Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts

Friday, February 17, 2017

Keputusan SDKA vs UPKK

Petang semalam ketika sedang bersiap sedia untuk balik dari pejabat telefon berdering lagi mohon diangkat. Kedengaran di hujung talian suara adik. Keputusan SDKA (Sijil darjah khas agama negeri Johor) sudah keluar. Tetapi sebab adik berada nun di asrama dan hanya akan balik pada cuti semester bulan Mac kelak, pastilah dia mahu juga tahu keputusannya dulu. Waktu untuk sekolah agama tempat adik menduduki peperiksaan biasa berakhir pada jam 6:00 petang. Terus saja aku meminta bantuan hubby untuk ke sekolah mengambil keputusan peperiksaan adik.

Alhamdulillah adik mendapat pangkat satu, walaupun pembelajaran adik banyak tersekat sebab adik tidak dapat belajar penuh setiap sabtu. Ini kerana apabila balik JB sebulan sekali baru dapat ke kelas yang hanya diadakan pada setiap hari Sabtu. Oleh sebab itu walaupun aggregat adik berbelas kami tetap bersyukur. Al-Quran adik dapat 1. Lain-lain banyak 2 dan 3. Ada satu mata pelajaran adik iaitu Faraidh adik dapat 9. Kena ketawakan kakak😀


Selain membawa slip keputusan peperiksaan pihak sekolah juga menyampaikan surat jemputan untuk kami menghadirkan diri di hari konvokesyen yang akan dilangsungkan pada 22 Mac akan datang. Pembayaran dan keputusan kehadiran perlu diserahkan sebelum akhir bulan ini. Cantik perancangan sekolah adik sebab rata-rata yang mendapat keputusan seperti adik semuanya berada di sekolah berasrama penuh. Tiga kawan baik adik semuanya juga sama. Seorang di MRSM Pontian, seorang di Sek Tun Fatimah dan seorang lagi di Maahad Mersing.



Aku tahu adik lega sebab mendapat keputusan yang sama dengan dua kakak-kakaknya dulu. Tidaklah rasa rendah diri jika pencapaian tidak sama. UPKK pun adik dan kakak mendapat 8A. Semoga menjadi pemangkin semangat untuk adik terus gigih dalam pembelajarannya. Pihak sekolah adik sudah tentu lebih gembira lagi apabila diwartakan sebagai sekolah terbaik tahun ini untuk zon kawasan kami,


Sebenarnya bukan adik saja yang lega, Makan tenghari ini pun aku rasa berselera. Hari ini aku membawa bekal nasi ayam. Ambil gambar pagi tapi makan tengahari nanti.

~~ Anak gembira ibu-bapa dan guru-guru berlebih lagi gembiranya.~~

Wednesday, December 7, 2016

SDKA - Sijil Darjah Khas Agama






~~ Esok hari terakhir dan selepas itu adik sudah merdeka dan baru betul-betul cuti. ~~


Tuesday, November 8, 2016

Musim tengkujuh bagaikan winter

Cuaca ketika balik menghantar adik balik baru-baru ini. Memandangkan hari adik balik papa bertugas, maka mamalah mengambil-alih menghantar adik dengan meredah hujan lebat. Melihat dua kali kenderaan pacuan empat roda yang menjunam masuk ke dalam longkang buat hati mama kecut. Hujan lebat kenderaan besar sajalah yang berani memandu laju. Memandangkan mama hanya menggunakan kereta selalu pergi kerja kenalah memandu mengikut belakang kereta-kereta lain. Kalaulah tahu kena meredah banjir begini sudah pasti mama memandu 4WD papa.
Pemanduan - Apabila dengan keadaan hujan yang lebat, jalan digenangi air, kenderaan pula bertali arus rata-rata tidak ada yang berani memotong. Tumpuan penuh kepada laluan kenderaan yang dipandu. Lihatlah berapa laju pemanduan aku? Hanya 40km/jam. Bermakna kereta di depan dan belakang aku juga lebihkurang begini.
Semoga dalam keadaan cuaca sejuk begini anak-anak yang menduduki peperiksaan tetap cergas, kuat dan bersemangat untuk menjawab semua soalan. Melihat ada anak yang bertongkat kerana terlibat dengan kemalangan sebelum peperiksaan rasa belas pula. Semoga ujian itu membuat dia lebih kuat dan tabah menghadapai cabaran.

