Monday, July 15, 2013

Inai ditepek bukan di tangan dan kuku

Bila balik kampung tidak lengkap jika tidak menghayun kaki merayap ke belakang rumah. Selain daun kesum, belimbing besi, limau kasturi, pucuk ubi dan bunga kantan, aku juga memetik daun inai. 

Biji-biji - Penuh biji ini bergayutan hingga mengurangkan jumlah daun inai. Bila lama tidak dicantas akan beginilah jadinya. Kami pula tidak tahu samada ianya ada kegunaan atau khasiat. Ada sesiapa yang tahu apa kegunaan buah inai ini?

Bunga - Sebelum menjadi biji/buah ianya meriah dengan bunga-bunga seperti ini.

Daun inai - Sebahagian yang tidak diganggu biji/buah dan bunga inai. Aku gunakan daun inai untuk menginai kepala bukan untuk kuku. Dapat mengurangkan sakit kepala walau rambut tidak berubah warna. Kalau macam kakak aku rambut telah beruban cantik bila menggunakan inai. Rambut yang masih hitam tidak berubah pula (berangan ingatkan boleh tukar perang hahaha....)
~ Walaupun bau kurang menyenangkan tetapi khasiatnya utk mengurangkan sakit kepala sangat berkesan.~~

91 comments:

Masya said...

bgs jgk yer kalau blh hilangkan sakit kepala .. kira mcm sakit migraine tu ker? sy pun selalu sakit kepala kalau tension..

Mia Kassim said...

Assalamualaikum kak....tak pernah lagi inaikan rambut, baru tahu pulak baik untuk sakit kepala...lepas ni boleh dicuba.. :D

Mass said...

Salam perkenalan kak..

bagusnya info ni..bolehla ditry nanti :)

Fazleyatul Aini said...

saya suka pakai inai kak. tapi nak tumbuk daun inai tu malas. pakai inai yg dah siap tu je la jawabnya huhuhu

fairus mohamad noor said...

salam pg kak..dlu pokok inai ade tanam kt umah mak..sekarang dah di tebang..

Cahaya Hidupku said...

dulu2 suka pakai inai.. skg malu nk pakai sbb dah besar, tp kalu anak buah pakai, join sekaki pakai inai, bilo org tny bg alasan sebab pakaikan inai kt anak buah huhu ^^

Pink Lavender said...

yer ker kak inai blh hilangkan sakit kpl..camne caranya tuh?guna tiap minggu ke atau bl sakit kpl jer?

HeNRieTTa JoSe said...

Ooo...boleh ubat sakit kepala yea akk.....rietta pown bru tahu semalam, yg pucuknye bleh dimakan bt ulam...utk kembalikan kesegaran muka katanya, supaya xpucat...

Nor Azimah said...

saya pun suka pakai di kepala, boleh kurangkan keguguran rambut, sejuk ke kulit kepala

Acik Erna said...

assalam kakzakie..cantik daun inainya besar2..daun inai acik halus..leceh sikit nak petiknya..

amirah said...

amie tktau pun daun inai boleh hilangkan sakit kepala kak...tpi betul la, bau dia kurang menyenangkan sket. tp takpela untuk kebaikan apa salahnya kan

redza said...

baru saya tahu inai boleh hilangkan sakit kepala

Aiza Hamdan said...

Baru tau inai leh kurangkan sakit kepala..tambah aiza nih ade migrain..boleh lah terai nti..thanks akk..:)

BungaTulip said...

Betul kak, selain tu khasiat inai elok pakai dekat jari kaki yg pedih kena kutu air.

wawa syaida said...

thanks akak...baru tau khasiat boleh kurangkan sakit kepala dan keguguran rambut...selalu pakai di jari je :)

aTieYusof Family said...

oh! baru plak tu Kak, Inai boleh kurangkan sakit kepala..boleh lah cuba nti.. sllu sy letak kt tgn je...:)

aizamia3 said...

tak pernah guna kat kepala.. walau tau kebaikannya.. hehehe.. dah lama tak pakai ina.. ;)

mama_ka0ri said...

ooo..tak pernah tahu pon inai boleh hilang sakit kepala..bagusnya..

kat umah mak di trg byk pokok ni..blh try la..err..nanti rambut bau busuk ke?

