Friday, April 19, 2013

Bersabarlah anak-anak...

Ketiga-tiganya masih berairmata ketika membuka Al-Quran masing-masing."Macam mana nak mengaji kalau suara pun tak keluar, airmata aje yang mama nampak" Aku cuba berseloroh tetapi ternyata tidak dapat mengubah ketiga-tiga mereka. Rasa sayu menerpa di hatiku lalu aku suruh semuanya menutup naskah Al-Quran masing-masing. Mujur kawan-kawan yang lain sudah balik. "Cerita dengan mama apa masalah kamu." Aku mula bertegas. Si abang (17 tahun merupakan anak angkat) dan si kakak (15 tahun) membisu tetapi si adik (lelaki, 10 tahun) pula serba-salah. "Cerita ajelah kak. Abang cakap ajelah". Aku belai belakang si kakak. Memujuk kalau tidak mahu bercerita duduk dulu dan bila rasa sudah selesa baliklah itu yang aku pesan. Tetapi sebaik melihat aku mahu angkat punggung si kakak bercerita dari A hingga Z. Sebentar-sebentar disambung oleh si abang.

Gara-gara telefon bimbit yang dibelikan oleh si ayah mereka menjadi mangsa. Ayah dan ibu mereka telah berpisah awal tahun 2012. Kini mereka tinggal dengan nenek/atok/ibu dan ayah tiri (aku kira telah berusia lebih 55 tahun agaknya - sebab katanya hampir pencen) yang baru dinikahi oleh si ibu November 2012. Mereka dihalang untuk bertemu dengan si  ayah kandung. Anak-anak sudah berusia 17, 15 dan 10 tahun bukan kanak-kanak kecil mana mungkin. Mereka sudah pandai menyimpan rahsia. Baru aku tahu sekiranya mereka tidak datang mengaji sebenarnya mereka bertemu ayah kandung mereka secara rahsia tanpa pengetahuan si ibu. Bila waktu balik mengaji baru mereka balik. Baru aku tahu juga mengapa sejak awal tahun ini mereka datang lagi untuk mengaji lagi walau sudah khatam Al-Quran - ini saja jalan untuk mereka dapat bertemu ayah kandung mereka. Namun sebijak manapun mereka akhirnya tertangkap bila si nenek melihat ada telefon sedang di charging di dalam bilik si kakak. Semua SMS dengan si ayah dapat diketahui. 

Apa yang aku musykil ayah tiri mereka adalah seorang professor, atok pula bekas polis, ibu berkerjaya tetapi mereka bagaikan tidak dapat membaca hati anak-anak remaja mereka. Kelembutan tiada dalam keluarga mereka Anak-anak sudah remaja masih ditalipinggangkan. Lagi sedih tergamak mendenda semua tanpa makan malam. Si abang membeli dua biji burger makan di porch rumah aku kerana takut diketahui ahli keluarga di rumah. Sayunya aku. Malam itu pula nasi di rumah aku habis walau lauk dan sayur masih ada berbaki lagi. Kalau aku tanak nasi bimbang lama menanti lain pula jadinya. Aku beri mereka setiap seorang satu air tin untuk dimakan bersama burger yang dibeli. Esoknya selepas habis mengaji aku beri mereka makan. Masuk hari ke tiga semua kembali normal.

Nasihat aku pada mereka jangan melawan bila atok/nenek/ibu/abah (ayah tiri mereka) memarahi. Jangan menjawab walau mereka selalu mengatakan mereka semua sama seperti ayah kandung mereka. Telan sebab ayah kandung mereka bukan jahat kenapa mesti marah kalau dikatakan mereka macam ayah kandung mereka - itu yang aku pesan. Aku juga berpesan sekiranya ayah kandung mereka tahu katakan yang buat masa ini mereka tidak dibenarkan menemuinya, daripada kena talipinggang berbirat di kaki dan badan. Aku nasihatkan mereka belajar bersungguh-sungguh supaya membolehkan mereka duduk di asrama. Tahun ini si kakak PMR dan si abang sekolah agama (tidak di sekolahkan sekolah kebangsaan - mungkin kerana hanya anak angkat, sedih bukan). Kalau semuanya baik mereka boleh bertemu lagi dengan ayah kandung mereka. Ayah kandung mereka pada pandangan aku jenis yang mudah mengalah dan lembut walau bertugas sebagai anggota polis.

