Tuesday, July 31, 2012

Macam-macam cara mahu menggoda

Sila baca email yang aku terima pada hari ke 3 ramadhan lepas.

Salam...

Sebelum saya meneruskan email ini dengan segala hormatnya saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Puan Nor Ashikin Abdul Aziz, berasal dari Malaysia dan bekerja sebagai juru audit di bahagian audit HSBC Bank AS. Dengan segala hormatnya saya meminta anda agar menjaga isi kandungan e-mel ini sebagai amat sulit dan menghormati integritinya.

Saya ingin memberitahu anda informasi yang saya yakin akan menarik minat anda dan anda terdorong untuk membantu saya. Saya tahu anda pasti tertanya-tanya kenapa saya menghantar e-mel ini pada anda dan memilih anda. Saya memutuskan untuk menghubungi anda melalui e-mel kerana saya kesuntukan masa dan memerlukan bantuan anda sebagai rakan kongsi dalam menerima wang yang tiada pewaris berjumlah US $1.3 Juta dolar yang masih berada di dalam akaun dan tidak lagi aktif semenjak tahun 2002.

Dana tersebut akan dibahagi dengan nisbah 50/40, 40% untuk anda dan 50% untuk saya dan 10% untuk sebarang kos jika diperlukan dan dikeluarkan untuk melaksanakan urusan ini. Setelah segala urusan selesai ianya terpulang kepada anda untuk menggunakan wang tersebut untuk pelaburan, membeli hartanah atau membayar hutang. Walaupun jumlahnya tidak seberapa, saya harap anda sudi menerimanya. Saya memerlukan bantuan anda disini kerana pemegang akaun ini tidak mempunyai pewaris.

Saya mendapat tahu maklumat mengenai hal ini semasa melakukan audit dalaman. Saya telah cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai pewaris namun menemui jalan buntu kerana pemegang akaun ini tidak meninggalkan seorang pewaris pun. Saya tidak dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya memerlukan bantuan anda. Saya akan membantu anda untuk menjadi pewaris untuk wasiat tersebut dan anda membantu saya untuk menerima wang tersebut. Hal ini sangat penting kerana anda perlu membuat tuntutan tersebut dalam masa tiga minggu atau bank akan memindahkan wang ini sebagai wang tidak dituntut dan menjadi hak milik negara AS.

Saya akan berikan maklumat lanjut tentang apa yang anda perlu lakukan untuk urusan ini jika anda berminat dan saya percaya bahawa urusan ini akan berjalan lancar. Keikhlasan anda untuk melaksanakan urusan ini sangat saya hargai. Pastikan anda membalas e-mel ini melalui e-mel peribadi saya (ashikinabdulaziz@yahoo.com) saya akan segera membalas email anda.

Yang Ikhlas,

PUAN NOR ASHIKIN ABDUL AZIZ.
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maaflah Pn Nor Ashikin harta itu terlalu banyak buat saya. Puan ambillah semuanya atau mungkin kalau puan berasal dari Malaysia carilah adik-beradik puan sebagai warisnya. 

Semakin berpusu-pusu email seperti ini masuk ke inbox rakyat Malaysia sekarang. Musykil betulkah dia berbangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Masih adakah yang percaya.


~~ Terpaksa aku hentikan petikan beberapa nas berkaitan ganjaran berpuasa dari tarikh 1-10 ramadhan kerana baru aku dapati ianya tidak sohih. Oleh itu terpaksa aku padamkan demi kebaikan bersama walaupun tujuan adalah untuk kebaikan tetapi kenyataan amat meragukan. Ianya ada dinyatakan dalam majalan Al-Ustaz yang terbaru tulisan Ustaz Muhamad Noor- Sarjana Muda Usuluddin( Tafsir hadis) MA (Hadis)~~


Monday, July 30, 2012

Kembar amalan solat adalah zakat

Hari Sabtu dan Ahad dipergunakan sepenuhnya bertemu anak-anak di asrama. Mereka tidak boleh keluar tetapi sebelum menjengah aku sudah membelikan makanan untuk mereka makan ketika ifftar. Lama sudah hidup bersama mama-papa tahu makanan kegemaran anak. Sayangnya Kak Yasmien memberitahu rendang untuk dimakan bersama ketupat telah basi sebelum di makan. Nasib baik ayam masak merahnya tidak basi sama. Air untuk Kak Yasmien kami belikan cool-blog. Kak Nurienna pula air durian belanda katanya tidak ada rasa durian belanda langsung dan tawar. Katanya mungkin orang yang menjual lupa mencampurkan gula. Sedih juga bila dapat tahu.  nasib baik ada air asam boi dan yong -taufunya sedap. Kuih-kuih semuanya tidak ada masalah. Biasalah bila membeli dan bukan buat sendiri.

