Friday, May 31, 2013

Kawan-kawan mahu hadiah?

Adik punya - Sebenarnya setiap kali membeli buku keluargan PTS ada keratan ini di bahagian muka belakang. Terdapat juga penanda buku dibahagian kulit belakang yang perlu digunting bahagian hujungnya yang dipanggil setem. Kemudian setem tersebut perlu dilekatkan dan penuhkan ruang yang disediakan.

Siap - Baru pos semalam. Bila semua ruang penuh boleh diposkan ke PTS Marketing. Tidak lama pasti adik akan dapat sesuatu. Biasanya dalam 3-4 bulan sekali adik akan dapat sebab dia baca buku cerita laju tak macam membaca buku pelajaran. PTS akan menghadiahkan pula seperti novel atau sebagainyai. Hujung tahun biasa akan diberi diari dan kalendar. Budak bila dapat parcel apa lagi atas nama dia sendiri memang suka.

~ Cuti sekolah ini bukan belajar. Mama tahankan hati. Apa yang dibuat sekadar buat kerja sekolah yang cikgu beri. Lainnya membaca novel dan memasak dalam komputer tidak henti-henti. Boleh buat burgerlah, pizzalah, aiskirm, kek macam-macam kek tapi semuanya tak boleh dimakan. Boleh tengok di skrin saja.~~


Thursday, May 30, 2013

Pasti anda akan singgah selalu

Restoran Singgah Selalu - Lihatlah buku menu pun tercatat mottto dia "Pasti anda akan singgah selalu". Menepati apa yang diperkatakan, pada malam 28-05-2013 itu kami sekeluarga singgah lagi di sini bagi meraikan ikatan 18 tahun papa-mama mereka mengikat tali ikatan sebagai pasangan yang sah.
Kudapan - Sebelum hidangan yang kami pesan tiba kami dihidang dengan kacang rebus dan otak-otak. Papa mereka pula membeli 15 cucuk sate buat anak-anak. Tetapi sebelum kudapan habis hidangan telah tiba di meja.

Satu-persatu dihantar - Udang butter, shark-fin soup, ketam sweet-sour dan brokoli scallop. Kami lawankan dengan nasi putih walaupun dua kakak menikmati mutton chop tetapi hidangan ini mereka makan juga.

Menikmati hidangan - Adik menikmati shark-fin soup, Eye-rib mutton chop Kak Nurienne, buah (honey-dew, papaya dan water-melon) ini diberi percuma bila bill melebihi 500 ringgit . Adik dengan air kelapa.

Kerapu stim nyonya - Menjadi gurauan kami sekeluarga malam itu bila melihat mulut kerapu yang ternganga lebar.  Ada cerita lucu di sebalik ikan ini buat kami semua ketawa. Namun dalam semua dish yang dihidang hanya ikan ini yang licin kami sekeluarga makan. Lain-lain semuanya berbaki dan kami bungkus bawa balik.
~~ Bila cuti sekolah hidangan makan malam aku banyak di luar rumah berbanding kalau hari sekolah.~~



Wednesday, May 29, 2013

Arah Qiblat - Istiwa Matahari 28-05-2013 jam 5:16 petang semalam




~~ Istiwa matahari - bila matahari betul-betul berada di atas kaabah pada waktu tengahari di sana.~~

