|
Bunga satu - Aku dapat pokok bunga ini ketika membeli ikan di pasar Pontian. Oleh kerana tempat parking agak sesak hubby parking di depan sebuah kedai hardware. Dari kedai hardware itulah aku mendapat pokok bunga ini. Cuba kawan-kawan perhatikan bentuk bunga ini betul-betul menyerupai seekor burung bukan. Aku dapat dari nyonya itu dan kini pokok itu telah pun berbunga. |
|
Bunga dua - Pokok bunga ini sebenarnya aku satukan dengan pokok di atas tadi sebab sewaktu mengambil benih dari rumah Kak Long tiada pasu yang kosong. Terpaksalah ia berkongsi pasu tetapi itulah kalau Allah mahu memberi dimana pun ia boleh menjadi. Pokok pun boleh berkongsi kenapa tidak kita. Boleh menghasilkan yang indah dipandang mata dan menceriakan hati lagi. |
|
|
"Dan kalau Allah menghendaki Nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu dalam menjalankan apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padaNya" (Suroh Al-Maidah 5:48)
~~ Orkid itu baru kembang sekuntum tetapi pokok bunga burung itu ada banyak juga bunganya.~~
77 comments:
Cantik je tgk bunga purple tu Kak..
erm! betul tu Kak..klu Allah mengkehendaki semua boleh jadi kan..
Kuasanya tiada siapa yg boleh menandingi...
salam ramadhan # 21 kak zakie..cantik bunge2 tu..
tengok bunga teringin nak jugakkk tapi umah takde taman kak..
Kanda, boleh bersatunya bunga tu sebab tak de perasaan hehe.... kalau pompuan boleh bersatu?Amanlah dunia ni kanda hehe.....paling suka dah tentunya kaum suami
Part yang politik tu ye...Islam patutnya bersatu hehe ....
Akak memang tangan sejuk. Subur jer semua pokok2 yang di tanam.
cantiknya ciptaan ilahi.. yela kak, menyerupai burung. ;)
cntik bunganya...sy jarang nak tanam pokok yg berbunga bunga ni kak...sbb x berapa rti menjaganya...hehe...
cantiknya orkid. feveret mak saya
apa nama pokok bunga burung tu kak? orkid kat umah ina pun berbunga lagi buat kali ke2.
bila pandang betul2 nampak macam burung kakzakie..cantik
Cantik :)
memang betul bentuk burung la kakzakie..cantik
Salam Kakak...
Cantik bunga yang nombor dua tu...lembut aja colornya...rajin kakak tanam pokok bunga ye...
saya suka bunga orkid...cantik dan lembut warnanya...mendamaikan hati tengok bunga-bunga yang cantik-cantik :)
Cantik orked tu kak....lembut jer warna purple tu...
Segarnya orked2 ni kak..cantik!
betul tu kak.. Allah paling suka hambanya yg puji cipataan Nya..
tuari ada jugak apek kat office nie bg kat eda pokok bunga yang menyerupai burung..tak ingat nama pokok tu
aah la kak. memang mcm burung. comel plak nampaknya
cantik bunganya...bunga bentuk burung tu apa namanya kak? saya ingatkan orkid juga
perkongsian yang cantek... bunga orkid senang di jaga.. dan ambil masa nak layu.. :)
seronoknya akak ada bakat menanam..:)
cntik warnanya kak..
yelah rupanya macam burung tertenggek...apa nama bunga ni KZ?
psstt kak! tu bkn menu utk sehari..tp byk hari..deqla skali harung je.. hihi..
betul kakak, mmg gambar yg first tuh bentuk burung..kalau berbunga byk2 mesti meriah tuh..tp kena bersaing ngan orkid lah yer...
berkongsi tanaman ngan manusia tuh sama ker, manusia lg complicate kot..:)
Manusia kak zakie....ramai yg tak suka berkongsi....hihihi
saya peminat gila orkid nih . suka tengok bunganya yang pelbagai berbanding dgn ros . tapi blum pernah tanam sendiri lagi ...
Salam Ramadhan kak zakie..lama tak komen kat sini...suami saya pun suka bunga orkid tapi selalunya dapat percuma lepas habis pameran..hehe..
