Wednesday, October 31, 2012
Tuesday, October 30, 2012
Menjelang malam hari pertama tasyrik
Pengumuman telah dibuat pada semua yang ada baik di dapur hingga ke luar rumah. Tidak mahu ada yang tertinggal masih di bilik air bila tiba azan dilaungkan. Maghrib selepas berjemaah akan dimulakan dengan takbir, yaasin, tahlil dan doa selamat. Kemudian sambung dengan berjemaah Isyak dan takbir lagi. Selesai semua itu barulah kami menjamu dengan menu yang menagih banyak peluh merintik keluar. Nasi impit, beehoon dan roti gardenia juga disediakan. Pedas cili kicap Mak Zah usah dipertikai. Meletup-menyengat apabila disuai-padankan dengan sup tulang malam itu. Bergelas-gelas air tanpa sedar masuk ke perut kami.
Menyusun strategy yang paling selesa |
Roti gardenia padanan sup pilihan dia |
Bapak paling gembira bila dikelilingi anak-cucu-cicit. |
Pilih saja mahu mangkuk besar tulang besar, mangkuk kecil tulang kecil. |
Makan dulu selepas ini kamu semua kena cuci pinggan-mangkuk. |
Lihatlah Mama Leha tunjuk mangkuk yang sudah licin. |
Si comel tidak hirau pun sup gear-box atau tulang, sebakul jajan pilihan dia. |
Amboi Nurul besar betul mulut, takut Mama Zakie melihatnya. |
Pink jadi pilihan mereka malam itu. |
Alhamduilllah segala perancangan berjalan lancar. Penat usah dikata tapi kami seronok. Mama-mama dan papa-papa berehat anak-cucu ambil giliran membersih apa yang patut di dapur. Aku selaku tuan rumah tidak hirau lagi akibat keletihan terus masuk bilik untuk tidur.
~~Semalam hari tasyrik berakhir bererti selesai juga ibadah haji untuk tahun ini. Moga para jemaah diberikan ibadah haji yang mabrur.~~
Monday, October 29, 2012
10 Zulhijjah - Pasrah dan merelakan untuk dikorbankan
Rentetan yang terjadi pada Aidil Adha 1433H.
Hidangan - Siapkan untuk sesiapa saja yang sudi menjamu selera. |
Pasrah - Sedia untuk dikorbankan. |
Sedia - Hubby dengan adik dan temannya |
Berkenalan - Akulah yang akan sembelih engkau lembu. |
Skill - Inilah saat yang bukan mudah untuk menumbangkan lembu. |
Kerjasama - Semua sudah bersedia untuk memberi laluan hubby menyembelih |
Lapah - Semua bersedia untuk melapah sebelum digantung dan di timbang segala daging. |
Ngeri - Aku tidak tergamak melihat ini. |
Licin - Balik dari dewan kelihatan makanan di atas meja sudah licin (alhamdulillah boleh tambah lagi - banyak lagi di dapur). |
~~ Syukur segalanya berjalan dengan lancar. Sebelum solat Jumaat semua daging telah siap diagihkan. Pembersihan dewan saja disambung selepas solat Jumaat.~~
Labels:
Agama,
Cerita Masyarakat,
Hari Raya,
Qurban
Thursday, October 25, 2012
Detik dan saat itu menggamit kerinduan
Pada tarikh inilah 4 tahun lepas aku melalui detik-detik indah memulakan ibadah Haji. Sebaik memasang niat Haji di bilik hotel, kami turun dengan lift menuju bas yang berderet dan bersedia untuk membawa kami ke padang Arafah untuk berwukuf dan merupakan rukun haji ke dua selepas niat. 9 Zulhijjah adalah hari berwukuf.
Talbiah beramai-ramai di dalam perut bas sepanjang perjalanan sehingga tiba di Arafah adalah momen indah untuk dikenang. Bermalam dengan beralaskan karpet dan tikar saja. Akan kedengaran dari setiap pelusuk perkhemahan suara-suara hamba Allah yang berwirid, berdoa, bermunajad tanpa henti. Kalimah-kalimah Allah dan ayat-ayat suci mendayu-dayu menusuk pendengaran tanpa henti sehinggalah esok sebelum menjelang malam kami memulakan perjalanan ke Muzdalifah.
