Thursday, January 31, 2013

Sejenak merenung ketika berada di lapangan terbang

Malam itu kami ke Lapangan Terbang Sultan Ismail yang jaraknya tidak sampai sepuluh minit dari rumah. Pergi pun dengan memakai baju tidur saja.. Menghantar anak gadis yang punya mata imaginasi yang tajam termasuklah hal yang berkaitan dengan bunga-bunga. Tunjuk saja gambar bunga dia tahu apa nama bunga tersebut. Nama pun gadisBunga

Berdua - Dua anak dara ini bukan main akrab betul. Selesai solat dan makan malam sudah mula bersiap-siap untuk bertolak.
Menuju ke balai berlepas - Lihatlah adik mengalahkan mahu menghantar mama. Beg kakak GB pun dia yang galas. Sayang kakak katakan.
Beratur - Adik macam hendak ikut sama terbang. Selepas singgah di book store membeli novel dia ikut beratur.
Balik memimpin Atuk - Niat hati mahu mencari coklat tapi outlet sudah tutup. Cepat betul kedai tutup tapi selamatlah duit mama/papa kalau tidak adik pantang ke sini mesti hendak membeli coklat.

~~ Amat jelas kelihatan bila tiba di tempat-tempat yang melibatkan kos yang agak tinggi majoriti yang ada bukanlah dari kalangan mereka yang sama warna kulit dengan aku. Rata-rata mereka yang sepet dan cerah kulit. Sedih juga bila melihat senario begini. Bagaikan bukan berada di tanahair sendiri bila sana-sini berkomunikasi dengan  bahasa yang tidak aku fahami.~~


Tuesday, January 29, 2013

Ulangtahun Mak Zah tanpa kek

Seperti biasa sambutan ulangtahun buat penghuni rumah disambut secara sederhana. Tidak ada kek seperti adik. Kalau adik sambutan tanpa kek dikatakan bagaikan tidak diingati. Buat kami yang telah berusia tidak perlu itu semua. Malam itu 28-01-2013 selepas solat maghrib kami besama-sama mendoakan moga Mak Zah  memperolehi segala keberkatan dan kebahagiaan sementara hidup di dunia dan akhirat bersempena ulangtahun kelahirannya.

Doa - Sebaik anak-anak menyanyi (mama/papa/atuk pun ikut juga sebenarnya) baru doa dibacakan.

Makanan - Set Dominos kami beli dan lain-lain masak sendiri

Amin - Moga mendapat segala keberkatan dan kebahagiaan

Potong - Adik kata orang sambut ulangtahun potong kek, Mak Zah potong pizza

Salad - Mama buat mama makan sendiri sebab anak-anak kata tidak sedap sebab thousand island bukan brand yang selalu dibeli - tidak kena pada tekak anak-anak.
~~ Doa kami moga Mak Zah berbahagia sepanjang berada di rumah kami. Kasih kami tidak pernah berbelah bagi. Selamat ulangtahun kelahiran buatnya dari kami sekeluarga.~~

Saturday, January 26, 2013

Penjara diri

Empat perkara yang sering memenjarakan peribadi diri untuk berjaya:-

Penjara kebencian - buang sifat benci kerana tidak semua yang kita lakukan juga disukai orang lain. Benci untuk perkara yang buruk tidak termasuk dalam isu ini.

Penjara ketamakkan - hapuskan ia dari bersarang dalam diri kerana terlalu banyak sudah nikmat yang Allah berikan tanpa rasa syukur. Kalau boleh berkongsi agar boleh dimanafaatkan.

Penjara kedengkian - kenalah buang jauh-jauh perasaan buruk ini bersawang terus. Apa yang didengkikan sebenarnya akan menjeruk perasaan sendiri.

Penjara kebodohan - sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. Menjadi bodoh bukan bererti akan mendapat simpati tetapi ada kala membuat diri kita tidak disukai.


~~ Sungguhlah..... Berkata tidak semudah melaksanakan, menulis tidak semudah untuk mengaplikasikan~~



Friday, January 25, 2013

Masih aku ingat lagi - Kisah 2

Ramai yang bercuti lagi tapi ingin aku titip kisah dulu-dulu yang kejap dalam ingatan.

