Sebagai manusia, kita amat digalakkan untuk menjadi seorang yang pemurah. Berilah sekadar yang termampu walaupun sedikit kerana sesungguhnya yang sedikit itu jika ia amat diperlukan pasti sangat memberi erti kepada yang menerimanya. Begitulah juga jika yang diberi adalah mereka yang sangat memerlukan ianya lebih bermakna berbanding jika ianya tidak begitu memerlukan. Berbanding jika memberi kepada yang kurang memerlukan atau yang langsung tidak memerlukan.
Lalu aku rasa pokok bunga jambul ayam yang aku ada kini terlalu pemurah sehingga terpaksa aku musnahkan anak-anak benih yang memenuhi banyak pasu-pasu di sekeliling. Naik risau pula bila terlalu murah dia memberi benih tanpa diminta.
|
Merata - Benih bunga merata pasu ia tumbuh. Banyak pasu yang berdekatan akan ditumbuhi dengan benih bunga ini. Terpaksa dicabut dan buang seperti rumput. Kalau dibiarkan pasti tidak muat pasu untuk menampungnya. Biji-biji hitam itulah benihnya. Musim hujan mudah saja benih akan jatuh dan tumbuh. |
|
Gebus - Inilah pokoknya. Bermula dari benih yang tumbuh sendiri dan menumpang di pokok bunga puding ini. Tetapi akhirnya dia hidup lebih subur dari pokok asal di pasu ini. Buat masa ini ada tiga pasu duduk menumpang di rumahku. |
Pokok bunga aku ini bukan saja tidak henti berzikir tapi sangat pemurah memberikan benihnya tanpa henti. Pemurah poko tidak sama dengan kita manusia. Pemurah bukanlah dilihat dengan memberi wang yang ada kepada yang memerlukan saja. Islam memandang luas konsep bersedekah sebenarnya, seperti melakukan kebajikan yang diperlukan oleh insan lain tidak kiralah ianya berupa zahir mahupun kerohanian.
~~ Bersedekahlah kamu sekelian, biarpun hanya sebiji tamar kerana sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan sepertimana air yang mampu memadamkan api" Sabda baginda nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.~~