Friday, November 2, 2012

Kita diberi akal jangan salahkan ibu-bapa

Berilah apa juga tugasan pasti digalas dengan penuh rela. Apa juga arahan pasti dibuat sehingga selesai. Namun satu yang membuat pihak pentadbiran jengkel, boleh dikatakan setiap hari dia datang lewat Kalau bukan kerana skill kerja dan sifat jujurnya lama sudah aku buang dia. Satu mesin dia boleh buat dari A hingga Z tanpa perlu bantuan orang lain. Itu kelebihan dia.

Aku: Saya mahu jawapan jujur dari awak walau mungkin menyakitkan.
Dia: Baiklah (angguk).
Aku: Apa sebenarnya masalah awak setiap hari datang lewat?
Dia: Saya susah bangun pagi puan. Tidurlah macam mana cepat tetap bangun pagi bila matahari sudah terbit.

Walau senyum dalam hati aku gelihati dengan cara dia memberi penerangan tetapi aku tahankan. Serentak itu juga naluri sebagai kakak/ibu berdetik. Bagaimana dengan seluruh isi keluarganya tentang solat subuh. Sebab aku maklum dia masih tinggal bersama dengan ibu-bapa.

Aku: Maaf ini masalah peribadi yang orang lain tidak perlu tahu. Tapi saya hendak tahu awak solat tak?
Dia: Tak pernah puan. (Aku tersentak).
Aku: Awak pandai atau awak tidak tahu?
Dia: Saya sekolah agama sampai darjah dua saja puan. Baca fatihah saya tahu. Suroh Qulhuwallah saya tahu. (Maksud qulhuwallah itu adalah suroh Al-Ikhlaslah aku faham). Lain-lain saya tak tahu. Biasa kalau pergi masjid saya ikut-ikut aje.

Hati aku jadi sayu. Sayangnya remaja yang cerdik begini tidak ada asas agama jitu. Bila aku katakan bahawa sebagai lelaki satu hari kelak dia akan menjadi wali. Aku juga jelaskan bahawa bapa yang meninggalkan solat jumaat 3 kali berturut dan tidak pernah solat, bapa ini tidak boleh menjadi wali, dia terpempan. Aku jelaskan juga betapa menuntut ilmu itu wajib dan tidak perlu salahkan ibu-bapa kerana kita dikurniakan akal.

Dia: Baiklah puan mulai esok waktu rehat saya akan belajar solat dengan puan.
Aku: Pintu bilik saya terbuka untuk awak. Tak perlu beritahu pada orang lain yang penting niat awak.


~~ Bila duniawi dikejar tetapi leka mendidik agama anak-anak siapa perlu dipertanggunjawabkan. Sekolah di Johor tadika sekolah agama pun ada mengapa remaja ini sekadar mampu hingga darjah dua saja. Sedih.~~


78 comments:

Myra Jay said...

Yg penting dia mau belajar..
Semoga keluarganya juga mendapat hidayah..

mummY daniSha said...

bersyukur dibesarkan dgn agama...semoga dia dan diberi hidayah

Unknown said...

Alhamdulillah, dia boleh menerima teguran dan tidak malu mengaku kejahilannya. Semoga di diberi sinar..

Kakcik Seroja said...

Nampaknya dia bersedia untuk belajar. Semoga Allah mempermudahkan jalannya.

fuad ansari said...

hari ini ibubapa lebih sedih anak2 gagal dalam upsr, pmr mahupun spm...

maka sebenarnya, ibubapa harus lebih sedih jika anak2 gagal dalam amalan agama seperti solat, puasa dan lain2..

Deru Ombak said...

Kakak...

Mereka lahir sebagai seorang Islam, kerana nenek moyang, Ibu bapa mereka berugama Islam. Terdapat ramai lagi yang begitu. Memang sungguh menyedihkan.

Alhamdulillah.. Bila Ada komunikasi yang tulus Dan ikhlas begini.. Jalan sentiasa terbuka kepada kebaikan.

Kakya salute kakak sebagai boss yang mengambil berat masaalah anak buah yang bekerja di bawah kita.

Insyaallah.. Nawaitu itu paling utama. Syabas kakak. Kakya terharu sebenarnya..

Yaya Azura said...

alhamdulillah
hati dia masih belum 'keras'
masih mampu menerima teguran..masih mahu berubah

Cho Zila said...

syukur .... moga usaha akak dpt memberikan kesedaran kepada dia dan juga mungkin keluarganyer juga...
sayangkan budak baik mcmtu...

