Cuba menerapkan tiga unsur dalam rumah sementara cuti sekolah yang panjang ini. Bila sekolah bermula masing-masing sudah balik ke asrama. Kalau tidak tinggal di asrama pun pada hari sekolah siang sehari suntuk di sekolah, malam pula mereka ke tuisyen. Hujung minggu pula ada kalanya kena menghadirkan diri ke sekolah kerana kegiatan ko-kurikulum seperti Bulan Sabit Merah, Teakwondo, Tunas Puteri dan sebagainya. Ambil peluang ini bersama.
Unsur Kehakiman - Bukan negera saja perlu ada badan kehakiman. Rumah kita pun boleh juga. Tidak salah rasanya kalau kita jegilkan mata, marah kerana suasana rumah yang kelam-kelibut dengan buku cerita bersepah-sepah. Tetapi sekiranya anak membantu seperti membersihkan halaman, mengemas bilik, membaking kuih dan sebagainya selain memuji bolehlah ketika keluar berbelanja katakan padanya "Pilihlah nak buku mana. Ini hadiah sebab rajin tolong mama." Samalah bila mereka berjaya dalam sesuatu tidak salah rasanya memberikan hadiah sebagai penghargaan.
Unsur Sekolah - Walau bercuti ada juga anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Kena ada persefahaman sama-sama duduk belajar. Walau mungkin kita tidaklah pandai tetapi dengan adanya kita bersama memberi semangat untuk anak lebih rajin. Jangan ikut seperti aku. Oleh kerana anak akan menduduki peperiksaan SDKA (Sijil Darjah Khas Agama), Bahasa Arab manalah aku tahu, itu yang duduk muka pandang buku tetapi mata tertutup layu - mengantuk.
Unsur Masjid - Bukan bermakna kena pergi masjid. Tetapi jemaah bersama dalam banyak hal. Makan bersama, jogging bersama, menonton televisyen bersama, belanja sayur atau membeli pokok bunga pun tidak salah bersama-sama. Biarlah macam keretapi berderet yang penting ukhuwah kekeluargaan terjalin erat.
~~ Sekadar pandangan. Setiap kita pasti mengimpikan kebahagiaan keluarga di dunia dan akhirat.~~
61 comments:
daripada masa terbuang begitu saja baik digunakan dengan sebaiknya kan kak.. ;)
Terima kasih untuk catatan ini.
Semoga keluarga kita adalah keluarga yang sentiasa berada dalam keredhaan Ilahi. InsyaAllah.
:)
walaupun saya tak kawen lagi, saya take note.. tq
rata-rata kalau cuti sekolah, buku pon cuti gak heheee :p
Setuju dengan kakzakie....anak2 merupakan ladang pahala...orang2 yg 'mengaji' tentu faham apa maksudnya.
Suka dgn 3 unsur ni...bila cuti sek terisi dgn bnda2 baik insyaAllah anak2 pn akn jd baik n brguna...xde la masa trbuang sia2...
Salam sejahtera KZ
Kita kena kontrol mereka wpun dah bear panjang mcm anak mama!
semoga mereka menjadi anak2 yg baik
Insyaallah kak..cuba mempraktikkan apa yang perlu di buat di rumah ...semoga masa mereka terisi dengan perkara yang berfaedah...
oh saya dah naik pening pagi2 mulut saya dah bising...biasa time cuti ni semua bangun lambatlah,malas nak buat kerja rumah lah...letih berleter...dapat praktik apa yang akak catat mungkin dapat sedikit je...
TQ kak..atas perkongsian...insyaallah..
thanks kakzakie..nak cuba terapkan kat anak anak jugak..dari kecik lagi bagus kan..
salam kak zakie..
saya suka dan setju dengan semua unsur yg dinyatakan diatas..bermanfaat pd anak2..inilah yg perlu kita terapkan yer...
Noted. Thanks kak. Bley terapkan unsur ni kat anak2 even dorang masih kecik ☺☺
bagusnya akak kongsi unsur tersebut.mmg sgt bermanfaat.cuti semlam dok kemas2 buku dan bilik anak.
nice. thanks for sharing kak..nnt anak2 dh besar kena terap nilai2 gini
Tq Kakak..nak cuba kaedah nielah pd anak2.. :D
thanks for the reminder kak. anak sulong sy dah start darjah satu next yr.. yg second start tadika. good time utk sediakan dorang dari skrg. kena disiplin :)
setuju dengan kak zakie...
As Salam kakak...
Thumbs up!
Moga kakak Dan keluarga sentiasa bahagia bersama selamanya. Insyaallah !
Walaupun suatu hari nanti mereka akan berjauhan.. Tapi di hati dekat selalu kerana itu kasih sayang Dari rumah itu sangat berharta.
Happy rainbow Monday kakak..:)
hehehe. bestnye pendekatan ni.
1 penerapan yg sgt bagus....
saya setuju dgn ketiga tiga Unsur tu kak Zakie...masa cuti ni lah kita nak terapkan semua tu..lebih2 lagi yg tinggal di asrama
Bgus cdangan akak...rietta bleh praktik masa reult upsr nnti...kedai buku mmg tmpat pling rietta suka....
Salam, hai 3 je ke kak Zakie.. nak tambah satu lagi khas untuk anak lelaki.. unsur PENJARA.. ha ha cuma keluar rumah pada waktu tertentu saja..
terima kasih kak zakie...sebak sy baca. sy teringin sgt nk serap nilai2 mcm nih tp...
ahhhh abaikan lah tapi2 nih.
mesti kuatkan hati kan kak zakie? :(
salam kZ ..