Sepasu berdua...kalau manusia mungkin tidak mudah tapi tidak mustahil.
munge orkid yg pepel tuh kak, jenis pokok orkid lama kan, pastu tahan lama betul pokok nyer...
ni makngah yg suke ngn orkid, asal pg psr lambak benut msti beli orkid
Alhamdulillah, sejuk tangan kak zakie
..Kak Zakie, pandai akak kacuk bunga tu..jadi cantik tau yang purple tu…Kuasa Allah …:)
alin pun suka orkid
cantik2 bunganyer kak !
cantiknyaaa suka suka!
Cantik bunga tu Kakzakie plus unik pulak tu, memang nampak macam burung.
Makna surah Al Maidah tu memang mengesankan,umat Islam hari ni ramai yang 'tak lulus' ujian,sebab tu tidak bersatu macam zaman Rasulullah dahulu, sedikit tapi kuat.
rumah saya tak ada pokok bunya kakzakie...semua tanam pokok yg berdaun jer...
bunga burung tu ada beberapa pokok kat rumah mak. nampaknya mmg rajin berbunga. mak kata kalau beli mahal jugak. mak offer soh amik, saya tak amik lagi.
Assalamu'alaikum kakzakie
Cantik bunga-bunga tu..benar kakzakie, Allah boleh jadikan kita semua beriman tapi Allah tak menghendakinya begitu..bukanya Allah tidak berkuasa..beruntunglah orang-orang yang lulus ujian
Iye laa unik sungguh bunga tuh.. Rajinnya menanam orkid..yer.. :)
salam 22 ramadan kak. sy x suka bg. x pandai nk bercucuk tanam pun..
cantik kak.. sy pun suka tgk bunga2 nih.. tenang je rasanya jiwa.. :)
orkid nie payah nak cantik kalau x pandai jaga kan kak ;)
Saya peminat bunga orkid kak...
ingatkan arwah bapa mertua yang sangat meminati orkid... dulu laman rumah sayapun penuh orkid dia tolong tanamkan.. sekarangni semakin mengurang...
Salam K.Zakie..
cantiknya bunga orkid.. ha'ah.. bunga yg per1 tu nmpk mcm sekor burung tgh bertenggek.. hihi..:)
tengok keindahan alam pun dah dapat pahala :D
chanteknye akk....rietta pown dua tga hr nie sronok...bunga orkid rietta yang terkena racun rumout tu...dah mula nk berbunga kembali...sronok sgt...
aruah nenek saya peminat orkid yang tegar. pergi dia, hilang juga orkid yg dibela...
gmbr kat atas tu pokok apa? mmg nmpk mcm burung...semua bunga dia mcm tu ye?
kata orang orkid payah nk jaga..tp kalau hati dh suka..yg payah akan menjadi mudah kan kak
mak dan mak mertua PM kedua-duanya ada tanam pokok bunga orkid...
Rajin nya akak menanam.... cntik orkid ni.
cantik kak...tapi kalau saya yg tanam, ntah apa lah jadik kat bunga2 tu...ekekek...
rajinnya kakak menanam bunga di laman ye kakak, nisah ni bertanam bunga lalang aja... hehe
pokok bunga burung..unik tu kakzakie..
tak pernah nampak..
Bila bunga kembang elok subur macam ni, seronok je tengok :D
Salam kak zakie..
Subhanallah.. cantiknya bunga2 akak tu.. suka dgn kata2 akak tu.. bunga pun boleh berkongsi.. kita manusia ni sepatutnya lebihlah lagi..
cantik bunga orkid ni
canteknye bunga..
sejuk jer mata memandang~
Kakzakie. ..nekcik pun ada pokok bunga burung ni.nekcik panggil pokok serindot...sbb burung tu hijau....org kata binih nya berbijik
sama juga dgn kiasan .
bila biduk berlalu,
kiambang bertaut kan ..
alquran pegangan kita ..
bersamala kita bertaut kpd nya
Salam kak zakie..cantik2 bunganya :)
simple analogy yet very meaningful..
Assallamualaikum Kak zakie,
Aduhai lama betul mama tak jenguk blog2 ni. Entah apalah sibuk sangat ni..banyak komitmen mama ni sekarang. Apa kabar kak zakie.
