![]() |
~~ Semakin kerap hujan turun semakin meriah dia berbunga.~~
![]() |
| Terbang - Unta terbang hingga di atas kipas. Masing-masing tidak mampu untuk turunkan. Aku biarkan saja sehingga pagi ini masih di situ lagi. |
![]() |
| Meriah - Bagaikan anak-anak yang ceria bunga raya putih di halaman secoet aku juga meriah pagi ini. |
![]() |
| Suka - Pergi kerja pagi ini pun rasa sayang mahu meninggalkan halaman sebab pastinya balik kerja petang bunga ini semuanya akan layu dek cuaca yang panas. |
![]() |
| Bunga telang - Ku petik dengan sempurna, sayang niat tidak terlaksana |
![]() |
| Kongsi sepasu - Hampir kembang ketika aku mahu keluar berjogging hari Ahad lepas. |
![]() |
| Pink - Balik jogging sudah kembang meriah |
![]() |
| Kuning - Tidak mahu kalah dengan si pink dia pun kembang sama walaupun baru sekuntum saja. |
![]() |
| Pagi tadi - Sebelum masuk kereta jam 6:50 pagi tadi aku terpandang ia sudah mula meriah dengan tiga kuntum. Kalau seperti hari Ahad lepas dalam jam 8:00 pagi sudah kembang seperti gambar di atas. |
![]() |
| Tidak perlu dirotan - Apabila sudah memohon kebenaran mana mungkin akan dimarah. Ros kuning mama dijadikan eksperimen anak. Di gunting sekuntum dan dibawa masuk ke dalam biliknya |
![]() |
| Merah - Pewarna merah untuk buat kuih di dalam fridge dibancuh dengan air lalu dimasukkan ke dalam botol mineral seperti ini. |
![]() |
| Dua hari - Cecahkan tangkai bunga sehingga mencecah pada air merah tersebut |
![]() |
| Pink - Ros kuning mama menjadi warna pink. Sehingga entri ini dibuat pagi ini aku lihat bunga ini masih lagi berada di meja tulis di dalam biliknya. |
![]() |
| Ros merah - Mahu bereksperimen dengan ros merah ini untuk dijadikan hitam tapi mama tidak benarkan. Macam rugi saja sebab warna cantik jadi tidak menawan kalau hitam jadinya. |
![]() |
| Hampir luruh - Sekadar 4-5 hari saja dapat menikmati keindahannya. Bila kerap sangat hujan akibatnya cepat saja menjadi begini dan akan luruh kelopaknya satu-persatu. |
![]() |
| Tinggal tiga - Beginilah akhirnya tinggalah tiga kuntum yang sedang menanti masa gugur ke bumi. Warna merah pun menjadi pudar. Ibarat manusia juga bila makan berlebihan penyakit mudah saja singgah. Pokok pula terlalu banyak air melimpah mudah benar bunganya menjadi pudar dan gugur. |
![]() |
| Ros kuning - Sebenarnya berwarna kuning tetapi dek kerana simbahan air hujan yang kerap menjadikan ia cepat bertukar menjadi putih. Tidak lama akan gugur ke bumi. |
![]() |
| Bunga raya - Hanya bunga raya yang meriah bila hujan sebab walau banyak yang gugur, banyak juga yang akan menggantikannya. |
![]() |
| Persediaan terakhir - Malam sebelum majlis kami sudah berada di dewan untuk memperkemas mana yang patut. Kak Aisyah walaupun seorang guru yang sibuk kerana anak murid akan menduduki UPSR ulangan esok tetap masih mampu menyediakan kek carrot dari Terengganu di bawa ke Bangi. Sedap. Bakul gula-gula, goodie bag, empat bunga pahar dan segala kelengkapan untuk esoknya kami siapkan malam itu sehingga jam 10:00 malam baru balik ke Bangi. |
![]() |
| Hidangan - Sebenarnya banyak lagi hidangan tetapi ini yang anak-anak ambil gambarnya. Mama sudah lupa blog kerana mama ditugaskan oleh empunya majlis beberapa tugasan sepanjang majlis. Menyusun pengantin di atas pelamin dan melayan pihak pengantin perempuan adalah dibawah tanggung-jawab aku. Manalah boleh melayan tetamu dengan kita pula sibuk megambil gambar. Ada juga perasaan malu. |
![]() |
| Majlis berlangsung - Pagi jam 10:30 pagi masing-masing sudah lengkap dengan baju hijau muda sebagaimana tema diberikan. Papa juga kena berbaju melayu yang lama sudah lebih 10 tahun papa tidak berpakaian begini. Ramai yang panggil papa imam sebab semua org bersongkok hitam tapi papa manalah ada songkok hitam, tetap dgn kopiah putihnya. Malam rehearsal pula punyalah susah menyusun anak-anak buah yang kami jadikan flower-girls. Tetapi tanpa di duga sewaktu kompang dipalu anak-anak boleh pula mengikut langkah adik (anak dara aku), mengikut sehingga naik pentas. Sebaik aku susun pun boleh pula mereka tidak melompat-lompat seperti sewaktu rehearsal. Jampi aku menjadi hahaha... Alhamdulillah sehingga majlis membaca doa dan restu diberikan anak-anak tidak membuat perangai. Suka! |
![]() |
| Anak buah aku - Selamat pengantin baru Ahmad Danial dan Safwah. Buat Den anakanda kami moga mampu menggalas tanggungjawab dan amanah Allah dan buat Safwah semoga dapat menerima keluarga kami seadanya. |
![]() |
| Akhir - Sekeping gambar menunjukkan bahawa kesemua bunga-bunga gubahan di dalam dewan samada di atas pelamin, di atas 55 buah meja tetamu, di setiap sudut meja hidangan adalah hasil tangan aku dibantu dengan anak buah Wani. Ini adalah tiga vase dari berpuluh yang aku buat. Bunga dan aku tidak boleh dipisahkan. Kalau Kak Aisyah memotong kek aku pula menggunting tangkai-tangkai bunga. Tepek di sini sebagai kenangan. |