Showing posts with label Jam. Show all posts
Showing posts with label Jam. Show all posts

Monday, November 23, 2015

Sembang-sembang keluarga - 1

Sehari sewaktu Kak Reen balik cuti sem tempohari:-

Entah sudah berapa jam tiga beradik itu duduk di hadapan monitor komputer menggoogle dari satu jenama ke satu jenama. Hakmilik yang ternyata tidak kekal milik adik akhirnya rosak tidak boleh digunakan lagi. Mahu berwhatsapp dengan guru dan kawan-kawannya gagal sepenuhnya. Selalu berhubung dengan mereka tetapi nombor tidak pernah diambil-pusing akibatnya satu nombor pun tidak dapat diingat. "Malam itu adik nampak di Jusco Oppo dengan Lenovo murahlah kak." Si adik bersuara. "Kenapa tak pergi Aeon kan banyak pilihan?" Kak Reen bertanya. Dia baru sehari balik bercuti sem. Kak Meen cepat saja tergelak. "Mama, Aeon dengan Jusco tu apa bezanya?" Baru semua terperasan dan akhirnya berderai gelak anak-beranak. Sebenarnya kami biasa sebut Jusco kalau ke Jusco Taman University, Skudai. Tetapi bila ke Jusco Kulai kami suka sebut Aeon.

Membeli sudah - Sedang setting semuanya. Adik memilih J7 hasil mereka berbincang tiga beradik. Mama dengan papa ikut saja. UPSR belum keluar lagi waktu membeli ini jadi bukanlah hadiah.

Malam Sabtu lepas: -

Sebelum peperiksaan lagi mama sudah berjanji pilih jam apa adik mahu kalau dapat 5A dalam UPSR. Sebenarnya mama pun tahu anak mama bukan jenis suka 'mengetuk' sebab itu mama beranilah berkata demikian. Oleh itu Sabtu lepas tunaikanlah hajat adik yang mahukan jam tangan baru untuk sessi persekolahan tahun depan. Kami ke City Square. Bimbang juga kalau masih ada lumpur kesan banjir di bandar JB sebab kami parking di basement 2. Sekarang keadaan jalan depan City Square/Komtar agak sempit sebab proses membesarkan Sungai Segget. Namun untuk memenuhi janji kami pergi juga.

Adik punya - Tertunai sudah janji mama buat adik.  Tepat jam 10:30 malam itulah kami tiba di rumah dan kotak jam dibuka lalu mama ambil gambarnya sebagai kenang-kenangan. Hari ini juga adik merasmkan jam baru  ke sekolah.
Bila berjanji tunaikanlah. Tidak kira ianya anak yang belum matang, apa lagi kepada yang sudah bijak menilai samada kita sebagai ibu-bapanya hanya sekadar bijak menabur janji. Percayalah jika sudah biasa anak-anak pun tahu mengukur dimana kemampuan diri ibu-bapanya. Seperti adik walau dia nampak jam yang harga beribu-ribu ringgit dia pun tahu usia sepertinya memadailah memakai jam seumpama ini.

~~ Biar pemberian kita kecil tapi penghargaan dinilai besar oleh yang menerimanya. ~~

* Hari ini aku bercuti bagi menemankan adik menduduki peperiksaan SDEA (Sijil Darjah Enam Agama) negeri Johor - mohon doakan yang terbaik buat adik. Terima kasih.

Wednesday, October 28, 2015

Fossil - idaman, keinginan dan kemampuan

Bingung untuk memberi hadiah orang tersayang? Seringkali inilah yang berlegar di minda kita. Membeli hadiah ulangtahun perkahwinan, hari lahir, kejayaan anak-anak dan sebagainya. Tidak kurang membeli set hantaran perkahwinan juga sering menjadi isu. Aku paparkan idaman, keinginan dan kemampuan yang mungkin boleh dijadikan kenyataan.
Fossil - Sebelum kita lahir dia sudah lahir tetapi sehingga kini masih belum mampu untuk memilikinya.  Ada rezeki lebih tidak salah untuk menjadikan ia sebagai milik peribadi untuk menghargai diri sendiri.