Fazleyatul Aini said...

syukur dia masih terbuka untuk belajar
sama2 doakan dia

Sharifah Nadzarah said...

syukur...dia nak berubah & terima nasihat akak...
mungkin....waktu kecil keluarganya tak berkemampuan utk skolahkannya yelah kita tak tau apa masalah ibubapanyakan...
sepatutnya....bila dah dewasa dia perlu pk tentang itu semua.
walaubagaimanapun....semua terletak pada hatinya jika dizinkan tuhan insyaallah akan berubah jua.sama2lah kita berdoa...

kak..nak keje ngan akak laaaa...hahaha...ingat tau ahad ni.

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah..dia ada pembimbing!

are_lin@yu said...

alhamdulillah skrg2nya dia ingin belajar ;)

Qashmere said...

Alhamdullilah kalau akak berniat nak mengajar dan dia pon ada niat untuk belajar. Masih tidak terlambat lagi untuk berubah.

Memang tidak dinafikan zaman sekarang ni ramai ibu bapa yang leka tentang didik agama. Dan masih ada ibu bapa yang tidak solat.

Penah tengok sendiri di depan mata, nampak ibu bapa nya seperti ibu bapa kita sendiri. Bertudung dan sebagainya. Tetapi ibu bapanya tidak pernah solat. Paling khuatir, bapanya tidak pernah solat.

Berbezxa dengan ibu bapa kita yang sering memberi amaran kadang memekik untuk memaksa adik beradik solat..terutamanya sekali SUBUH. Hahaha Saya pon kadang2 alpa juga tapi ibu tu masih kuat untuk memberi amaran untuk kita solat...

Cikgu Ma said...

setuju dgn pendapat incik fuad tu...

kdg2 ibubapa atau anak2 tu tak rasa rugi pun kalau tak pandai solat dan lain2...

Anonymous said...

kadang-kadang hidayah bukan datang dari rumah. aku berpengalaman benda tu.

Unknown said...

Budak tu beruntung bertemu dengan Kak Zaki.... kalau dia bertemu dengan orang yang membawa kepada kesesatan lagi nanya

Ujie Othman said...

makanya bila kita jumapa org tak solat, tak tutup aurat..kita jgn terus marah. Sbb mmg ada yg jahil, tak tau asas. Syukurlah akak boleh beri dia tunjuk ajar.

*masa zaman saya, mcm malu kalau tak g sekolah agama. skrg org dah tak kisah, kesian kat anak dah penat sekolah kebangsaan..pulak!

Unknown said...

kita wajar membimbing mereka agar mereka juga dapat merasakan nikmat kehidupan yg sebenar

Aisy Nasiha said...

mitak doa byk2 smoga anak2 kita tak jadi mcm ni... yg kje ni lg payah, tp di sekolah pun dh mula mcm ni.. sedih sy bila tgk anak2 melayu tak tahu nk solat, solat ikut2, mkan waktu puasa dan tak pernah pergi solat jumaat..
tulah, kita sbg org yg di sisi kejadian, cubalah bantu setakat yg termampu..

tahniah kak... smoga Allah tambahkan berkat utk rezki kerja akak..

moga staf akak tu akan dipermudahkan urusannya.

Mizz ErMa said...

alhamdulillah, Allah da bukakkan pintu hati dia untuk berubah..

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Alhamdulillah, mungkin ini satu cara dia dibantu Allah memperkembangkan hidayah .. mudah-mudahan bertambah keinsafan dalam dirinya dan terus berusaha.

MOKCIK AZWA said...

Assalam Kak..memang sayu kan..sedangkan yang ada sekolah tinggi2 pun ada masalah nak solat, inikan pulak kalau takde asas..

selamat berhujung minggu kak.

Qhaifa Nur said...

kalau kat KL ni mungkin sklh agama kurang, nak hantar mengaji malam dah x ada yg nak mengajar, harapan terakhir ibubapa.....

alhamdulillah Kakzakie, inisiatif dia nak belajar ada, itulah dah cukup baik.....

musang said...

alhamdulillah...semoga dia bersungguh-sungguh utk berubah

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

semoga dipermudahkan, Aminnnn.

Anonymous said...

sejuknyer hati baca n3 ni pagi2!

ct rahani said...

