
Semenjak aku membenarkan syarikat yang ada jalinan dengan syarikat tempat aku bertugas mengambil bayaran (payment) dalam minggu ini, saban hari aku menerima banyak habuan. Bila datang untuk mengambil cek pasti ada saja buah tangan berupa diari dan kalendar. Ada juga yang membawa planner, key-chain, payung, alat pembuka surat dan frame. Hadiah sebegini kebanyakannya dari syarikat insuran, bank, corporat, pembekal, agensi pelancungan dan sebagainya. Musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Aku terima semuanya dengan hati berbunga gembira .
Apabila pemberian melebihi keperluan, aku agih-agihkan kepada yang mahu. Memo sudah aku edarkan kepada sesiapa yang perlu atau mahukan diari dan kalendar dipersilakan datang ke bilik aku kerana aku hanya memerlukan satu saja diari dan kalender untuk satu tahun walau jumlah harinya beratus-ratus hari. Manakala key-chain dan topi menjadi milik anak aku. Payung ada masuk kereta aku, ada yang aku bagi kepada pakcik guard dan lebihnya aku tidak tahu kemana sebab aku letak di atas meja security. Alat pembuka surat dan frame menjadi hak milik aku. Apa yang pasti koleksi topi dan key-chain anak aku bertambah lagi.
Ada satu hadiah yang menggelikan hati tapi tetap aku
terima juga apabila Director kepada syarikat security
guard menghadiahkan aku sepasang sari impot dari India.
Akan aku ubah-suai menjadi abaya. Kena beli kain lapiknya dulu.