Tuesday, May 14, 2013

Berkereta comel sebelum bersanding

Hujung minggu menghadiri majlis bertandang anak kawan hubby. Aku pergi dengan adik saja sebab hubby sehari sebelum majlis, sebelah malam dan hari langsung sudah sibuk membantu sahabatnya itu. Membantu untuk menguruskan segala keperluan majlis mengalahkan majlis anak sendiri. Ini kali kedua dia menggunakan hubby untuk majlisnya. Sewaktu majlis pertama anak perempuannya dulu juga hubby yang dia minta tolong untuk membantu. 

Hijau - Cantik bila hijau dipadankan dengan warna putih (jangan dipolitikan pula ye). Berseri. Pengantin lelaki itulah anak kawan hubby.

Comel - Pengantin naik kereta ini. Adik kata dia boleh memandu sendiri kalau ada kereta kecil ini untuk ke sekolah. Hati aku pula terdetik kalau kereta ini dijaga rapi boleh jadi kereta antik suatu hari kelak.

Mama punya - Dapat goodie-bag yang di dalamnya ada sejadah comel, air mineral, mug dan bunga telur.

Adik punya - Adik dapat Air mineral, cawan comel, jajan dan bunga telur.

Koleksi - Banyak juga cawan comel yang sudah menghiasi rumah kami. Susun sehingga menutupi kaki pasu bunga. Hendak guna untuk minum comel benar. Simpanlah entah sampai bila.
~~ Adik boleh kata kalau bagi duit lagi baik. Kelakar juga kita menyumbang duit pada emak pengantin mana mungkin emak pengantin bagi duit semula pada tetamu. Tidak pernah dibuat orang.~~


82 comments:

Unknown said...

Hijau tu jarang org guna utk pengantin kan kakzakie? Adik tu ada je komennya. Kalau org Kelantan, mereka biasa bagi barang spt susu, gula, beras dll. Masa adik ipar kahwin dulu, menimbun gula kat dapur sampai bagi2 kat org.

Izwa Kamaruddin said...

pengantin pun comel :)

Unknown said...

wah...cantik plak warna hijau ngan putih kan...skrg trend org bg cawan comei tu kan...kat rumah pon berlambak jugak

Unknown said...

hehehe.. memang comel kereta tu. sepadan dengan pasangan pengantin.hehehe

Falsya said...

kerete yg falsya tingin sgt nak drive..hehehe

Zaza Abdul Latif said...

sama cantik sama padan.. lagi2 gabungan hijau..
comel nya kereta berarak untuk pengantin hehe

shaliza said...

barakallah untuk pengatin:-)

nuyui a.k.a miss YUI said...

sama sepadan pgntin ni..comel warna ijau..

Mama4hero said...

Alahaii..comelnye kereta tu,sama comel dgn pengantin..

Ujie Othman said...

Kereta comel...psgn pengantin pun comel jer.

Saya kurang suka simpan cwn2 comel tu, kalau dpt saya bg ahli keluarga yg suka simpan.

Unknown said...

kete mr.bean ni kak..wah adik siap nak pandu gi sekolah lagi ye..

memang suka mengumpul hadiah camni..nak guna sayang..

Umm AA said...

pengantin pun sama cantik sama padan...kereta antik pun comel kan..kalau bg duit semula pada tetamu mungkin tak mau nya tetamu tuh nak ambik balik kan..:)

Uncle said...

Salam.
Saya bernasib baik waktu kahwin dulu sebab hampir kesemuanya bertanya apa yang saya mahu, barangan atau cash....sudah pasti jawapan saya, saya mahu cash! Duit itu jugalah saya gunakan untuk ke perhentian selama 4 hari, bayar catering, bayar khemah, dan lain2 bayaram. End of the day, saya tak berhutang dengan sapa2! Hahahahaha...

Ibu Lala said...

Kalau adik
Boleh drive kete ni bukan sj setakat sekolah tp jugak sempat pg shopping

Hudalatip said...

Banyaknya cawan yang akak dah kumpul..Kalau saya pun mesti tak tau nak buat apa kan..