~~ Pergi kerja sejuk meredah embun pagi. Tiba di pejabat sejuk di dalam airconditioner. Masa balik pula sejuk meredah hujan lebat.~~


Monday, November 7, 2016

Makan ubat ingat tauhid

Demam masih bersisa tetapi tetap ku gagahkan diri untuk menjalankan tanggungjawab yang perlu digalas. Seandainya anak-anak yang bertongkat, berpapah juga masih mampu berjuang ke dewan peperiksaan demi masa depan mereka, mengapa tidak aku yang masih mampu memandu dan duduk di kerusi empok di bilik berhawa dingin lagi. Semoga ujian ini mampu menambah keimanan diri yang amat tipis ini.




Usaha - Allah memberikan kita akal dan anggota untuk terus berusaha. Pil-pil sebagai perantaraan saja. Bila tidak ada perubahan mencuba pula alternatif membeli kelapa muda sebab bimbang keracunan mungkin petua orang tua betul lalu mencubalah aku dengan minum air kelapa muda. Tetapi kesembuhan itu milik Allah. DIA saja yang tahu akan segala-galanya.
(Dia Allah) yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjukki aku. (78). Dan Dia tuhanku yang Dia memberi makan dam minum kepadaku (79) Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku (80) dan yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku kembali (81) - Asy Syu'araa: (ayat 78-81)

~~ Selamat berjuang di medan SPM buat anak-anak yang terlibat. Doa mamacik padu buat kalian semua.~~


Wednesday, August 3, 2016

Pantang leka dia pun mahu membaca

Oh... subject chemistry kacang aje
Eh... asyik muka surat ini saja kenapa? Mana tuan punya buku ini?
Mari sini saya tengok sebelum tuan punya buku nampak 
Ok kalau marah saya duduk sini baliklah.
Dalam bilik Kak Meen atas katil pun ada buku - best! Sementara dia ambil air minum boleh landing sekejap

~~ Musim anak-anak menduduki peperiksaan.~~

Thursday, May 12, 2016

Hitam-putih kehidupan

Riang-ria majlis makan malam pelajar fakulti Kak Reen dengan rakan seangkatan pada 07-05-2016 tempohari.  Kini masing-masing sedang bergelumang dengan peperiksaan semester akhirnya (doakan anak-anak kami). Tiga hari selepas diraikan mereka berperang dengan peperiksaan bermula dari 10-05-2016 sehingga 22-05-2016. Subject permulaan Civil Procedure sehinggalah akhir sekali Evidence and Procedure in Syariah. Petang ini jam 2:30 - 5:00pm mereka akan berperang dengan subject Criminal Procedure.

Tema hitam-putih sebenarnya kurang digemari mereka sebab dua tahun ke kuliah juga hanya dibenarkan berpakaian hitam/putih. Pada majlis itu juga mereka dikehendaki berpakaian hitam-putih. Lebih lucu menurut Kak Reen sehingga ada yang tersilap minta air pada kawan sendiri sebab disangkanya kawan itu adalah waiter. Sebab pakaian pelajar lelaki sudah sama dengan pakaian waiter di hotel tersebut. Gelak besarlah bila kawan mereka berkata "Hoi! tengoklah sikit aku pakai neck-tie bukan bow".  