Tuntutan - Sebagai umat Islam en hubby semalam menjalankan tanggungjawabnya membayar zakat melalui  'amil yang duduk di bazar ramadhan.  Suami-isteri + tiga anak + Mak Zah semua sekali enam.  Negeri Johor tahun ini memberi dua pilihan sebanyak RM5/- dan RM8/-. Diri sendiri kena pertimbang di kategori mana kita berada.





Friday, July 27, 2012

Salah sangka dan curiga tidak ke mana

Tengahari itu panas terik. Adik sakit perut lagi. Mak Zah bersihkan muka adik dan basahkan ubun-ubun adik dengan air sebelum menukar pakaian sekolah kebangsan ke pakaian sekolah agama. Minyak angin disapu ke perut, dada dan belakang bagi melegakan sedikit rasa sakit perut tersebut. Bertanya juga kalau adik mahu berbuka. Mendengar dari hujung talian telefon aku pun bimbang tapi katanya adik mahu bertahan dan selepas solat zuhor dia terus berbaring di surau sekolah menanti kelas bermula.

Balik dari sekolah Mak Zah lihat dalam dompet tinggal duit syiling. Mak Zah cuak. "Adik puasa tak hari ini?" "Puasalah mak, kenapa?"  "Ini baju adik ada minyak dan duit tinggal syiling adik beli apa?" "Mak ni tak baik tau adik kan pengawas tak kan adik nak tipu-tipu." Jawapan tidak menjurus apa yang Mak Zah kehendaki tetapi dibiarkan adik masuk ke bilik kerana cuaca panas. Sebaik on aircond adik terus baring. Mak Zah tidak mahu mengganggu adik lagi.

Balik kerja seperti biasa aku masuk ke bilik melihat adik masih lena. Sebaik hidung aku mencecah pipinya dan aku usap kepalanya dia tersedar. Belum mandi dan solat asar lalu dia bangun. Masuk dapur Mak Zah buka cerita yang dia tidak pasti adik berpuasa atau tidak pada hari itu. Selesai solat itulah aku bertanya "Mama tak marah kalau adik tak puasa pun. Adik pun tak sihat dan belum wajib lagi. Kenapa mak (panggilan adik pada Mak Zah) tanya tadi adik beli apa adik tak jawab?" "Mama adik tak tipulah mama boleh tanya ustaz/ustazah. Adik guna duit adik beli majalah dan bendera.(ditunjukkan majalah dan bendera Malaysia yang dibeli)." Beristighfar dalam hati aku kerana pertama kalinya aku soal-siasat adik begitu. Lega bila aku pasti kini adik tidak berbohong. Minyak yang terkena baju adalah minyak angin yang Mak Zah sapukan pada perut adik. Dia bimbang kalau memberitahu membeli majalah sebab baru Sabtu lepas banyak sudah buku dan majalah dibelikan untuknya. Aku dan hubby pula bimbang kalau adik lapar di sekolah andai tidak dibekalkan duit. Pada kami biarlah dia membeli makanan kalau dia tidak tahan. Lagipun kami tidak pernah paksa adik untuk berpuasa.
Adik - saja tepek gambar adik sewaktu ber Hari Raya tahun lepas di kampung.



Thursday, July 26, 2012

Langkah dihayun penuh tawadhuk

Walaupun kita tidak dapat bersama mereka di waktu ini tetapi  telah dijanjikan mereka yang berpuasa pada hari yang ke enam Ramadhan mendapat ganjaran pahala seperti orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu dan pasir turut sama memohonkan ampun baginya. 