Tuesday, May 28, 2013

Genap sudah 18 tahun ikatan ini termetrai

Terus-terang hubby bukan yang jenis romantik. Pimpin-pimpin tangan bila sudah tua ini adalah tapi dulu bila berjalan sekadar beriringan saja. Pimpin-pimpin ini pun sejak balik dari menunaikan haji. Ketika di tanah suci asyik berpimpin tangan walau beralas telekung sebab tidak mahu terbatal wuduk tapi  sebab takut terpisah itu yang berpimpin selalu. Oleh kerana lebih 40 hari berpimpin tangan agaknya terbawa-bawa bila balik Malaysia.
Pengikat janji - Dulu jejari runcing dan comel. Kini tidak muat lagi untuk disarung ke jari yang gebus-besar. Murah saja semua ini tetapi inilah yang termampu. Merisik-bertunang-nikah lebih kurang sama.Dulu aku tidak suka cincin bermata sebab tahan lasak dan ada trade value.
Hadiah bunga usah mimpilah. Boleh lompat bintang aku agaknya kalau ada sejambak bunga diberi. Tetapi membelikan aku pokok bunga adalah sebab tahu aku suka menanam pokok bunga. Kek ulangtahun pun kalau bukan anak-anak yang mengingatkan agaknya tidak ada. Makan-makan tetapi tidak pernah lupa sebab tahu agaknya isteri dia kuat makan (tak apa kawan-kawan boleh saja kalau mahu ketawakan). Membeli baju pun kena pilih sendiri. Pilihlah mana suka kerana pasti dia akan senyum, kata cantik dan membayar tanpa banyak soal-jawab.
Sekarang - Sudah tua pakai saja yang kecil.
Namun .........

Keperluan harian rumah kami semuanya dia ambil tahu. Dari bil-bil, bersihkan kipas/lampu, menyiang ikan-daging-ayam, hal rumah-rumah sewa, geran-geran tanah, hal semua kereta/motor, cukai/zakat/derma/sedekah, anak-anak punya keperluan, hal-hal kebun di kampung, buku-cuti-sekolah-asrama anak bahkan hal supplement/pencuci muka untuk anak pun dia yang ambil tahu. Semua itu ada dalam diari kehidupannya. Pendapatan aku semua menjadi milik aku dan anak-anak saja.

~~ Ya Allah berikanlah keberkatan dan kebahagiaan rumahtangga kami di dunia dan akhirat. Moga pegangan agama dan iman kami sekeluarga terus kental dan tidak goyah demi menjamin kebahagiaan kami di dunia satu lagi yang kekal kelak. ~~

Monday, May 27, 2013

Siraman rohani buat puteri-puteri di hari cuti

Hari Khamis malam Jumaat ada majlis Israk-Mikraj di masjid tempat kediaman kami. Anak-anak semua telah berkumpul dapatlah semua turut serta. Tambah meriah bila ustaz penceramah undangan adalah Ustaz Badlishah. Siapa tidak kenal ustaz yang penuh dengan papatah-petitih beliau. Seronok bila bahasa yang digunakan juga membuat kita berfikir berkali-kali. Tidak dapat mengambil gambar ustaz sebab kami terlindung tirai. Majlis bermula selepas solat maghrib tetapi oleh kerana kami berpuasa malu pula mahu berbuka di masjid. Ketika tiba di masjid menurut teman-teman yang telah ada di sana ceramah pun baru bermula.

Jamuan - Selepas habis  ceramah kami dijamu nasi beryani makan di dalam dulang. Sambil makan sambil mengimbau kata-kata dari ceramah. Bayangkan kalau solat sehari-semalam berpuluh-puluh waktu ada masa atau tidak umat Nabi Muhammad ini menunaikannya. Sedangkan lima waktu masih ada yang culas.

Booth buku - Bila ketiga-tiga anak dara berkumpul nampak pula booth buku kenalah singgah mahu tidak mahu.Teringat juga bagaimana ketika Rasulullah dibawa ke Sidhratul Muntaha melihat berbagai-bagai bentuk siksaan terhadap umat Islam terutama wanita. Bersama kita muhasabah diri menjaga maruah diri.

Dua dari empat buku - Ini pilihan pertama kami sekeluarga. Kuatkan iman demi maruah agama kita yang terasa kian dirobek Yahudi laknatullah.

Dua lagi - Kami sekeluarga memang meminati Prof. Dr. Muhaya. Boleh berebut masing-masing hendak membaca buku Padanya Ada Hikmah dulu. Tidak dibeli masalah, sudah dibeli pun jadi masalah. Geram... mama baca dulu. Selesai masalah. 

