Showing posts with label Janji. Show all posts
Showing posts with label Janji. Show all posts

Thursday, December 17, 2015

Perjalanan hujung tahun 2015

Termangu seketika. Aku hilang jejak sebenarnya apabila sejak Sabtu hingga Rabu TITISAN NURANI ini hanya dijenguk sekali-dua saja. Mengikut rentak anak-anak. Memilih hari yang dirasa tidak sesak lalu kami mengatur langkah keluar dari kesibukan JB.

Adik dengan Mak Uda - Bermalam di rumah kampung Batu Pahat terus bertolak ke tempat ujian kelayakan buat adik di Muar. Singgah di rumah Mak Uda di Muar untuk tukar baju sekolah sebagaimana yang telah disyaratkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Periksa lagi! - Di dalam dewan peperikasaan lagi sebelum sessi ujian Komputer bersama-sama dengan calon-calon lain. Masa inilah boleh kedengaran macam-macam dialek utara, pantai timur semua ada. Mendengar perbualan mak-ayah yang menghantar tahulah kami calon yang datang dari seluruh Malaysia.
Sessi terakhir - Keluar dari ujian di makmal komputer menuju sessi terakhir ujian temuduga. Perbualan dikehendaki menggunakan bahasa Inggeris.  Usaha sudah dilakukan tinggal menanti ketentuan Allah. Ada rezeki dapatlah andai tidak kenalah redha sebab terlalu ramai yang mendapat 5A.
Selesai ujian keseluruhan dan temuduga adik jam sudah menunjukkan 4:30 petang. Meneruskan perancangan percutian akhir tahun yang tinggal bersisa beberapa hari saja lagi kami teruskan perjalanan. Mama-papa mengikut saja hala tuju yang diminta oleh anak dara berdua. Mereka memilih destinasi, mereka juga yang memandu arah menggunakan wase.

Mee bandung - Singgah di Sungai Rambai Melaka mengisi perut dengan mee ini. Sementara itu bolehlah adik menukar uniform sekolahnya dan kami singgah mencari tempat untuk menunaikan kewajipan sebagai hambaNya.
Bermalam - Tiba di Melaka sudah hampir maghrib. Singgah mencari tempat bermalam yang terdekat dengan Melaka Night Safari yang anak-anak mahu kunjungi lalu dapatlah kami di D'Village Resort.  Setelah berbincang kami memlilih rumah yang dua bilik. Ini untuk mama-papa. Ada tv, fridge, coffe set dan seperti biasalah. Fridge dan tv langsung tidak di sentuh . 
Bilik anak-anak - Kak Meen dan adik berdua di sini. Kak Reen jauh dimata dekat dihati. Sayu juga hati tapi sekarang peluang utk kumpul semua sudah sukar diperolehi. Nasihat pada yang punya anak-anak masih berkumpul lakukan percutian bersama sewaktu anak-anak masih bersekolah rendah/menengah. Bila sudah ke kolej/universiti sudah susah sebab cuti sudah tidak sama. Patung Mr. Bean itu bukan d'Village berikan, tapi adik punya membeli sewaktu di Penang tempohari.
Kopi papa - Keletihan memandu papa pekena dengan secawan kopi yang disediakan. Lain-lain kami tidak sentuh pun.
204 - Ini nombor rumah yang kami dapat. Diberikan juga kepada kami voucher untuk sarapan pagi. 

~~ Perjalanan dulu bila sesat terus mulut dibuka untuk bertanya. Sekarang duduk di dalam kenderaan wase menjadi penunjuk arah jalan sehingga ke destinasi. ~~




Thursday, February 5, 2015

Aku-janji bersama demi meraih kejayaan

Seperti tahun-tahun sebelumnya kali ini adik pula membawa surat dari pihak sekolah untuk kami para ibu-bapa melihat secara langsung dan lebih memahami program yang telah disusun oleh pihak sekolah untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperikasaan UPSR tahun ini. Adik pastinya tidak mahu mama-papa tertinggal sama. Walaupun ketika berada di sekolah langsung kami tidak berpeluang bertemunya. Program adik bersama kawan-kawan sudah disusun rapi pihak sekolah. Aku puji sistem pentadbiran sekolah adik. Hanya Allah jua yang membalas jasa-jasa semua warga sekolah yang tidak pernah kenal erti penat demi anak-anak kami semua.
 