Mengambil kira bahawa pada zaman yang serba moden ini kita dapat lihat semua orang semakin terdedah dengan pelbagai bentuk cara hidup yang lebih urban, penerimaan terhadap benda-benda baru semakin mudah untuk diserap ke dalam budaya komuniti masyarakat kita yang sudah sedia ada. Jika dahulu norma tradisional begitu melekat dalam jiwa kita namun kini walaupun elemen itu masih dikekalkan kita juga turut dapat menerima perkara baru seperti cara hidup yang lebih urban atau moden.

Pelbagai cabang bidang turut menerima tempias yang sama sebagai contoh bidang fesyen. Industri fesyen mempunyai jenis pasaran yang tidak menentu dan sentiasa berubah-ubah. Inilah apa yang mereka panggil sebagai trend. Saban tahun kita dapat menyaksikan pelbagai gaya akan dicipta bagi menghasilkan penampilan yang berbeza. Jenama-jenama terkenal pasti akan sentiasa mengambil tahu akan perubahan trend ini bagi membuatkan jenama dan produk mereka sentiasa segar dan diminati ramai. Fossil adalah antara ribuan jenama terkenal yang sentias berada di hadapan dalam menawarkan pelbagai koleksi jam tangan.
Bergaya - Sebenarnya bukan kepada gaya tapi kepuasan dan ketahanan yang ditawarkan juga cukup membuat siapa pun pasti teruja untuk memilikinya.
Jenama ini sentiasa hadir dengan koleksi  Fossil Malaysia online buat lelaki dan wanita yang mempamerkan rekaan yang sangat stylish dan segar. Atas faktor inilah yang membuatkan jam Fossil online amat popular bukan sahaja dalam kalangan pelannggan mereka di Malaysia malah di seluruh dunia juga.

Menggoda - Tepuk dada tanya kemampuan. Gaji pun sudah masuk apa tunggu lagi.
Jam tangan daripada jenama antarabangsa ini sering menjadi pilihan dan dikagumi oleh para peminat setia jenama tersohor ini. Mereka membariskan koleksi jam tangan yang cukup eksklusif terutamanya daripada segi rekaan. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Fossil Malaysia sudah mempunyai trademark tersendiri terutamanya daripada segi rekaan koleksi jam tangan mereka.


~Manusia dan jam tidak dapat dipisahkan. Memiliki yang cantik dan menawan pasti menjadi idaman.~ 

Saturday, May 19, 2012

Engkau dicipta untuk menjadi milik aku

Dua bulan lebih aku rasa dia telah pergi meninggalkan aku. Saat mula kehilangannya hati terasa sedih tapi lama-kelamaan hati sudah redha menerima ketentuan yang telah tertulis. Sedih hinggakan saban waktu selepas solat fardhu aku tunaikan solat hajat moga ia kembali kepadaku. Dinihari pun aku mohon diberi peluang untuk dia kembali padaku semula. Harapan tinggal harapan. Lama-kelamaan akhirnya dapat juga aku melupakannya.

Semalam ketika mahu berwudhu' untuk solat Zuhor aku terpempan. Dia muncul tiba-tiba di depan mata. Di sini engkau duduk selama ini tanpa aku ketahui. Kalaulah aku tidak mengalih tuala kecil kerana mahu menyangkutkan tudung kepala di penyangkut tersebut selamanyalah ia akan tersangkut di situ. Belakang pintu bilik air pejabat ada alat penyangkut yang disediakan. Sebaik aku mengambil tuala kecil tersebut muncullah dia. Bersembunyi disebalik tuala kecil. Oh... engkau masih mahu menjadi milik aku lagi.


Kembali sudah - inilah dia yang menghilang lama
~~Kalau sudah tertulis itu hak kita tidak akan kemana ia perginya.~~