Sementara menunggu masuk waktu sekolah agama di waktu petang semua bermain. Sekiranya musim bermain skipping, setiap ruang kali-lima dan kantin akan ada kumpulan bermain skipping. Tiba pula musim bermain teng-teng, sana-sini juga ada kumpulan bermain teng-teng. Tidak ada rasa malu antara lelaki-perempuan.


Gambar dari google- Lebih-kurang beginilah teng-teng itu. Kapur sekolah jadi mangsa kalau main di atas simen. Kalau di atas pasir/tanah kami lukis guna ranting kayu.
Ada permainan yang perlu melepasi hadangan. Dalam permaianan ini kalau tangkap pihak lawan kenalah peluk erat-erat sebab sekiranya terlepas tidak akan dikira (dulu disebut 'tak aci') - maksud makcik bukan aci yang memakai sari itu ya). Peluk erat ini tidak mengira samada ianya lelaki mahupun perempuan. Tetapi naluri malu-malu atau nafsu sebagai pasangan berlainan jantina sungguh tidak ada. Kalau budak sekarang aku pasti tidak mahu permainan seperti ini. Main kejar-kejar dan cangkung tidak mengira masa mencangkung nampak seluar dalam tidak mengapa sebab tidak ada naluri seperti anak-anak sekarang. Mungkin pendedahan pada aurat dulu tidak sama seperti masakini. Bahkan kerana berbaju kurung siap di buka kain yang dipakai dan sangkut di tepi pagar sekolah. Bila loceng berbunyi tanda untuk masuk kelas baru sibuk mencari kain.

~~ Anak-anak semua, waktu makcik dulu tidak ada computer, handset jauh sekali dan bayang-bayang tab dan ipad langsung tidak ada lagi. Itulah permainan kami dulu. Makcik orang kampung.~~

Thursday, January 24, 2013

Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w

إنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Al-Ahzaab: 56).

Ababil telah menghancur tentera abarahah
kota Mekah  tenang dari tentera bergajah
bumi anbiaya' nan suci diusik gemersik tangisan bayi mulia
12 Rabiulawwal tahun gajah diambil sempena peristiwa
lahir bagai wira walau tanpa seorang bapa
Muhammad bin Abdullah kental berjuang demi agama tercinta
utusan Allah mengorak langkah tanpa goyah
mendokong ummah dan agama Allah
namun agama itu kain dirobek di sana-sini
akan ujud abablil lagikah untuk kembalikan aqidah umatmu Ya Rasulullah?

Ya rasulullah salamun 'alaik, Ya habiballah salamun 'alaik
walau dunia kian reput dan bongkok
sebagaimana telah kau khabarkan pada umatmu dulu
namun benar jangkaan dan firasatmu Ya Rasulullah
umatmu kini di sana-sini terus bercakaran
mengunyah iman tanpa kesudahan
melapah, meratah, memuntah segala iman, aqidah dan taqwa
suara ulamak yang sedikit dijadikan senda-gurauan
mukjizat suci didendang namun bagaikan irama gamelan
melihat bibir dengan zikrullah bagaikan kian tenggelam
sujud-sujud hanya bila telah tersungkur

Ya Rasulullah syaffa'atmu ku pohon selalu
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد


~~ Rasulullah s.a.w bersabda: " Barangsiapa yg berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya." - Hadith riwayat Ahmad, Nasai & Al-Hakim ~~



Tuesday, January 22, 2013

Hanya untuk yang bergelar makcik

Samalam di pejabat ada surat dari SOCSO (dalam bahasa Inggeris) atau PERKESO (dalam bahasa Melayu). Ada juga tersenarai ahli yang layak untuk diberikan voucher percuma tersebut. Tidak tahulah pula kalau  voucher ini diberi kerana PRU yang kian hampir atau sememangnya mereka yang menginjak usia 40 tahun akan diberi percuma.

Surat dari SOCSO - Kalau usia masih muda tidak adalah peluang untuk mendapat percuma macam makcik ini. Tunggu hingga sesuai masa bergelar makcik baru boleh dapat. Aku sudah bergelar makcik sebab itu dapat surat ini.