Talbiah beramai-ramai di dalam perut bas sepanjang perjalanan sehingga tiba di Arafah adalah momen indah untuk dikenang. Bermalam dengan beralaskan karpet dan tikar saja. Akan kedengaran dari setiap pelusuk perkhemahan suara-suara hamba Allah yang berwirid, berdoa, bermunajad tanpa henti. Kalimah-kalimah Allah dan ayat-ayat suci mendayu-dayu menusuk pendengaran tanpa henti sehinggalah esok sebelum menjelang malam kami memulakan perjalanan ke Muzdalifah.
Berehat sebentar di Muzdalifah bagi mengutip batu-batu untuk melontar jamrah. Malam dingin itu dipenuhi dengan bersolat hajat, solat tasbih, berzikir dan doa sehingga tengah malam barulah kami ke Mina.
Khemah di Arafah - Beginilah khemah yang disediakan tidak ada yang istimewa semua kita adalah sama. |
Pada 10 Zulhijjah ketika rakyat di Malaysia meraikan Hari Raya Aidil-Adha kami di Mina berjalan sejauh lebih kurang 7km pergi dan balik untuk melakukan ibadah melontar jamrah Qubra/Aqobah - jamrah pertama. Sungguh tidak ada rasa penat atau letih kerana perjalanan dilalui bersama lautan umat Muhammad. Esok kita berhari raya di sini tapi jemaah di sana akan melontar jamrah/jumrah yang pertama. Kalau di sana juga akan kelihatan berlori-lori daging qurban di sepanjang jalan.
~~ SELAMAT MENJALANKAN IBADAH QURBAN DAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA DARI KAKZAKIE & KELUARGA DI TITISAN NURANI.~~
Aku sudah bercuti hari ini - ini adalah autopublished entry.
Labels:
Agama,
Haji,
Kenangan,
Perjalanan,
Qurban
Wednesday, October 24, 2012
Bersama-sama siap-siaga sebelum 10 Zulhijjah tiba
Rangka organisation chart |
Nama AJK dilantik untuk bertugas |
Nama yang terlibat membuat ibadah qurban 1433H |
. |
Ketua dilantik bertanggungjawab mengagih daging - simpan dulu kalau tuan rumah balik kampung. |
Labels:
Agama,
Cerita Masyarakat,
Hari Raya,
Qurban,
WW
Tuesday, October 23, 2012
Bila semua tidak mahu makan tengahari
Sabtu 20-10-2012
Petang itu bercadang mahu membetulkan pasu-pasu bunga tetapi tergendala sebab hujan. Adik dan hubby pula pagi itu sarapan nasi lemak agak lewat, tengahari aku balik kerja tidak mahu makan nasi. Memandangkan tiada apa mahu dibuat carilah kerja mudah dan cepat bersama adik di dapur.
Apam - Pukul-pukul masuk stimmer 15 minit, siap. Tanpa kelapa adik tidak suka kelapa. |
~~ Ketika berada di pejabat selalu merancang itu-ini sekiranya cuti, tetapi apabila berada di rumah rancangan selalu bertukar lain.~~
Monday, October 22, 2012
Mak Long dan Cik Dah bergelak kerana kami
Mak Long (panggilan kami sesama teman) menjemput dengan panggilan telefon sebab kami berjiran taman saja pun. Sebelum pergi hubby confident sangat dia tahu rumah Mak Long. Pergi dengan adik. Adik kata rumah Mak Long sederet dengan rumah Hafiz kawan adik yang mengaji dengan aku. Confident dengan adik dan hubby teruslah melangkah. Tiba satu rumah yang sederet dengan rumah Hafiz kami lihat ramai kawan hubby dan kawan aku juga sedang makan-makan, terus saja memberi salam dan salam-salam. Hairannya Mak Long tidak ada.
~~ Jangan kata jauh boleh tersilap rumah, dekat pun kalau kita tidak pernah ke rumahnya pun boleh tersilap. Selalu jumpa di surau dan majlis-majlis saja. Ini pertama kali dia buat jamuan itulah yang tersilap.~~
Friday, October 19, 2012
Bukan salah Neelofa dan Anzalna
Pernahkah teman-teman merasa seperti apa yang aku rasakan ini?