~~ Cuti sekolah inilah bagaikan satu kemerdekaan bila semua boleh membaca apa saja buku pilihan. Kakak sulung masih terhad sebab hujung tahun ada peperiksaan besar akan dihadapi. Masih kena pandai-pandai membahagikan masa.~~

Saturday, May 25, 2013

Zaman Jepun dulu ianya keperluan sekarang jadi hidangan sesekali

Sejak akhir-akhir bumi JB selalu timpa hujan sebaik menjelang petang.Hendak dikatakan musim hujan tapi bila datang panas terus berdenting. Tapi banyak hari sekarang lebih kepada hujan. Cuaca dan suasana begitulah yang membuat ada kalanya selera bagaikan teringin yang jarang diperolehi. Sebab itulah bila hubby membeli ubi di warung tepi jalan sewaktu balik dari kerja kami tidak bertangguh lagi untuk menikmatinya.

Tangan Adik - Selesai mama buang semua kulit adik tolong mama bersihkan. Sekarang adik ada banyak masa tolong mama sebab peperiksaan sudah selesai. Kerja sekolah pun kurang. Hanya membuat pembetulan jawapan pada kertas peperiksaan mana yang salah. Sebab tidak banyak salah lagilah tidak banyak kerja sekolah.

Sedia - Menanti untuk diolah. Ada yang kena hiris tipis, ada yang dipotong wedges dan ada juga yang direbus mengikut keinginan masing-masing. Cuma yang mengolahnya mama sendiri.

Potong wedges - Ini mama punya favourite. Tumbuk bawang putih dan garam kemudian gaul. Goreng sampai keemasan. Mama makan ini dengan Mak Zah. Cecah dengan sambal kicap sedap:)

Rebus - Ini pilihan adik. Makan cecah dengan gula. Mama dan Mak Zah merasa juga tapi cecah dengan sambal tumis lagi sedap. Adik manalah suka pedas.

Hiris nipis - Krup-krap-krup-krap pilihan papa. Adik pada mulanya minta yang direbus tapi akhirnya dia makan berkongsi dengan papa. Sebelum di goreng pun mama sudah gaul dengan bawang putih yang ditumbuk lumat dan sedikit garam.
~~ Kita makan ubi sebulan sekali pun payah memang rasa sedap, bayangkan dulu zaman perang Dunia ke dua setiap hari makan ubi manalah tidak berangin badan.~~


Thursday, May 23, 2013

Aktiviti adik selepas peperiksaan

Sewaktu aku singgah di farmasi adik boleh pula masuk ke outlet Cosway di sebelah dengan Mak Zah. Sebaik aku keluar apa lagi dia pun tariklah tangan mama dia untuk melihat apa yang diingini. Murah bagi dia tetapi mahal pada aku sebab sekeping canvas bersaiz lebih kurang 30cm x 30cm dan cat 21 warna yang kecil-kecil berharga RM29.90. Tetapi memandangkan peperiksaan sudah berakhir dan tidak lama lagi cuti sekolah, adalah aktiviti dia boleh lakukan lalu aku pun belilah.

Kuning - Baru memulakan dengan mewarna binatang ini. Pilih warna mengikut nombor yang telah ditanda pada cat yang disertakan sama.

Tekun - Kena tekun dan sabar sebab semunya kecil-kecil belaka. Sudah dinasihatkan juga kalau penat rehat dulu agar tidak comot.

21 warna - Inilah warna-warni yang dibekalkan bersama tiga jenis berus. Mewarna ikut nombor yang ditanda pada setiap cat dan dipadankan dengan nombor tercatat pada canvas yang telah sedia dilakarkan.

Banyak lagi - Untuk batang pokok saja yang telah siap keseluruhannya. Kena sambung lagi bila adik cuti kelak.

Nombor-nombor - Sebahagian dari nombor yang telah ditanda pada canvas tersebut.

Hari pertama - Ini saja yang mampu disiapkan pada hari pertama. Hari sekolah tidak boleh lama-lama mewarna sebab ada yang lebih penting walau sudah habis peperiksaan.