Sahabat - Indah bila melihat begini. Mama tahu satu hari semua akan merindui ini semua.
Tunjuk gigi - Masing-masing menanti hidangan tiba
Teman - Indah bersama sahabat sealiran
Dish terakhir - Ini saja yang Kak Reen tunjukkan dalam whatsapp group keluarga. Menurut Kak Reen mereka dihidangkan dengan masakan tradisi nasi beryani dan nasi putih. Lengkap  dengan semua lauk-pauk  makanan penyegar.  Ada juga western dan sea-food. Apa yang pasti melangkah pulang masing-masing kekenyangan.
Lemak labu - Kalau mereka dengan hitam-putih mama pula ada  putih/kuning sebab mama masak labu lemak putih. 

~~ Usaha dibuat. Doa digarap. Peperiksaan dihadap. Kejayaan diharap. Amin~~


Tuesday, December 22, 2015

BantuanNya kami dambakan selalu

Bukan bila berkehendak barulah menadah tangan bersujud merapak mohon apa yang dikehendaki. Tapi itulah yang adik buat. Seharusnya pengabadian kenalah berpanjangan dan istiqomah.  Bila peperiksaan kian hampir barulah berkali-kali solat hajat. Mahu tahajjud malam memang tidak adalah dalam diarinya. Tetapi sewaktu peperiksaan UPSR tempohari tiga hari peperiksaan dijalankan tiga hari juga dia berpesan "Kalau mama tahajjud malam ini kejut adik juga ye." Aku tahu ada debaran melanda diri sehingga tahajjud yang sebelum peperiksaan tidak dibuat pun mahu dilakukan. Itulah dikatakan adik.

Rata-rata ibu-bapa bila anak-anak mahu menduduki peperikasaan tidak dapat tidak doa dipohon kerana pasti mahu anak-anak memperolehi kejayaan. Sekurang-kurangnya walau tidak secemerlang anak orang lain tetapi tidaklah gagal. Siapalah kita tanpa bantuanNya. Seperti anak-anak aku bukan kategori anak pandai sebab itu dalam kesederhanaan kami menadah tangan memohon bantuanNya.

Sekejap lagi Kak Reen akan masuk dewan Aishah 08 untuk menduduki peperiksaaanya.


~~ Doakan Kak Reen kami dipermudahkan dalam peperiksaan yang dijalankan sebentar lagi sehingga 04-01-2016. Terima kasih.~~



Thursday, December 17, 2015

Perjalanan hujung tahun 2015

Termangu seketika. Aku hilang jejak sebenarnya apabila sejak Sabtu hingga Rabu TITISAN NURANI ini hanya dijenguk sekali-dua saja. Mengikut rentak anak-anak. Memilih hari yang dirasa tidak sesak lalu kami mengatur langkah keluar dari kesibukan JB.

Adik dengan Mak Uda - Bermalam di rumah kampung Batu Pahat terus bertolak ke tempat ujian kelayakan buat adik di Muar. Singgah di rumah Mak Uda di Muar untuk tukar baju sekolah sebagaimana yang telah disyaratkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Periksa lagi! - Di dalam dewan peperikasaan lagi sebelum sessi ujian Komputer bersama-sama dengan calon-calon lain. Masa inilah boleh kedengaran macam-macam dialek utara, pantai timur semua ada. Mendengar perbualan mak-ayah yang menghantar tahulah kami calon yang datang dari seluruh Malaysia.
Sessi terakhir - Keluar dari ujian di makmal komputer menuju sessi terakhir ujian temuduga. Perbualan dikehendaki menggunakan bahasa Inggeris.  Usaha sudah dilakukan tinggal menanti ketentuan Allah. Ada rezeki dapatlah andai tidak kenalah redha sebab terlalu ramai yang mendapat 5A.
Selesai ujian keseluruhan dan temuduga adik jam sudah menunjukkan 4:30 petang. Meneruskan perancangan percutian akhir tahun yang tinggal bersisa beberapa hari saja lagi kami teruskan perjalanan. Mama-papa mengikut saja hala tuju yang diminta oleh anak dara berdua. Mereka memilih destinasi, mereka juga yang memandu arah menggunakan wase.