Eye_nee said...

boleh cuba ni kakzakie....gud info kak...saya selalu kalau cuaca panas..kepala mulalah berdenyut...

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam K.Zakie..

Buah Inai? ermm..tidak pulak cma tau ape kegunaannye..
dulu...selalu jgk tepek kat kepala hilangkan kelemumur..
habis rambut jadi perang.. hihi..

btl tu..bau die terkadang mcm nk muntah..tp still buleh tahan..
jgn bau pandan sudehhh.. :P

izan mama mia said...

br tau inai ada bunga cantik n buah,,,
wah bagus ni boleh ubat sakit kepala,,nnt nak try lah

dhiera said...

baru saya tahu yang daun inai ni sapu dekat kepala boleh kurangkan sakit kepala~

azian said...

errr....durian belanda takde lagi ke????hihihihi

Sura Mohd said...

suburnya pokok inai tu..tema kasih kak.. bg petua untuk sakit kepala..biasanya telan ubat jer..hehehe

ieda immi said...

aah kak .. tuk saya dulu rajin inaikan rambut , kurang sakit kepala .. saya x pernah cuba ..
biasa kami guna utk jari sahaja ;)

ourkizunarai said...

eh tak tau pulak inai ada buah.. hehehe.. oo.. rupanya itu khasiat daun inai.. saya dulu selalu sakit kepala. sekarang da kurang.

http://ourkizuna.blogspot.com

Zee Suhaini said...

susah nak jumpa daun inai ni kalo tak balik kampung..

tak pernah lagi pakai inai kat kepala..boleh kurang sakit kepala yer kak??nak try la sebab zee ada migrain..

Aziela said...

Saya pun sukaaa inai. Tapi sekarang nak cari pokoknya dah susah sikit.

ahmad humairi said...

inai.....sesuai ditepek kat kepala saya yang dah penuh dengan bunga-bunga lalang ni.....

ahmad humairi said...

inai.....sesuai ditepek kat kepala saya yang dah penuh dengan bunga-bunga lalang ni.....

inazamri said...

tak penah lagi cuba guna kat rambut.last pakai inai masa kawin hehe.tak tahan bau walau khasiatnya sgt bagus sekali

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Daun inai ni memang banyak khasiatnya.

Dulu masa kecik2, bila nak raya sebok letak inai dijari.

Nisah Idham said...

Nisah suke berinai ni kakak, biasanya letak di jari . dulu masa bujang gigih menggiling daun inai. (nak nmpk cantik) lah konon hhehhee

ismaliana sulaiman said...

sama lah kita kak..klu balik kg wajib selongkar belakang umah mak..segala yg blh di bawa balik semua lia kutip..t'utamanya daun pisang,pandan,buah belimbing buluh,terung pipit... :) kdg2 sabut kelapa pun lia ambik heheheeee....

dah lama x pakai inai..last 11 tahun yg lps masa jd pengantin baru... :)

faraherda.razalan said...

Inai pokok ni, zaman dulu2 je org praktikkan kan kak? Skg ni seme inai segera. Khasiat ape seme entah ade ke tak.

man said...

ingatkan ina pki kat jari je..hehe

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kakzakie..
nani kalau dulu time nak raya tempek inai.. bersungguh2 tumbuk inai tau.. lepas tu siap balut dengan plastik lagi tangan yg nak menumbuk tu.. takot merah sebelum kena tempek.. hehehe.. kelakar.. tapi skrg pokok inai dah tak nampak... so tak bertempek dah ler.. harap nak lukis inai india tu je la.. tapi lukis sendiri..

