Showing posts with label Great Allah. Show all posts
Showing posts with label Great Allah. Show all posts

Tuesday, February 21, 2017

Berkejaran masa hingga kerugian

Hujung minggu yang agak bercelaru. Berkejaran melakukan setiap yang sudah terpahat di minda. Selesai satu agenda berkejar buat yang satu lagi. Bermula bangun pagi dengan menggoreng nasi sebagai hidangan sarapan pagi dan Hubby pula mencuci baju. Selesai itu mengambil bawang-bawang, ikan bilis dan cili untuk diolah sebagai kegunaan seminggu. Hubby pula berkejar melihat rumah yang belum siap untuk direnovation. Tuan rumah memberitahu sebelum hujung bulan perlu disiapkan semua kerana si anak sudah mahu berpindah rumah tersebut. 

Selesai yang satu berkejar pula ke hospital memenuhi temujanji untuk fisio jari aku yang tidak ada perubahan lagi.  Selesai fisio hantar Mak Zah pergi mengambil ubatnya. Kemudian terus berkejar ke Tabung Haji menguruskan pusaka allahyarham bapak. Selasai di sini memandu pula terus ke TM Point untuk upgrade wifi di rumah yang sudah semakin lembab taliannya. Seringkali bila surfing tiba-tiba hanging. Jalan terbaik ikut kata anak-anak upgrade sajalah. Berjam juga berada di TM Point. Mujur juga masuk waktu solat sekarang agak lewat. Makan tengahari itu kami di warung saja. 

Masak untuk makan malam badan sudah letih. Untuk defrost ikan yang beku di peti ais pun malas. Cepat saja tangan mencapai ikan di dalam tin ๐Ÿ˜€kerana inilah kerja paling cepat dan mudah. Makanlah ala kadar apa yang ada.
Hidangan 1 - Sardin letak cili dan bawang-bawang saja. Bukan sambal tumis pun. Sayur kailan juga tumis-tumis saja.

Hidangan 2 - Telur dadar letak bawang dan cili saja. Daging beryani seketul ini baki semalam punya hidangan tidak habis dipanaskan.
Betapa dunia akhir zaman ini  manusia termasuk aku sendiri ini sentiasa berkejar dengan masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Merenung dalam diri sendiri betapa aku berkejaran ke sana-sini semua kerana duniawi. Azan berkumandang masih duduk berurusan dengan TM Point. Selesai urusan sibuk mengisi perut hingga pembersihan rohani dikemudiankan. Hampir jam 2:45 petang baru mendirikan solat zuhor selepas makan. Lihatlah makan diutamakan. Allahuakbar!!

~~ Sering terjadinya insaf dalam diri setelah ianya berlaku baru tersedar.~~


Friday, February 17, 2017

Keputusan SDKA vs UPKK

Petang semalam ketika sedang bersiap sedia untuk balik dari pejabat telefon berdering lagi mohon diangkat. Kedengaran di hujung talian suara adik. Keputusan SDKA (Sijil darjah khas agama negeri Johor) sudah keluar. Tetapi sebab adik berada nun di asrama dan hanya akan balik pada cuti semester bulan Mac kelak, pastilah dia mahu juga tahu keputusannya dulu. Waktu untuk sekolah agama tempat adik menduduki peperiksaan biasa berakhir pada jam 6:00 petang. Terus saja aku meminta bantuan hubby untuk ke sekolah mengambil keputusan peperiksaan adik.

Alhamdulillah adik mendapat pangkat satu, walaupun pembelajaran adik banyak tersekat sebab adik tidak dapat belajar penuh setiap sabtu. Ini kerana apabila balik JB sebulan sekali baru dapat ke kelas yang hanya diadakan pada setiap hari Sabtu. Oleh sebab itu walaupun aggregat adik berbelas kami tetap bersyukur. Al-Quran adik dapat 1. Lain-lain banyak 2 dan 3. Ada satu mata pelajaran adik iaitu Faraidh adik dapat 9. Kena ketawakan kakak๐Ÿ˜€


Selain membawa slip keputusan peperiksaan pihak sekolah juga menyampaikan surat jemputan untuk kami menghadirkan diri di hari konvokesyen yang akan dilangsungkan pada 22 Mac akan datang. Pembayaran dan keputusan kehadiran perlu diserahkan sebelum akhir bulan ini. Cantik perancangan sekolah adik sebab rata-rata yang mendapat keputusan seperti adik semuanya berada di sekolah berasrama penuh. Tiga kawan baik adik semuanya juga sama. Seorang di MRSM Pontian, seorang di Sek Tun Fatimah dan seorang lagi di Maahad Mersing.



