Showing posts with label bbq. Show all posts
Showing posts with label bbq. Show all posts

Wednesday, October 7, 2015

BBQ dan anak-anak tidak boleh dipisahkan

Rumah corner lot kami kini dalam proses ubahsuai. Ramai sudah yang bertanya mahu menyewa tetapi kena ambil masa sedikit untuk memberi keselesaan kepada yang tinggal. Rumah inilah menjadi sasaran adik dan kawan-kawannya untuk belajar, bermain termasuklah berlatih persembahan yang akan mereka persembahkan di acara makan malam perpisahan. 

Malam tadi anak-anak berBBQ di rumah kosong ini.
Bara di tempatkan di bawah pokok mata kucing.
Papa sediakan plywood yang ditenggek di atas tong cat
Angkut semua makanan dalam kereta. Ada yang anak-anak bawa berjalan kaki saja sebab dekat
Mama jadi tukang bakar sementara papa belum balik solat Isyak
Sebahagian group fairy tales adik. Dlam plastik oren itu Danish (anak yg mengaji) bagi jagung untuk mama bawa sini juga.

Seorang teman adik tidak ada - Balqish yang tinggal di airport Senai ada hal bersama keluarga

Makanlah anak-anak. Aku tertinggal telefon bimbit jadi semua gambar dipaparkan adalah whatsapp dari papa.

Kak Meen nampak muka sedikit sementara menunggu temannya juga.  Gambar kawan -kawan Kak Meen tidak ada dikirimkan buat mama. Anak-anak yang mengaji juga tidak ada gambar.

Semua mereka ini memakai baju adik sebab aku ambil mereka petang ketika semua belum mandi.
Mandi di rumah kosong ini tukar baju adik.
Biarpun jerebu tetapi jangan bimbang asap BBQ kami tidak menjejaskan keadaan. Daging lembu, kambing, udang, ayam, sotong dan sate aku sediakan buat mereka. Membeli vegetable salad di MaryBrown dan masak nasi putih. Hidangkan bersama air masak dan air kotak saja. Sos BBQ di rumah sentiasa ada. Mereka makan dengan sos BBQ dan kuah kacang untuk sate. 

~~ Entah mengapa aku begitu gembira bila dikelilingi anak-anak biarpun mereka bukan anak sendiri. Bahagia yang sukar digambarkan. Apa lagi melihat keletah yang 5-9 tahun mereka bukan banyak makan tetapi sibuk mahu membakar juga.~~


Tuesday, December 24, 2013

Bbq depan rumah

Mahu berBBQ di luar mama/papa sibuk dengan tugasan. Cuti tahunan masih banyak berbaki tetapi tugasan akhir tahun tidak dapat dielakkan.Tanggungjawab dunia kena juga galas dengan telus. Untuk memberi kepuasan anak-anak malam minggu yang baru lepas kami berBBQ di depan pagar rumah saja. 

Bara tersedia - Papa balik dari solat maghrib tolong menghidupkan dulu bara sebelum dia ke surau semula untuk solat Isyak.
Panggang - Siap semua sedia mulalah kami memanggang daging, sotong, udang dan sosej. Ayam anak-anak tidak mahu sebab baru makan KFC dan Pizza Hut.
Siap - Set pertama yang sudah diBBQ. Udang cepat sikit. Sotong juga tapi daging agak lambat.
Santapan - Sekadar nasi tomato dan coleslaw saja yang jadi pelengkapnya.
Air lamnet - Tidak ada air coke kami minum air lamnet dan fresh orange.
Papa - Baru balik dari surau terus duduk sama dengan kami. Adik tidak sah kalau tidak posing.
Mama punya - Inilah yang mama makan. Nasi tomato, coleslaw, daging secucuk dan sotong secucuk tanpa sosnya.
Terakhir - Sudah mahu mengemas masih tidak puas berBBQ satu lagi sosej dipanggang Kak Nurienne.
Kemas - Mama sudah sedikan semua bahan untuk BBQ, giliran anak-anak mengemas semua. Papa kemas alat BBQ. Mama cuci tikar. Lain-lain anak-anak kena buat.
~~ Cuti sekolah hampir ke penghujungnya. Makan-makan sekeluarga begini akan boleh dibuat lagi bila mereka balik. Sayu hati pula.~~