Aziela said...

Alahai...pengantinnya. Comel2 jer. Elok pulak cari sama comel tu. Err, hubby akak kalau anak sendiri kahwin, mcm manalah agaknya dia bersemangat kan?

Unknown said...

somelnya ketaaa..

cawan comel hadiah pengantin bagi ada jugak kat rumah saya kak.. bagi anak2 guna..hehehe..

Rinna said...

Jarang dpt goodie bag org bagi sejadah.. menarik laa.. :)

Eye_nee said...

Selamat Penganti Baru buat kedua Mempelai...Hijau Putih...cantik...Pengantin pun sama comel jer....

aanie said...

semuanya comel...kete comel, cawan comel, pengantin pun comel...

kakak, cawan tu boleh susun cantik2 dlm almari....nak buat minum, kecik sgt...hehe...

Fiza Rahman said...

Selamat pengantin baru buat mereka. SAma cantik sama padan. Kaler hijaunya pon cantik.

azi said...

Kakak..
berseri jugak ye pengantin pakai baju warna hijau putih tu..nampak manis aja...:)

p/s cenderahati majlis kawin macam tu memang banyak tersimpan...nak diguna tak boleh, nak dibuang sayanggg, nak disimpan..guna banyak ruangkan..:)

Anonymous said...

mg suka tgk color hijau baju pengantin tu. Samalah dengan adik pun cakap begitu, baik bagi duit aje kat budak2 kecil hehehe

Mizz Aiza said...

pengantinnya sama cantik sama padan dengan busana hijau.. barang2 dalam goodies bag pun comel2.. kereta tu pun aiza suka sebab comel juga.. hehe..

norhidana said...

mmg cantik kaler baju pantin tuh, ketenyer pun comei je... wah2 adik, takmo dpt jajan2 ngn goodies tu tp nk duit ek heheheh

Ruse Sulaiman said...

Berseri pengantin. Kalau kereta comel hijau putih lg cantik ;) kelakar pula keluarga pengantin bg duit.. adik2. Kalau ada mmg penuh lah khemah dgn budak2 ;)

miss yatie said...

idea bagus tu akk heheeee...

banyak juga barang yg diberikan? suka

AtieYusof said...

Pengantin sama cantik sma padan..
hadiah pun cantik2..
boleh, klu nak cuba idea tu Kak..haha

Unknown said...

hehe..saya suka warna dress dia semua..hijau..lgi2 baju lelaki kat bahagian bahu tu.. :) kereta mr.bean saya panggil tu kak.. ^^

Ummu Madihah said...

Salam Kakzakie,

Kat rumah ni banyak cawan comel2 tu, akhir sekali beri kpd sesiapa yang buat koleksi. Mak Aji dah x larat nak mengelap habuk kat benda2 kecik macam ni. Memang mak pengantin konpius nak beri door-gift apa kepada tetamu, sesuatu yg org x buang gitu aje, boleh kekal jadi kenangan. Memang pening!

amirah said...

hahaha...best la idea adik tu...memang cantik sungguh bju pengantin tu kak..sebab amie minat sgt dengan ijau..huhu..terfikir berapa bykla bajet untuk kenduri kalau goodies bag nya ada mcm2 benda camni? ermm...tu baru sambut menantu tu. memang nak buat kenduri skrng ni makan belanja besar sgt kak. aritu tu pun buat kenduri aqiqah budak2 ni terasa besar sungguh la belanja skrng ni

kurus said...

wahh kak .. meriah dia punya door gift ;)

menarik .. murah rejeki tuan rumah kan kak ..

ummiross said...

selamat pengantin baru buat kedua mempelai, semoga berbahagia hingga ke syurga.
Betul tu kakzakie, kadang2 banyak souvenir dari pengantin yang disimpan, tak dipakai, nak buang sayang, nak simpan pun lama2 berserabut juga kan.

Unknown said...

tahniah buat pasangan mempelai...cantik pulak kalau hijau daub tu.... meriah......
goodies bag pun ohsem...ada mcm2....