Mamogram - Ini dia voucher yang diberikan khas buat mereka yang seangkatan dengan aku. Ada klinik panel yang dilantik. Silalah ke laman web SOCSO untuk mendapatkan keterangan lanjut.

~~ Mamogram aku buat 2-3 tahun sekali. Tetapi kalau pep-smear biasa aku buat setiap tahun. Voucher ini belum diguna lagi dan masih belum memilih lagi klinik yang mana satu akan aku tuju. Johor Bahru ada banyak klinik yang disenaraikan.~~

Monday, January 21, 2013

Tempat makan pilihan terakhir

Petang itu aku hanya sediakan beehoon goreng dan sambal sotong. Memandangkan lewat petang masing-masing masih kenyang tidaklah aku masak lagi. Tapi bila selesai anak-anak yang mengaji balik, perut kami semua terasa mahu makan sesuatu dan tidak tahu apa yang diingini. Keluarlah kami mencari tempat mengisi perut. Berada di dalam perut kereta barulah adik bersuara memberi cadangan untuk makan di Secret Recipe.
Kek - Biasalah sebelum apa yang diminta tiba kek-kek ini akan tiba dulu di meja makan. Air Cappucino papa saja yang adik captured. Lain-lain air tidak menarik minat dia agaknya itu yang dia tidak capture.
Makanan - Ada laksa mee, Curry Mee, Baked cheese fish dan Thai seafood speghetti. Meatball soup papa tidak ada di dalam gambar. ini.

~~ Bila semakin kurang ahli dalam rumah semangat memasak semakin merudum. Apa lagi bila esoknya adalah hari cuti. Makan di luar terasa lebih senang sebab selepas makan, bayar dan balik.~~

Friday, January 18, 2013

Teringin menjadi imam

Kisah minggu lalu.

Petang itu balik kerja limpahan hujan terlalulah lebat diiringi angin kencang lagi. Hubby tiba di rumah sudah terlalu lewat. Belum selesai mandi sudah kedengaran dari corong radio suara azan maghrib berkumandang. Kenalah solat di rumah.

Adik: Adik teringin jadi imam kat rumah.
Mama: Mana boleh papa ada.
Adik: Dekat sekolah tu ramai kakak-kakak tapi adik boleh jadi imam.
Mama: Adik tak tahu lagi ke? Apa syarat sah berimam dan bermakmum?
Adik: Hmmm... (sekolah agama sudah masuk darjah 4 mana boleh tidak tahu)

Papa: Eh... macam tak dengar azan dari suraulah.
Mama: A'ahlah.
Papa: Jangan-jangan elektrik trip. Em... papa kena ke surau jugalah.

Kerana bimbang surau tidak ada elektrik terpaksalah hubby terkocoh-kacah ke surau juga sebab pernah pembesar suara surau tidak berfungsi masa hujan lebat 2-3 hari lepas. Akhirnya mama jugalah imam pada adik. Sebenarnya adik tahu tapi mungkin keinginan menjadi imam seperti di sekolah mahu ditunjukkan di rumah itu yang dia bersuara.  Biasa kalau membaca yaasin dan tahlil di rumah sesama kita, aku benarkan adik mengimamkan tetapi kalau solat memang belum dibenarkan lagi.
Adik - Inilah dia hamba Allah yang berangan-angan mahu menjadi imam mama.

~~ Masa belum baligh sibuk mahu menjadi imam bila sudah layak tolak-tolak pada mamanya pula. Itulah anak-anak aku.~~

