Thursday, November 8, 2012

Harapan Guru dan Ibu-Bapa tercapai sudah

Semalam aku menghadirkan diri ke sekolah adik untuk majlis seperti kain rentang yang tertera pada gambar di bawah. Dapat aku merasakan betapa puasnya hati para pendidik bila anak-anak didik mereka berjaya sebagaimana yang mereka mahukan. Buat kami ibu-bapa tidak tahu lagi bagaimana mahu meluahkan rasa terima kasih kami kerana berkat tidak jemu dan tungkus-lumus mereka semua inilah anak-anak kami berjaya menjejakkan kaki ke atas pentas menerima anugerah tersebut.

Pagi itu - Banner di atas pentas, menyambut perasmi majlis dengan paluan kompang dan pencak silat yang sangat gah, ucapan Tuan Guru Besar dan YDP yang merasmikan majlis.
Majlis  - Bermula dengan konvo murid tahun enam sebanyak 5 kelas. Berderet tetapi atas kebijaksanaan para guru segalanya berjalan pantas sekali. Majlis diselang-selikan dengan Kalam Jamaie, Tarian Sewang dan Tarian Kipas. Menarik sungguh persembahan mereka. Aku kagum dengan kegigihan guru-guru anak aku, kerana selain mengajar, kena pergi kurus, bersukan tapi masih ada masa untuk melatih anak-anak.
Adik - Berada di atas pentas. Dari pagi menanti hanya dua saja yang adik dapat. Agak merosot berbanding tahun lepas adik naik pentas 4 kali.  Selesai menerima sijil/piala mencari mama, duduk dan makan nasi goreng. Sebelum balik sekali lagi dipanas terik adik berposing di hadapan sekolah.
~~ Terima kasih semua warga pendidik yang mendidik anak-anak kami tanpa rasa jemu dan penat. Sebab itulah dikatakan sekolah adalah salah satu taman-taman menuju ke syurga. Beruntung menjadi guru kerana ilmu mereka terpakai sehingga akhir hayat.~~


72 comments:

ajumohit said...

tahniah adik, setiap tahun auntie dtg sini, adik buat yang terbaik, bangga ibu dan abah..tahniah

inazamri said...

apapun tahniah buat adik.Bangga makpaknya kan.tumpang hepi sama

Acik Erna said...

assalam kakzakie..tahniah adik..betul tu kakzakie..besar jasanya guru2 kan..

Aisy Nasiha said...

tahniah adik.. rajin belajar ye, bgus adik... sejuk hati mama..

Fazleyatul Aini said...

tahniah dik. zaman sy dulu takde konvo2 gini huhu

Ujie Othman said...

tahniah utk akak & anak akak!

beruntung jd cikgu, pahala mencurah ilmu terus mengalir selamanya..

Unknown said...

tahniah adik..

lama lagi nak tunggu turn saya tengok aqil naik pentas kak.. hahaha..

Sharifah Nadzarah said...

TAHNIAH UTK ADIK...ALEYA PUN BYK BERITA GEMBIRA DIA BAWAK BALIK KAK..NNTI KITE CITER YE

dhiera zainudin said...

tahniah adik! tak pe. tahun depan usaha untuk dapat 6 anugerah pula ye. lagi banyak dari tahun lepas~

Cho Zila said...

tahniah.. teruskan usaha..yang penting hasilnya dipenghujung terutama SPM nanti..

wahida said...

tahniah adik...

dua kali naik pentas ok lah tu...


gud job!!

Maria Menado~ said...

Tahniah adik. hehe.. dapat anugerah, best2.

YB said...

tahniah...semoga terus berjaya

nazayiena said...

Tahniah adik,setiap thn mesti ada naik pentas,bangga ibu....

Suraya Baharun said...

tahniah adik...tengok gambar2 tu teringat pulak zaman sekolah dulu...:)

Ratu Hatiku said...

Tahniah Adik! Semoga kekal cermerlang dunia akhirat..Amin

ct rahani said...

tahniah utk adik.. semoga terus berjaya ye syg!

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

salam kak..tahniah untuk adik...

Tie HT said...

as salam

tahniah utk anak kakak..alhamdulillah, moga tak lupa doakan kesejahteraan guru2 kita dulu :)

Unknown said...

tahniah tuk anak akak yer...semoga lebih cemerlang di masa2 akan dtg

Hudalatip said...

Tahniah untuk adik, betullah kak sebenarnya saya cukup terharu bila pergi majlis zarif semalam nengok cikgu2 yang bertungkus lumus berusaha memastikan segalanya berlaku dalam keadaan sempurna..Tak ternilai jasa seorang guru tu..-sebak-

Fiza Rahman said...