Anak-anak sudah besar terpisah serta-merta dengan kasih seorang ayah pastinya perit buat mereka. Aku nampak jiwa mereka memberontak tetapi nasihat aku walau siapa pun mereka kenalah hormat. Mohon Allah beri petunjuk. Moga atok/nenek/ibu dan abah tiri mereka akan berlembut hati. Pesan aku juga jangan sesekali berbohong pada mereka kerana sekali bebohong andai terhidu sampai bila-bila orang tidak akan percaya lagi.


~~ Sesungguhnya dalam iman kita pun perlukan kasih-sayang. Kasih sayang pula perlukan pengertian dan kepercayaan. Tanpa kasih-sayang iman pun akan goncang. Pengertian dan kepercayaan pun akan pudar. Hargai kasih sayang yang ada. Jangan kerana harta membolehkan jalinan kasih sayang musnah sekelip mata. ~~


80 comments:

Mia Kassim said...

Sedih dengar kisah anak2 tu kak.....
Sebab ibu bapa yang bermasalah, anak2 yang jadi mangsa...

MAZLIZA ABD RAZAK said...

sedih baca kisah yg akak cite ni..kesian budak2 tu kan.

HeNRieTTa JoSe said...

kejamnye dorg akk...apa salah anak anak nk jmpa ayah dorg...dorg berhak....klu smpai berbirat dan xdiberi makan, sayangkah? kalu xsayang, pulangkan pada ayahnya...geram plak hati rietta pg pg jumaat nie....moga anak anak bertiga itu selamat seadanya....bertuah dorg bertemu dengan akak....akak dapat menasihatkan dorg...klu berjumpa dengan yang ikutkan hati macam rietta, rietta sendiri subahat ngn dorg jmpa ayh dorg...hehehe...

MOKCIK AZWA said...

Sungguh sedih kan kak..kasihan anak2..ibubapa nak bergaduh biarlah bergaduh sesama mereka, jangan libatkan anak2..melainkan kalau pihak satu lagi menunjukkan tanda2 yang menuju kearah keburukan..semoga Allah mempermudahkan urusan anak2 itu..

aizamia3 said...

moga anak2 itu kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan itu.. Allah sentiasa bersama mereka..

Kalau terlalu memaksa anak2 itu takut nanti dorang memberontak.. lagipun bukan dorang lari ikut ayah dorang.. sekadar berjumpa.. takkan tak boleh.. :(

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kak zakie...sedihnya atie baca kisah 3 adik berdik ni...sibbaek la mereka tak lari dr rumah kan kak.Semoga dilembutkn hati kluarga mereka utk lbh prihatin & menyayangi mereka.Aamiin

mama maman aka yana said...

sedihnya kak.. sy terfikir adakah sy ini memahami isihati anak sy sendiri.. wlpun kecik lg tp pastinya dia pun hati dan perasaan kann.. kekadang kita yg dewasa nih suka fikir kita je yg betul kann.. minta2 dibukakan hati buat ibu mrk..

Izwa Kamaruddin said...

ya Allah kak....sedih nyer :(

Rozie said...

sedihnya kakak cerita ini... mungkin ada hikmah disebaliknya. moga mereka tabah mengharungi hdup walalu agak payah dengan undang2 sendiri...

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Sedih bila anak-anak dinafikan hak-hak mereka..beginilah yang akan berlaku jika tidak memahami konsep inna lillahi wainna ilayhi raaji'uun.

Mudah-mudahan anak-anak ini akan dilindungi Allah SWT.

Nini D.. said...

Ya Allah...kasihannya mereka..
kenapa masih ada lagi ibu-bapa yang berfikiran macam nih..

JunAina said...

Saya tertanya2 bagaimana mereka sanggup memutuskan hubungan anak dan ayah. Suatu hari bila sampai masanya untuk dikahwinkan anak perempuannya pasti ayah jugak di cari sebagi wali.

Hudalatip said...

Sedihnya kak bila baca kisah ni...harap diaorang tabah..

