Showing posts with label pengantin. Show all posts
Showing posts with label pengantin. Show all posts

Wednesday, December 21, 2016

Antologi Puisi - Nasihat Nikah Kahwin

Terserlah erti sebuah ukhuwah
kiriman diberi sebagai hadiah
Paridah Ishak mengirimkan naskhah
kandungan dihayati sangat indah
Nasihat Nikah Kahwin - Merupakan antologi puisi yang sarat dengan panduan buat yang mahu berumahtangga. Tidak kurang sebagai renungan buat yg sudah mendirikan rumahtangga. Memberi ilmu buat yg masih tercari-cari semua ada dipaparkan di naskhah ini. 
Hasil nukilan - Selak terus ke muka 144-148 adalah hasil nukilan sahabat kita Puan Paridah Ishak yang amat kreatif dalam menghasilkan karyanya. 
Muka 145 - Syair mengalu-alukan pengantin
Muka 146 - Syair pengantin bersanding
Muka 147 - Syair makan beradab
Muka 148 - Syair terima kasih penghargaan
Bersyair sesekali  indah terasa
bagai berada di dalam istana
penangan Paridah Ishak teman blogger
klik di sini boleh mengenalinya

~~ Jazakallahukhairon buat Puan Paridah Ishak.~~


Monday, December 19, 2016

Adat dipelihara, agama dijunjung tinggi

Seminggu lepas kami meraikan majlis walimah anak buah kami aka sepupu anak-anak. Malam sebelum majlis akad nikah pada keesokan harinya kami bersama-sama menyediakan semua barang hantaran. Tidak ada satu pun yang kami tempah tetapi semuanya atas kreativiti mak-mak saudara dan sepupu yang ada. Jimat beribu sebab setelah bertanya kepada satu kedai setiap satu gubahan ada yang mencecah dua-tiga ratus. Oleh itu pakat-pakat baik kami buat sama-sama.

Daun pandan - Bagi menaikkan aroma pada setiap bekas hantaran kami buat kuntuman bunga dari daun pandan. Aroma original dari daun pandan dapat menaikkan seri meraikan mempelai.

Persiapan - Semua menghulur tangan masing-masing bagi menghasilkan gubahan yang sedap mata memandang. Sayangnya bila siap dan tersusun cantik, satu pun tidak ada di dalam handphone aku. Benar-benar lupa disebabkan sibuk ke sana-sini. Kena tunggu cameraman tempahan memberikan album. Kalau lihat dalam salah satu bakul ada bola mainan itu kerja budak belum 2 tahun. Sibuk juga 'membantu' berkali-kali mahu letakkan mainannya dalam bakul akhirnya kami biarkan saja bagi dia puas hati.

Khusyuk - Mak-mak dan anak-anak dara semua khusyuk membuat gubahan sehingga jam 12:00 malam. Sambil menggubah sambil menikmati hidangan beehoon goreng, mee goreng, soto dan kuih-muih.

Makan - Sebelum tetamu datang kami mak-mak dan anak-anak semua menikmati hidangan dahulu. Masak-masak dan waiter semua kami serahkan kepada pihak catering. Mudah, senang dan kami boleh bergaya sakan dengan tema baju hijau dan tudung kelabu.

Sepupu - Pengantin bersama sepupu yang kesemuanya anak dara yang mahu mendapat seri dari mempelai. Semuanya sepupu dari lima mama/mak/mummy. Tiga darinya anak aku.
~~ Selamat pengantin baru buat Siti Nabiha dan Mohd Shahir dari Mamazakie dan keluarga.~~

Tuesday, December 6, 2016

Cenderahati dari pengantin

Kertas coklat bereben dan kertas alas kek
ada tertera ucapan terima kasih 
pasti mendapat sentuhan tangan kreatif
pandai mengolah dalam ekonomi yang kian menekan
biasa digunakan membungkus pisang goreng
bila sudah dihias begini cantik jadinya


Di dalamnya ada sebiji muffin coklat
juga sekotak miuman enak
sebaik salam kaut dihulur
cenderahati pun diberikan
sama-sama gembira😃


