nak gi amek anak balik sek, sempat jenguk sini jap.. take care kak:)

Salina Mat Isa said...

Ingatkn betul2 berda di Arab..huhu..

YB said...

tengok masakan tu pun dah teliur....

Qashmere said...

Good Morning Kak,

Tengok makanan ni macam nasi beriyani. Nampak sedap betul menu masakan kenduri ni ya.

Blog Qashmere

Take Care Sis..

Unknown said...

masakan dia ada tambah anggur ke utk pencuci mulut kak?

suka budaya orang di johor yg masih dikekalkan ni..berkat..hehe.. tapi kalau musim cuti sekolah banyak kenduri jenuh jugak nak menghabiskan berkat yg banyak tu..

norhidana said...

kalu bg warga johor mkn kt talam tu biasa, kalu tmpt lain agaknyer ada yg rasa tak selesa...

sedap ns arab tu, sambil dpt menambahkan kenalan kn

mama ju said...

salam sejahtera KZ

Seronoknya makan berhidang , berdulang, bersimpuh...
Istighosah tua maknanya apa? hehe

Teratak Hami said...

Salam kak,
Rezeki tu kak ... alhamdulillah

dhiera zainudin said...

alhamdulillah..rezeki! pengalaman yang unik tu~

adyna AB said...

alamdulillah.. bile pulak rezeki kami nak kesana :)

Mun said...

waaa.... ada masakan arab...

ingatkn btol2 g sana td...hehe

duniaanita74.blogspot.com said...

bestnya kak..meriahnya...

SuriHanna said...

masak nasik Arab yer kak? buah anggur tu kena masak juga ya... nmpak sedapp..yummyyy

Qhaifa Nur said...

meriah nampaknya Kakzakie...
dapat tgk masakan tradisi arab...

Munn Jaafar said...

wuiiii sedapnyaaaaaaa!!!!

Kayu Manis said...

baru bercadang nak masak nasi beriani hari...utk petang nanti...tak tahan melihatnya...:)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Best nye makan makanan Arab. ;-)

JunAina said...

Kak Zakie...beriani tu buat perut Aina tiba2 lapar. Nampak gayanga nak kena gi johorlah merasa beriani terbaik...

Mia Kassim said...

sedapnya tengo makanan tu....

Unknown said...

ishh sedapnye nmpk makanan tu kak ...
mknan style arab ... hihi

Unknown said...

hidangan dia..mencabar selera

Anonymous said...

suka juga lauk pauk style arab ni lama tak rasa !

Jahirah said...

ingatkan betol kat arab tadi.hehee...kita mana ada nak makan ramai2 sedulangkan...dulu penah makan dalam dulang ramai2 masa kem...:)

nabilah_2908 said...

wah..jarang kenduri buat macam ni.. :)

Dr K said...

kenduri arwah dah macam kenduri kawin..siap ada banner..hihihih..makan nasik arab ..sedap tu

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

meriahnya nampak kak..murah rezeki..Alhamdulillah kan :-)

aanie said...

mesti arwah orang yang baik2...:)

banyaknya makanan....siap dpt bwk balik lagi...bestnya....

Ayu Ayunie said...

tgk gambar pun terasa macam di arab.. byknya makanan..

Nur farahiza said...

kak jangan makan banyak banyak sangat taw , nanti takot sakit , semua manis2 . :) jaga kesihatan

OKje said...

Jiran ke Kakzakie? Tulah bila dah hidup berjirankan.... kena luangkan masa pergi berziarah dan menolong apa yg patut!

Unknown said...

wahhh...meriahnya,x penah pi kenduri kendara mak/pak arab ni mesti cantik2 kan orgnya... makanan pun sedap2.. :)

bagus majlis mcm ni mengeratkan silaturrahim...

HeNRieTTa JoSe said...

yummy....rietta dah lamer xmam nasi arab...dlu rajin juga...malas nk q pjg...

psss....ada erk akk...xtaw lak rietta...biasa tgk citer dia jew...

SumeSakan said...

wahh dapat rasa masakn arab...siap dapat tapau ag..mmg terbaik ahh kakzakie...ttiba rindu masakan utara..nasi daging makan dalam talam tuh...hehehehe

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. akak dapat menghadirkan diri ke majlis itu.. seronok juga bila dapat merasai pengalaman kenduri yg berlainan sikit dari yang biasa kan kak zakie..