Posisi di pancuran emas Baitullah - Selesai tawaf baru sedar walau sesak bagaimanapun setiap kaki yang menapak mengelilingi kaabah ini dipermudahkah langkahnya. Biarpun kerdil terasa tubuh kita berbanding dengan bangsa-bangsa yang sasa dan besar saiznya tetapi kita tetap diberi peluang yang sama olehNya.

~~Susah hati sebab adik sakit perut dan sedang menduduki peperiksaan lagi. Mohon doakan anakku wahai teman-teman. Terima kasih.~~

Wednesday, July 25, 2012

Nostalgia berada di sana menggamit rasa rindu

Nostalgia menggamit rindu - Solat Isya' di bahagian bumbung Masjidilharam terasa nyaman sekali. Tiupan sepoi-sepoi dingin angin malam menerobosi telekung yang  menutupi aurat untuk bersolat. Indahnya waktu itu. Jemaah di bahagian bumbung bila malam juga agak lengang.
Masjid Nabawi - Berada di perkarangan Masjid Nabawi pun terasa kesyahduan dan nyaman. Dipaut rasa kesyahduan mungkin kerana di sinilah baginda rasulullah yang kita cintai dimakamkan. Ketika menginjakkkan kaki di perkarangan ini pun terasa nyamannya tidak terkata.


Tuesday, July 24, 2012

Mencari strategi sampai pening kepala

Mesyuarat bulan lepas mengatakan satu pelanggan utama syarikat tidak lagi membuat sebarang tempahan. Mudah kata telah lari. Tengahari semalam aku berbual dengan Marketing Executive syarikat. Bukan bangsa aku. Kommunikasi telah di alihbahasa sebagai pemahaman.

Aku: Awak dah jumpa pelanggan itu ke?
Dia: Minggu lepas lagi saya sudah jumpa. Bincang-bincang buat sakit hati adalah.
Aku: Apa yang buat awak sakit hati?
Dia: Baru tahu dia tidak mahu import lagi dari kita. Katanya locals pun dia boleh dapat dan boleh beli dengan jumlah yang sedikit-sedikit tidak perlu banyak seperti beli  dengan kita.
Aku: Habis apa strategi awak.
Dia: Malaslah hendak kata banyak. Saya kata pada dia jangan satu hari bila susah baru awak datang cari saya.
Aku: Eh... mana boleh kata begitu. Katalah kalau tak boleh beli banyak sedikit pun boleh. Kalau boleh mintalah dia beri 5%-10% jumlah keseluruhan order syarikat dia dari kita jadilah. Jumlah itu pun sudah cukup untuk membayar gaji keseluruhan pekerja kita.
Dia: Saya sebenarnya sudah geramlah. Dekat sini (maksudnya syarikat kami) kena hentam, dengan customer buat hati sakit.
Aku: Habis tu?
Dia: Kalau boss nak cari orang lain carilah, saya sudah tak ada mood. Pening kepala fikir masalah ini.

Aku tidak mahu dia bertambah pening kepala. Diam. Tunggulah apa reaksi selepas ini. Aku sekadar setiausaha tidak pandai buat marketing strategy.


~~Jangan pening-peningkan kepala di hari keempat kita berpuasa. ~~


Monday, July 23, 2012

Tiba sudah 3 Ramadhan 1433H

Cepat sungguh masa berlalu. Hari pertama adik lalui dengan banyak kerenah. Belum membeli majalah dan buku untuknya. Pada hari Khamis aku pergi mengambil si kakak-kakak balik, Jumaat pula papa dan mama kerja. Sabtu sudah berpuasa.  Petang itulah papa bersama kakak-kakak membeli apa yang dikehendaki. Kalau tidak mata adik asyik melihat jarum jam yang dikatakan lambat berpusing.

Pagi 1 ramadhan - Bilik belum dikemas dan belum mandi lagi buku lama ini dicapai tapi pastinya memboringkan sebab pernah dibaca. Mandi pagi itu punyalah lewat sehingga jam 11 pagi.
Petang 1 ramadhan - Buku dan majalah baru yang telah dibelikan dari Badan Cemerlang di Plaza Angsana. Meredakan sedikit rengekan dia dari berkata "adik laparlah". Bila aku kata suka hati adik kalau mahu berbuka tapi tidak pula dia berbuka. Alhamdulillah masih boleh bertahan. Harap boleh dilalui seperti tahun lepas penuh sebulan seperti papa tidak seperti mama dan kakak-kakak.