are_lin@yu said...

ooo blh krgkan skt kpla eh..ok tu..ayu bru tahu.huhu

BERT said...

x pnh try lagi letak kat kepala.. boleh cuba ni hehe

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

xpernah try lagi pakai dkt kepala...hehehe t nak trylah... sy suka pakai dkt kuku sbb kuku jadi cantik merah jer...hehehehe

Mizz Aiza said...

aiza pernah juga dengar mengenai khasiat daun inai ni kakak.. dah lama aiza tak berinai.. sekarang ni orang beli inai yang serbuk tu je, tapi khasiatnya tak sama seperti inai ditumbuk/digiling..

nuyui a.k.a miss YUI said...

adik yui suka pakai inai..hihi

Kella said...

wah... nanti balik kampung boleh amek daun inai ni byk.. kita sukakan baunya...

IntaNBerliaN said...

saya cukup suka pakai inai.. pantang ada sedara mara kawen, mesti tumpang sekaki pakai.. hihii

Munnafendy said...

inai pokok ttp feveret. kecik2 dlu slalu la giling inai pakai kt jari..kat kpla tak pnh try plak..

hainom OKje said...

Baru tau kanda khasiat daun inai tu...
OKje pun teringin gak sebenarnya nak ubahkan warna rambut jadi perang perang sikit( berangan jugak!)..hehe... kena tunggulah gayanya hehe

ariana said...

Assalam kak zakie..
Mmg banyak kegunaan dan khasiat daun inai ye..anak2 sy mmg pantang nmpk daun inai, mesti ajak petik dan tumbuk utk buat inai, tp tu waktu diorang kecik2 lh, skrg beli je yg dah siap ugk dipakai kat mydin pun banyak..:)

mama maman aka yana said...

mmg selalu tgk nenek sy pakai.. hehe.. xpayah nak pakai2 pewarna rambut yg belum tentu halal ke idak tuh kak..:)

ummiross said...

baru 1st time ummi tengok bunga dan daun inai Kakzakie, lebat juga bunganya ye.
Dulu2 masa kecik suka juga berinai, siap bubuh nasi dan arang bila tumbuk inai, petua nak bagi merah, paling kelakar tak boleh bagi ayam tengok, juga takut tak merah, hehe..

Aju Mohit said...

owh elok utk sakit kepala ye kak, tapi memang suka pakai inai, bau tu pun saya suka, teringat 9 tahun lepas hehee

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sungguh saya tak tahu pokok inai ni boleh berbunga dan berbuah macam tu.. huhuhu

Sayangku Zie said...

pernah jugak letak inai di kepala tak berubah pun hehehe... suka bau inai...

JunAina said...

Buah inai tak tahu pulak khasiatnya tetapi bunga inai yang belum berkembang tu boleh buat ulam kak.

Qhaifa Nur said...

selain merahkan jari kita, banyak juga khasiat inai ni...
Nur last pakai inai masa kahwin dulu Kakzakie ha..ha.....yang pasti suka sangat baunya..

anitadiana said...

ohhhhhhhhh..tak tahu lah pulak kak inai ne boleh untuk kepala...banyak kegunaannya juga ya...

aby said...

nanti klu sakit kepala cuba guna inai pula ..

Ibu Lala said...

bagus jugak info ni. boleh cuba klw sakit kepala. tq kak.

aizu's life said...

kite pn xtau pe kegunaan buah dia.. sbb sllu gune daun je.. ish, tetibe rindu lak zaman2 pengantin baru dlu.. inai merah je kat kuku.. hihi

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

setahu saya orang dulu minum air rebusan daun inai ni untuk awet muda dan dapat hilangkan keputihan....kalau buahnyer saya tak tau la pulak khasianyer...

Kesuma Angsana said...

lebat sungguh pokok inai ni kak !

Bin Muhammad said...