Ujie Othman said...

wah..sdp tu!

saya pun baru mkn nasi arab..tapi beli lah. ehe

ct rahani said...

meriahnya kak.. makanannya pun nampak sedap2.. :)

Aliesha Kirana said...

nampak menariklah kak. teringin nak makan makanan arab. hihhihih. kenduri mcm kenduri kahwin dah..

Unknown said...

meriah nyer dengan makanan...pasti sedap2 semuo tuh kan...

mayangbakingmadness said...

sedapnyer nasi arab tu...

mayangbakingmadness said...

sedapnyer nasi arab tu...

Cho Zila said...

memang macam kat arabler yerk... makananpun nasi arab, nama majlispun istilah arab...

aby said...

salam kZ ..
kt sana tk dengar reko, kulo yer ..
sebaliknya ana, anta, antom, antoma yer..
hu..hu....

Tie HT said...

as salam

saya ingatkan akak pergi arab sungguh sebab orang dah nak balik hj dah..sedap2 menu dia..
semuga roh atuk dan ayahanda sahabat akak dicucuri rahmat..aamiin

kurus said...

ahhaha tajuk akak bikin saya laju2 nak baca .. ingat sungguh akak ke arab ekeke ..
wahh sedap2 menu ..rejeki kan kak ;)

zulaikha megat said...

saya ni dah berapa bulan teringin nak makan nasi arab kami tak kesampaian lagi...jeles tgk kak zakie dpt berkat nasi arab tuh...hehe

maya amir said...

Akakkk..nanti akak email detail akak ye utk maya pos hadiah saguhati air zam2 280ml tu ye:) ambil email add maya kt blog ye sis..tq sis!

Queenie said...

Alhamdulillah rezeki...
terliur tengok gambar nasi tu...

Kakzakie Purvit said...

Menghadiri majlis ilmu seperti ini sesekali memberi pencerahan dan mencuci rohani kita sebenarnya. Hidup di dunia ini pun bukanlah lama mana, selagi ada peluang kita cubalah mencari yg termampu.

Terima kasih kakak buat semua yg memberikan komen: -

Sharifah Nadzarah (KALAU DAPAT SELALU HADIR MAJLIS MACAM INI LAMA-LAMA KAKAK PUN BOLEH BERBAHASA ARAB SN), Aju Mohit, inazamri, Edy Fee, Kakcik Nur, Huda, gadisBunga, Penjejak Mimpi, Lya Colours, Seri Kandi Tanah Jauhar (Dah tukar Seri Kandi dah ye..), hazmin, redza, nrina, Suraya Baharun, maya amir, UB, Teratak Hati, Mummy Akmar, Saya Disini, Rai Ourkizuna (kakak suka makan nasi yg berminyak dgn buah Rai dan baru tahu itu juga style org Arab), norhidana (budaya arab juga Dana), Mama ju, Teratak Hati, Dhiera Nadhirah, adyna, CMA @CikMoonAdnan, anitadaiana, SuriHanna, Qhaifa Nur, Munnafendy, Knor, Pokok Manggis DR, JunAina, Mia Kassim, BintangHati, izan mama mia, Kesuma Angsana, nabila_2908, Aishah Jahirah, Daddy Ziyyad (Qubra tu kan agung so macam perhimpunan tahunan doc. sebab yg dari Pahang, Melaka, KL pun ada tau), Wanieys aka IbuQalief, aanie, Ayu, Nur Farahiza, hainom OKje, Henrietta Jose, Mamamya, Sumesakan, Hanis Azla, Ujie, ct rahani, Aliesha Kirana, Papa Mifz, Mayang ABdul Razak, Cho Zila, aby (betul aby kebanyakan mereka guna ana/anta/ente - panggil abang pun sheikh hihi...), Tihara ieda, Zulaiha Megat, maya amir (kakak dah email semalam tau) dan Queenie.

Buat semua terima kasih sekali lagi.

IntaNBerliaN said...

ramainya yg dtg.. seronok tgk ramai2 camni..

syiela said...

banyaknya anggur kak... nasi tu nyum nyum

intan_blur said...

best kan ade majlis2 mcm nih..
lg best dpt majlis ala2 arab nih..makanan dia sedap2..;)

nazayiena said...

Sedapnya lauk2 tu kakzakie.

SuriHanna said...

seronok umah ada tanah.. hanna dok flet kak.. nak tanya tanam apa pun x bleh... :)

Kakzakie Purvit said...

Tidak lupa terima kasih juga: -

IntaNBerlain, Syiela, intan_blur, Nazayiena dan SuriHanna.