Saturday, July 21, 2012

Satu Ramadhan 1433H

Dikatakan pada hari ini

Bermulanya nafas ini menjadi tasbih
bermula juga tidur kita menjad ibadah
bermula doa kita juga di ijabah
bermula menjalin pahala dilipatganda
alhamdulillah ramadhan menjenguk sudah
bersama kita menadah penuh mawaddah





Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan 1433H

Sebaik saja keluar gate pantas jari menekan remote kereta. Motorsikal pemuda courier service berhenti betul-betul bersebelahan kereta ku. "Hajah Zakie Purvit?" "A'ah kakaklah". Sambil sengih dia berkata " Saya ingatkan lelaki". "Tulis Hajjah ke Haji? aku bertanya. Sama-sama tersenyum. Sebaik mengucapkan terima kasih aku mengambil dan membawa masuk ke dalam kereta kerana mahu terus mengambil anak-anak balik dari asrama. Sebab itulah aku bercuti semalam. Kebanyakan sekolah-sekolah berasrama sudah dibenarkan balik sempena ramadhan yang akan tiba. 

Dari Kemunting ke Jey Bee
inilah cenderahati dari Nini D
moga persahabatan kekal di sanubari
terima kasih setulus hati
Gardening use the hand glove
seeing the sky is blue
from Nini  with love
of course kakak loves you too
Dua dari kanan - Bergantungan bersama rakan-rakan
Hidangan malam keluarga kami- Bukan hendak tunjuk ini sebenarnya, tapi ada satu lauk istimewa kami malam tadi. Lauk itu ada di dalam bungkusan yang dibawa oleh pemuda courier service dan aku pula boleh membawa hingga ke asrama anak-anak. Sementara menunggu dia membawa turun beg-beg untuk dibawa pulang, aku membuka sampul tadi. Tersenyum sendiri kerana selain rantai kunci berada di dalam sampul tersebut, terdapat juga yang salah satunya ada terhidang dalam gambar di atas. Cuba teka mana satu?


 Taraaa satu lagi pemberian Nini D
Ikan hasil buatan sendiri
hidangan kami satu famili
sedap rasa handak lagi (hihi...)

 Setelah di goreng sedia disantap
sungguh rasanya memang sedap
ramadhan pun hampir kita hadap
bersama kita beramal ibadat
Rekacipta adik - Ucapan buat mama dan papa
tidak lupa semua rakan dan taulan
Harapan adik - Moga impian menjadi kenyataan. Doa mama/papa sentiasa mengiringi.
Isi di dalam - bagaimana ucapan adik buat mama/papa begitulah juga ucapan mama buat semua

~~ Bersempena ramadhan yang menjelang tiba aku memohon keampunan atas apa juga salah silap sepanjang aku bertandang ke blog teman-teman mahupun titisan dari blog ini yang tidak menyenangkan hati teman-teman semua. Maaf kerana mungkin pergerakan blog aku juga akan terhad di bulan Ramadhan ini. Sekali lagi Selamat menyambut Ramadhan al-mubaraq.~~



Wednesday, July 18, 2012

Setahun perjalanan speedometer sudah gila

Bagaimana agaknya bacaan yang tertera di alat perangkap kelajuan yang pihak JPJ gunakan bila kereta aku yang melintas. Aku bukan membeli kereta second hand. Namun nasib tidak menyebelahi bila baru setahun sebulan aku memilikinya kereta ini menunjukkan mohon diperbaiki. Kalau belum setahun masih ada peluang diperbaiki percuma, tetapi ini terlebihlah pula sebulan. Siapalah agaknya QC yang meluluskan dulu.

