Thursday, October 25, 2012

Detik dan saat itu menggamit kerinduan

Pada tarikh inilah 4 tahun lepas aku melalui detik-detik indah memulakan ibadah Haji. Sebaik memasang niat Haji di bilik hotel, kami turun dengan lift menuju bas yang berderet dan bersedia untuk membawa kami ke padang Arafah untuk berwukuf  dan merupakan rukun haji ke dua selepas niat. 9 Zulhijjah adalah hari berwukuf.

Talbiah beramai-ramai di dalam perut bas sepanjang perjalanan sehingga tiba di Arafah adalah momen indah untuk dikenang. Bermalam dengan beralaskan karpet dan tikar saja. Akan kedengaran dari setiap pelusuk perkhemahan suara-suara hamba Allah yang berwirid, berdoa, bermunajad tanpa henti. Kalimah-kalimah Allah dan ayat-ayat suci mendayu-dayu menusuk pendengaran tanpa henti sehinggalah esok sebelum menjelang malam kami memulakan perjalanan ke Muzdalifah.
Kutip batu -  Kaum lelaki sewaktu inilah dinasihatkan berhati-hati kerana di dalam ihram pakaian tidak berjahit (utk lelaki) ye taman-teman, sibuk mencari batu dengan mencangkung begini bimbang lain pula jadinya.:)
Berehat sebentar di Muzdalifah bagi mengutip batu-batu untuk melontar jamrah. Malam dingin itu dipenuhi dengan bersolat hajat, solat tasbih, berzikir dan doa sehingga tengah malam barulah kami ke Mina.
Khemah di Arafah - Beginilah khemah yang disediakan tidak ada yang istimewa semua kita adalah sama.
Pada 10 Zulhijjah ketika rakyat di Malaysia meraikan Hari Raya Aidil-Adha kami di Mina berjalan sejauh lebih kurang 7km pergi dan balik untuk melakukan ibadah melontar jamrah Qubra/Aqobah - jamrah pertama. Sungguh tidak ada rasa penat atau letih kerana perjalanan dilalui bersama lautan umat Muhammad. Esok kita berhari raya di sini tapi jemaah di sana akan melontar jamrah/jumrah yang pertama. Kalau di sana juga akan kelihatan berlori-lori daging qurban di sepanjang jalan.

~~ SELAMAT MENJALANKAN IBADAH QURBAN DAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA DARI KAKZAKIE & KELUARGA DI TITISAN NURANI.~~

Aku sudah bercuti hari ini - ini adalah autopublished entry.

53 comments:

inazamri said...

selamat menyambut aidiladha kak.

Fazleyatul Aini said...

salam aidiladha kak

nabilah_2908 said...

siapa yg dah sampai ke tanah suci..pastinya akan rindukan tempat ini..

macam ayah dgn ibu pergi tahun berikutnya lepas akak pergi.. :)

Unknown said...

salam aidiladha kak...

Sharifah Nadzarah said...

SALAM AIDILADHA UNTUK AKAK SEKELUARGA JUGA....
SY MASIH BERKERJA...

Kakcik Seroja said...

Semoga kakcik sempat ke sana sebelum habis usia. Amin.


Salam Aidil Adha.

Penjejak Mimpi said...

Salam Aidil Adha untuk kakzakie sefamily..

Teratak Hami said...

Salam Aidil Adha kak ...

Norzie hany said...

Salam Aidil Adha kak zakie.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

selamat menyambut Hari raya Aidil adha..kak zakie...

Nur-nba said...

Selamat Hari Raya Aidiladha buat Kak Zakie sekeluarga... Tentu kenangan sewaktu mengerjakan haji tak akan kita lupakan.. Moga Nur diberi kesempatan untuk menunaikan haji juga satu hari nanti. Amin.

mama ju said...

Selamat Hari raya aidil adha KZ.

Mizz ErMa said...

teringin nak p sana jgk..pape pon, salam aidiladha kak..=')

ajumohit said...

momen yang indah untuk dikenang kan kak, doakan moga ada rezeki untuk ke sana insya allah

Marsita Yahya said...

bila pulak akan ke sana..semoga Allah panjangkan usia dan kesihatan yang baik buat saya utk ke sana...Selamat Hari Raya kak...

emarieys said...

salam aidiladha utk akak sekeluarga

TiranaAduka said...

Assalamualaikum bakyu ku...

Selamat menyambut BODO kaji yo mabak yu...

seronok gak baca story tu....
memcermin balik pada diri Tirana Aduka ini...
(Tak nak komen dalam bahasa jawa hari ni.....)

sibuk buat persiapan ni sis..
Bakyu pula bagaimana..?

Anonymous said...

salam iduladha kakzakie.. teringin nyer rasa hati nak kesana bila baca n3 ni! insyaAllah ye

Umialya said...

salam aidiladha..

makchaq said...

Selamat menyambut Aidil Adha kakzakie & keluarga.

Makchaq hari rabu lepas raya baru start cuti... hari ni kerja sorang2, kena tunggu opis, urusan telefon semua tak berhasil.. orang yang dicari kebanyakkan sedang bercuti.. kena sambung minggu depan nampaknya..

Murni Alfathunnisa said...

saya masih berkerja. seronok tengok orang dah bercuti..:-)

terima kasih kakzakie, kongsi pengalaman. seronok saya baca. mudah2an ada rezeki buat kami yang belum pergi haji ni..

salam aidiladha dan selamat menjalani ibadah korban buat kakzakie sekeluarga.

Unknown said...

salam aidiladha dari lieya & keluarga...


sentiasa berdoa semoga dimurahkan rezeki supaya dapat menjejakkan kaki ke tanah suci suatu hari nnti...insya'allah.amin

Acik Erna said...

selmat hari raya qurban kakzakie

faraherda.razalan said...