Alahmdulillah dia dapat menerima tegurankan kak & sanggup nak berubah.. semoga Allah tetapkan hatinya.. amin..

eMMe said...

sedih entry ari ni Kak Zakie, hope anak2 kite tak jadi mcm ni.. kalo kite leh tolong, InsyaAllah, apa yg kite termampu kan kak...

Tie HT said...

as salam

alhamdulillah dia dihantarkan insan yang baik macam kakak..mungkin dia dah pasang niat nak jadi baik sebelum ni..syukur Allah beri taufik dan hidayah...sedih baca entry ni.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Alhamdulillah kak Allah S.W.T dah bukakan pintu hatinya untuk berubah..sama2 kita doakan yang terbaik utk dia

Rozita said...

Alhamdulillah...ada bos macam kakzakie..

HeNRieTTa JoSe said...

bertuah dia ada majikan macam akk...moga dia mendapat hidayah...pahala besar buat orang yang membimbing dia...

PSSS....makan kelawar? rietta xsanggup akk....

Fiza Rahman said...

Tahniah kak...sbb beri kesedaran dan teguran kat dia. Alhamdulillah dia nak berubah.

duniaanita74.blogspot.com said...

bagusnya kak ..sekurang-kurangnya dia mengaku dan mahu belajar...tahniah buat kakak juga...

Munn Jaafar said...

errrmmmm..kesiannya dia... semoga kak zakie dpt ajar dia dgn baik..smp boleh solat. kesian..

Dkna Abza said...

pasti satu hari nanti dia akan beruabh kearah kebaikan :)

insyaAllah

nazayiena said...

Semoga dia betul2 nak belajar solat dgn kakzakie.

Eye_nee said...

Brgkali sebelum ni tiada siapa yg pedulikan dia perihal bab2 agama ni....Sapaan kakzakie merupakan Nur yg akan menyinari kelamnya Islam pdnya sebelum ni...tahniah buat akk dan syukur buat nya....

haryati said...

alhamdulillah bagusnya dia, bila ditegur tak marah pun, dan terbuka ati nak belajar....

Ujie Othman said...

*pokok pisang hiasan tu kalo nk akak dtg je rmh mak saya..kat rimba terjun, pontian. Kg akak pun kat ptn kn..:-)

OKje said...

Tulah.....untuk memupuk perasaan betapa pentingnya solat dalam diri kita ni pun merupakan satu hidayah dariNya jugak ... Bersyukur jika hidayah allah tu bersama kita...

Memang payah nak membentuk remaja yang betul-betul menitikberatkan solat ni.... lebih-lebih lagi jika persekitarannya pun kurang bersolat.... memang amat berat!

Semoga akan datang hidayah kepadanya!

JunAina said...

Subhanallah...takut rasanya menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa ini. Takut terlalai.

ainhany said...

salam kak,

ucu :muga puan dapat bimbing anak ini
Puan:.......

insyaALLAH,muga2 hidayah ALLAH bersamanya dan benarlah kata2 allah..."kitalah yg mnzalimi diri sendiri..." ucu doakan muga akak berjaya mmbimbingnya . Amin

♥ sitifarhana ♥ said...

rupanya masih ad lg golongan yang mcm ni kan..sedih sgt..semoga akk mmpu mmbimbing dia..insyaallah..

QA's ~ mamapapa said...

subhanallah...semoga anak muda itu terus diberi hidayah,amin :)

zila norazila said...

alhamdulillah..
niat utk memperbaiki diri dan ingin belajar solat ada..smoga remaja ini trus mendapat hidayah ALLAH..

ajumohit said...

semoga saya mempu menjalankan amanah khalifah di muka bumi ini, byk yang kita perlu lakukan, semoga saya mempu mendidik anak2 menjadi insan berguna

-Sara- said...

alhamdulillah die jujur dan nak belajar kan kak..

azi said...

Bertuah budak tu sebab ada "kakak" yang prihatin..kalau lah kita tinggal berdekatan, mesti saya selalu pegi rumah kakak untuk mencedok ilmu dari kakak...


bertuah anak-anak kakak dapat mama macam kakak...saya tumpang berbangga...

Lily said...

Setuju dengan azi

Ros said...

Assalamualaikum Kakzakie,

Syukur Alhamdulillah...dia tak malu mengaku dan mau belajar...Semoga Allah membantunya...