Mee bandung - Singgah di Sungai Rambai Melaka mengisi perut dengan mee ini. Sementara itu bolehlah adik menukar uniform sekolahnya dan kami singgah mencari tempat untuk menunaikan kewajipan sebagai hambaNya.
Bermalam - Tiba di Melaka sudah hampir maghrib. Singgah mencari tempat bermalam yang terdekat dengan Melaka Night Safari yang anak-anak mahu kunjungi lalu dapatlah kami di D'Village Resort.  Setelah berbincang kami memlilih rumah yang dua bilik. Ini untuk mama-papa. Ada tv, fridge, coffe set dan seperti biasalah. Fridge dan tv langsung tidak di sentuh . 
Bilik anak-anak - Kak Meen dan adik berdua di sini. Kak Reen jauh dimata dekat dihati. Sayu juga hati tapi sekarang peluang utk kumpul semua sudah sukar diperolehi. Nasihat pada yang punya anak-anak masih berkumpul lakukan percutian bersama sewaktu anak-anak masih bersekolah rendah/menengah. Bila sudah ke kolej/universiti sudah susah sebab cuti sudah tidak sama. Patung Mr. Bean itu bukan d'Village berikan, tapi adik punya membeli sewaktu di Penang tempohari.
Kopi papa - Keletihan memandu papa pekena dengan secawan kopi yang disediakan. Lain-lain kami tidak sentuh pun.
204 - Ini nombor rumah yang kami dapat. Diberikan juga kepada kami voucher untuk sarapan pagi. 

~~ Perjalanan dulu bila sesat terus mulut dibuka untuk bertanya. Sekarang duduk di dalam kenderaan wase menjadi penunjuk arah jalan sehingga ke destinasi. ~~




Wednesday, November 18, 2015

Langkah adik baru bermula

Semalam setengah hari aku berada di sekolah adik. Orang lain yang jadi cikgu dan murid aku pun turut sama merasa debarannya. Sambil menanti keputusan UPSR dibawa balik oleh pengetua sekolah dari PPD kami yang di sekolah meneruskan dengan acara anugerah kecemerlangan untuk keputusan peperiksaan dan ko-kurikulum sepanjang 2015.
Bersama papa sekejap sebab papa ada urusan lain.
Sebelum keputusan diumumkan - Semua ini bagai anak-anak ku kerana rumah ku sudah menjadi rumah mereka juga. Masing-masing memanggil aku mama juga - tertinggal satu (Balqis) sebab kena bersiap untuk calon anugerah tokoh pelajar.
Berharap dapat ke sekolah yang sama di tahun hadapan. Mengharap juga semoga kejayaan diraih bersama sehingga masa-masa akan datang
Kali ke tiga memakai jubah begini dan mengambil scroll - dulu tadika 5 dan 6 tahun. Kini UPSR
Selepas keputusan - Adik bersama teman rapat dan cikgu kesayangan mereka, cikgu Siti Zaidah. Dalam gambar ini semua 'anak mama' ada termasuk Balqis berkain pink sebab dia dapat anugerah tokoh pelajar tidak memakai baju pengawas. 
Orang tidak ada adik -  "Mie tengok kakak dapat 5A" . Tunjuk slip keputusan kepada 'adik' kesayangannya sebaik balik dari sekolah semalam.
Alhamdulillah aku bersujud syukur kepadamu Ya Allah. Terima kasih juga buat semua guru-guru sekolah adik yang tidak pernah mengenal erti jemu mendidik anak-anak sehingga hari terakhir persekolahan dan tahniah buat 'anak-anak mama' semua. 

~~ Langkah adik baru bermula. Perjuangan belum selesai. ~~


Friday, September 11, 2015

Debaran lain pula kini menanti

Debaran dan riang-ria yang dilalui selama tiga hari oleh anak-anak sekolah tahun 6, ibu-bapa dan guru yang terlibat dengan UPSR  kini sudah berlalu. Lihatlah detik-detik yang mereka lalui.

Adik dan teman-teman - Kelas adik sebelah kanan (Ibnu-Khladun). Aku perhati kelas adik juga boleh dikatakan 90% adalah pengawas dan pustakawan. 