Pagar sekolah - Tepat jam 10:00 pagi pagar sekolah dibuka pengawal. Para penjaga yang menanti di luar sedia masuk.
Adik & rakan - Semua pengawas tahun 6 naik ke pentas sebagai wakil murid. Lain-lain murid berdiri di bawah turut sama bediri membuat ikrar aku-janji memikul tanggungjawab untuk meraih kejayaan yang diimpikan.
 
Selesai anak-anak membuat aku-janji, pihak ibu-bapa pula mengambil tempat dan akhir sekali warga pendidik sekolah. Bila diri kian dipagut usia tua, mudah benar airmata mahu mengalir dari pelupuk mata kala terpahat ikrar aku-janji yang dilafazkan. Terasa ada tanggungjawab yang perlu digalas dengan sempurna sepertimana yang diikrarkan. Terharu dengan kesungguhan para guru. Tinggi harapan mereka. Tahun Kak Reen dulu merupakan tahun terbaik tercatat dan sehingga kini belum terpecah lagi rekod tersebut. Harapan pihak sekolah tahun adik ini mampu memecahkan pencapaian rekod tahun Kak Reen dulu.

~~ Tahun 2015 merupakan tahun terakhir UPSR kerana tahun hadapan anak-anak sudah dengan sistem KSSR.~~


Tuesday, August 19, 2014

Islam pasti akan bangkit

Jalan-jalan mencari keperluan anak-anak tiba-tiba mata adik tertancap pada hamparan bendera yang satu dunia tahu akan kezalimannya di atas lantai pintu masuk salah sebuah kedai. Kami sudah biasa ke kedai ini. Kedai membuat cenderahati dan keperluan sekolah anak-anak. Tanda protes tuan empunya kedai tersebut terpancar dengan jelas seperti apa yang kita rasakan juga.

Emosi - Bila nampak ini kami bersama 'pijak' juga tanda hilang rasa hormat dan marah kami atas kezaliman mereka. Kaki comel setokin hitam itu adik. Kasut hitam, baju hijau itu Mak Zah, Kasut coklat sebelah kanan itu Kak Meen dan sandal warna cream siapa lagi,  akulah.
Biarpun protes di sana-sini tapi keegoan mereka benar-benar mencabar kesabaran umat Islam. Semalam group WhatsApp aku ada menitipkan gambar seorang bayi yang bermata satu lahir di sana. Samada ianya benar atau tidak tapi sudah cukup membuat aku beristighfar panjang. Masya-Allah sudah terlalu dekatnya akhir zaman dunia ini. Bersama kita renungkan kejadian itu.

~~ Sesungguhnya janji Allah itu benar bahawa Islam pasti akan bangkit juga akhirnya.~~


Friday, April 26, 2013

Janji sudah ditepati

Sudah menjadi bagaikan tradisi dalam keluarga andai berjaya dapat hadiah. Oleh kerana anak-anak aku ulat membaca buku cerita/novel (alangkah baiknya kalau buku pelajaran) jadi hadiah diberi biasa adalah buku cerita/novel. Dari anak sulung lagi janji andai dapat nombor satu hadiah berupa novel 5 buah, nombor dua dapatlah 4 buah. Manakala andai nombor tiga mendapat 3 buah seterusnya 2 buah dan satu saja jika mendapat nombor empat dan lima. Lebih dari nombor lima maaf tidak ada hadiah. Sebab kalau nombor 6 kami menganggap murid yang duduk di kelas ke dua pun lebih baik dari itu.

Courier Service - Pesan dari Ana Muslim Distributors. Tiga minggu pesan baru tiba.

Papa bayar - Beli bukan kerana dapat nombor dua tetapi papa yang menurut kehendak adik yang merengek-rengek. Isi borang, tulis cek dan pos. Tetapi tibanya dua hari sebelum bertolak ke tanah suci jadi di tinggal lama. Balik baru dia membaca tidak henti.

Mama bayar - Memenuhi janji kerana naik sekolah baru adik tahu keputusan peperiksaan. Oleh kerana dapat nombor dua kenalah mama belikan lagi 4 buah buku buatnya. Sengih besarlah dia sebab dalam bulan ini adik ada 8 buah buku cerita.
Buat semua yang ada orang dipertangungjawabkan di bawahnya bila berjanji kenalah tunaikan.