Unknown said...

semoga anak-anak ini dilindungi Allah, dan sentiasa bersabar..Yang penting, semoga keperitan yg mereka rasa tidak akan menjadikan alasan untuk mereka berkelakuan liar di luar sana..risau, sebab anak-anak remaja zaman sekarang, kerana masalah keluarga, jadikan alasan untuk mereka jadi begitu..sabar ye dik..

aby said...

sebagai seorg ayah kpd anak yg prnah burumur mcm tu pstinya geram bila mmbaca crita2 mcm ni. Seorg ibu yg normal psti tk kan biarkan anak2 mmburukan ayahnya sndiri wlu pun sudah brcerai... Apatah lg melarang utk brjumpa. Apepun kita tk blh buat kesimpulan dgn crita dr sebelah pihak. Sbb pncerita tk akan ckp psl kesalahan nya ...
Semoga anak dan ibu tu brdamai demi kemajuan anak2 itu

Fazlina Ridzwan said...

sayu hati bila baca kisah anak² nie...smoga mereka tabah...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sy pernah jumpa sendiri bapa yg dipisahkan dengan anak2 oleh atuknya.. tak faham kenapa dipisahkan tapi nama bapak tetap digunakan dalam surat beranak dan kad pengenalan.. macam tu tukar ajelah dengan nama atuknya yg melebih-lebih, hehehehe..

Fiza Rahman said...

Ya! allah kak, sedihnya bila saya baca. Kenapa lah tak diberi jumpa dgn bapa kandung. Tak kata mereka tak berpelajaran...pangkat bagus. Kenapa nak disekat hubungan anak2 dgn ayah kandung.

Semoga bereka sabar dan bertabah.

Muja.. said...

sepatutnya semakin tinggi ilmu seseorg semakin bagusla pemikiran & akhlaknya sebab ilmu membantu kearah khdpn yg baik tetapi skrg ni x begitu pula.. minta2 kita dijauhkan drp begitu yer

Ratu Hatiku said...

Sedihnya baca kisah mereka.. Semoga keluarga mereka dilembutkan hati satu hari nanti.. Amin

BERT said...

kadang2 ilmu tinggi di dada.. tapi hal keluarga ditolak ketepi... banyak punca gejala sosial pun bermula dari rumah.. harap budak2 tu jadi anak yang baik.. walopon keluarganya kepincangan... bagus kak nasihatkan mereka... seddih saya dengaan cerita camni.. moga jadi iktibar untuk saya juga

Ati Masrif said...

kesian nasib anak2 ini
pada ati kalau belajar tinggi mana pun dan kerja besar mana pun
kalau tak di isi dgn ilmu agama ...beginilah jadinya

semoga keluarga anak2 tu dpt hidayah
sebelum terlambat

HeNRieTTa JoSe said...

psss....really...love to hear it...i just wanna give it away...not for sell really...can kakak send me kakak's postal address at henrietta3321@gmail.com

nadbaptist said...

semasa inilah masyarakat memainkan peranan penting bagi sama2 menghulurkan pertolongan tidak kira dr segi sokongan/nasihat ataupun kewangan..apa yg penting anak2 ini tidak dibiarkan begitu saja tanpa perhatian..takut2 ada gejala2 yg tak baik diluar sana yg mungkin akan mpengaruhi mereka..alhamdulillah dgn adanya org sperti akak insyaAllah anak2 ini dpt nasihat dn sedikit perlindungan.moga Allah mberkati usaha akak dn moga anak2 ini dilindungi Allah SA

Tie HT said...

laa kesiannya..kalau fikir positif, yang berpisah tu biarlah cara baik..kalau ada anak, anak jadi mangsa..

amirah said...

kesiannya mendengar kisah budak2 ni kak. memang tak patut kalau dibuat mcm tu sekali semata2 nak jumpa denga ayah sendiri. inilah masalahnya dengan perceraian. yang menjadi mangsa adalah anak2. sebab api kebencian susah nak dipadam dr diri manusia. kan lebih mudah kalau kita mudah memaafkan kalaupun susah nak melupakan

Mun said...

alahaiii..sedih hati saya dibuatnyer...

kesian..anak2 yg jadi mangsa...

sudah pasti dalam umur sebegitu...yg semakin meningkat remaja.. jiwa mereka akan memberontak

ummiross said...

Bergenang air mata ummi baca entry ni Kakzakie.
Ibu bapa seharusnya kaya dengan kasih sayang dan sifat belas kasihan, didik anak2 dengan penuh pengertian. Moga Allah melembutkan hati atok/nenek/ibu dan abah tiri mereka. Moga segalanya selesai dengan baik.