Bila melihat mainan kanak-kanak 'magic stick' pasti teringat pada cerita Cinderellla. Bila hulur magic stick teringat mulut anak berkata ting!! membayangkan dapat baju cantik, sekali lagi ting!! dapat pula kasut cantik. Atau mungkin bila melihat kaabah teringat detik-detik melakukan tawaf ketika di sana. Melihat nyonya kutip bekas telur di tempat sampah teringat masa susah di zaman kanak-kakak. Bahkan banyak lagi.
Sejak ramadhan lepas bila aku membaca suroh Al-Qadr tidak tahu mengapa aku mesti teringat artis Neelofa dan Anzalna. Dulu aku tidak kenal siapa itu Anzalna walau Neelofa aku kenal sebab rancangan Nona di TV3. Tetapi sejak ramai teman blogger yang bercerita tentang mereka berdua aku jadi mengenalinya. Apa yang menjadi masalah bila bersolat aku tidak boleh membaca suroh ini. Bila membaca saja teringat dua artis ini. Sedangkan sewaktu terawikh ramadhan aku banyak membaca suroh tersebut, maklumlah bersempena malam-malam lailatulqadar.
Bacalah - Innaa anzalnaa hufii lailatil qadr... ada nama itulah yang membuat aku tidak khusyuk. Maksud dari ayat tersebut "Sesungguhnya kami telah turunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar". Jangan jadi seperti aku tetapi cubalah hayati maksud disebalik ayat.
~~ Sungguh aku tidak salahlah artis Anzalna itu tapi aku salahkan diri sendiri yang tipis iman tidak khusyuk ketika bersolat.~~
Thursday, October 18, 2012
Bukan boleh suka-suka menggandakannya
Ada kalanya perkataan yang kita gunakan bila digandakan akan membawa maksud berlainan.
Curi dan curi-curi. Mata dan mata-mata. Kuda dan kuda-kuda. Hati dan hati-hati. Jangan dan jangan-jangan. Guna dan guna-guna dan banyak lagi.
"Cuba awak perhatikan, otak-otak mereka tidak sama dengan otak-otak orang tempatan." Otak-otak yang dimaksudkan adalah daya pemikiran tetapi bukan otak-otak yang selalu kita makan. Mungkin sebab adanya perkataan 'mereka' yang menunjukkan ramai jadi dia menggunakan perkataan 'otak-otak'.Namun bila penjelasan diberikan dia pun turut ketawa. Namun dari hari ke hari aku perhatikan dia semakin bijak menggunakan perkataan yang sesuai walau ada kalanya membuat kita senyum. Orang luar semakin suka mempelajari bahasa kita tetapi sayangnya 'orang kita' bagaikan mahu melupakan bahasa sendiri bila berbahasa dengan 'orang sendiri'. Akibatnya bila berucap keluarlah pengucapan seperti "para-para hadirin sekelian..." tanpa di sedari para-para adalah rak-rak dan perkataan 'para' itu tidak perlu digandakan.
~~Alah bisa tegal biasa. Belum lagi belajar bahasa dari rumpun Melayu yang berbagai seperti yang terdapat di Sabah/Sarawak. Beruntung mereka yang pandai berbagai bahasa/dialek.~~
Wednesday, October 17, 2012
"Kalaulah kita dapat ini mama" itu kata anak-anak
Adik - Kalau boleh masuk beg mahu dibawa balik terus |
Kakak - Main paksa janji dapat |
Adik - Dapat cium tangan pun jadilah |
Best nya - Kakak-kakak pandai psychology, adik takut kalau dia menangis |
~~ Tiga anak dara itu kepunyaanku tetapi yang comel-comel itu anak sepupu aku. "Like mother like daughters" - pantang jumpa budak kecik habis kena gomol.~~
Tuesday, October 16, 2012
Bila cempedak menjadi nangka, sungguh tidak disangka
Mencanai roti tidak seperti mencanai hari yang dilalui. Meracik pokok tidak seperti meracik naluri diri. Mengenali teman maya tidak seperti di alam nyata. Memperolehi hadiah dari boss tidak seperti hadiah dari teman blogger. Semua ini aku pasti ramai yang telah merasainya. Semalam aku memperolehi sesuatu dari seorang teman blogger yang aku pasti semua tahu bagaimana hormon gembira aku menari-nari di dalam diri.