~~“Sesungguhnya akan datang pada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan, seorang pembohong dikatakan benar dan seorang yang jujur dianggap berbohong, seorang pengkhianat dikatakan amanah dan seseorang yang amanah dianggap khianat, dan pada ketika itu Ruwaibidhah akan berbicara.Ditanyakan kepada baginda, “Siapakah Ruwaibidhah?” Baginda menjawab, “Orang yang lekeh iaitu tidak berilmu berbicara tentang urusan umat manusia.” (Musnad Imam Ahmad).~~


Thursday, January 10, 2013

Bila yang memotret tidak ada seni

Bertiga lagi - Selesai rakaman di RTM sudah tengahari kenalah membawa mereka makan  di sini (hutan bandar). Sewaktu makan itulah mereka berpakat mahu singgah di Taman Merdeka. Papa setuju mama pun kenalah ikut juga.
Tasik Merdeka - Dekat saja dengan RTM. Dengan tiada apa-apa kelengkapan boleh sibuk hendak singgah di sini sebab mata masing-masing sudah nampak ramai orang ke sini sewaktu pagi menuju ke RTM. Tambahan pula Pn Yatie juruteknik RTM pun mahu membawa anaknya ke sini.

Teratai - Kalau gadisBunga atau Daddy Ziyyad yang capture mesti terpegun siapa yg melihat. Ini tangan yang tidak berseni beginilah hasilnya..

Jauh - Aku dan hubby menunggu di gazebo yang disediakan. Mereka nun ke sana. Berjanji rakaman akan datang sedia bawa baju boleh mandi di sini. Sekejap mereka bermain balik menuju kereta dengan berkaki ayam. Dengan seluar masing-masing basah itulah mereka masuk kereta dan balik.

Modelling - Mata nakal aku tertancap pada model yang sedang posing (jauh dari tempat kami duduk). Satu perempuan berposing dengan 6 lelaki yang menjadi jurukamera. Geleng kepala hubby melihat. Sekali tengok boleh tapi  jangan berkali-kali lain jadinya. Apa yang gelihati model itu berdiri pusing sana-sini. Jurukameranya sampai terlentang, meniarap, berbongkok, cangkung hanya kerana mahu mengambil gambar si model itu. Gelihati melihat mereka.
~~ Buat mereka yang berseni pasti merasa tempat ini cantik tapi buat aku dan hubby yang tidak ada estetika seni tidak dapat menilai dimana seninya itu.~~

Monday, December 3, 2012

Sebulan sebelum 2013 menjelma

Akhirnya di sana aku temui semua ini.

Anak-anak - Bila mak-ayah sibuk berbicara anak-anak buat cerita masing-masing. Anak berbaju  kuning ini susah betul diajak berfofografi kalau bukan dengan mummy dan daddy dia. Si comel berbaju putih ini tidak mahu dengan orang lain selain ibunya sendiri - manja betul. Tiga anak dara comel ini pula bagaikan telah kenal lama.
Anak-anak lagi - Anak aku yang suka si comel ini. Si baju merah Iffa tidak mahu di pegang. Lihat mata anak Ben Ashari ini - bagai tahu dia jadi perhatian. MommyZZ yang cute dengan gadisBunga. Zayyan pada hari itu sedondon dengan kakak gadisBunga - baju hitam+putih. Lihat gelagat tiga hero ini. Zayyan kata "jangan ingat kau anak blogger terkenal boleh suka-suka mahu ambil kipas saya- sorry ini saya punya" Hebat juga Zayyan ini. Si abang Ziyyad khusyuk dengan game tidak jemu-jemu.
Balik - Semua sibuk mencari kasut. Dua hero comel ini bukan main berdikari tidak mahu dipakaikan kasut. Si adik pula melihat "pandilah abang saya". Adik anak aku posing di kereta antik CMG. Perkarangan rumah ini kami tinggalkan dengan memori indah terpahat di hati.
Makanan - Banyak hidangan tetapi ini saja yang anak dara aku captured. Ada lagi tapi gambarnya blur.
Gelagat - Dua anak dara sedang sibuk mempotret triffin biru CMG. Sebahagian blogger yang hadir. dan tidak ketinggalan posing-posing mak dara pada hari itu - ada dua anak dara di situ jangan lupa.

~~ Mohon kemaafan atas segala kekurangan dari aku  dan terima kasih pada semua yang menggembirakan  aku pada hari itu. Moga ukhuwah berpanjangan.~~

Monday, November 26, 2012

Indahnya pertemuan petang itu

Sabtu lepas aku bekerja setengah hari. Melalui perbualan di telefon kami akan bertemu selepas zuhor untuk menuju ke Expo Buku tajaan Popular. Sama-sama mahu mencari buku. Aku perlu mencari peluang begini kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah. Daripada makan angin tetapi duduk di hotel kerana membaca novel, lebih baik membeli novel sebanyak yang mereka mahu dan membacanya saja di rumah. 