Hehehehe...kelakar lak ayat tak berjahit tu. Apa pun, selamat raya korban kak....

Dr K said...

Salam Aidiladha kak Zakie..

Entah mengapa hati saya jadi sebak baca entri akak ni...terbayang sekarang ni, mak ayah saya sedang berwukuf di Arafah...

Ayu Ayunie said...

salam aidil adha kak..
seronoknya baca kisah pengalaman org mengerjakan haji ni...

azi said...

Selamat hari raya Aidil Adha buat kakak sekeluarga....

p/s..Kakak dah sampai sana...mudah-mudahan saya juga berpeluang kesana suatu hari nanti...

syiela said...

salam aidiladha kak.. saya ptg ni baru bertolak blk kg :)

***mudah mudahan saya salah seorang tetamuNYA nanti

Mummy Sher said...

selamat hari raya aidiladha kakzakie!

TiranaAduka@Triumph Bikers said...

Salam Bak'yu

Dolan dolan sore....lega rasane wes rampung godok nasik impit wa e...

gawe seng simple-simple ....

Bakyu wes siap ke kabeh ke..?

* sambil promote blog TA yang baru

JunAina said...

Suami Aina berduka. Setiap kali melihat jemaah haji dia akan bersedih dan dihujungnya ada sebak kerana masih belum ada rezeki untuk kesana walaupun sanggup mengeluarkan belanja yg lebih.

LYAfrina said...

salam aidiladaha k.zakie & family

Yaya Azura said...

semoga berpeluang ke sana..seronok mendengar pengalaman mereka yang dah menunaikan haji..

Jna marcello said...

^^selamat hari raya aidil adha ^^

Amie said...

Selamat menyambut aidil adha buat Kak Zakie sekeluarga...

vendoline said...

hye blogger
kunjungan malam aya
SELaMAT HARI RAYA AIDILADHA
---------------------------

heheheh moga diorang dpt haji mbrur

aby said...

salam KZ ..
selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha ...

♥nrina♥ said...

alhamdulillah...muda2 dah g tunaikan haji. Sy ni ntah bila nak g... tunggu anak2 dah besar dah bole jaga diri sendiri nnti bole ler pegi hehe...
salam ziarah.. dan selamat hari raya aidiladha

TiranaAduka said...

salam
Isuk2 dolam disek sak urung e mareng surau. Salam aidiladha bakyu

fuad ansari said...

memakai ihram juga ada tekniknya agar kebarangkalian terdedah aurat akan berkurangan.... kalau tak kena cara, buruk padahnya(",)

Nizam.Ariff said...

salam hari raya qorban, kak

YATZAKIE said...

salam aidiladha kak..semoga 1 hari nanti yat dapat ke sana sama seperti akak..aminnn..

adyna AB said...

Salam Aidiladha .seronok kakzakie dpt g sana

ibuintan said...

selamat hari raya kakzakie dan keluarga


moga giliran untuk saya sampai juga nanti, sedih jugak nama tidak naik tahun ni

zan said...

selamat hari raya,.
semoga jemaah yg mengerjakan ibadah haji mendapat haji mabruk.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Zakie. Sungguh tak terjangkau dek fikiran mengharungi lauatan manusia sejauh 7 km prgi & pulang tanpa rasa penat, Subhananllah!!

Salam Aidiladha, Kakzakie

HeNRieTTa JoSe said...

Slmt hr rya akk...teringin juga nk ke sana....moga dpermudahkan....

♥ sitifarhana ♥ said...

memang teringin satu hari nti,dpt menjejakkan kaki kesana..insyaallah

salam aidiladha :)

Kakzakie Purvit said...

Selamat Hari Raya aidil adha buat semua juga. Hari ini tasyrik terakhir. Moga dapat kita diberi peluang oleh Allah utk bertemu aidil adha di tahun-tahun mendatang.

Terima kasih kakak buat: -

inazamri, Lya Colours, nabila_2908, Tentang Kita, Sharifah Nadzarah, Kakcik Nur, Penjejak Mimpi, Teratak Hami, Norzie hany, Lizz@mummy cute, Nur_nba, mama ju, Mizz Erma, Aju Mohit, Marshita Yahya, Ema Blog, Tirana Aduka, Kesuma Angsana, Umialya, Makchaq (dah ramai yg bercuti makchaq), Murni Alfathunnsia, Mamamya, Acik Erna, Faraherda.razalan, Daddy Ziyyad (moga mak-ayah doc sihat utk menjalankan ibadah di sana), Ayu, azi, Syiela, Sherwieyna Muzzawer, Triump Bikers, JunAina (teruskan solat hajat moga dipermudahkan utk dapat ke sana Aina), Lyafrina, Yaya Azura, Jna Marcello, Amie, Edy Fee, aby, nrina, Tirana Aduka, Fuad ansari (betul kena ada skill), Nizam.Ariff, Yatzakie, adyna, ibuintan, zan, Sari Yusa Ibrahim (kami seronok Sari sebab balik dari melontar boleh singgah-singgah membeli macam-macam juga macam ada pasar malam), Henrietta Jose dan sitifarhana.

Buat semua terima kasih sekali lagi.

OKje said...

Seronoknya Kakzakie bilalah OKje dapat jejak kaki ke sini... teringin nak tengol Kakzakie...muncullah...he..he...

4feet8 said...

teringin menjejakkan kaki ke sana di bulan Ramadhan..InsyaAllah..

amirah said...

teringinnya nak ke sana kak...akak doakan la amie dan suami dpt jejak ke sana nanti...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

salam aidiladha kak..

walaupun lewat wani nk ucap gak heehee