Tahniah adik.

Qhaifa Nur said...

sebagai ibubapa perasaan bangga tak dpt diungkapkan bila anak2 berjaya...itulah yang Nur rasa sekarang...insya allah tahun depan mutu pelajaran anak2 akan dilebihkan...tahniah adik

Kella said...

well done adik! (terasa macam panggil adik kita je.. adik bongsu..semestinya panggilan itu la sampai ke besar pun.. )

=D

Anonymous said...

tahniah untuk adik. Teruskan kecemerlangan ye !

NM02 said...

tahniah adik

teruskan kejayaan

emarieys said...

tahniah adik..tiap-tiap tahun akan naik pentas....sekarang minggu akhir sekolah...majlis akhir tahun dan sebagainya..

memang terkilan sikit kak, tak dapat tgk persembahan anak malam nanti..

Jahirah said...

tahniah untuk adik...jasa guru memang tak dapat dibalas...:)

are_lin@yu said...

wahh beznya tahniah utk anak angkat ;-)

Cikgu Ma said...

tahniah utk adik...meriah majlis


kat sini biasa2 ja kak...bajet tak ada, keadaan dewan yg dhaif...

محمد رازيق said...

tahniah buat adik. teruskan usaha, kerana perjuangan itu berterusan

Mimie said...

tahniah dik...semoga terus berjaya

Dr K said...

Tahniah buat Adik..moga prestasi cemerlang ni berterusan..

PS: saya akan balik JB dari 30 Nov - 2 Dec ni kak Zakie..so kalau akak nak macaron,saya boleh bawa masa tu

BERT said...

tahniah juga buat adik.. moga terus berjaya di masa akan datang dan jadi insan yang berguna satu masa nanti ya.. tahniah kak zakie:)

JaSSNaNi said...

tahniah to adik.. lepas ni dah masuk form 1 lah ye.. moga adik lulus cemerlang dlm upsr nanti.. :)

musang said...

tahniah adik..semoga menjadi insan yg cemerlang

Puan Kutu said...

tahniah buat adik,mmg besar pengorbanan seorang guru kan

Salina Mat Isa said...

Alhamdulillah..ehh result upsr blm tau ye..

munna said...

tahniah buat adik.... teringat jasa guru yg buat munna suka kan subjek maths

Kayu Manis said...

tahniah adik..capai cita2 utk menuju kejayaan dunia dan akhirat ye..pesan nenek cinnamon ni..:)

Ruse Sulaiman said...

Askm kak, tahniah buat adik. memang tinggi jasa guru2 kan? semoga adik terus berjaya.

Hazmin said...

Tahniah adik... Dapat jugak dia banggakan mak dia... Murid2 sekarang siap dah ada konvo ye. Best la kan.

Kasih Salina said...

tahniah adik..dapat juga naik pentas walaupun 2x kan..

Mizz ErMa said...

tahniah jgk utk adik..untung kan jadi cikgu nih..=)

Unknown said...

tahniah buat adik...

Anak yus Aqil tahun ni merosot teruk kak, langsung tak dpt naik pentas, nasib baik ada Alia yg dpt naik pentas lagi...

Apapun mereka dah usaha, kita yang kena pantau lebih kan kan...

Tahniah buat akak juga.

nabilah_2908 said...

tahniah tuk adik.. :)

adik sy pun tahun ni..satu pun tak dapat..makin merosot..mungkin makin susah.. ;)

Kazman / Sue said...

memang jasa guru mendidik anak2x kita dibawa sampai ke akhirat kan...

Unknown said...

Cuba lagi next year ye

mama ju said...

Tahniah adik kerana masih dpt hadiah!

Unknown said...

tahniah kepada adik...semoga terus terusan berjaya yer...amin...:)

rohayu osman said...

tahniah... semoga berjaya pada masa hadapan.. insyAllah.. amin

ariana said...

Tahniah buat adik..dan mamanya jg..wah..siap pakai jubah konvo ye..mudah2an ini akn menaikkan lg semangat mereka utk terus mengejar cita2 hingga ke puncak menara gading.ibu bapa dan guru2 pun boleh tumpang bangga nnti..insyaallah.

ajax85 said...

tahniah lah..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah adik.. Insyallah tahun dapan cuba lagi..

aby said...

utk ujung taon iki anak2 ku orak entok apo adiah ..
sebalik ea bapak ea seng konvo bulan december kyiyer ...
hu..hu..

NoorVictory said...