Zulkaedah mengundur Zulhijjah datang
setiap kita diinjak usia
semalam aku berlompat bintang
Titipan - Sedikit titipan sebagai penghargaan tetapi sebenarnya aku yg lebih menghargainya kerana sudi menjadi teman di alam maya. |
Perginya tidak boleh ditahan
lumrah alam perlu disedari
bukan sebarang hasil tangan
Kesuma Angsana mencipta sendiri
Comel dan cantik - Inilah rantai kunci pemberian Kesuma Angsana buat kami seisi keluarga |
Begitulah dia kebesaran tuhan
kunfakunNya tidak boleh diingkari
dari kakak syukran jazilan
buat Kesuma Angsana itu yang pasti
~~ Ungkapan terima kasih bagaikan tidak mencukupi tapi sesungguhnya Robbuljalil mengerti betapa aku amat bersyukur atas segala rezeki dan rahmatNya ini.~~
Labels:
Blogger,
Cenderahati,
Hadiah,
Pantun,
Sahabat
Monday, October 15, 2012
Lebih suka pada hadiahnya
Sejak mula menghuni rumah yang kami duduki kini belum pernah lagi kami menukar sistem pendingin hawa. Kira sudah berbelas tahun kami menggunakannya. Hari Sabtu lepas baru hubby menukar untuk bilik kami dan bilik anak sulung. Bilik adik dan Mak Zah masih berfungsi baik. Suka mendapat barang baru itu perkara biasa, tetapi ada yang lebih membuat aku gembira kerana hadiah yang diberi dari membeli unit baru tersebut.
Ada dua - beli dua unit dapat dua hadiah yang berbeza.Satu kotak mengandungi casserole dan penutup juga mangkuk pie. Satu kotak lagi roaster pan. |
Hitam dan trensparent - Kalau aku ikut pasti aku pilih kedua-dua yang yang roaster pan itu. Tapi menurut hubby tuan kedai tidak benarkan dan terpaksa ambil apa yang diberi. |
Fungsi - Lihatlah roaster pan itu serba-guna boleh digunakan di atas dapur dan juga oven itu yang aku suka. Dulu aku ada satu tetapi penutupnya sudah pecah. |
~~ Bila melihat hadiah ini aku terfikir sebab belum lama aku menukar airconditioner yang sama jenama dan hosepowernya di pejabat tetapi tidak ada hadiah pun diberi oleh pihak kontraktor tersebut.~~
Saturday, October 13, 2012
Milik siapakah semuanya ini
Hari ini genap seminggu sudah bapak balik ke kampung. Tetamu yang berkunjung ke rumah pun tiada lagi. Operasi mengemas dilakukan sedikit demi sedikit. Apa yang merisaukan ramai yang datang tertinggal hak milik persendirian. Ada yang tertinggal pencuci muka, tuala, t-shirt, seluar dan lebih teruk lagi berus gigi pun ada. Macam-macam jenama dan warna berus gigi di bilik mandi. Masalahnya aku tidak tahu siapa punya.
Insya-allah Hari Raya Haji ini semua akan berkumpul di rumah comel aku lagi sebab bapak mahu hubby menjemputnya dua hari sebelum raya menjelang. Pastinya aku gembira sebab Hari Raya Haji biasanya kami sekeluarga tidak dapat balik kampung kerana hubby banyak tugasan untuk menyembelih. Semua adik-beradik aku akan berkumpul di JB. Berasak lagilah rumah aku di Aidil Adha tahun ini. Aku pastinya suka sebab ramai boleh membantu di dapur.
~~ Menghitung hari untuk bercuti tiga hari sempena Hari Raya Qurban. Anak-anak pula menghitung hari untuk bercuti sekolah akhir tahun tidak lama lagi.~~
Friday, October 12, 2012
Jalinan ukhuwah serumpun dan sebangsa
Mnjeling ke sana-sini ketika berblog bukan mudah untuk bertemu teman yang boleh berkomunikasi bahasa ibunda seperti, jawa, bugis, banjar, minang dan sebagainya. Semua ini merupakan rumpun Melayu yang punya identiti berbeza walau hakikatnya kita duduk di bawah payung negara yang sama macam baguslah sangat aku di sini Tanpa disedari dengan berblog aku bertemu rakan sebangsa yang menggelarkan dirinya aby. Mahu berkenalan sila terjah dua blognya di sini (ini blog pertamanya) dan satu lagi di sini.