3 unsur yg baik ..
cuma masaalhnya masa cuti2 ni ..
sindrom bangun lewat menjadi jadi ..apatah klu mak pak tiada dirumah d sebabkan berkerja ..
Salam..
Saya masih baru dlm alam rumahtangga. Thun depan sorg anak akan start sekolah..ini adalah tips yg bagus..
Bagus sgt idea akak ni! Suka & setuju.
Adanya 3 unsur ni..takle bdk2 boring lps tu buat benda tak berfaedah.
kakak..
terima kasih beri tip yang berguna ini...
p/s betul kakak, semua kita impikan kebahagian yang berkekalan, dan anak-anak yang boleh doakan kita dunia dan akhirat..
InsyaAllah kak.. tq atas perkongsian yg cukup bermakna ni.. :)
Insyaallah kak...nice tips :)
Salam kak zakie..
mmg perlu ada ketiga unsur2 yg baik tu.. terima kasih kerana berkongsi di sini.. dapat juga saya perbaiki mana yg kurang ketika di rumah nnt.. insyaALLAH..
Salam jengah Kak zakie..setuju dgn kesemua 3 unsur tu!
Bila kita amalkan 3 unsur macam ni, insyaAllah aman dan bahagia... ;)
manfaatkan masa yg ada dengan 3 unsur begini...terbaik kakak. boleh jadi panduan buat yg lain.. :D
amboi kakzakie ada juga je 3 unsur tu !
segalanya bermula dr rumah dan keluarga...
Alhamdulillah, memang bagus ketiga2 unsur tu Kakzakie, terima kasih berkongsi idea.
Kih3... Siap ada 3 unsur lagi tu ye kak... Ingatkan bumi je ada unsur air, tanah, udara dll. Dekat rumah pun ada unsur jugak tu. Tapi yang tak tahan tu unsur kehakiman.
Penuh aktiviti yg sesuai..hehe
yeah, ema setuju terapkan unsur yang akak katakan ini..
Info yang menarik..kak.. setuju apa yg diperkatakan itu.. :)
untungnya anak akak dapat mak macam akak ni.. menarik 3 unsur ni..
setuju ngan pandangan akak tu...
boleh ikut tip2 akak ni..sgt baguss.
saya dah bermula dgn hafazan kak..azhan kena hafaz sepuluh ayat satu hari..dan dua jam buat latihan mate setipa hari..adibah belum lagi..tgh exam.
iman kena buat buku latihan semua mata pelajaran..terutama mate.mmg saya akan lebihkan mata pelajarn mate.muhammad kena pastikan lancar membaca dan solat.
hmmm..saya sangat2 setuju dengan unsur2 tu semua.. paling penting unsur masjid tu.. itulah yang menjadikan sesuatu keluarga tu bahagia..
salam kak..betol cakap akak..insyallah akan saya praktik kan bila ank dah sekolah nanti.huhu..
salamm kakak ... suke2 , semua saya setuju .. ;)
Kita mungkin sudah pernah baca pesanan serupa ini, tapi entri kali ini berbeza cara dan persembahan. Menarik. Thanks!
kagum la saya dengan akak.saya pun amalkan segala yang di atas..tapi tak terkategori la semua tu sebagai unsur kehakiman,sekolah dan masjid..cuma kami berusaha buat yang terbaik untuk keluarga
yelah..setuju dengan entry kakzakie ni..especially tang unsur masjid tu. buat apa saja secara berjemaah..biar la apa orang nak kata..yang penting 'togetherness' :-)
sangat stuju :) kena bagi balance ketiga2 nya..cuma kadang2 unsur kehakiman terlebih hehehe
Bagus buat macam ni akak..
trm ksh ats perkongsian bermenafaat ini
betul tu... jgn sekolah cuti... rumah pun cuti gak.... :p
Bagus tips ni.. Ibu bapa pun kena juga luangkan sedikit masa bawa anak2 bercuti, balik kg atau jalan2 sekitar bandar.
unsur2 yg bagus ni.... unsur sek tu yg sy rs xsabar nak buat... yela, spt kata akak, teman mereka study.. :-)
Begitulah bila cuti sekolah baisa ibu-bapa punya cara masing-masing utk menjadikan situasi dlm rumah lebih teratur.
Terima kasih buat semua: -
aizamaia3, Kakcik Nur, norh, Dkna Abza, Norhaizan Hakim, izzah, mama ju, redza, nurazzah8, Ummiarissah, Sharifah nadzarah, Rai Ourkizuna, Ummuaidan, Fiza, inazamri, amirah, Ratu Hatiku, ibuhebat, Mummy Akmar, Deru Ombak, Rapunzeel Cikilolo, PinkUmmi, Daddy Ziyyad, Henrietta Jose, CHe Mid (masa kita kerja mereka memang dah kena penjara CM), Munnafendy, aby, Rosidah Binti Muhamad, Ujie, azi, Sara, ct rahani, Hanis Azla, Anim, Myra Jay, Aien Alien, Kesuma Angsana, Masya, Ummiross, Hazmin, Man, Ema Blog, Ayu, Haryati Faizal, Knor (begus cara Nor tu), Boni Kacak, Kasih Salina, ieda, azieazah, Yaya Azura, Murni Alfathunnisa, adyna, Pokok Manggis DR, Azlina Wahidin, Nora Karim, Nur-nba dan IntanBerlian (tunggu Alisha 4 tahun dah mulalah Ina).
Terima kasih semuanya sekali lagi.
betoi jugakkan.....bila ada tiga unsur ni insyaallah teratur je hidup anak2 masa cuti sekolah.xde la sesuka ati je...
setuju tu kak..Insyaallah akan simpan baik2pendekatan ni utk anak2 sek nanti
Post a Comment