 Jangan percaya - Paling laju pun aku memandu dalam 120km/j. Kali ini boleh mencecah 150km/j. Dalam gambar ini bergerak perlahan sedikit kerana aku mahu mengambil gambar sebagai  bukti untuk ditunjuk kepada en hubby.
Kena percaya - Lihatlah bagaikan kereta berhenti walaupun ketika itu aku memandu lebihkurang 100-110km/j.
~~ Masih belum dihantar ke mana-mana bengkel lagi. Kesuntukan masa sepanjang Sabtu dan Ahad yang lepas. Walau bagaimanapun kereta ini telah memberikan jasa untuk membawa aku pergi dan balik kerja setiap hari.~~


Tuesday, July 17, 2012

Majlis Ihtifal adik

Sabtu lepas hari yang agak sibuk. Seharusnya aku bekerja setengah hari tapi tidak dapat dielakkan bila adik mahu papa dan mama turut ke Sekolah Kebangsaan Indahpura 2 di mana dia ada turutserta dalam tilawah Al-Quran di majlis ihtifal anjuran J-Qaf seluruh sekolah-sekolah kebangsaan daerah Kulaijaya. Adik dan Firdaus menjadi wakil sekolah mereka. Firdaus ini juga mengaji dengan aku. Baru berusia tujuh tahun dan comel saja suaranya

Ustazah adik - Comel masih anak dara lagi. Adik pun manja bukan main dengan ustazah dia.

Dewan perempuan - Aku menemani adik di dewan perempuan dan papa di dewan lelaki.  Keseluruhan ada 30 buah sekolah kebangsaan.

Adik dan Firdaus - Ummi dan abah Firdaus tidak dapat datang. Dia ikutlah mama Zakie ini. Tapi semuanya tidak mahu naik kereta mama. Memilih kereta ustazah mereka. Selesai membaca di Sek Keb Indahpura 2 ini kami ke TJ Mart kerana acara lain berlangsung di sana pula. Tetapi aku pujuk adik tidak boleh tunggu hingga selesai kerana Kak Yasmien  tidak sihat. Titipkan Firdaus pada ustazah.

Selesai - Belum dapat keputusan lagi aku sudah tahu dua anak didik aku ini pasti tidak boleh meraih terbaik sebab tarranum dibawa rekaan sendiri. Masa di rumah/sekolah boleh ikut nada yang diajar tetapi naik pentas lain alunannya. Tajwid keduanya boleh membanggakan aku. Ustazah kata masih boleh diasuh lagi.

Sampai di TJ Mart - Alunan dikir barat dengan bahasa Arab. Sungguh mengkagumkan. Aku pun terpegun dengan kebolehan anak-anak yang masih terlalu muda. Gigih betul-cikgu-cikgu sekarang. Masa zaman aku dulu tidak ada dikir barat bahasa Arab.

Choral speaking - Juga dengan bahasa Arab. Murid tahun 5 kesemuanya sebab cikgu tidak mahu mengganggu murid tahun enam yang akan menduduki UPSR. Boleh aku kata pada adik "Teacher Sathiabama yang mengajar ke dik? Sebab biasa kalau peresembahan Bahasa Inggeris cikgu berbangsa Hindu  itulah yang mengajar. Apa jawapan adik "Mama ini bahasa Arablah mestilah ustazah adik yang ajar." Oh... boleh aku tidak terfikir majlis ini anjuran J-Qaf.

Sebelum majlis selesai aku mohon pada ustazah untuk berundur diri kerana mahu ziarah Yasmien di asrama. Sudah dua hari demam katanya. Hati mama mana boleh tenang bila dapat tahu anak tidak sihat. Kalau tidak kerana adik ada majlis pagi itu aku sudah terus ke sana.


~~ Melihat kebolehan anak-anak sekarang dapat aku lihat betapa cikgu-cikgu sekarang amatlah gigih mendidik anak-anak murid. Beruntunglah menjadi guru kerana saham akhirat berpanjangan kerana ilmunya dipergunakan.~~


Monday, July 16, 2012

Sakit telinga di Giant membuat perut jadi lapar

Petang itu aku ke Giant membeli keperluan seisi rumah. Selesai membeli seperti biasa menuju ke kaunter pembayaran beratur menunggu giliran. Biasalah bila hari Sabtu atau Ahad terlalu ramai yang berkunjung. Entah dimana silapnya cashier barisan aku dan hubby beratur boleh jem tiba-tiba. Bila aku ke hadapan tahulah aku ada hal yang tidak diingini. Sepasang suami-isteri sedang memarahi cashier dan supervisornya sekali. Apa yang aku dapat tangkap dari yang digaduhkan suami-isteri tersebut mahu semua barang dibeli dikira semula. Oh.... kesian pula aku melihat cashier dibodoh-bodohkan oleh pelanggan. Melihat situasi itu aku dan hubby keluar dari barisan berpindah ke barisan lain. Semua yang beratur di depan dan belakang kami juga berpindah. 