Aku tahu adik lega sebab mendapat keputusan yang sama dengan dua kakak-kakaknya dulu. Tidaklah rasa rendah diri jika pencapaian tidak sama. UPKK pun adik dan kakak mendapat 8A. Semoga menjadi pemangkin semangat untuk adik terus gigih dalam pembelajarannya. Pihak sekolah adik sudah tentu lebih gembira lagi apabila diwartakan sebagai sekolah terbaik tahun ini untuk zon kawasan kami,


Sebenarnya bukan adik saja yang lega, Makan tenghari ini pun aku rasa berselera. Hari ini aku membawa bekal nasi ayam. Ambil gambar pagi tapi makan tengahari nanti.

~~ Anak gembira ibu-bapa dan guru-guru berlebih lagi gembiranya.~~

Friday, February 10, 2017

Naluri anak perempuan vs naluri ibubapa

Biar besar mana pun anak naluri seorang ibu-bapa tetap merasa anak masih perlu pemantauan. Begitulah selagi nadi masih berdenyut dan ada nafas tetap merasa anak-anak perlu dinasihat. Aku teringat almarhum bapak walaupun sudah terlantar dan abang aku (abah Din) sudah tua pun sebab sudah pencen tetapi bila masa bapak hendak bersolat mesti bertanya " Wes solat?" bermaksud "Sudah bersolat?". Hakikatnya bapak waktu itu sudah kurang peka dengan waktu sebab itu belum masuk waktu pun sudah bertanya. Dia tidak sedar sebenarnya kita yang sering mengingatkan dia ketika mahu mendirikan solat sebab dia sudah tidak dapat membezakan antara waktu zuhor dengan asar, maghrib dengan isyak. Sering kita yang mengingatkannya."Sekarang bapak solat zuhor ye." Itulah contohnya. Tetapi itulah dikatakan sebagai ibu-bapa dalam keadaan uzur masih ingat lagi mahu mengambil tahu hal anak.

Tempohari apabila anak dara aku menghulurkan duit setelah mendapat gaji aku terkedu. Aku berkata "Tak payahlah mama lebih dari cukup". Tapi dikatakan dia sudah niat apabila sudah mendapat gaji dia pun mahu menjadi seperti mama/papanya juga yang memberi sedikit imbuhan buat atok dan neneknya dulu. Aku sedih sebenarnya sebab mahu dibandingkan apa yang dia dapat berbanding dengan aku jauh panggang dari api. Tetapi sebagai memenuhi kehendaknya aku ambil juga walau tanpa diketahui ada sendu di hatiku ini. 

Mungkin naluri anak perempuan begitu sebab aku juga anak perempuan dan aku dapat merasakan anak aku punya rasa seperti apa yang aku rasa dulu. Apa yang membezakan aku dilahirkan dengan serba kekurangan. Anak sekarang celik mata semua serba ada. Hanya kasih dan sayang itu tetap sama. Keinginan mahu memberi kepada ibu-bapa tetap ada. Naluri anak yang sudah matang itulah yang sama. Namun sebagai ibu-bapa rasa tanggungjawab ke atas anak-anak tetap ada selagi nadi berdenyut dan belum dijemput izraeil sebagaimana almarhumah mak dan almarhum bapak dulu.

Anak perempuan - Kesemua anak-anak kami aka cucu perempuan bapak yang masih dibawah tanggungan mummy/mak/mama masing-masing. Moment ketika meraikan salah seorang sepupu perempuan yg sudah dimiliki seorang Adam baru-baru ini


ูˆَุงุนْู„َู…ُูˆุง ุฃَู†َّู…َุง ุฃَู…ْูˆَุงู„ُูƒُู…ْ ูˆَุฃَูˆْู„َุงุฏُูƒُู…ْ ูِุชْู†َุฉٌ ูˆَุฃَู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ุนِู†ْุฏَู‡ُ ุฃَุฌْุฑٌ ุนَุธِูŠู…ٌ
  

Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya disisi Allahlah pahala yang besar.” (Al-Anfal ayat 28).

~~ Sekadar renungan bersama.~~


Wednesday, February 8, 2017

Warna-warni dedaun

Sebagaimana rencah kehidupan yang penuh dengan warna-warni, begitu juga dengan hasil ciptaan Allah terhadap dedaunan yang indah untuk dijadikan hiasan halaman. Sekali lagi aku paparkan warna-warni dedaunan dari pokok bunga puding di rumah kakak aku.