Pertama kali bersua - Inilah teman blog yang baru aku temui. Kami tinggal tidak jauh mana tapi belum pernah bersua muka. Nur_nba seorang guru yang dedikasi seperti yang terserlah melalui bolgnya.
Bertemu-ramah - Adik biasalah banyak soal-jawab bila bertemu orang baru.
Air - Cantik airnya. Warna-warni. Macam-macam nama indah diberikan di Sedap Corner ini. Air pilihan aku selasihku sayang. Hubby saja yang minum air kopi panas.
Roti jala - Aku berkongsi ini biar kasih berpanjangan.  Tanda minat juga sama untuk berblog. Bezanya aku suam-suam kuku tetapi tidak pula Nur_nba yang rajin.
Nurienne dan Papa punya - Terlupa tanya apa nama menu ini. Adik makan nasi lemak manakala Yasmien makan spaghetti. Keduanya pun lupa dicaptured sebab aku asyik berbual. Anak-anak biasa tahu tapi kali ini bagaikan mengikut rentak mama yang lupa untuk merakam gambar.
Jelly dalam air - Macam cool-blog yang selalu ada dijual tetapi ini bersaiz lebih kecil. Anak-anak suka. Semua makan-makan ini Nur_nba yang belanja. Tidak menyempat hubby mahu membayar.
Cenderahati - Bukan satu, bukan dua dan bukan tiga tapi tidak terkira. Buku doa saja sudah beberapa muka surat, asma-ul-husna dan ma'thurat lagi. Begitu juga yang jadi koleksi keluarga rantai kunci dan fridge magnet ada diberikan olehnya.
~~ Terima kasih kami buat Nur_nba. Semoga ikatan persahabatan ini berpanjangan. Kepada yang ingin berkenalan bolehlah jejaki blog beliau di sini.~~

Wednesday, June 29, 2011

Janji sudah ditunaikan

Setelah lebih 16 tahun aku tidak menjejakkan kaki di panggung wayang hari itu sekali lagi kaki aku telah menjejakkan kaki ke panggung wayang hanya kerana menunaikan janji. Janji kalau dapat keputusan peperiksaan yang baik sebagaiman target telah menepati sasaran. Balik kampung Batu Pahat hari itu kami singgah di Pacific Mall dipanggil juga Batu Pahat Mall. Rasa janggal juga sebab terlalu lama tidak pergi. Sama ada teman semua percaya atau tidak itulah kali pertama aku membawa anak-anak ke panggung kerana mereka tidak pernah tahu bagaimana yang dikatakan panggung wayang. Kesian anak mama....
Perkarangan BP Mall - Tiba di sana kenalah bawa Abang Cik (anak saudara hubby - berdiri belakang Yasmien) sebab kami tidak tahu di mana kedudukan panggung tersebut. Mak Zah mereka tidak pernah ketinggalan turut ikut sama.

Urut badan - Sementara menanti masa tayangan hubby duduk mengurut badan di kerusi urut. Anak dara yang dua ini mana boleh lihat papa dia relax. Konon mahu mengurut papa dia sebagaimna kalau mama dia buat facial muka. Habis juga 5 ringgit kerana hendak sedapkan badan dan berurut lama sikit itulah jadinya. Kalau tidak silap aku bayaran dikenakan seringgit untuk tempoh 3 minit. Nasib baik anak-anak punya urutan tidak dikenakan bayaran.

Miasara - Budak mongel inilah yang sangat-sangat disukai keluarga kami. Tapi masa ini belum ditayangkan lagi. Kami menonton KL Gangster. Entahlah penilaian masing-masing sebab aku kurang berminat dan tidak pandai membuat penilaian.

Tiket - Jumlah keseluruhan RM 64/-untuk kami semua. Adik bergaya dengan tiket-tiket tersebut. Maklumlah tidak pernah nampak pun tiket wayang.


Gembira - Sebelum masuk panggung masing-masing sudah teruja mahu masuk kerana kami tiba cepat. Mereka berdua ini dikenakan harga kanak-kanak sebab bawah 12 tahun.