Thursday, September 19, 2013

Nikmat bersama keluarga sebelum Izrael menjemput

Steamboat & BBQ - Tidak dapat diraikan pada -05-09-2013 sebab dua anak belum balik. Cuti Hari Malaysia itulah kami berkumpul dan mengikut kehendak anak-anak kami makan di sini. Pilihan dua kuah sup and tomyam.
Adik - Selain sotong, udang, ketam dan kerang adik juga suka mee. Tapi yg bebebola semua anak-anak kurang gemar.
Pertemuan - Sedang menikmati hidangan ada suara menegur. Terkejut bercampur gembira bila dipertemukan dengan teman blogger Azian Iskandar. Anak-anak Azian dan keluarga juga ada. Ambil kesempatan berposing sama. Yasmin (anak ke dua aku) dan Muiz & Muaz (anak Azian) tidak ada sama pula. Buat hal masing-masinglah mereka.
Malay Steamboat & BBQ - Inilah tempatnya.
Hadiah dari papa - Terima kasih pada en hubby hadiahkan mama ini pada malam tersebut. Belum mahir dan masih belajar lagi dengan gadget baru ini. Aku belajar dengan adik sebab anak-anak menggunakan S3, sama saja applikasinya.
~~ Sehari meniti usia bererti sehari juga meniti arah kematian yang akan tiba bila-bila masa saja. Moga aku masih diberi peluang untuk melihat anak-anak boleh berdikari sebelum Izrael datang menjemput pergi.~~


Saturday, November 10, 2012

Cuti sekolah bermula, cuti ke dapur pun bermula

Mengikut kehendak adik ke Steamboat Melayu lagi. Sekadar mengalas perut sebab aku malas mahu bersilat di dapur. Harga pun tidak mahal. Orang dewasa RM 17/- dan kanak-kanak RM10/-. Makanlah banyak mana pun boleh.

Baru mula - bbq di tepi dan steamboat di tengahnya

Adik - mesti tidak tinggal makan dengan beehoon. Aku lebih suka sayur kangkung, broccoli, cauliflower, kacang bendi semuanya fresh belaka.

Dua pemisah - Pilihan kami sebelah kuah sup dan sebelah tomyam. En hubby aku suka ketam dan udang. Yasmien suka ayam dan daging tapi Nurienne suka fishcake, fishball dan sayuran.

Habis - Hubby kata jangan tunjuk yang membuat orang mengidam kesian nanti en suami mereka kena mencari hingga ke Johor Bahru. Kalau yang tinggal dekat tidak mengapa. Jadi tunjuk yang sudah habis sajalah.

Banyak - Sebahagian bahan mentahnya yang sempat dicaptured
~~ Sekolah sudah bercuti. Aku pun jadi malas untuk ke dapur sebab lepas maghrib sudah boleh bawa anak-anak keluar makan di luar. Makan apa saja yang terlintas.~~


Tuesday, December 27, 2011

Bersteam-boat di musim hujan

Mata anak-anak dara aku pantang melihat restoran yang baru dibuka. Perasaan ingin mencuba pasti melanda diri. Mama-papa mereka walau nampak biasalah kami sekadar berbisik bangga bila ada restoran umat Islam dibuka. Namun bila empunya restoran tiba-tiba add aku sebagai teman facebooknya hati aku cair dan ingin sama menikmati. Semalam kami sekeluarga makan di restoran tersebut.

Signboard - Terpambang signboard kedai yang jelas ianya benar milik orang Melayu-Islam.

Aneka pilihan - Anak-anak paling suka bila melihat pelbagai pilihan yang terhidang

Lagi - Banyak lagi selain ini ada sayur-sayuran seperti kangkung, brokoli, kubis bunga, cendawan dan juga kerang, kupang, udang, sotong dan ketam. Tidak dapat snap gambar sebab ada pelanggan lain sedang memetik sayuran, menjala udang dan ketam di kawasan tersebut.

Hasil tangkapan - Ini sebahagian yang sempat kami sekeluarga memetik dan menjala, juga merupakan pusingan pertama steam-boat dan bbq kami.