NM02 said...

sedihnya kak... moga mereka terus diberi perlindungan dari Yang Maha Esa.

wahida said...

sedihnya kak...saya boleh rasa apa yg budak2 tu rasa..saya antara anak yg kurang kasih sayang ayah sendiri, dtg dari keluarga yg bergolak...tapi mak saya dulu tak pernah menghalang saya jumpa ayah...

saya harap budak2 tu bertabahlah, teruskan berdoa semoga dorang terus dpt berjumpa ayah kandung mereka...
tak sepatutnya mereka dipisahkan...

kesian si abang tu, tak besekolah kebangsaan...lagi kesian dgr didenda tanpa mkn malam...tergamaknya!!

Unknown said...

sedihnya sy membaca cerita kak zakie ini..
yg tak suka tu didenda tak makan malam..kenapa mcm tu sekali kerasnya denda diberi..

semoga ketiga beradik ini diberi kekuatan dan kesabaran..

Ibu Lala said...

kesian kan kak. mcm mana kita boleh tolong derang ni. tolong dengar je lah.

zila norazila said...

sedih..
kesian kt budak2 tue..wlumcmnapun diaorg ttp rindu ayah kandung nya kan.

kurus said...

aduhh sedih pula membaca coretan akk mengenai budak2 nie
inilah yg selalu saya fikirkan dan bayangkan dulu ..
saya telann dlm2 semua masalah saya memikirkan anak2 .. semua kerana anak2 ..

alhamdulillah allah mendengar rayuan saya , insyaallah semoga anak2 ini terus2an bersabar dan allah melindungi mereka ..
sedih bila baca , x nak anak2 jadi macam mereka huhuhu

Unknown said...

sedihnya kak, alhamdulillah sekurang2nya mereka ada akak sebagai tempat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Moga dapat meringankan sedikit beban di hati mereka, dan semoga di lembutkan hati ibu, nenek dan ayah tiri mereka agar tidak lagi melarang mereka berjumpa ayah kandung sendiri kan kak.

AtieYusof said...

Ya Allah! Kak, sedih plak sy baca kisah mereka ni..sayu je:(
semoga anak2 itu Kuat menghadapi dugaan ini.. moga ibu/bapa tiri/atok mrk dilembut kan hati..
tak sampai hati nak pisah kan kasih syg anak & ayah...:(

Kayu Manis said...

terasa sayu aje ni..ada juga dua tiga org kwn anak2 yg alami masalah ni..tapi anak2 sgt bijak..

Eliss said...

Ya Allah kesiannya anak-anak tu. Tu lah sebabnya Allah tidak sukakan perceraian walaupun dibenarkan. yg jadi mangsa anak2..

Puan Kutu said...

sayu pulak baca kisah tiga beradik ni.tak sgka masih ada kes yg macam ni pada zaman sekarang.apa pun sy sokong semua kata2 akk..yg paling penting belajar rajin2,berdoa agar Allah lembutkan hati mak ayah, atok nenek derang..

Anonymous said...

sedihnyer baca, KA pulak tengah sebak sebab rasa bersalah pada anak2, baca n3 ni terus je airmata bergenang

Unknown said...

sedihnye baca kesah dorang~
hhuhuhu.. anak2 yang jadik mangsa kan~

Qhaifa Nur said...

dalam dunia yg dah moden, masih ada yang pentingkan diri sendiri...anak-anaklah yang jadi mangsa...

sedihnya Nur baca..

Aziela said...

Tanpa sedar, mengalir pula air mata saya membaca kisah mereka. Semoga kita semua tidak perlu melalui pengalaman ini. Amiin.

inazamri said...

sebak ina membacanya kakak.si abg (anak angkat) sama juga seperti ina yg juga anak angkat(masa dilahirkan terus dibg org)alhamdulillah keluarga angkat ina sgt baik(embah yg jaga coz mak abah angkat ina juga berantakan) nasiblah embah angkat sgt baik.Sedihnya ina kak.ina dokan anak2 itu semua berjaya dlm pelajaran.dapat la dorg masuk asrama nnt.

OKje said...

