Sambil bercuti sambil mengintai bakal anak saudara. Comel, manis dan cantik. Patutlah anak saudara aku tidak mahu ikatan pertunangan lama-lama. Kalau boleh awal tahun depan mahu saja diikat secara halal, tetapi pihak perempuan mahu selepas Hari Raya syawal tahun depan.

Dari kami untuk bakal ahli keluarga kami - Cik Faezah.
Sudah bersiap-siap untuk dihantar ke rumah bakal sepupu anak-anak aku.
Tiga kereta berkunjung - Ini bukan barang hantaran. Kereta kami pun sesekali ingin juga menikmati gubahan bunga. Kek juga kami masuk dalam kotak sebab sudah terlebih jumlah dulang. Janji 7 tiba-tiba terlebih satu. Kami jinjit katakan hadiah - bukan barang hantaran. Yang comel inilah bakal jadi anak saudara aku.
Tertunai hajat - Mak-mak pakat-sepakatan, ayah-ayah mengikat janji, tersarung cincin sebagai ikatan, ciuman kasih moga kekal abadi.
Makan - Selsesai bergambar atas pelamin nan indah, kami dijemput makan di khemah. Makanan terhilang sungguh membuat kami makan berpinggan-pinggan. Selera sungguh setelah berhari-hari makan di kedai/restoran, kini makan di rumah. Sambal belacan huh... sungguh tip-top benar-benar membuka selera kami.
Selesai - Kuih-muih juga terhidang. Ada kuih akok, karipap dan puding jagung. Disebabkan anak aku kata sedap berkali-kali, kuih akok dibekalkan sehingga sebekas besar sebagai bekal untuk dibawa balik. Malu aku... tapi aku juga turut makan sama.
~~Andai ada izin Allah tahun depan jadilah gadis comel ini sebahagian ahli keluarga kami.~~