Acik Erna said...

assalam kakzakie..bertuah budak tu..semoga dengan bantuan kakzakie..dia akan dapat memulakan solatnya...dan perlahan lahan dapat memulakan juga mengaji alquran

Ayu Ayunie said...

sy harap dapat jadik mama yg terbaik utk anak-anak sy dalam didikan agama..

BERT said...

skurg2nye dia nk bljar.. mmg sdh rmaja hr ni rmai tak tau smbhyg.. smoga sy dapat didik anak sy dengan asas agama yg baik..

amirah said...

kesian dgn budak tu ye kak sbb di zaman moden begini kalau nak belajar apa saje semua di hujung jari je. moga Allah permudahkan. apa pun amie bangga sungguh dengan akak. serius bangga sebab amie tak mampu nak brcakap begitu kak.. walaupun hati sarat nak menegur tapi tak kesampaian lagi. paling tidak pun selalunya sembang general2 je. aishh..selemah2 iman lah amie ni kak..hanya mampu brcakap dalam hati. moga satu hari Allah bagi kekuatan untuk bercakap sebab selagi tak bercakap jiwa resah

Kayu Manis said...

ramai sungguh manusia begini..

Suraya Baharun said...

rasa nye zaman sekarang ni, banyak kot org cam ni...tapi mujurla dia ada kesedaran dan tak malu untuk belajar memperbaiki diri...nak salah kan mak bapak pun tak boleh jugak..ada je mak bapak yang baik pegangan agama nya tapi anak nye belum tentu...teringat lagu raihan, iman tak dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa...

ibuintan said...

alhamdulillah... bertuah adik itu ada boss sebaik kakzakie


moga Allah mempermudahkan usahanya

suatu ketika dulu sy pun ada anak murid yg selalu tdk hadir atau datang lewat ke sekolah.. bila ditanya jawapnya emak dan abahnya lambat bangun

adyna AB said...

alhamdulillah hatinye masih terbuka untuk belajar.. memang sangat2 ditakuti manusia akhir zaman nie kakzakie.. semua nak pandai tapi hal agama ...

faraherda.razalan said...

Kak, sekurang-kurangnya dia menerima dan ada inisiatif utk belajar.

Murni Alfathunnisa said...

masa sesi soal jawab datang lambat tu..terasa saya pulak yang seperti ditanya..hehe..terasa! haha...

namun..alhamdulillah..belum terlewat untuk dia belajar. kakzakie, semoga Allah membalas jasa kakzakie tu...

kurus said...

itulah hakikat remaja skrg , rasanya bukan sekadar remaja kak .. teman2 saya sepejabat punn ada yg buat2 x indah akan solat ... sedih kadang2 tuuu .. jika mereka tahu ajal mereka bila2 akan menjemput mereka , pasti mereka akan sedar dan insaf ..

sedangkan org yg sembahyang belum tentu diterima , inikan mereka yg x menunaikan langsung huhuh ..

saya kadang2 tuu skdr melihat dan mendengar , nak menegur rasa serba salah kerana mereka adalah bos2 saya huhuhu

Rinna said...

Alhamdullillah terbuka pintu hatinya nak belajar agama.. Moga dia dpt melakukan solat dengan lebih baik lagi..

rohayu osman said...

alhamdulilah dia nk berubah... mudah-an dia istiqamah

Queenie said...

boss yg baik insyaAllah mampu memimpin dengan baik...salute kak!

eelobor said...

boleh hadiahkan buku panduan solat untuk dia di samping bagi "guide"

Unknown said...

Salam Titisan Nurani
Bener sekali Tuan yang baik Pasti berusaha untuk yang terbaik pula...

Nur-nba said...

Bagus akak tolong nasihat dan bimbing dia.. Memang kadang2 ibu bapa terlalu pentingkan pelajaran tanpa tekankan pelajaran agama pada anak2. Syukurlah dia ingin berubah.

sal said...

klu hatinya terbuka untuk belajar mendalami agama...alhamdulillah...

Kakzakie Purvit said...

Sejujur-jujurnya kakak belum pernah ditemukan senario begini. Oleh itu bagaikan suatu yg hebat bila ada lagi pada zaman yg serba canggih ini masih ada yg tidak tahu solat. Apa lagi talian internet di mana-mana pun boleh diselusuri.