Sehingga kami meninggalkan kaunter bayaran mereka masih bertekak lagi. Aduhai... sudahlah aku dan hubby sewaktu pergi belum makan lagi, terasa lapar. Beratur menunggu giliran sehingga lenguh kaki masih tidak berganjak. Selesai membayar sementara hubby memasukkan barang ke dalam kereta aku membeli sesuatu untuk mengalas perut dan dimakan di dalam kereta.

RM 3.00 satu batang - Satu untuk aku (sudah kena gigit hujungnya) dan satu untuk hubby.

~~ Walaupun mungkin pihak cashier itu bersalah janganlah menjerit-jerit kata bodoh padanya. Dia memang tidak melawan tapi bila bertemu dengan pihak supervisor sudah lain jadinya. Kita yang mendengar pun rasa kurang selesa.~~



Friday, July 13, 2012

Jalak lenteng lagulah Melayu, jalak bapak terkulai layu

Parang bapak yang tersimpan rapi di dalam laci almari dapur diambil. Batu pengasah dijadikan lawannya. Awal-awal Jalak telah dikurung oleh bapak hanya menanti saat dia terkulai saja. Berlagak dengan si betina yang ada tentulah mudah, kena tangan papa adik tahulah dia siapa lebih gagah. Tidak mengira ibu ayam masih ada anak kecil atau ayam anak dara muda dia kejar semacam. Hiruk-pikuk jadinya belakang rumah dibuat jalak se ekor ini. Kalau setakat ayam jantan yang taji baru mahu tumbuh usah lawanlah dengan jalak.

Mengasah - Papa masih belum puas selagi parang tidak betul-betul tajam
Segak - Kelihatan memang gagah sebab itulah banyak betina jadi mangsa engkau ye Jalak
Jelingan gagah - Walau gagah mana pun engkau kini telah berada di genggaman tangan papa adik
Terkulai - Akhirnya terkulai layu dan begini jadinya (papa adik yang capture gambar ini - jurugambar tidak berani)

Bersihkan - Bila bulu Jalak terasing dari tubuh badannya semua sedia maklum selepas ini ianya beralih ke tangan siapa pula. (jurugambar sudah sibuk di dapur tidak adalah gambar jalak di dalam periuk dan mangkuk)





 
 ~~ Anak-anak aku pun sudah pandai menikmati ayam kampung berbanding ayam yang beli dipasar.~~

Thursday, July 12, 2012

Sujud syukur bapak

Sujud syukur bapak sewaktu aku kecil dulu kerana walau letih dan penat masih boleh membesarkan kami untuk ke sekolah dengan pendapatan tidak seberapa dari hasil jualan ini semua. Kini bapak masih juga tidak tinggal sujud syukur selepas solat kerana anak-anak bapak tidak lagi perlu menjual ini semua untuk menyara kehidupan yang kian rigid sekarang.
Bogelkan - Bersihkan semua masuk periuk besar. Curah air campur garam sikit kemudian rebus. Semua ini untuk di bawa ke asrama Nurienne sebab itulah kena buka semua baju. Boleh diagih pada teman-temannya agar tidak sesak bakul sampah asrama. Satu pesan mama asal saja jangan dihilangkan tupperwarenya sudah.
Baju jagung - Inilah semuanya kalau direbus dengan bajunya pasti boleh penuh tong sampah asrama. Kalau yang ada lembu/kambing ini juga boleh dijadikan makanan.

Berpapan-papan - Lewat seminggu banyak yang sudah masak. Petai bila terlalu tua akan hitam kulitnya dan di dalam isinya akan disaluti dengan kulit merah/oren. Tapi ada jiran aku suka yang jenis begini katanya manis.  Habuan bersama jiran-jiran.
Limau kasturi - Banyak berguguran terbiar tidak dihiraukan oleh bapak dengan bibik. Kami petik di atas pokok pun tidak terhabis. Sejak dua-tiga hari sejak balik dari kampung setiap kali makan kami buat air limau ini. Aromanya menyengat hidung.
Betik - Aku agihkan pada budak yang datang mengaji. Mana yang ibu-bapa yang makan petai sekali aku bagi juga. Untuk diri sendiri manalah termampu untuk menghabiskan. Simpan lama pun tidak boleh.