Tayangan serentak - Waktu ini cerita 3,2,1 Cinta pun ada ditayangkan. Tapi aku bimbang cerita ada babak yang tidak sepatutnya, maklumlah cerita cinta lalu biarlah aku pilih yang lasak kerana aku tahu anak aku tidak pandai bergusti. Oleh sebab itulah kami pilih KL Gangster, arahan anak Yusuf Haslam.
Silent mode- Gara-gara silent mode telefon berbunyi tidak disedari ditambah suasana dalam panggung yang bingit. Uhhh.... tak sanggup aku.

Play Station - Keluar panggung masuk pula tempat permainan kanak-kanak. Wah.... adik apa lagi sebaik pakai gelang pelekat masuk bermain hingga berpeluh-peluh walau di dalam bilik berhawa-dingin

Permainan - Macam-macam alat permainan ada. Kapal jet, kapal terbang, replika binatang semuanya ada untuk mereka bermain. Kelihatan di belakang terdapat juga tempat untuk bermain lompat-lompat, slides dan sebagainya semuanya menjadi tarikan.


Rumah kecil - Adik kata ini rumah repunzel yang berambut panjang. Membayangkan dia macam repunzel seperti yang dikisahkan dalam buku cerita dia.



Oleh kerana belum bersolat zuhor lagi, jam 1:45 kami tinggalkan BP Mall dan belum pun jam 2:00 petang kami telah tiba di rumah kampung. Pendedahan pertama kali ke panggung buat anak-anak amat melegakan kerana janji telah tertunai. Itupun terasa kurang kerana yang sulung tidak dapat ikut lantaran ia berada di asrama. Untuk pergi lagi bagaikan tidak sanggup. Lain kali kalau hendak pergi biarlah mereka pergi bersama-sama sepupu-sepupu mereka. Aku sebenarnya kurang berminat kerana kalau boleh hari cuti aku mahu baring-baring saja.





Friday, April 1, 2011

Hadiah Papa

Hampir seminggu ruang tamu kini ada perhiasan baru. Ada nyawa-nyawa yang perlu dijaga rapi. Lengkap dengan persembunyian dan taman mini buat keselesaan yang menghuni.

“Papa janji kalau dapat nombor satu sampai tiga baru boleh beli”. Tuntutan dari apa yang dijanjikan itulah menjadi penyebab ada nyawa-nyawa kerdil perlu diperhati dan dijaga saban hari. Lima ekor ikan dalam satu balang manakala satu balang lagi menempatkan dua ekor kura-kura kerdil. Aku sekadar membiarkan apa yang dituntut dan ditunai oleh penghuni rumah aku itu tanpa banyak bicara. Aku juga tidak melayan apabila pada hari pertama dua anak bersama papanya merangkak-rangkak mencari satu kura-kura yang terlepas keluar dari balang akibat terlupa menutup balang tersebut. Kura-kura tersebut merangkak hingga ke bawah meja computer sedangkan balang terletak di atas rak-rak VCD. Sebaik kura-kura dijumpai kedengaran derai tawa kegembiraan.

Sebelum itu aku sudah berkata usah dijanji benda-benda begitu. Menyangka sebab markah yang diperolehi banyak tidak mencecah 95-100 seperti selalu maka janji itu diberi. Buat aku berjanji membeli novel adalah suatu yang lebih mudah dan pasti tidak membebankan. Kalau membeli 5 buah novel untuk nombor satu, 4 buah novel kalau nombor dua dan 3 buah novel kalau nombor tiga cukup senang. Lihatlah saja rentetan daripada berjanji dengan jumlah berapa ekor ikan dan kura-kura sebagai hadiah.

Inilah akibat berjanji dengan benda hidup kenalah masing-masing menjaga nyawa-nyawa tersebut. Sekarang selain kami papa-mama yang mereka temui untuk memberi salam waktu hendak tidur, bangun tidur dan pergi sekolah, pada binatang belaan masing-masing juga tidak dilupakan. Kalau boleh dicium pun agaknya mahu dicium juga belaannya itu. Aku pun tidak pasti berapa lama nyawa-nyawa ini boleh bertahan.



Titisan: Dia kelelahan. Panjang rentetan perjalanan yang dilalui tidak disedari. Terjaga dari lena baru dirasai jari-jemarinya sakit, tubuh terasa longlai sekali kerana terlalu banyak tenaga digunakan di sepanjang ruang-ruang masa yang dilewati tempohari. Lama dia melabuhkan punggung bagi menghilangkan kelelahan itu. Dia termangu lesu.....