Thursday, January 17, 2013

Masih aku ingat lagi - Kisah 1

Masih aku ingat lagi. Kalau sekarang tahap sekolah rendah dipanggil tahun satu,dua hinggalah tahun 6. Zaman aku dulu di panggil darjah. Dari darjah satu hingga darjah enam kami satu kelas. Amir nama paling top di kelas. Dia terkenal kerana setiap kali cikgu suruh membaca mesti menangis. Matematik kalau belajar campur bolehlah dijawabnya tetapi bila bab tolak, bahagi dan darab memang salah semua. Setiap kali terlihat saja kelibat ambulan masuk kawasan sekolah pasti akan lari balik. Pernah beg sekolah pun dia tinggal di dalam kelas. Walaupun kedatangan ambulan sebenarnya untuk  memberi berus gigi dan ubat gigi percuma tetapi dia tidak kisah. Pada anggapan dia tetap satu, bila jururawat datang mesti ada injection. Sehingga pernah sekali kerana tidak sempat meloloskan diri dia telah memanjat pokok rambutan di sebelah surau. Kedudukan surau dan sekolah kami sebelah-menyebelah. Apa yang membuat kecoh bila dia tidak pandai turun. Akibatnya cikgu terpaksa memanjat pokok yang sama dan mendukung dia turun ke bawah.

~~ Anak-anak jangan ketawa tapi inilah kisah dulu-dulu yang sukar buat makcik lupakan dan ada kalanya buat makcik tersenyum sendirian.~~

Tuesday, January 15, 2013

Tambah rajin dengan tuding baru

Tuding adalah perkataan keluarga kami gunakan sedari dulu hingga kini. Biasa orang panggil penunjuk. Adik beli di sekolah. Murah saja, seringit setiap satu. Macam-macam warna ada tetapi adik biasalah warna pink adalah warna pilihan dia. 

Bahagian hujung -  Dibuat dari benang bulu macam-macam warna. Didalamnya adalah lidi sate. Benang itu dililit dengan ketat dan bercorak.

Bahagian ekor - Kreatif dan ieda yang baik. Ada juraian benang di belakangnya itu yang kelihatan tambah menarik anak-anak.

Sebatang - Masuk di dalam Al-Quran sebagai penanda juga tidak terjulur habis jadi tidak mudah rosak. Betul-betul ikut panjang saiz Al-Quran yang biasa.  Pandai cikgu yang membuat penunjuk ini.

~~ Kadang-kadang hanya kerana penunjuk yang unik pun boleh membuat anak-anak rajin mengaji. Motivasi yang paling mudah buat anak-anak yang belum baligh.~~


Monday, January 14, 2013

Sesekali mengubah selera

Perjalanan balik dari menjenguk anak-anak di asrama kelihatan masih agak awal. Memandangkan lama kami tidak makan tosei dan capati jadi singgahlah sebentar di Restoran Aminah, Taman Sri Pulai. Boleh pula teringin makan tosei dan capati. Order, bungkus dan bawa balik sebab kami semua belum bersolat asar.

Cappucino - Buat satu mug besar kongsi sama-sama.

Besar - Walaupun besar saiznya tapi aku boleh habiskan sekeping. Kuat makan hihi...

Capati - Kami beli ini juga tapi tidak terhabis dan pagi ini Mak Zah suruh aku bawa bekal ke tempat kerja.

Cecah - Disebut kima dan yang pasti sedap sebab daging cincang betul-betul sebati dengan semua ramuan. Adik suka kentang di dalam kuah ini. Tidak terlalu pedas.

Satu lagi - Diberi pencecah ini juga. Masam-masam pedas kalau hubby tidak suka ini tapi aku suka.

  
Ayam kampung goreng - Sambil makan tosei dan capati aku ingatkan mahu masak untuk makan malam tapi menggoreng ayam hanya ini saja. Hentikan gorengan seterusnya kerana semua mengatakan tidak mahu makan nasi. Ayam ini kami ratah saja.

~~ Cepat kenyang makan tosei dan capati ini. Kembang dalam perut agaknya. Sebenarnya aku selalu confuse yang mana satu tosei dan yang mana satu capati. Sebab itu bila order sebut saja dua-dua.~~