Baru tau kegunaan lain inai, selain sesuai utk meredakan cekam, rupanya ubat utk redakan sakit kepala...thx kakzakie

lia said...

saya suka inai d campur dgn arang... letak kat kuku mesti lawoooo

Juhariah Johari said...

Salam.
Tak pernah jumpa, kalau jumpa pun tak kenal!
Slam ramadan!

Juhariah Johari said...

Salam.
Tak pernah jumpa, kalau jumpa pun tak kenal!
Slam ramadan!

dear xila said...

dulu kt rumah ada pokok inai tp kena tebang huuu sdehnye hehee

aanie said...

buah inai xtau la pulak kegunaan dia....tp daun inai mmg tau la kan...hehe..

untungnya kakak xde uban...sy ni muda2 lagi dah nampak dah seurat dua...huhu...

Mila@Rimbun said...

bunga inai tak pernah dengar plak ada khasiat yg specific, tapi kalau akar inai, dulu2 mak pernah buat ubat.. tp tak pastilah ubat apa, selalu lepas bersalin mak buat. tapi bila time kami bersalin takde plak mak buatkan, or mungkin mak dah lupa kut....

ANIM said...

Saya ingat pokok inai berdaun saja macam pokok kari. Cantik pulak bunganya dan buahnya cam ceri pulak. Saya inaikan rambut ..tapi tak tauke pulak khasiatnya ubat sakit jepala. Agaknya sebab tu saya takbsakit kepala kot kakzakie yaa

Papa Mifz said...

oh rupanya boleh kurangkan sakit kepala yer kak...baru tau...huhu

Sylarius Yusof said...

Kalau tepek kat dahi ni, memang habis bertukar kaler dahi jadi kaler kuning nanti. Haha

Kniedaz said...

saya pun baru tau inai boleh kurangkan sakit kepala...

eda_ej said...

dulu mase kawen tumbuk inai sendiri.. petik depan rumah.. tp warna die tak merah sangat.. dan bau die mmg tak sedap..

Cho Zila said...

dulu kecik2 memang selaluler giling inai syiok ooooo .... ramai2 gi ambik inai.. ramai2 pakat beriani.. esp nak raya...

suri solehah said...

buah inai tak tahu guna pulak kak,,tapi kalau daun ,,,mak rebus ngan halia bagi makan terutama lepas bersalin..yg buat hilang sakit kepala suri baru tahu,,leh cuba nnti..

PeRdU cINta said...

kak..kalau tak silap daun inai ni boleh juga mengubati masalah keputihan pada wanita.. :)

gadisBunga™ said...

saya suka bau jari yang dah diinaikan. hihihi~

boni kacak said...

boleh kurangkan sakit kepala rupanya..

eelobor said...

dulu masa kecik2 suka pakai inai kat kaki.... hahaha

Kakzakie said...

Pokok inai susah mati apabila telah terlalu lama. Apa yg ada di rumah kampung ini telah ada sebelum kakak menikah dgn abang hingga kini masih lagi hidup. Tetapi biasa kena cantas sebab sudah terlalu besar.