Keyboard diketuk tanpa henti
seiring minda berputaran ligat
firdge magnet ini kiriman aby
sungguh buat kakak terpikat
Fridge magnet - Mirror-mirror in the sea, am I the most handsome fish under the Sipadan water. Itu dia kena terus berenang menyeberang Laut Cina Selatan. |
Cerita sedih-gembira semua ada
tidak kurang rakaman semasa
gembirannya bukan aku sahaja
seisi keluarga turut merasa
Apa juga mata melihat
pasti dirakam sebagai entry
cenderahati dibeli buat sahabat
jutaan terima kasih buat aby
Bersatu - Telah aku satukan dua FM pemberian aby ini bersama teman-temannya di dapur. |
khas buat aby: -
Mesti kabeh podo heran
opo seng kakak omong iki
du'o kakak karo pangeran
mugo aby di murah ke rezeki
~~Sungguh sebagaimana diperkatakan oleh mereka yang bijak-pandai rezeki kita bukan berupa mata wang dan longgokan emas berlian, tapi jalinan persahabatan merupakan rezeki yang sukar untuk dinilai. Alhamdulillah.~~
Labels:
Blogger,
Cenderahati,
Pantun,
Sahabat
Thursday, October 11, 2012
Anjing menyalak bukan bererti kita bersalah
Balik kampung tempohari membawa minda pada nostalgia dulu.....
Hati sudah memberontak, mata pula asyik melihat teman-teman yang mengayuh basikal dengan angkuh. Aku duduk di atas busut kelapa konon melihat teknik mereka mengayuh. Bila ada yang mempelawa agar aku mencuba pasti aku berkata "lain kalilah". Keinginan saja yang tinggi tapi pengecut bukan main. Ketika berusia 14 tahun baru aku tahu menunggang basikal. Sudah terpaksa kerana dari rumah untuk ke jalan besar tiada kenderaan. Semasa tingkatan satu kakak yang membonceng aku, bila masuk tingkatan dua tiada lagi siapa yang boleh membonceng, kira terpaksalah aku belajar.
Kaki sudah panjang, seminggu belajar sudah pandai. Masuk minggu kedua aku sudah mula menunggang basikal untuk ke sekolah. Bermulalah episod duka. Ketika lalu di hadapan sebuah rumah Cina anjing menyalak-nyalak bagaikan mahu mengejar pencuri. Aku jadi kelam-kabut dan tangan yang kejap memegang handle pun jadi menggigil. Akibatnya aku terjatuh dengan basikal-basikal sekali menghempap. Siku, lutut dan tapak tangan aku luka berdarah. Walau sambil menangis masih mampu lagi mengayuh basikal sampai ke rumah. Parut luka di lutut aku sehingga kini masih berbekas menjadi kenangan.
Sewaktu tingkatan enam aku masih pandai mengayuh basikal lagi sehingga aku menjadi guru sementara di sebuah sekolah swasta. Sebaik aku sambung belajar lagi dan lama tidak mengayuh basikal terus aku lupa. Aku baru tersedar skill menunggang basikal tiada lagi sebaik hubby membeli basikal untuk anak-anak (ingatkan bolehlah aku pinjam untuk beriadah dengan mengayuh basikal). Terasa rugi... ditambah pula dulu aku tidak terfikir untuk mengambil lesen menunggang motorsikal. Kalau tidak mungkin aku boleh beriadah dengan menaiki basikal.
Hati sudah memberontak, mata pula asyik melihat teman-teman yang mengayuh basikal dengan angkuh. Aku duduk di atas busut kelapa konon melihat teknik mereka mengayuh. Bila ada yang mempelawa agar aku mencuba pasti aku berkata "lain kalilah". Keinginan saja yang tinggi tapi pengecut bukan main. Ketika berusia 14 tahun baru aku tahu menunggang basikal. Sudah terpaksa kerana dari rumah untuk ke jalan besar tiada kenderaan. Semasa tingkatan satu kakak yang membonceng aku, bila masuk tingkatan dua tiada lagi siapa yang boleh membonceng, kira terpaksalah aku belajar.