Di tempat lain pula, lain cenderahatinya
cordial dan kicap jalen di dalam kotak
adik mengintai kicap di botol kecil
mahu dibawa balik ke sekolah
tapi cuti sekolah masih panjang lagi
sebotol sudah mama bawa ke pejabat


Sana-sini undangan diterima untuk meraikan mempelai
bermacam bentuk cenderhati diberikan
telur pindang dalam raga comel pun ada
diletak reben yang cantik dipandang mata
bila telur sudah dinikmati
sayangnya mahu kemana raga ini diletak?
simpanlah untuk sementara waktu 
sayang sebab mahal nilainya
boleh letak brooch tudung dan penghias almari

~~ Apa yang pasti setiap hujung minggu, dapur sendiri sepi dari  agenda memasak.~~


Wednesday, December 24, 2014

Johorean - Pengantin, zapin & telur pindang

 ~~ Penutup majlis perkahwinan untuk tahun 2014. Tiada lagi kad jemputan.~~ 



Thursday, December 11, 2014

Kasih-sayang seorang bapa

Salah satu majlis pengantin yang dapat aku raikan bersama, bahkan turut sama turun tangan membantu majlis adalah majlis keluarga yang menyewa rumah kami. Menikahkan anak ketiganya. Pernikahan berlangsung pada hari Jumaat petang dan majlis resepsi pula pada keesokkan hari Sabtunya.

Mempelai - Moga berbahagia dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri yang berlandaskan hukum-hakam agama
Apa yang membanggakan persiapan ini dijalankan dengan sederhana tetapi meriah. Dari hal-ehwal masak-memasak, barang hantaran, cenderahati tetamu dan khemah untuk tetamu semuanya dibuat secara bergotong-royong jiran dan sanak-saudara. Lihat pada singgahsana pelamin dan bilik nampak cantik sekali. Tetapi tahukah kawan-kawan bahawa yang melengkapkan keseluruhan persiapan bilik pengantin adalah si ayah yang usianya sudah melebihi 50 tahun. Beliaulah yang menjahit, memanjat dan menyusun bunga-bunga yang ada. Lebih membanggakan pilihan warna tepat sangat dengan warna pelamin yang dipilih oleh si anak. Ketika aku masuk ke bilik sebelum majlis si anak bertanya pada aku. "Cantik tak?" Mestilah aku kata "Cantik!". "Semua ni abah yang buat tau." Terharunya aku kerana tidak aku sangka abang itu pandai menjahit kemas dan cantik sekali. 

Tidak rugi andai ada kelebihan begini. Sekiranya isteri tidak mahir tetapi si suami yang mahir inilah kelebihan yang perlu dihargai. Selain berjimat mereka mendapat satu kepuasan yang sukar diucap dengan kata-kata. Menurut si pengantin selepas majlis selesai, kain tirai itu akan diminta si bapa untuk dijahitkan menjadi langsir rumahnya. Beruntunglah anak.

~~ Menjalin wayar pandailah papa anak-anak ku. ~~

Monday, September 29, 2014

Barokallah.. kelangsungan penyatuan yang indah

Alhamdulillah. Letih, penat, mengantuk semuanya ada sebaik majlis selesai. Walaupun menggunakan perkhidmatan catering tetapi banyak yang kami gunakan tenaga keluarga bagi menjayakan majlis tersebut. Di tambah pula rumah di Bangi manakala dewannya di UPM, Serdang. Semua kereta yang ada digunakan sebagai alat mengangkut barang diperlukan.