Pokok bunga yang macam kat atas tu, mama tak pernah tengok sendiri lagi..indahnya ciptaan Allah.
ziarahlah blog mama, intai cucu perempuan mama pula..Fatimah sepupu idris.(Dah 2 cucu mamatok ni)
wasalam.
salam kak zakie...wah pagi2 buta ni tengok bunga,segar terus mata he3..subhanallah..
kak,saya pernah baca artikel kat majalah infiniti,tak silap artikel tu tentang bunga orkid macam burung tu...
selamat bersahur ye
Menarik..perkongsian yg amat menarik...
Ciptaan Allah yg berbagai-bagai ada yg membuat kita terpegun dan sedar betapa kerdilnya diri kita. Yg indah kita nikmati dan syukuri.
Terima kasih semua teman yg menitipkan komen di N3 kakak ini:-
aTieYusof Family, fairus mohamad noor, Zee Suhaini, hainom OKje (ada juga perempuan yg terpilih yg boleh bersatu dinda), Aziela, Deqla Manjew, Asyifa Mustaffa, Fazleyatul Aini, inazamri, Qhaifa Nur, :: Mrs.Eady ::, Acik Erna, azi, ,wawa syaida, Eye_nee, Qashmere, Zul Fattah, Siti Rohaida Yusof, amirah, Kniedaz, JaSSNaNi, mama_ka0ri, nuyui a.k.a miss YUI, BUNDA a.k.a KN (entahlah kakak tak tahulah KN), Deqla Manjew (oh ye ke hihi...), ummuaidan (buat masa ini pokoknya pun belum besar lagi ummu, ada masa baru kakak asingkan pasunya), Daddy Ziyyad (yelah doc. kalau boleh kongsi aman dunia), harumankasehvee, ZalinZalina (dapat percuma untunglah ZZ), Bin Muhammad (betullah tidak ramai manusia yg sanggup BM), norhidana miswan, sudipVSsenduk, intanfirdaus247, Alin Marlini, Kesuma Angsana, Hanis MY, ummiross (dunia dah makin tua ummiross tapi akan tiba bila hampir kiamat Islam akan bersatu kembali), ainnoraini, Ujie (agaknya di Pontian banyklah Ujie), Werdah (setiap kita kena berusaha utk mencari jalan kan Kak Werdah), Rinna, Ibu Lala, ct rahani, ieda immi (ini jenis orkid hutan mudah sikit ieda), Mimi Azirah, Cho Zila, ♥ Cmª shIemª ♥, syuk shusuke, HeNRieTTa JoSe, NM03, aanie (a'ah aanie bunga dia memang macam tu semua hujung tunis bunga bentuk burung gitu), .:fyzz:., Papa Mifz, nea lopah, wahida (dua-dua ni mudah hidup wahida tak perlu jaga sangat), Nisah Idham, ANIM (kakak dulu memula nampak pun heran Anim), Myra Jay, Hanis Azla (manusia punya hati dan perasaan yg tak sama Hanis), Ema Johari, Nafira usof, NEKCIK (serindot ye nekcik, kakak tak tahu pun), aby, ♥♥azatiesayang ♥♥, che mid, nadz (oh mama dah tambah cucu ye... kejap lagi kakak tengok), ||aLeaSaRa||(sempat lepas bersahur tengok blog ye Lea hihi...)dan Siti Nurfaizah.
Terima kasih sekali lagi pada semua:)
Akak... Thn ni burget nak buat 6 jenis. Baru buat empat. X termasuk kuih siput. Nanti takut rozie yg jd siput kak. Hahaha.... Kalau depat dah pos. biase dpt byk ajer yg free thn ni mls plk nak layan... So sedang2 ajer....
suka bunga tapi tak suka tanam sebab tak reti jaga.. hehehe.. ;)
nanti dak Nuha yang tukang petik2.. ;)
psstt: dak Nuha tu memang tak takut orang.. tapi kalau keluar memang tak pernah lepaskan dia..
kalo akak saya tengok ni mesti dia suka..dia memang penggemar okid ...s
ejuk tangan akak tanam pokok semuanyer sihat n segar...
kedua-duanya cantik.. aiza kalau bab tanam pokok atau bunga ni tak reti sangat.. mak aiza je yang selalu tanam..
teringin nak tanam orkid...cantik
cntiknya..mk pn mnat tnm2 bnga ni.hihi
Cantik2 bunga akak. Lama akak x tunjuk bunga akak kan?
Bunga yg indah mampu beri sikit kebahagiaan pd pemilik nya
Kan....pokok pun boleh bersatu berkongsi pasu. Cantik bunga2 akak.
Post a Comment