Kaki sudah panjang, seminggu belajar sudah pandai. Masuk minggu kedua aku sudah mula menunggang basikal untuk ke sekolah. Bermulalah episod duka. Ketika lalu di hadapan sebuah rumah Cina anjing menyalak-nyalak bagaikan mahu mengejar pencuri. Aku jadi kelam-kabut dan tangan yang kejap memegang handle pun jadi menggigil. Akibatnya aku terjatuh dengan basikal-basikal sekali menghempap. Siku, lutut dan tapak tangan aku luka berdarah. Walau sambil menangis masih mampu lagi mengayuh basikal sampai ke rumah. Parut luka di lutut aku sehingga kini masih berbekas menjadi kenangan.
Sewaktu tingkatan enam aku masih pandai mengayuh basikal lagi sehingga aku menjadi guru sementara di sebuah sekolah swasta. Sebaik aku sambung belajar lagi dan lama tidak mengayuh basikal terus aku lupa. Aku baru tersedar skill menunggang basikal tiada lagi sebaik hubby membeli basikal untuk anak-anak (ingatkan bolehlah aku pinjam untuk beriadah dengan mengayuh basikal). Terasa rugi... ditambah pula dulu aku tidak terfikir untuk mengambil lesen menunggang motorsikal. Kalau tidak mungkin aku boleh beriadah dengan menaiki basikal.
~~ Berilah peluang anak-anak kita menungang basikal. Elok juga sebagai riadah. Apa yang penting pengawasan kita sebab anak-anak suka berlumba-lumba sekiranya tiada pengawasan orang dewasa~~
Wednesday, October 10, 2012
Tuesday, October 9, 2012
Sakit perutlah pula...
Adik sudah sembuh aku pula yang kena. Tawakkal dan redha sajalah...
Ubat - Sekadar berusaha kerana yang menyembuhkannya tetap Allah jua |
Pil Arang - Kalau arang yang buat BBQ di rumah aku pun ada tapi ini telah diolah cantik. |
~~ Semoga anak-anak-adik-adik yang menduduki PMR bermula hari ini tidak adalah yang sakit perut macam aku ini. Bersama kita doakan moga mereka semua dipermudahkan untuk menjawab soalan. Anak sendiri sudah berlalu pada tahun lepas.~~
Monday, October 8, 2012
Orang memberi kami merasa nikmatnya
Makan keropok, makan sosej, makan nugget kalau tidak ada sos pencecah kurang nikmat. Biasa bapak makan kentang wedges adalah seketul-dua kemudian berhenti. Tapi bila ada pencecah sos baru kami dapat dari CikNi bapak boleh habis 3-4 ketul juga. Sempat bapak merasa hari itu sebelum dia balik pada hari Sabtu lepas. Sedap dengan pedas, masam dan manisnya amat serasi dengan tekak kami.
Belayar bahtera jauh ke samudera
tinggallah kekasih menanggung sengsara
sos CikNi dapat kami rasa
terjalih ukhuwah bagaikan saudara
Sekotak hadiah - Dari kotak yang pada mulanya kami sangkakan kopi ada sabun beras dua kotak, sos penyicah dan brooch Avon. |
Sudah belayar sekian lama
lambaian kekasih terkenang-kenang
bedak beras CikNi kirim juga
biar pipiku bak pauh dilayang:)
Harapan punah hati gundah
luruh airmata setiap hari
brooch CikNi beri sebagai hadiah
cantik dan indah tidak terperi
Harapan punah hati gundah
luruh airmata setiap hari
brooch CikNi beri sebagai hadiah
cantik dan indah tidak terperi
Tanda kasih - Brooch dan sehelai kertas putih bak hati si pemberi yang tulus dicoretkan dengan barisan beberapa patah perkataan membuat aku terharu. Terima kasih CikNi. |
cari lain sebagai pengganti
syukran jazilan buat CikNi
moga ukhuwah kekal di hati
~~ Telah terlalu banyak nikmat aku perolehi dari berblog. Walau tiada nuffnang dan sebagainya tapi aku merasai kebahagiaan yang sukar dimengertikan. Terima kasih buat mu teman.~~
Labels:
Blogger,
Cenderahati,
Makanan,
Pantun,
Sahabat
Subscribe to:
Posts (Atom)