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kak zakie...comelnya kedua pengantin..naik lak kete comel mmg sesuai la.Selamat menempuh alam baru & semoga pengantin bahgia hingga ke akhir hayat

BinMuhammad said...

Tertarik sungguh dengan warna baju pengantin tu...hijau putih, berseri pengantin. :)

Lisa Sheila said...

cantiknya pengantin...semoga kekal hingga ke jannah..inshaallah... dah dekat cuti sekolah ni mesti meriah dengan jemputan kenduri kahwin... :)

Mia Kassim said...

Memang sepadan pasangan pengantin tu....
Betul lah kak, semua gelas tu comel, sayang pulak nak guna...:D

lieyalatif said...

Hahahahah bertuah betul adik!! Kite salam kaut...tup3 kite plak dpt duit balik ye hehehehe...betul tu kak...dah x tau nak buaz ape, byk terkumpul goody yg dpt dapat dr gi majlis kawin...

Tolong menolong kak ...nantibturn akak ade majlis besar mereka plak hulur kan tgn membantu kan....

Azian Elias said...

betul gak tu kak.. elok bagi duit kann.. dari bagi benda2 tu kemudian kita buang kalau kurang berkenan di hati. betul lahh.. bagus idea tuu.. hee

are_lin@yu said...

comel psngan pengantin..lama tak singgah..bz benar ayu..hihi..tq kak wish besday ;-)

haryati said...

sama segak sama padan...cantik, semoga berkekalan selamanya ye

JunAina said...

Kalau bab cenderahati ni memang kena buat banyak pertimbangan takut jadi membazir. Pendapat Aina kalau nak bagi biarlah bagi sesuatu yang berguna yg boleh dimanafaatkan.

aizamia3 said...

moga pengantin kekal bahagia hingga ke akhir hayat amin..

psstt: part cenderahati tu, kalau cawan kecik2 tu eemm.. simpan jelah.. sampai ada antaranya bagi kat orang pun ada..

wahida said...

comelnya keta tu sesuai ngan pengantin...kaler baju pengantin pun cantik :)

banyaknya koleksi kak, saya kalau dpt terus bagi kat member lain...heheh...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

cutenyer kereta tu kak...suka persalinan hijau emarald tu cantik...

Ratu Hatiku said...

Comel pengantin.. Hubby saya suka kereta mini tu kakak.. :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sama cantik sama padan.
Betul tu KakZakie,kalau kereta tu dijaga dengan baik. Jadi kereta antik :-)

Nini D.. said...

nini bersanding dulu pun pakai kaler hijau

cikceriacorner said...

pengantin comel..kereta comel...goodies pon comel.,heheh

Murni Alfathunnisa said...

assalam kakzakie,

comel sungguh aih kereta pengantin...
idea yang menarik. susah nak jumpa ni. perkara2 yang unik macam ni lazimnya sentiasa diingati...kan.. :-)

Qhaifa Nur said...

cantiklah kaler hijau tuh...sejuk mata memandang...
pengantin naik kereta antik...perlu buat kenangan dihari bahagia...
Nur tak pernah lagi naik kete mr bean ni...

Dr K said...

kereta pengantin dia comel! hihih

Cho Zila said...

memang cantik sangat warnatu.. ingat raya nak pilih warnatu.. selamt pengantin baru ...

Unknown said...

cawan comel keta comel..pengantin pun comel..:) selamat pengantinn baru moga bahagia hingga ke akhir hayat..

inazamri said...

ina suka ijau tu kak.rasanya mcm sekaler ngan tema bakal baju raya ina thn ni hihihi

Puan Kutu said...

berseri je pengantin.hijau warna peberet sy juga..(jgn politikkan juga) haha..

sy sokong adk.bg duit lg bagus.singit pun takpe.:)

ANIM said...

cawan2 comel hadiah hari guru tahun2 lalu byk saya simpan..guna utk majlis 2 Abdul kot nanti..hahaha...

p/s kat sp ada kk. satu hamba Allah yg dikenali di sini. kalau kita hadiri majlis kenduri yang dibuatnya, tetamu diberi rm20 seorng. keluarga depa selalu sedekah aiskirim malaysia kat budak3 di masjid2 area sp masa solat jumaat

Unknown said...

cantiknye mempelai dgn sepasang baju hijau... nice jugak kan tema hijau ni... jarang2 rasanya org amek kaler hjau camni... gelas tu dah mcm gift masa deqla kawen dulu...hihi...