~~ Kesemua anak-anak aku tidak berbakat dalam melukis sama seperti mama dia. Jadi membeli lukisan yang telah siap untuk diwarnakan pun memadailah.~~


Tuesday, May 21, 2013

Bila saiz baju hampir sama

Apabila mempunyai dua anak remaja yang hampir sama besar dengan mamanya selalu membuat yang menjahit keliru. Sebaik memotong kain sebelum dijahit sudah kena tanda dengan cebisan kertas menanda dengan nama. Saiz badan dan ketinggian hampir sama. Anak sulung ketinggian sama dengan mama. Anak kedua lebih tinggi tapi saiz badan sama dengan kakak. Jadi bagi membezakan semua baju aku gunakan warna butang yang berbeza. 

Butang warna jernih - Ini baju mama dan kak yasmien. Boleh tahu bila saiz badan besar sikit itu mama punya dan yang kecil itu Yasmien punya.

Butang maroon - Kak Nurienne dan adik guna butang warna maroon. Untuk butang  warna ini saiz baju yang kecil itu baju adik dan yang besar baju Kak Nurienne.
Ini saja cara agar Nurienne dan Yasmien tidak salah baju. Buat aku dan adik memang mudah kerana yang paling kecil itu adik punya dan paling besar itu mama punya. Apa yang pasti papa punya tidak ada masalah.


~~ Peluang menjahit semakin cepat bila anak-anak sudah habis peperiksaan. Tidak perlu lagi duduk dengan adik membaca buku.~~

Monday, May 20, 2013

Kerabu mangga kami berdua

Sewaktu menghantar adik tuisyen hari Ahad aku nampak anak-anak lelaki sibuk memanjat pokok mangga depan tempat mereka tuisyen. Cikgu Fuziah, empunya pokok pula siap berkata siapa yang mahu petiklah sendiri. Aku senyum saja. Anak lelaki itu boleh bertanya aku mahu atau tidak? Aduhai sayang mestilah makcik mahu. Pucuk dicita ulam mendatang. Dapatlah aku sebiji besar mangga itu.

Semangkuk - Tiba di rumah terus aku kerjakan mangga tersebut jadi begini. Makan berdua saja dengan hubby sebab Mak Zah balik kampung. Adik pula sehari suntuk ada tuisyen. Cuti sekolah tuisyen berehat cikgu ganti terus hari Ahad itu dari pagi sehingga petang.

Baru lengkap - Sedia untuk dimakan baru aku taburkan udang kering yang telah ditumbuk kasar. Dalam pada kurang selera sebab adik tidak ada, tapi makan kerabu mangga ini sedap pula. (bukan aku buat sedap tapi kerana keinginan hendak makan membuat terasa enak di tekak).

Baki mangga - Masih berbaki lagi sebab mangga yang diberikan anak itu besar macam buah papaya yang aku tanam. Teramatlah besar. Sayangnya aku lupa mengambil gambar sebelum dipotong begini. Tapi dari sini pun boleh bayangkan besarnya saiz mangga tersebut.

Resepi aku tidak susah. Sagat mangga, sagat carrot, sagat timun (buang bahagian tengah)jadikan satu. Cili padi hiris banyak mana suka. Perah lemon sebiji. Masukkan gula dan sedikit garam. Gaul-gaul. Biasa aku hiris juga dengan bunga kantan tapi kali ini tidak ada abaikanlah. Bila mahu makan tabur dan gaul dengan udang kering yang telah ditumbuk kasar. Siap!!

~~ Macam-macam jenis kerabu tapi bila melibatkan buah-buah yang masam kecur dibuatnya.~~

Saturday, May 18, 2013

11 perkara tentang diri saya

Kenal Puan Cma?. Aku ditagged oleh beliau. Kalau anak-anak minggu ini sibuk untuk mejawab kertas peperiksaan mama dia pun ada juga tugasan perlu diselesaikan (senyum). Tulisan berwarna merah dibawah aku rasa permulaan N3 berantai ini bermula.
 