Persediaan terakhir - Malam sebelum majlis kami sudah berada di dewan untuk memperkemas mana yang patut. Kak Aisyah walaupun seorang guru yang sibuk kerana anak murid akan menduduki UPSR ulangan esok tetap masih mampu menyediakan kek carrot dari Terengganu di bawa ke Bangi. Sedap. Bakul gula-gula, goodie bag, empat bunga pahar dan segala kelengkapan untuk esoknya kami siapkan malam itu sehingga jam 10:00 malam baru balik ke Bangi.
Hidangan - Sebenarnya banyak lagi hidangan tetapi ini yang anak-anak ambil gambarnya. Mama sudah lupa blog kerana mama ditugaskan oleh empunya majlis beberapa tugasan sepanjang majlis. Menyusun pengantin di atas pelamin dan melayan pihak pengantin perempuan adalah dibawah tanggung-jawab aku. Manalah boleh melayan tetamu dengan kita pula sibuk megambil gambar. Ada juga perasaan malu.
Majlis berlangsung - Pagi jam 10:30 pagi masing-masing sudah lengkap dengan baju hijau muda sebagaimana tema diberikan. Papa juga kena berbaju melayu yang lama sudah lebih 10 tahun papa tidak berpakaian begini. Ramai yang panggil papa imam sebab semua org bersongkok hitam tapi papa manalah ada songkok hitam, tetap dgn kopiah putihnya. Malam rehearsal pula punyalah susah menyusun anak-anak buah yang kami jadikan flower-girls. Tetapi tanpa di duga sewaktu kompang dipalu anak-anak boleh pula mengikut langkah adik (anak dara aku), mengikut sehingga naik pentas. Sebaik aku susun pun boleh pula mereka tidak melompat-lompat seperti sewaktu rehearsal. Jampi aku menjadi hahaha...  Alhamdulillah sehingga majlis membaca doa dan restu diberikan anak-anak tidak membuat perangai. Suka!
Anak buah aku - Selamat pengantin baru Ahmad Danial dan Safwah. Buat Den anakanda kami moga mampu menggalas tanggungjawab dan amanah Allah dan buat Safwah semoga dapat menerima keluarga kami seadanya.
Akhir - Sekeping gambar menunjukkan bahawa kesemua bunga-bunga gubahan di dalam dewan samada di atas pelamin, di atas 55 buah meja tetamu, di setiap sudut meja hidangan adalah hasil tangan aku dibantu dengan anak buah Wani.  Ini adalah tiga vase dari berpuluh yang aku buat. Bunga dan aku tidak boleh dipisahkan. Kalau Kak Aisyah memotong kek aku pula menggunting tangkai-tangkai bunga. Tepek di sini sebagai kenangan.
~~ Majlis yang bukan saja sebagai sebuah penyatuan mempelai tetapi juga mengeratkan ukhuwah keluarga keseluruahanya. ~~


Monday, September 15, 2014

Hubungan suci yang terjalin erat

Biasanya cuti sekolah dan majlis meraikan pengantin sangat sinonim. Sana-sini kad jemputan kahwin diterima. Majlis yang sempat kita kunjungi kita raikan bersama, mana yang tidak sempat kita doakan moga semuanya mendapat keberkatan. 

Jiran setaman - Baru berusia 20 tahun. Jodoh pertemuan ketentuan Allah. Usia bukan sebagai penentu. Apa yang utama tahu apa itu berrumahtangga dan sudah mampu menggalas tanggungjawab.
Ole-ole - Selain set nasi sebungkus dapat bunga telur ini. Di Johor ini bagaikan satu tradisi sejak dulu hingga kini setiap tetamu akan diberikan bunga telur selain goodie bag yang di dalamnya terisi berbagai barang seperti makanan ringan.
Anak teman - Di Dewan Alumni UTM. Merupakan anak kepada teman ketika menunaikan haji pada tahun 2008 dulu. Ini anak keduanya.
Pilihan - Nasi beryani, ayam masak merah, daging kurma, dalca dan pencuk merupakan makanan utama. Ada juga kuih-muih dan desert yang banyak.
Teman - Terkenang sewaktu di tanah suci. Kemesraan masih terjalin mesra.
Ibu-bapa pengantin kedua ini masih menyimpan alamat rumah kami. Ini merupakan anak kedua beliau. Anak pertama mereka juga kami pergi meraikan. Hubungan kami erat kerana sewaktu pergi menunaikan ibadah haji dulu kami satu flight, satu bilik ketika di Mekah, Madinah, Arafah, Mina dan balik lagi ke Mekah sehinggalah balik semula ke Malaysia. Bertambah lagi erat kami sama-sama dari JB. Waktu itu aku dan hubby merupakan pasangan termuda. Semuanya menganggap kami sebagai adik. Hubby pula dijadikan AJK oleh pihak Tabung Haji bagi memudahkan sesiapa yang ada masalah menjadikan hubby sebagai perantara. Aku pula bila berada di bilik bagaikan tukang urut apabila kakak-kakak tersebut sebaik balik dari masjid meminta tolong aku jadi tukang urut. Membantu mereka membaca Al-Quran. Seronok sebab kami makan pun bersama, sangat mesra. Maklumlah aku yang paling muda kenalah membantu mereka yang semuanya sudah berusia lebih 45 tahun. Indah kenangan ketika di sana dan tidak mungkin dapat aku lupakan. Kenangan indah ketika menunaikan ibdah Haji tidak sama dengan ibadah umrah. 