Nisah Idham said...

kak, pengantinnya sama cantik sama kiut. warna baju pun lawa. huhu tidak kak, Nisah tidak akan mempolitikkan bajunya yang indah itu.

>> meriah juga goodie nya ye kak, mcm2 ada, sejadah tu bolelah guna utk travelling, bwk ke masjid, bolehlah si pemberi menumpang pahala kan kak..

QasehnyaRania said...

hijau..sama cantik sama padan.
sesua dengan kereta come itu

*kak,try la shaklee tu.sy makan alhamdulillah. utk dalaman sy guna shaklee.. utk luaran sy guna syampo gamat tu ;)

aby said...

salam kz ..
sama cantik sama padan ..
semoga berkekalan sampai kehujung hayat ..
amiin ..

ellynadyra said...

Comei pengantin. Cawan kecik2 sy pun byk.

nazayiena said...

Comeinya pengantin dan keta kecik tu pun comei je....wah byknya dpt brg yg ada dlm goodie tu.

nurbijen said...

comel jer dua dua pengantin.. tetiba teringat zaman kawin masa muda dulu2... hihihihi
Dah lama tak makan kenduri ni...sabar2 :)

Anonymous said...

saya pun dah simpan byk mug english style nih . dari yg comel sapai la mug besar . saya mmg suka n nak buat collections .

Mohamadazhan.com said...

salam kak

Memang comel kereta tu, tgk no plat pun mesti umurnya dah cecah belasan.atau puluhan tahun. =)

Kayu Manis said...

knor pulak jenis hilang entah kemana kak...dpt buah tangan tak reti nak simpan..merata letak..

kagum dgn kak..elok tersimpan

Unknown said...

wah meriahnya goodie bag... bertambah lagi bajet nak kawin cam ni huhu

Jie said...

cantik pulak kereta tu :)

ibuintan said...

Assalam KakZakie... dah ada pengalaman senanglah hubby n KakZakie menguruskan kenduri kahwin anak sendiri nanti


skarang trend cawan2 kecil dan comel ni, sy pun simpan juga cwn2 tu

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..
sama cantik sama padan pengantinnya.. mabruk!

kaler hijau tu jgk memikat mata.. rasa mcm nk kawen lg sekali je.. hehehe..

byknye koleksi cawann :)

Unknown said...

rumah PM ni pun ada beberapa cawan comel mcm tuh, tapi buat masa nih tersorok kat dalam stor jer...hehe

kakrose said...

sejuk pandangan bila sesekali nampak pengantin mengenakan pakaian warna hijau dan krim.sama cantik sama padan kedua mempelai..

aizu's life said...

cantik ijau tu.. x kan ade yg nk politikkan kot.. hihi..

Ayu Ayunie said...

byknya goodies bag.. mmg meriah dgn adanya kete comel camni..

OKje said...

Majlis kawen sekarang ni ada ada aje doorgift yang diberi kan kanda..... kalau dulu dapat berkat ngan bunga telur.... itu pun dah kira best sangatlah!

mummY daniSha said...

comelnye pengantin n kete tu hehe

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...cantik baju pengantin tu menarik...;)

iietamalek said...

mmg tak pernah buat org bagi duit kat tetamu..

hehe

Kakzakie Purvit said...

Mohon maaf kakak agak sibuk. Terima kasih atas segala komen diberi. tidak dapat list satu persatu tapi semunya telah kakak baca.

Sekali lagi terima kasih dari kakak.

Shery NN said...

Salute tengok,masih ada pengantin yang menghargai kereta lama