 Few Rules Need to be followed: -

1.      Post this rules.
2.      Write 11 things about yourself.
3.      Answer the question the tagger set for you.
4.      Create 11 new questions for those you want to tag.
5.      Choose 11 blogger to be tagged and link them to the post.
6.      You are not allow to tag back.
 Tugasan pertama tulis sebelas tentang diri sendiri.
  1. Walau nama Zakie tapi aku ini wanita, mama dan hamba Allah (moga jadi Muslimah terbaik).
  2. Anak Hj Purvit (bapa) dan Allahyarhamah Hjh Neema (Al-fatehah buat mak)
  3. Membahasakan diri kakak. Semua mereka yang mengenali aku tidak kira mak-bapak-nenek-atok-moyang-pakcik-makcik-abang-kakak semua memanggil aku kakak.
  4.  Mama kepada tiga anak dara dan isteri kepada papa anak-anak dara yang tiga itu.
  5.  Kerjaya awal jadi cikgu. Telah banyak kali bertukar kerjaya dan akhirnya tersadai jadi kuli mengetuk calculator dan computer hingga kini.
  6. Tidak pandai memasak walau boleh dikatakan setiap hari memasak (tapi hari cuti dapur pun cuti).
  7.  Hari-hari memandu pergi-balik kerja dari zaman anak dara sampai sudah ada anak dara masih lagi tidak mampu menggaji pemandu.
  8. Menjahit baju tidak pernah upah sebab dilahirkan dalam keluarga miskin - sedih. Masa anak dara dulu ambil upah menjahit baju dan knitting untuk menambah pendapatan.
  9. Menjadi tempat anak-anak merujuk untuk musabaqah dan berzanji walau suara bagai itik serati.
  10. Menanam pokok bunga bagaikan terapi tapi kebanyakan pokok tidak simpati. Hasilnya daun saja yang banyak tanpa bunga.
  11. Paling suka melihat keletah anak-anak, sebab itu blog yang memaparkan kisah anak-anak comel menjadi terjahan utama perempuan bernama Kak Zakie ini.
 Selesai tugasan pertama, masuk pula tugasan kedua. Ada sebelas soalan yangg perlu di jawab ekoran tag dari Puan Cma:-

1.      Assalammualaikum... Ha.. Jawab jgn tak jawab ye...
             ÙˆَعَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ السَّلاَÙ…ُ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ
2.      Tajuk blog tu ilham dari mana?
         Ilham diri sendiri yang sepontan datangnya.
3.      Kenapa pilih nama link yg ada ni utk address blogspot/domain anda?
         Lebih mudah gunakan nama sendiri dan nama bapak sendiri. 
4.      Dah berapa tahun berblog ye?
         Hampir tiga tahun jugalah..
5.      Selalu tak terjah balik entri rakan yg dah lepas untuk komen?
         Memang praktikkan seboleh-bolehnya akan terjah balik blog yang telah memberikan komen.
6.      Suka tinggalkan komen panjang – panjang.. or pendek – pendek ?
         Ada kala panjang (sebab suka berceloteh hihi....) dan ada kala pendik
7.      Suka terima komen berjela2 atau seketui je?
         Tidak mengambil berat soal itu. Sebab setiap komen teman sangat dihargai.
8.      Kalau tuan tanah tak reply komen uols di entrinya, Sentap tak?
         Buat masa ini masih tidak ada rasa sentap.
9.      Ade musuh tak selama berblog ni?
         Syukur alhamdulillah tidak ada dan moga tidaklah sampai bila-bila.
10.  Suka tak kalau ada yg drop komen ‘done klik2 iklan’ ?
       Blog TITISAN NURANI tidak ada iklan tapi klik untuk teman punya selalu
11.  Last but not least..Aha! suka tak klu anda di TAG utk entri2 mcm ni or Contest,Ga,Segemen & yg sewaktu dgnnye?
      Menganggap ada ingatan di situ. Cuma rasa terkilan bila tidak dapat memenuhinya. 
Akhirnya selesai sudah menjawab. Tugasan seterusnya memberikan sebelas soalan pula:-
  1.       Apa yang membuat anda berblog?
  2.       Apa keindahan berblog yang anda rasa?
  3.       Waktu bila anda berblog?
  4.       N3 bagaimana pilihan anda?
  5.       Sejauh mana eratnya teman-teman blog anda?
  6.       Mana keutamaan anda -  blog/FB/Twitter atau yang seangkatan..
  7.       Pengisian blog yang bagaimaa pilihan anda?
  8.       Anda lapar, tidak sihat tetapi masih duduk mengadap blog mengapa?
  9.       Apa jadi kalau semua ahli keluarga anda berblog?
  10.       Apa tindakan bila terasa malas untuk berblog?
  11.       Bila hendak berhenti berblog?
Sekarang tugasan terakhir tag 11 teman. Tidak sesekali memaksa sekadar suka-suka dan memenuhi syarat diberikan.
  1. Zee Suhaini
  2. Nafiraa - Azura
  3. Nini D
  4. Lizz@haslizalizz
  5. Ati Masrif
  6. Azian - umi 3Mu
  7. Syeila
  8. shark
  9. Muja
  10.  Sharifah Nadzarah - Umi 3A
  11. Cikda 
~~ Aduhai..... Mujur hari Sabtu yang santai
N3 pula bagaikan surat berantai.~~