Alahai sedihnya nasib mereka... bila penceraian berlaku beginilah nasib anak2kan KZ

Tiada keluarga tempat mereka mengadu kecuali mama yg sudi mendengar.....
Mulianya hati mama....


ZieMarziah said...

sedihnya..sayu dengar cerita dorang.mujur abang ada sifat btanggungjawab, belikan burger untuk adik2..mujur juga ada kak zakie tempat mereka luahkan masalah..

Kella said...

sayu rasa hati mendengar cerita ni kak..
takpe.. Allah bersama dengan orang orang yang sabar..

Ummu Madihah said...

Salam Kakzakie,

Kasihan anak2 ini jadi mangsa akibat perpisahan ibu ayah mereka. Walau macam manapun kasih sayang antara anak2 dengan ayahnya x mungkin terputus. Ini akibat masing2 mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan perasaan anak-anak.

mama ju said...

Terharunya. Masih ada cerita MCM TU skrg?mEREKA DAH BESAR..
Moga mereka akan bahagia satu hari nanti.

sEBENARNYA MASA BAWA KELAPA TU, tak besar sangat, belum berdaun pun, kesian tgk tergolek di laman terbiar..kami pun bawa balik!

Unknown said...

Sedihnya Kak Zie.. insyaAllah bila dah besar dan bekerjaya nnti mereka tidak boleh dikongkong dah..semoga mereka bertemu pasangan yg baik nnti..

haryati said...

sedih baca cerita kak akak... siannya kat diaorg tu...

Munn Jaafar said...

sedihnya..kot ye pun jgn la smpai tak dibagi makan...kerja semua bagus2..tp xtahu nk nilai kasih syg.. :'(

hajar said...

sedih bila baca kisah anak2 yg kurang dapat kasih sayang ibubapa... mcmana diorg boleh meminggirkan perasaan anak2?

Angah said...

Semoga Allah membekalkah sekeping hati yang kuat dan tabah buat anak-anak ini...

huisshhh rasa nak nangis

Rinna said...

Kesiannya..bila baca kisah akak nie.. Moga mereka tabah.. Insyallah mungkin mereka dpt jumpa ayah dia org lagi nanti..

ANIM said...

Kadang2, kerana ego, kerana dendam kesumat manusia lupa ... Mereka ini makin membesar. Sudah pasti benda yang dilalui memberi kesan pada jiwa. Kesian dan sedih saya bava entry kakzakie. Bukan semua anak angkat tersisih. Ada yg dapat pembelaan lebih baik dari anak sendiri... Berat mata memandang berat lagi babu yg memikul.

P/S Alhamdulillah, mereka masih ada " mama" yg mengambil berat dan mengambil tahu diri mereka.

wanie amerie said...

As salam kak.
sedey sgt baca kisah tu kak..dugaan buat anak2 itu..
mudah2an Allah sentiasa menjaga mereka..amin

zulaikha megat said...

pengalaman hidup seseorang dengan seseorang yang lain tak sama kan kak..moga anak anak ini tabah melalui nya..

Amie said...

Sedihnya... paling sedih sebab ereka sedang meningkat remaja, dunia yang penuh dengan krisis identiti, ditambah lagi dengan masalah yang dialami... doakan saja moga Allah sentiasa permudahkan segala urusan mereka.

Acik Erna said...

assalam kakzakie..tumpang sedih dengan nasib mereka..

sobri yaacob said...

sedihya baca .. tersentuh :(

Maria Menado~ said...

Subhanallah.. kesian adik2 tu. yela, sedihla fmly probs mcm tu.. moga kite sume jgn buat macam tu di masa depan.. moga adik2 itu dpt yg terbaik..

Ummi Nur said...

Assalam
Mmg sedih dgn kisah anak2 itu, tapi alhamdulillah, mereka dipertemukan dgn kak zakie yang boleh memimpin mereka dan menasihati mereka. Moga mereka2 yg terlibat akan lembut hatinya dan mendapat taufik dan hidayah dari Allah. Moga anak2 itu juga menjadi anak yg soleh dan solehah. Teruskan memantau dan membimbing mereka , semoga usaha yang baik akan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah.