Khusyuk - Hari pertama yang sangat mendebarkan bagaikan mahu ke medah peperangan
Taklimat - Cikgu memberikan taklimat terakhir sebelum mereka disusun mengikut tempat duduk angka giliran. Aku pasti pihak sekolah sudah membuat rehearsal untuk ini sebab semua tersusun rapi. 
Melangkah ke dewan peperiksaan - Hampir penghujung barisan baru tiba giliran adik. Adik kata kalau adik ada anak tidak mahu letak nama pangkal S sepertinya. Mama berkata atuk bagi mama nama pangkal Z pun mama tidak kisah.

Selesai kertas pertama - Setiap kali habis satu-satu subjek mereka akan begini aku perhatikan. Sebaik turun dewan selepas peluk-cium mama akan berkumpul pula dengan kawan-kawan mereka begini.  Wanita berbaju punjabi inilah guru kelas adik. Madam Agila mengajar subjek English. Sentiasa berlegar di barisan mana muridnya berada setiap kali sebelum peperiksaan  dan selepas peperiksaan tamat.
Hoorey satu! - Selesai peperikasaan susun mengikut kelas masaing-masing. Laungan hoorey bagaikan menyambut satu kemerdekaan buat semua anak-anak.
Hoorey 2! - Bersama guru-guru luar yang menjadi guru pengawas sewaktu peperiksaan dijalankan. Laungan "Terima Kasih Cikgu!" dari semua murid atas arahan cikgu sekolah mereka buat semua guru pengawas ini terharu. Ada cenderahati diberikan pihak sekolah buat semua guru luar yg terlibat.
Setelah adik bersalaman dengan cikgu-cikgunya lebih kurang jam 4:30 petang semalam barulah aku tiba di rumah. Ada sedikit tersentuh bila anak-anak bersalam dengan cikgu non-muslim tapi dicium tangan termasuklah adik. Cikgu tersebut adalah guru kelas adik dan adik sayang guru kelasnya apa lagi ketika bersalam aku nampak dari jauh cikgu itu memeluk adik bagaikan anaknya juga. Terharu. Letih dan bagaikan demam mahu menyerang mengalahkan guru-guru yang keletihan melayan kerenah anak-anak murid beratus-ratus orang. Aku yang sekadar duduk di surau sekolah pun terasa letih sehingga makan malam pun kami membeli saja. 

~~ Perjuangan belum selesai, Doa dipanjatkan untuk redha dan pasrah apa pun juga hasil kesudahannya. ~~

Tuesday, September 8, 2015

Debaran anak-anak, ibu-bapa dan guru juga

Berbagai usaha dilakukan hingga ke saat terakhir. Jumaat lepas merupakan solat hajat terakhir yang pihak sekolah adik lakukan bersama ibu-bapa. Selepas itu masing-masing kena buat sendiri di rumah mohon semoga ada rohman dan rohim Allah buat semua murid yang menduduki UPSR bermula hari ini.

Sebelum - Sedikit penerangan diberikan

Selesai - Adik bersama temannya

Balik - Singgah di restoran belakang rumah menikmati hidangan. Ikut selera adik.

Bertiga - Kami makan bertiga, mereka juga makan bertiga. Walau dalam geli-takut kena bagi juga. Kak Meen & papa tiada di rumah. Kami tidak mahu mengganggu adik. 
Waktu ini Papa, Kak Meen dan Kak Reen juga makan bertiga tetapi mereka di Kuala Terengganu. Manakala di Johor Bahru aku, Mak Zah dan adik makan bertiga seperti kucing-kucing adik yang bertiga itu. Tapi mereka tidak berkongsi makanan. Habis makan kena keluar rumah. 


~~ Doakan anak-anak yang menduduki UPSR diterangkan hati, dipermudahkan dan mampu memberi skema jawapan yang dikehandaki pemeriksa- Robbi yassir wala tu'assir. ~~

* aku kini berada di surau sekolah adik..