Saturday, January 12, 2013

Usik-mengusik nakal

Setiap malam bila tiba waktu untuk masuk tidur adik akan berjumpa mama dan papa. Hulur tangan untuk bersalam, cium pipi dan kemudian mulalah menadah ubun-ubun kepala. Mama macam biasalah sambil peluk akan membaca suroh Al-Insyiroh. Sebaik mama habis baca akan hembus ke ubun-ubun adik. Cuba bayangkan kalau kita tiup kepala dia tetapi dia membalas dengan meniup leher kita. Bila mama geli sukalah dia. Sama-sama ketawa boleh hilangkan rasa mengantuk. Nakal, kerana adik sebenarnya sangat sensetif kalau kita mahu sentuh leher dia.  Itu yang dia suka buat begitu dekat mama. Kalau dengan papa lagilah dia berjaga-jaga takut terkena misai dan janggut lagilah dia geli
Anak-anak mama - Cuti yang baru lalu ketiga-tiga ada. Bila sekolah kini adik bertemankan atok untuk bermain.
Gambar Raya yang lepas - Macam inilah bila dia peluk papa

Dengan mama - Selepas salam begini kemudian sayang-sayang dan tadah kepala untuk kita baca Al-Insyiroh dan tiup ubun-ubunnya. Ada kala dia juga turut membaca dan hembus di leher kita. Nakal...

~~ Tinggal seorang puteri di rumah kalau tidak ada gurauan begini tambahlah sunyi.~~


Friday, January 11, 2013

Adik sayang atok

Kami makan di luar kerana tukang masak yang keletihan. Awal tahun dan awal bulan terlalu banyak tugasan dipejabat sehingga bagai tidak larat mahu ke dapur. Kalau ikutkah hati selepas maghrib itu mahu saja aku terus berbaring di atas katil. Tapi ada perut-perut yang menagih untuk diisi. Keluarlah semua ke IOI Mall.

Pimpin tangan - Adik dengan atok. Bapak sudah kembali ke rumah kami semula. Jadi teman adik sebab kakak-kakak sudah balik ke asrama.

Air pilihan - Apa nama dia lupa sebab tidak pernah mahu ambil tahu.

Salad - Mesti hendak ada ini setiap kali masuk di sini

Adik - Suka betul adik dengan dish ini.

No. 1 - Pizza pilihan adik

No. 2 - Pizza lagi tapi ini pilihan mama

Bapak - Kepak ayam, mushroom sup dan garlic bread adalah favourite bapak tapi bapak tidak suka pizza.

~~ Baki pizza dan ayam Mak Zah panaskan dan aku bawa bekal ke pejabat.~~


Thursday, January 10, 2013

Bila yang memotret tidak ada seni

Bertiga lagi - Selesai rakaman di RTM sudah tengahari kenalah membawa mereka makan  di sini (hutan bandar). Sewaktu makan itulah mereka berpakat mahu singgah di Taman Merdeka. Papa setuju mama pun kenalah ikut juga.
Tasik Merdeka - Dekat saja dengan RTM. Dengan tiada apa-apa kelengkapan boleh sibuk hendak singgah di sini sebab mata masing-masing sudah nampak ramai orang ke sini sewaktu pagi menuju ke RTM. Tambahan pula Pn Yatie juruteknik RTM pun mahu membawa anaknya ke sini.

Teratai - Kalau gadisBunga atau Daddy Ziyyad yang capture mesti terpegun siapa yg melihat. Ini tangan yang tidak berseni beginilah hasilnya..

Jauh - Aku dan hubby menunggu di gazebo yang disediakan. Mereka nun ke sana. Berjanji rakaman akan datang sedia bawa baju boleh mandi di sini. Sekejap mereka bermain balik menuju kereta dengan berkaki ayam. Dengan seluar masing-masing basah itulah mereka masuk kereta dan balik.

Modelling - Mata nakal aku tertancap pada model yang sedang posing (jauh dari tempat kami duduk). Satu perempuan berposing dengan 6 lelaki yang menjadi jurukamera. Geleng kepala hubby melihat. Sekali tengok boleh tapi  jangan berkali-kali lain jadinya. Apa yang gelihati model itu berdiri pusing sana-sini. Jurukameranya sampai terlentang, meniarap, berbongkok, cangkung hanya kerana mahu mengambil gambar si model itu. Gelihati melihat mereka.
~~ Buat mereka yang berseni pasti merasa tempat ini cantik tapi buat aku dan hubby yang tidak ada estetika seni tidak dapat menilai dimana seninya itu.~~