~~ Status kehidupan sudah berubah; moga masing-masing dapat menjalankan tanggung-jawab sebagai suami dan isteri yang terbaik. ~~


Friday, August 29, 2014

Bila kompang dipalu di hari Jumaat

Sebelum 2014 majlis meraikan pengantin di Johor biasanya dan kebanyakkannya diadakan pada hari Sabtu atau Ahad. Tetapi semenjak hari cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu ramai yang menggantikan hari meraikan majlis juga bertukar ke hari tersebut. 

Kejadian baru-baru ini membuatkan ramai yang tersentak. Sedang para jemaah di masjid mendirikan solat Jumaat kedengaran pula paluan kompang mengarak pengantin lelaki menuju ke singgahsana. Kesemua yang memalu kompang adalah kaum lelaki. Pengantin yang dikompang juga lelaki. Memandangkan kedudukan rumah yang berdekatan dengan masjid, mereka yang sedang bersolat Jumaat dapat menangkap dengan jelas di gegendang telinga mereka paluan kompang sewaktu jemaah bersolat. Itu tidak termasuk lagi sistem karaoke yang berkumandang bagi memeriahkan majlis pengantin yang diraikan.

Selepas majlis berlangsung terdengar desas-desus umpatan di sana-sini. Bahkan di dalam masjid juga dijadikan isu untuk berseloroh. Ada yang malu, ada pula yang rasa tersindir, ada juga yang marah dan bermacam lagi ekoran dari kejadian tersebut. Jadikan iktibar moga mencari jalan terbaik bagi mengelakkan suasana orang mengumpat dan diri juga menjadi bahan umpatan. Akibat dari kejadian tersebut mengundang dosa ramai. Renungkan bersama.

~~ Masyarakat hendaklah dihormati tetapi agama perlu dijunjung tinggi.~~


Monday, August 18, 2014

Berkongsi kesyukuran bersama keluarga di Gaza

Alhamdulillah selamat sudah anak buah kami menjadi seorang suami kepada seorang hamba Allah pilihan hati dan restu seluruh keluarga kami. Majlis akad nikah berlangsung pada hari Jumaat 15-08-2014 dihadiri sanak keluarga dan jiran-tetangga. Manakala majlis recepsinya berlangsung pada keesokkan harinya Sabtu, 16-08-2014.
15-08-2014 - Selesai akad nikah, majlis taklik keluarga Sakinah dan solat sunat nikah berlangsunglah seperti gambar di atas. Syukur Safuah kini menjadi suri Ahmad Danial anak buah kami dan secara langsung ahli dalam keluarga kami.
16-08-2014 - Menuju ke majlis recepsi. Kami semua berkumpul di hadapan gerbang masuk ke taman perumahan pengantin perempuan di sini sebelum sebanyak 10 buah kereta mengiringinya.
Mummy/Daddy - Anak yang diraikan ceria tidak ada rasa apa-apa tetapi mummy/daddy pengantin lelaki yang sibuk. Tiba di sini baru kakak kami sibuk membetulkan kain sampin suami dan anak lelakinya.
Bersanding - Sebenarnya majils persandingan ini hanya untuk keluarga. Tidak ada kompang-kompang atau tetamu yang masuk ke dalam rumah untuk menyaksikan semua ini selain keluarga kami dan keluarga pengantin perempuan sahaja.
Sekeluarga - Inilah kelaurga kakak kami dengan ahli baru menjadikan kini sudah jadi enam. Insya-Allah murah rezeki moga Allah kurniakan lagi putera-puteri penyeri dalam keluarga. Amin...
Sebahagian hidangan - Selain hidangan ini kami juga dijamu dengan keropok lekor, soto, makanan barat, makanan ala timur-tengah dan sudut buah-buahan dan kesukaan kanak-kanak. Minuman berbagai disediakan seperti air sejuk, panas, cendol dan sebagainya.
Mak Long - Inilah satu-satunya warga emas dalam keluarga kami. Sama usia dengan allahyarhamah MIL aku. Kami sayang dia seperti ibu kami sendiri.
Apa yang membuat aku kagum, majlis tidak ada sebarang lagu-lagu sebaliknya didendangkan dengan ceramah agama. Kedatangan pengantin lelaki tidak ada paluan kompang sebaliknya diiringi dengan selawat dan salam ke atas junjungan rasulullah sehingga duduk di atas pelamin. Tidak ada tetamu pun yang masuk melihat majlis persandingan selain kami dan keluarga mereka. Tambah membuat aku kagum bila setiap sudut terletak tabung duit untuk Gaza. Setiap tetamu yang bersalam (adat di Johor) tetamu bersalam memberi sumbangan duit. Tetapi aku lihat setiap duit yang diterimanya dimasukkan ke dalam tabung Gaza tersebut. Khemah antara tetamu lelaki dan perempuan juga diasingkan walau untuk yang berkeluarga tidaklah pula ada halangan. Kami tahu sesungguhnya kewangan mereka yang kukuh itulah membuat mereka mampu membuat sistem terbaik buat tetamu. Hidangan tip-top ala-ala hotel. Tetapi cara hidupnya yang tawadhuk membuat aku terpana. "Tidak ramai yang mampu berbuat seperti ini" itu kata hubby padaku.