Sebenarnya ada cili, cempedak dan mangga juga aku bawa balik tetapi ianya tidak tersenarai dalam N3 ini sebab dulu kami adik-beradik tidak menjual itu sebagai sumber pendapatan keluarga.


~~ Setiap kali hasil ini dibawa balik setiap kali itu juga akan ada cerita lama menjadi habuan telinga anak. Betapa bersyukurnya anak-anak sekarang.~~


Wednesday, July 11, 2012

WW - Mengapa disebut kucing tidur tidak musang tidur





~ Zaman aku kecil dulu tidak pernah dengar pun durian Musang King.~~



Tuesday, July 10, 2012

Bukan sebarang kain batik, rantai kunci indah menarik

Sekali lagi tanpa pernah bersua muka namun ada sesuatu yang berkunjung  ke rumah dan terus menjadi milikku. Bukan dekat tetapi dari utara semenanjung. Lihat setemnya. Perak Darulridzuan melintasi beberapa negeri menerjah ke Johor Darultakzim. Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat azatiesayang.

Terbanglah burung terbang
terbanglah tinggi-tinggi
gembira hati bukan kepalang
mendapat titipan dari  azatie

Puas sudah aku memerhati
semakin lama tambah berseri
 terima kasih  setulus hati
atas pemberian yang diberi

Berkata benci pada yang seksi
walau terdetik itulah diminati
rantai kunci menambah koleksi
kain batik dipakai setiap hari

Mengapa hingga gila bayang
berikan kasih pada yang mahu
berkenalanlah dengan azatiesayang
janganlah bimbang mahupun ragu

~~ Ada rahsia bila berkain batik walau setakat lipat dan selit di pinggang ianya boleh membuat seseorang dapat mengawal bentuk badan lebih menarik dan lebih bersopan ketika duduk bersimpuh.~~

Monday, July 9, 2012

Restoran Singah Selalu terkejut

Malam itu kami jejaki lagi restoran ini untuk kali yang entah ke berapa. Sebaik sampai seperti biasa pesanan dibuat. Entah dimana silapnya biasa sebelum hidangan tiba ada otak-otak dan kacang rebus sebagai kudapan tetapi kali ini tiada. Terkejut mungkin sebab satu dari anak aku tiba-tiba satu bertukar wajah. Hidangan pertama datang kami juga terkejut bila yang dihantar adalah sepotong kek. Bertanya pada semua anak tidak ada yang order kek. Tetapi Nurienne berkata, "Tak apalah mama macam sedap, Nurienne naklah" lalu dia pun makan. Kali kedua terkejut lagi bila sepinggan ayam goreng disua ke meja kami. "Hahaha.... ini mesti sebab kakak cantik, ada waiter asyik silap aje". Itu kata adik.

Chicken Chop - Adik makan tak habis bawa balik jadi habuan sang kucing di belakang rumah.
Ayam goreng - Inilah ayam goreng yang silap dihantar ke meja kami. Sebab semua tidak mahu lalu diambil dan dihantar ke meja yang membuat pesanan
Sayur - Ada kacang peas, carrot, sea cucumber, mushroom  dan lain-lain
Stim Nyonya - Siakap stim tidak pernah tidak order bila makan di sini,.

Ketam - Masak masam-manis. Aku suka tomato dan nenas dia.

Brokoli - Sayur kegemaran aku dan Mak Zah
Udang butter - Kali ini hidangan agak kecil tapi itupun satu ekor tinggal semua sudah tidak mampu menghabiskannya.


Anak mama - Anak mama yang dikatakan tetiba bertukar wajah inilah dia dengan adik
Balik - Dua Kak Long bertemu dan berpisah malam itu. Entah bila dapat bertemu lagi sebab Kak Long kecik semalam sudah balik asrama. Kak Long besar pula sibuk dengan tugasan bila balik hingga tengah malam.


~~ Malam itu bulan penuh dan amat cantik dan pastinya menjadi sasaran mereka yang minat dan pandai bermain kamera.~~