Friday, May 17, 2013

Senyuman di Hari Guru

Sabtu dan Ahad jadual adik penuh kerana perlu mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan. Hari Rabu pula aku berada di luar kawasan. Tidak ada masa untuk membeli hadiah cikgu adik. Malam itu walau balik dengan keletihan kerana seharian berada di luar kawasan, kena juga memenuhi kehendak adik.  Selepas anak-anak yang mengaji semua balik, sebelum isyak lagi kami keluar ke Plaza Angsana.  Mencari cenderahati untuk cikgu-cikgu kesayangannya. 

Hinode Shop - Setaip kali mahu membeli cenderahati atau hadiah di sinilah tempat di tuju. Bertempat di Plaza Angsana. Sesak dengan anak-anak sekolah rendah aku perhatikan berbanding anak-anak sekolah menengah

Membungkus - Meminta Mak Zah yang membantu membungkus kesemuanya sebab mama keletihan.

Semalam adik bercerita pun penuh dengan senyum gembira kerana dapat mencium tangan, memeluk dan mencium pipi guru kesayangannya. Suka bila cikgu juga memberi ciuman seperti mama katanya. Cikgu pakai baju cantik, cikgu wangi, cikgu pandai buat lawak, suara cikgu menyanyi merdu, cikgu baik semuanya puji-pujian belaka yang diceritakan pada mama/papa. Seronok dengan majlis yang diraikan semalam. Kelas adik membuat persembahan choral speaking kerana mereka semua merupakan wakil sekolah dan mendapat tempat ke dua bahagian zon 2 Johor Bahru.

~~ Aku juga percaya ramai cikgu yang balik rumah semalam senyum lebar bila membuka bonet kereta yang penuh dengan hadiah dari anak-anak didik mereka. Tahniah cikgu!!~~

Thursday, May 16, 2013

Bertambah lena tidur kami

Tibanya semalam. Gembiranya tidak terkira. Pemberian dari teman yang jauh di mata tetapi dekat di hati. Adinda Riedaffya yang jauh nun di Terengganu telah mengirimkan dua helai selimut buatku. Terima kasih Ffya.

Besar - Sekotak besar dikirimkan buat kami di Johor
Mak masak lauk kari
makan berselera urut perut
gebor itulah panggilan kami
tapi Riedaffya sebut selimut

Dua helai - Manis kedua-dua wana pilihannya

Mak masak lemak umbut
ayah makan kekenyangan
bak sutera ianya lembut
bimbang adik bangun kesiangan

Lembut dan gebu - Bunga pink yg dipadankan dengan warna coklat dan putih sangat menawan hati.

