"Mereka rata-rata dari negeri Kelantan sayang. Jauh. Solat mereka boleh dijamak dan qasar. Jangan buruk sangka. Kedudukan Kelantan untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil bukan saja dua marhalah bahkan melebihi dari itu. Islam memberi jalan mudah dan amat indah. Mereka tentulah bersolat jamak/qasar untuk solat zuhor dan asar. Selepas itu barulah mereka melukis muka masing-masing. Oleh sebab itu sebelum maghrib lagi mereka sudah berada di dalam stadium. Maghrib pula mereka jamak takhir dengan Isyak. balik dari menonton cuci muka mereka sudah boleh bersolat. Semua ini amat memudahkan dan tidak ada masalah". Indah perjalanan mereka.
Selesai memberi jawapan tidak lama pihak televisyen menemuramah seorang wanita dan sungguh benar bagai jawapan yang aku berikan pada anak. Mereka singgah dan berehat di masjid sebelum meneruskan destinasi ke stadium. Walaupun tidak dinyatakan mereka bersolat tetapi kita fahamlah singgah di masjid mestilah untuk bersolat. Kalau dikatakan bersolat bimbang dikata riak pula. Indah dan cantik jawapan diberi dan benarlah apa yang aku jelaskan pada adik.
![]() |
| TGNA - Siapa tidak kenal hamba Allah ini? Insan yang bertungkus-lumus mentarbiah rakyat negeri Kelantan khususnya dan Malaysia amnya, untuk selalu berada di landasan Islam. Buku ini aku terima semalam dari teman blogger CIKGU ANIM. Bagaikan sebuah hadiah istimewa buat aku kerana secara kebetulan hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan aku hidup bersama suami tercinta selama 20 tahun. Alhamdulillah... terima kasih CIKGU ANIM. |
~~ Walaupun tewas namun tidak ada kekecohan dan diterima dengan hati terbuka. Hanya kami di Johor Bahru terkilan melihat piala menyeberangi Tambak Johor. ~~