Terima kasih kepada semua pengomen:-

Masya, Mia Kassim, Mass (terima kasih dan kakak sudah follow Mass - selamat berblog), Fazleyatul Aini, fairus mohamad noor, Cahaya Hidupku, Pink Lavender, HeNRieTTa JoSe, Nor Azimah, Acik Erna, amirah, redza, Aiza Hamdan, BungaTulip, wawa syaida, aTieYusof Family, aizamia3, mama_ka0ri (memang bau busuk tapi itulah yg tak best rambut tak tukar warna pun - kena tunggu beruban dulu hihi..), Eye_nee, ♥ Cmª shIemª ♥ (inai kakak ni kalau rambut hitam tak tukarlah warna perang Cma), izan mama mia, dhiera, azian (ada lagilah Yan, sebelahnya sekarang kita dah bina rumah rabbit), Sura Mohd, ieda immi, ourkizunarai, Zee Suhaini, Aziela, ahmad humairi (betul cikgu kalau dah ada uban baru cantik), inazamri, Mak Long a.k.a Kunang-kunang, Nisah Idham, ismaliana sulaiman, faraherda.razalan (kakak rasa tak sama sebab kakak inai dari Mekah yg serbuk dan dalam tube pun ada tapi tak sama), man, JaSSNaNi (tak sama pengantin sekarang dgn pengantin dulu Nani), are_lin@yu, BERT, Ahlam Miera Amirul Shafie, Mizz Aiza (betul Aiza), nuyui a.k.a miss YUI, Kella, IntaNBerliaN (nampak Alisha pun suka juga kan..), Munnafendy, hainom OKje (betullah kalau macam rambut kita kena tunggu dulu ada uban baru cantik), ariana, mama maman aka yana (betul yana org tua pandai), ummiross (kakak dulu pun ada percaya macam ini tau Ummiross, gelihati pulak bila ingat), Aju Mohit, Seri Kandi Tanah Jauhar, Sayangku Zie (memang betul Zie, harap ada bau tapi warna tak berkesan hihi...), JunAina, Qhaifa Nur, anitadiana, aby, Ibu Lala, aizu's life, (Lizz) http://haslizalizz.com/, Kesuma Angsana, Bin Muhammad, lia (itu utk tambahkan warna merah jadi garang kan lia), Juhariah Johari, dear xila, aanie (aanie jenis macam kakak akak umur dia masih remaja dah ada uban tau - tapi org kata murah rezeki), Mila@Rimbun (kakak percaya sebab itu bidan selalu ambil akar dan daun dia mila), ANIM (tapi bila banyak buah daunnya jadi kecik-keciklah Anim), Papa Mifz, Sylarius Yusof, Kniedaz, eda_ej, Cho Zila, suri solehah (ini kakak pun tahu suri), PeRdU cINta (betul tu), gadisBunga™ (la... kakak pulak tak suka bau dia GB), boni kacak dan eelobor (budak lelaki memang dulu macam tu kelakar kan bila ingat).

Terima kasih sekali lagi buat semua:)

ANNA MARIANA said...

nice sharing :)

KY Atie said...

Assalamualaikum, maaf ye akk, KY baru sempat singgah...

dah laam tak tengok pokok inai ni, sekarang nak inai beli je heee

pena rozie said...

Dah lame x berinai... N dah lame jgk x mengunjung tiba kat blog akak yer.... salam.....

Riedaffya ibrahim said...

oh boleh hilangkan sakit kepala ye kak? boleh sy cuba lepas ni la..

Sya Mimie said...

tak pernah lagi terfikir nak inaikan rmbut guna daun inai..hehe

elly nadyra said...

tgk pokok inai, tak pernah berkesempatan tgk bunga pokok inai, first time nampak ni....tq kak!

Ema Johari said...

agak susah nak cari pokok inai ni

harumankasehvee said...

kat kg pernah ada pokok inai daun kecil dan besar . tapi saya tak pernah nampak kuar biji dan bunga . ini la first time ... cian kan kat saya ... saya suka pakai kat kuku .

Myra Jay said...

Owh boleh untuk sakit kepala ke kak? Ingtkan untuk menutup uban..hehehe
TQ sharing ;D

~ yus ~ said...

Wah! Nilah baru pertama kali saya tengok buah dan bunga inai kak, selama ni nampak daun je...

Deqla Manjew said...

masa deqla dok gombak dulu sng je nk dpt daun inai.. tp skng ssh.. berinai pun pakai yg picit2 je.. hihi..x sgka inai pun ada buahnya.. huhu

jaakechik said...

jaa tak suke pakai inai ni, sebabnya kaler inai tak penah menjadi merah terang mcm tgn orang lain. walaupun kitorang pakai inai jenis yg sama. huhu.. org tua2 kata sbb darah jaa panas. betul ke tidak wallahualam... :)