Tahniah adik! Tahniah sebab tahun-tahun dapat pingat dan tahniah sebab selalu buat mama bangga! :)

Assalamualaikum kak. Lama tak jenguk sini. Bapak akak dah sihat? :)

adyna AB said...

tahniah adik..

insyaAllah 19hb nie adik bagi kejutan kat mama ;)

sal said...

tahniah..moga terus cemerlang di masa-masa akan dtg..
masa anugerah tu, akak takde kerana ada kursus..

aizamia3 said...

tahniah adik.. ;)
tahniah juga kepada semua para pendidik.. ;)

Kakzakie Purvit said...

Tanpa guru siapalah anak kita sebenarnya. Guru-guru di sekolah adik memang gigih. Itu aku pasti. Andai anak aku tidak berjaya bukan salah guru.

Terima kasih kakak pada semua yg memberi semangat buat adik terus gigih: -

Aju Mohit, inazamri, Acik Erna, Aisy Nasiha, Lya Colours, Ujie, Rai Ourkizuna (insya-allah Aqil anak yg hebat Rai), Sh Nadzarah, Dhiera Nadhira, Cho Zila, wahida, maria Menado, YB, Nazayiena, Suraya Baharun, Ratu hatiku, ct rahani, Lizz@mummycute, Tihara, Tentang Kita, Huda, Fiza, Qhaifa Nur, Kella, Kesuma Angsana, NM02, Ema Blog, Aishah Jahirah, Are_linayu (hmmm anak angkat? no.. no... ini anak kakak betul tau), Cikgu Ma (kawasan sana masih dalam era baru nak membangun cikgu kena sabarlah sikit), Mohd. Razak, PinkUmmi, Daddy Ziyyad (ada receive email kakak tak), Bert, JassNani (adik baru tahun 3 Nani - yg konvo tu utk tahun 6), redza, Puan Kutu, teratak hati, Munna, Knor, UmmiIman, Hazmin (yg konvo murid tahun 6 - adik baru tahun 3), Kasih Salina, Mizz Erma, Yus (anak lelaki masih kecik tak sama anak perempuan Yus), nabila_2908, Kazman/Sue, abah khalisha, mama ju, Papa Mifz, rohayu osman, ariana (yg berjubah tu budak tahun 6 cikgu - adik tak lagi), man (kakak dah follow sana), Pokok Manggis DR, aby (tahniah buat abahnya), NoorVictory (alhamdulillah bapak kakak dah ok dah boleh jenjalan dah), adyna (adik belum lagi UPSR baru tahun 3) dan Sal (itulah kakak tanya adik mana cikgu Sal - adik kata cikgu tak dtg).

Buat semua terima kasih sekali lagi.

Kakzakie Purvit said...

Tidak lupa: -

@aizamia3: Terima kasih.

Ibu Lala said...

anak saya yg tadika tu konvo 18/11 ni. lambatnye. minggu depan pun derang sekolah lagi. ada smart solat la bagai. kira oklah tu..kalau duduk rumah pun bergaduh je..

Izan Ishak said...

tahniah adik! izan suka bila tgk anak kawan2 blogger semuanya berjaya dlm pelajaran~

OKje said...

Seronoknya kakzakie.... tahniah buat anak kakzakie tu....teringin rasnya OKje nak merasai kegembiraan tu...

kurus said...

tahniah buat adik ..
teruskan usaha sampai berjaya ..
sejukk hati mak dan ayah ..
aunty turut gembira sbb aunty juga ibu , ibu mana x nak anak2 nya berjaya .. :)

♥nrina♥ said...

tahniah...anak sy kali ni x dpt apa dah.. tahun lepas dpt gak naik pentas 2x huhu...

duniaanita74.blogspot.com said...

tahniah adik..seronok tengok.....kak...

Myra Jay said...

Alhamdulillah..
Apapun teruskan usaha ye Adik :D

Nur-nba said...

Syukur Alhamdulillah kak.. Walaupun cuma 2 kali berbanding tahun lepas.. Tahniah buat adik.. Semoga pelajarannya akan terus meningkat pada tahun2 akan datang.

Kakzakie Purvit said...

Bukanlah adik tu pandai sangat tapi sedikit anugerah ini sekadar buat kenangan bila dia besar kelak.

Terima kasih juga buat: -

Ibu Lala, Izan Ishak, hainom OKje, ieda (betul ieda sebab anak-anak sekarang bijak-bijak dgn point sedikit je dah membezakan nombor dlm kelas), nrina, anitadaina, Myra Jay dan Nur-nba.

Sekali lagi terima kasih semua:)

IntaNBerliaN said...

bertuah akak sbb dapat ank2 yg pandai.. moga alisha & aqilah pun akan jd anak yg pandai jugak...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tahniah utk adik....meriah kan majlis sek adik tu