Mee hoon - Adik suka mee hoon, sotong kembang, brokoli dan fish ball.

BBQ udang - Yasmien lebih suka bbq dari steam-boat. Udang, ayam dan hot-dog pilihan utama dia.

Permata hatiku - Tiga anak dara aku menikmati hidangan untuk pusingan pertama. Pusingan kedua boleh lagi. Masuk pusingan ketiga masing-masing sudah kenyang, makan buah sajalah.

Alhamdulillah - Dengan jumlah bayaran tidak mencecah pun seratus ringgit kami sekeluarga benar-benar puas makan. Aku rasa teramatlah murah bayaran yang dikenakan. Membayangkan dengan RM17/- bagi orang dewasa dan RM 10/- bagi kanak-kanak bawah 12 tahun ianya amat berbaloi.



~~Apa yang membuat aku tertarik sekiranya kita mengambil hidangan tetapi berbaki tidak dimakan, pihak restoran akan mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM 10/-. Aku amat bersetuju kerana ini adalah satu cara bagi mengelakkan pembaziran. Oleh itu setiap mereka yang mahu mengambil akan berhati-hati dan mempastikan apa yang diambil haruslah dimakan. Bukankah membazir itu sahabat syaitan.~~



Monday, June 20, 2011

BBQ

Lama sudah dibuat BBQ ini tapi masa hendak upload gambar ke picasa pun rasa tidak kecukupan. Bila Yasmien kata gambar itu sudah disimpan barulah aku buat N3 ini. BBQ ini ketika cuti sekolah yang telah berlalu. Sos sudah dibeli. Tujuan asal untuk dibawa ke destinasi perjalanan percutian dirancang. Tetapi kerana minggu pertama kakak Nurienne mereka ada kelas dan minggu kedua pula adik mereka menghadiri kem motivasi maka percutian dibatalkan. Maka berBBQlah mereka di verandah rumah dengan teman-teman jiran.

Anak-anak - Selepas solat maghrib mereka sudah memulakan bakar-membakar. Papa sudah sediakan 3 tempat untuk membakar. Daging lembu dan kambing, ayam, sotong, udang, sosej semua telah siap diperap seharian. Kipas - Lihatlah Nurienne punya kipas guna polystrene. Ramai sangat yang hendak pegang kipas. Sebagai kakak kenalah mengalah. Kipas yang ada cuma tiga.
Udang - Mak Zah mereka tolong cucuk udang dan sotong . Bimbang tangan mereka terkena api kalau membakar seekor-seekor jadi cucuk pada lidi satey mudah sikit mereka hendak membakar. Takut juga balik rumah tangan melecur gara-gara berBBQ di rumah aku.

Layan - Mak Zah melayan bibik jiran yang datang dengan anak-anak jagaan mereka. Ibu mereka menghadiri seminar belum balik. Expert juga bibik ini tolong buatkan burger anak-anak. Ada yang minta tolong walau bukan bibik mereka. Baik bibik ini.... Fauzan - Lihat anak kecil ini kalau datang rumah aku pasti tak mahu balik. Tinggal berjiran sebelah betul rumah aku. Pantang nampak muka papa mesti minta dukung. Selalu kami colek dia bawa balik rumah. Ayahnya bekerja di Indonesia sebab itu dia manja dengan kami. Panggil aku mama Mien dan hubby papa Mien. Lihat di belakang papa baru balik masjid terus betulkan arang yang kurang.






Kumpul - Masing-masing membakar apa yang digemari. Ada juga yang makan dengan roti burger kerana aku memang telah sediakan roti burger, roti gardenia, daun salad, timun dan tomato. Sos pun cili, tomato, thousland island, mayonis semua masuk botol, tinggal picit saja.

Jilat jari - Sebab musim budak batuk aku tidak sediakan air sejuk. Air mata kucing dan air oren tanpa ais buat mereka. Kebanyak mereka lebih suka air mata kucing. Mungkin sebab ada buah mata kucing yang boleh dikunyah dan dimakan.





Lebih kurang jam 10:00 malam semua selesai. Mana yang tidak habis kami bungkuskan pada anak-anak yang datang. Puas jugalah anak-anak aku ber BBQ walaupun bukan di tempat perancangn asal.