Mak masak sayur kailan
sedap rasanya tidak terhingga
dari kami syukran jazilan
buat Ffya dan keluarga 

Bagaikan sutera - Sangat gebu dan lembut sayang mahu menggunakannya.

Mak masak lauk sardin
ada cili pedas terasa
ukhuwah lama telah terjalin
moga berpanjanganlah hendaknya

~~ Kepada sahabat-handai-rakan-taulan yang mahu menjalin ukhuwah dengan Riedaffya silalah klik di sini..~~


Wednesday, May 15, 2013

Bila papa dan mama tinggal berdua cukuplah ini saja


~auto-published - the editor outstation.~~

Tuesday, May 14, 2013

Berkereta comel sebelum bersanding

Hujung minggu menghadiri majlis bertandang anak kawan hubby. Aku pergi dengan adik saja sebab hubby sehari sebelum majlis, sebelah malam dan hari langsung sudah sibuk membantu sahabatnya itu. Membantu untuk menguruskan segala keperluan majlis mengalahkan majlis anak sendiri. Ini kali kedua dia menggunakan hubby untuk majlisnya. Sewaktu majlis pertama anak perempuannya dulu juga hubby yang dia minta tolong untuk membantu. 

Hijau - Cantik bila hijau dipadankan dengan warna putih (jangan dipolitikan pula ye). Berseri. Pengantin lelaki itulah anak kawan hubby.

Comel - Pengantin naik kereta ini. Adik kata dia boleh memandu sendiri kalau ada kereta kecil ini untuk ke sekolah. Hati aku pula terdetik kalau kereta ini dijaga rapi boleh jadi kereta antik suatu hari kelak.

Mama punya - Dapat goodie-bag yang di dalamnya ada sejadah comel, air mineral, mug dan bunga telur.

Adik punya - Adik dapat Air mineral, cawan comel, jajan dan bunga telur.

Koleksi - Banyak juga cawan comel yang sudah menghiasi rumah kami. Susun sehingga menutupi kaki pasu bunga. Hendak guna untuk minum comel benar. Simpanlah entah sampai bila.
~~ Adik boleh kata kalau bagi duit lagi baik. Kelakar juga kita menyumbang duit pada emak pengantin mana mungkin emak pengantin bagi duit semula pada tetamu. Tidak pernah dibuat orang.~~


Monday, May 13, 2013

Bulan penuh perayaan

Bulan Mei merupakan bulan paling banyak perayaan. Hari Pekerja baru berlalu. Ada Hari Ibu (walau banyak yang masih mempertikaikan), Hari Jururawat, Hari Guru, Hari Belia atau ada lagi yang mungkin aku tertinggal. Baru-baru ini adik membeli majalah Ana Muslim terkepil di bahagian tengah majalah satu kad Hari Ibu dan tiga kad Hari Guru diberi percuma. Sukalah adik. 

Kad - Satu Kad untuk Hari Ibu dan satu untuk Hari Guru. Comel gambarnya itu yang adik memang peminat nombor satu apa saja barangan Ana Muslim. Kad Saya Sayang ibu itu telah pun diberikan pada aku semalam.

Dua lagi - Untuk guru bahasa Inggeris dan seorang lagi guru pilihan hatinya.
Setiap tahun bila menghampiri Hari Guru aku jadi pening hendak membeli  hadiah untuk cikgu-cikgu adik. Tahun ini hendak beli coklat sajalah. Daripada barang akhirnya bila ada hari keusahawanan cikgu akan jual semua hadiah tersebut. Maklumklah berapa banyak cikgu menerima hadiah dari anak muridnya, kalau setiap tahun ada yang memberi. Mahu penuh almari rumah cikgu.

~~ Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Jururawat, Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Belia pada semua yang terlibat mana salah satu perayaan tersebut.~~