Moga remaja lelaki ini kuat utk terus buang rasa malu utk belajar apa yg patut dari apa yg termampu dari kakak. Buat masa ini baru menghafal doa iftitah. Tapi kakak dah kata pada dia sementara ini solat dulu walau dgn membaca fatihah dan suroh Ikhlas dulu (buat yg termampu).

Terima kasih diucapkan buat semua:-

Myra Jay, Mumy Danisha, Norhaizan Hakim, fuad ansari (kakak setuju en fuad), Deru Ombak (kakak bukan boss KakYa, Boss kakak tak duduk di M'sia), Yaya Azura, Cho Zila, Lya Colours, Sharifah nadzarah, Mrs Eady, Are_linayu, Mummy Akmar (Biasa mak/ibu akan begitu demi membimbing anak yg belum tahu dosa), Cikgu Ma, Rapunzeel Cikilolo, MyStoryPic, Ujie (bila dlm situasi begini dah jatuh hukum wajib buat kakak mengajarnya Ujie), Tentang Kita, Aisy Nasiha, MizzErma, Werdah, Mokcik Azwa, Qhaifa Nur, redza, Sari Yusa Ibrahim, Kesuma Angsana, ct rahani, Emme, Tihara, Waniey's aka IbuQalief, rozita, Henrietta Jose, Fiza, anitadiana, Munnafendy, Dkna Abza, Nazayiena, Eye_nee, Haryati Faizal, Ujie (rimba terjun tu besar dik... kakak boleh katakan selalu balik kg henguk bapak), hainom OKje, JunAina, ainhany (bila jadi begini kakak dah wajib Cu kena ajar), sitifarhana, QA'~mamapapa, zila norazila, Aju Mohit, Sara, azi, Leeza Eelza, Ros, Acik Erna (sekarang kakak tumpu bacaan solat dulu Acik), Ayu Bert, amirah, Knor, Suraya Baharun, ibuIntan (itulah cikgu mesti cara keluarga juga yg membuat ianya jadi begitu), adyna, faraherda.razalan, Murni ALfathunnisa, ieda (sesekali kena ajak kawan tu ieda, kalau mereka buat tak tahu ieda dah lepas tanggungjawab), Rinna, Rohayu Osman, Queenie, eelobor, cv cipi group, Nur-nba dan Sal.

Doakan kakak dapat mendidik remaja ini dan terima kasih buat semua yg memberikan komen.

Puan Kutu said...

mmg sedih zaman sekarang ni masih ada remaja macam beliau.beliau ni tak tahu, tp syukur masih mahu belajar.tp tambah sedih klu tahu tp amalkan..:)

Unknown said...

Moga Allah satukan hati-hati kita dalam ketaatan.. syukran kak pengkongsian yg bermanfaat.

nabilah_2908 said...

hampir sama je masalah kt tempat kerja saya ni kak..

budak ni memang cekap bekerja..tapi mmg ada masalah dtg lewat..

bab solat...sy tgk bila waktu rehat dia akan balik office...rehat & solat..

cuma dia terpaksa buat kerja part time sebelah malam tuk tanggung ibu dgn adik2 dia..

boss minta dia selesaikan masalah dia..tapi bila dah berbincang..makin lambat pula jadinya... entah la..

nak buang memang syg...dia cekap..tp dia tak boleh dtg lambat..
mungkin boss patut pertimbangkan tuk naikkan gaji dia..tak pun elaun.. :)

Tie HT said...
This comment has been removed by the author.
aizamia3 said...

Alhamdulillah moga dia akan berubah ke arah kebaikan, insyaAllah..

Unknown said...

mujurlah hatinya terbuka utk belajar kan kak...syukur alhamdulillah. mmg takut bila memikirkan masalah mcm ni..ini yg kita tahu..kat luar sana ramai2 lagi yg mcm dia... :((

Kakzakie Purvit said...

Moga kita jadikan iktibar sama atas apa yg terjadi. Setiap kita ada tangungjawab yg perlu ditunaikan.

Terima kasih juga buat: -

Puan Kutu, Lin Pipi Merah, nabila_2908 (remaja ini kami dah naikkan gaji lagi ingat boleh jadi pemangkin tapi tidak), aizamai3 dan Mamamya.

Terima kasih sekali lagi.

Jahirah said...

alhamdulillah dia jumpa org yg dapat sedarkan serta bimbing dia...lelaki berat tanggungjawab terutama kalau dah berkeluarga nanti...