~~ Aku merenung dalam diri sebalik balik dari majlis seperti ini. ~~



Monday, February 3, 2014

Barokallah - bertambah lagi ahli keluarga kami

Sabtu lepas kami meraikan majlis pernikahan dan persandingan anak buah kami. Semua kerja-kerja daripada soal khemah, pelamin, hantaran, masak-memasak dilakukan pihak catering. Sebagai mak-pak saudara sekadar duduk-duduk bertanya khabar sesekali bertemu di majlis tersebut. 

Bakul gula-gula & duit - Inilah satu-satunya kerja kami mak-mak saudara berkongsi membuatnya. Kami bungkus syiling-syiling dengan kain net biru. Gaul bersama beraneka jenis gula-gula. Selain dari itu semua dibuat pihak catering
Singgahsana - Mula-mula tiba mulut adik cepat saja berkata "Warna pilihan Kak Nelly warna bendera PKR". Papa senyum tetapi cepat disambut segera oleh Mak Uda "warna JDTlah dik".
Selapas akad nikah - Pihak lelaki datang dari Kedah melihat cara menikah kami di Johor agak rumit. Bagai-bagai taklik dikenakan. Memang mengambil masa panjang sebab bukan pengantin saja kena membaca taklik tetapi mak-ayah pengantin juga.
Doa-restu - Kami sebagai mak-pak saudara sentiasa mendoakan moga jalinan sebagai suami-isteri mendapat keberkatan dan sentiasa dalam mawaddah wa rohmah.

 
Tabur - Inilah saat-saat yang dinantikan anak-anak. Gula-gula dan duit yang ditabur menjadi rebutan. 
Keluarga - Keluarga kecil hubby bersama adik-beradik dan anak-anak buahnya yang tidak ramai seperti keluarga aku. Di tambah pula ada yang tidak dapat bersama sebab berada di luar negara.
~~ Selamat pengantin baru buat Nelly Melissa dan Mohd. Hazrin.~~

Tuesday, December 17, 2013

Pengantin di rumah kami

Hari Ahad baru ini rumah aku bagaikan ada majlis kahwin. Tetapi yang ada hanya pengantin lelaki sebab pihak pengantin lelaki menjadikan rumah kami sebagai tempat mereka berehat sebelum majlis bersanding. Semua keluarga pengantin lelaki berkumpul di rumah kami sebelum ke rumah pengantin perempuan. Pasukan kompang juga berkumpul di rumah kami.