Unknown said...

saya pulak yang menitiskan airmata :'(
semoga Allah memberi kekuatan pada mereka ..

bicara mak dara said...

sayu pula baca entry ni...

ibuintan said...

apalah motif mereka tidak dibenarkan berjumpa bapa kandung mereka... takda sebab sepatutnya mereka dipisahkan terus, baik buruk tetap bapa kandung mereka juga

Unknown said...

harap budak2 tu tabah tempuh dugaan yg menimpa diri mereka...

PCL said...

sy bersimpati pd bebudak tu kak.., sedih ni.

rohayu osman said...

sedih kak.. ayu tak tahu cm ne keadaan ayu n anak-anak akan datang... kuat ke tak ayu lalui semua ni...

Umm AA said...

sedihnya baca cerita kakak nie...semoga Allah bukakan jln untuk anak2 nie bersatu ngan bapa mereka ngan aman..inshaallah..semoga mrk ttp tabah n sabar jgk..

TiranaAduka said...

hari ketiga bru ok.adus.
Lawatan tirana aduka dino setu.sambil ngenteni wedang umop.

intanfirdaus247 said...

sedih dan sebak .....:( kesian anak2 ni

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..
Sentap hati bila mmbacanya..
semoga allah mmberikan penyelesaian yg baik buat mereka..
tahnaih jgk kpd akak krn mmberi nasihat & perlindungan :)

Cikda said...

salam kak zakie.. sedihnya bila baca kisah anak2 tu kak.. nangis cikda baca sampai anak2 cikda tegur nape mak nanges. cikda tunjuk kat anak cikda n3 kak zakie ni..semua diam dan bersedih..tak paham mengapa sampai begitu sekali layanannya kan kak?
teruskanlah beri kasih sayang pada mereka kak.. cikda doakan akak sentiasa dipermdahkan utk menolong mereka..amin..

Mat Gebu said...

Sedih saya baca entri kak zakie, izin saya share di wall FB yea kak....

NoEn said...

sedihnya baca..tabahnya mereka..huhu

Kakzakie Purvit said...

Begitulah kadang kelihatan di depan mata semuanya bagaikan tidak ada masalah. Nampak bagaikan bahagia kerana kemewahan yang jelas di depan mata tapi rontaan hati penghuni dalam rumahnya tidak kita ketahui. Sayangi dan fahamilah anak-anak kita sebaik-baiknya.

Terima kasih kakak ucapkan pada semua yg memberikan komen N3 kakak ini:-

Mia Kassim, Mazliza Abd Razak, Henrietta Jose, Mokcik Azwa, azatiesayang, aizamia3, mama maman aka yana, Zie, Mrs Eady, Werdah, Nini D, JunAina, Nurulhuda, CHeqkaq, aby, Cik Puan Fadli, Seri Kandi Tanah Jauhar, Fiza Rahman, Bert, Ratu Hatiku, Muja, Ati Masrif, Henreitta Jose, anitaare, Tihara, Amirah, CMA @ CikMoonAdnan, ummiross, NM03, wahida, Mama Rey, Ibu Lala, Zila Norazaila, ieda immi, Yus, Atie Yusof, Knor, Eliss Mie, Puan Kutu, Kesuma Angsana, Nafiraa uspo, Qhaifa Nur, Aziela, inazamri, hainom OKje, ziemarziah, Kella, Ummu Mardiah, Mama Ju, Mieza Jhaa K, Haryati Faizla, Munnafendy, Hajar, Rinaa, Angah, Anim, zulaikha megat, wanie amerie, Amie, Acik Erna, Sobri yacob, Maria Menado, Ummiazah Mz, Cik Tia, adzairdawati makdara, Ibuintan, Papa Mifz, PakcikLie PCL, ummuaidan, rohayu osman, Tirana Aduka, intanfirdaus247,♥ Cmª shIemª ♥, Cikda, Mat Gebu (silakan) dan NoEn.

Terima kasih dan moga kisah ini sedikit membuka minda kita semua.

Unknown said...

sedih baca kisah derang kak...berat mata memandang berat bahu memikul kan..

Unknown said...

sebak pulak baca entri ni...ya Allah sedihnya..kesian mereka..moga mereka trs tabah mengharungi dugaan ni...hurm..sbb tu la Allah benci penceraian.. x psl2 anak2 yg jadi mangsa keadaan...

Rosmawani♥ said...

Masyaallah kecin budak tu... Harap diorg bertabah mghadapi dugaan itu :(