Pasukan kompang - Kumpulan Al-Ikhwan diundang untuk meraikan sama majlis. Waktu ini mereka sudah bersiap tetapi masih menanti keluarga pengantin lelaki semuanya sedia bergerak.
Sedia - Pengantin lelaki sudah bersedia untuk diarak mahu keluar dari rumah kami.
Berarak - Sedang bergerak dan dikompang menuju ke rumah pengantin perempuan.
Makan beradap - Gambar di atas pelamin aku tidak dapat peluang sebab terlalu sesak di depan pelamin. Hanya ini yang aku ada.
Aksi hebat - Hahaha.... semua teman surau gelak tidak terkata bila pak haji ini bersilat. Hubby tidak mahu memalukan majlis sebab pengantin duduk lama menanti untuk orang bersilat tetapi tidak ada, lalu hubby yang beraksi. Gelihati kami semua tidak terkata. Hinggakan ada teman surau berkata boleh jadi guru silat pengantin hahaha...

Begitulah kisah kesibukan aku sepanjang dua hari, di hari minggu yang baru lalu. Hinggakan bila malam mahu tidur baru sedar banyak panggilan telefon tidak berjawab. Mahu memanggil semula sudah larut malam. Sungguh meletihkan tetapi keseronokannya terpahat di hati.

~~ Jiran kita adalah saudara terdekat kita. Oleh itu tidak salah memberikan waktu kita buat mereka ketika mereka memerlukannya.~~

Tuesday, October 8, 2013

Indahnya pertemuan itu

Apabila mendapat surat dari sekolah adik mengatakan hari Sabtu adalah hari sekolah ganti gembiralah aku, kerana bila adik sekolah bererti rakaman di RTM mestilah ditunda. Oleh itu hajat aku untuk bertemu teman blogger pasti akan terlaksana kali ini. Beliau ada tugasan di Kompleks Tan Sri Mohd Rahmat, berdepan dengan Plaza Angsana saja dewan ini. Dulu pernah beliau ke JB tapi kami hampa bila di hari yang sama rumah aku dikunjungi ramai sanak saudara kerana waktu itu aku baru balik dari umrah.

Makan dulu - Aku memang lapar kerana sejak pagi belum menjamah apa-apa lagi. Hampir pukul dua petang baru menjamah makanan, berseleralah. Sebelum itu aku sempat berlaga pipi dulu dengan teman blogger yang ingin aku temui. Sementara beliau sibuk mengacara majlis yang meraikan dua pengantin aku pula menjamu selera dengan hubby dan anak-anak.
Bagaikan arits - Lihat siapa yang sedang berdendang itu? Inilah sahabat blogger yang aku temui dipetang yang indah. Gabungan suara ibu dan dua anak yang mengasyikkan. Siapa lagi kalau bukan Che Mid blogger yang mempunyai syarikat bernama Yahana Enterprise.
Kenangan - Sebagai kenangan aku abadikan dua anak daraku untuk bergambar bersama-sama dengan Che Mid dan dua hero kacaknya. Suara Farhan mendendangkan lagu mengingatkan aku pada Tom Jones.

Ole-ole - Beruntunglah suami Che Mid. Punya isteri yang mampu meneraju dua syarikat. Senang kata mampu mencari keperluan sendiri. Aku pula beruntung sama dapat menikmati sos rojak buah ini secara percuma. Terima kasih Che Mid.
Selepas bersalaman aku bergegas pula meneruskan agenda kami petang tersebut. Pembayaran duit lembu-lembu tempahan untuk Hari Raya Haji perlu dilunaskan. Tidak boleh pergi hari Ahad sebab pagi hingga tengahari adik ada rakaman. Petang pula perlu menghantar Nurienne balik asrama. Begitulah sibuknya bila sudah menjadi mama/papa. Niat hati mahu bertemu dengan seorang lagi blogger yang duduk sama daerah pun tidak kesampaian hingga kini. Insya-Allah akan aku cuba juga sebelum Hari Raya Haji minggu depan.
Mangga - Bila rojak buah sudah ada di dapur apa lagi inilah lawannya. Aku tahu tempat kerja hubby, landskap dia banyak pokok mangga. Berpuluh-puluh pokok semuanya bergayutan dengan buah yang menggeramkan. Hari minggu selepas menghantar adik rakaman di RTM aku kerjakan mangga ini dengan sos Che Mid.
 ~~ Andai ada izin Allah walau jauh di mana pun pasti akhirnya kami dipertemukan juga.~~