Warna-warni 1 - Jejalur kecil bagaikan rumput tetapi penuh dengan warna-warni. Ada pink, kuning, hijau, oren dan merah.
Warna-warni 2 - Bentuk daun bagai daun maple. Lebar juga hanya pecahannya tiga saja. Daun maple satu warna tapi yang ini berwarna-warni.
Warna-warni 3 - Pokok ini ada dua species. Satu kuning dan hijau tapi satu lagi warna-warni. Ada merah, oren, coklat, hijau dan kuning. Gabungan banyak warna itulah yang menambah cantik ditanam.
Warna-warni 4 - Bentuk bundar dan sedikit berputar menambah cantik pokok ini. Sewaktu muda daunnya hanya satu warna iaitu hijau, tetapi bila sudah matang ia mengeluarkan warna begini.

Warna-warni 5 - Bentuk daun ini juga bundar tapi pendik. Warna yang mendominan warna hijau dan merah. Tetapi ada juga sedikit kuning dan coklat.

Warna-warni 6 - Menariknya pokok puding yang ini daunnya lebar. Background warna hijau tetapi setiap daun ada yang bertitik warna kuning, ada juga yang merah dan ada juga yang pink.

Warna-warni 7 - Berbentuk runcing dan memanjang. Banyak kepada warna hijau gelap dan warna oren dan merah.

Warna-warni 8 - Keras dan berkilat tetapi licin.Sewaktu muda bahagian tepi berwarna hijau muda dan tengah berwarna kuning. Tetapi bila sudah matang hijau muda menjadi warna hijau gelap dan yang kuning di tengah menjadi merah/oren.

Warna-warni 9 - Pokok ini juga seperti yang no. 8 tetapi bentuk daunnya lebih bundar sedikit. Di atas daunnya tidak licin tetapi embossed. Boleh dirasa embossed itu berketak-ketak. 
Mempunyai halaman rumah yang luas sudah pasti satu kepuasan bila mampu membuat halaman seperti taman idaman. Ada kalanya terdetik juga di hati aku ini untuk balik kampung sebelum pencen. Mahu melihat taman seperti taman di rumah kakak ku ini.

~~ Ada orang takut dengan pokok puding kerana kaitannya dengan kubur. Tetapi sebenarnya kalau ingat kubur lagi baik boleh mendekatkan diri kepada Allah.~~


Hijau kuning dedaun

Puding ini bukan puding makanan tetapi ini merupakan species pokok bunga. Mengapa dinamakan pokok puding aku pun kurang arif. Tetapi yang pasti dedaunnya yang berbagai bentuk dan warna itulah yang menarik mata memandang. Untuk kali ini aku paparkan yang berwarna hijau dan kuning, pokok bunga puding hasil tangan kakak aku, Mama Leha.

Hijau-kuning 1 - Warna kuning mendominan warna hijau. Lebar dan keras.
Hijau-kuning 2 - Berjalur antara kuning dan hijau mengikut bentuk daun yang memanjang.
Hijau-kuning 3 - Berpintal dan bundar bentuk daunnya. Warna kuning sekadar di tepi dan alur tengah daun. Sedikit sepahan warna kuning di sana-sini.
Hijau-kuning 4 - Pecahan dua warna di atas daun yang comel. Membentuk pecahan abstract.

Hijau-kuning 5 - Daun yang panjang tirus. Tidak semua daun mempunyai rona wana yang sama. Ada yang didominan dengan warna hijau dan ada juga yang didominan dgn warna kuning.
Hijau-kuning 6 - Daun lebar panjang meliuk. Kebanyakan warna kuning berada di tengah-tengah daun. Manakala warna hijau duduk di bahagian tepinya.
Maha berkuasanya Allah daun pokok pun boleh bervariasi. Selain bau yang berbeza warna dan bentuk juga pelbagai. Begitu juga dalam berjuta-juta jenis pokok setiap satu mempunyai bentuk dan warna yang berbeza. Kalaulah ada warna merah dan biru mengikut warna JDT aku rasa padang Larkin pasti akan menanam pokok tersebut. Untuk yang ini aku rasa sangat sesuai untuk negeri Kedah.

~~ Bila hasil tanaman subur bukan hati saja puas tapi mata juga sejuk memandang.~~

Monday, February 6, 2017

Pucuk ubi bergelombang

Sebut saja kampung, terbayang di ruang mata tumbuhan yang subur menghijau. Lebih mengujakan dedaunan hijau yang boleh dimasak atau dimakan sebagai sajian hidangan. Menjadi kebiasaan juga balik kampung dengan membawa hasil dedaunan tidak boleh dipisahkan. Kali ini paparan aku kepada pucuk ubi sayur. Bukan ubi biasa atau ubi pulut yang daun runcing. Kali ini pucuk ubi yang daunnya khas untuk sayuran. Bergelombang dan bundar disetiap hujungnya. Selain cantik untuk hiasan juga enak dijadikan hidangan. 


Pucuk ubi - Inilah daun pucuk ubi yang aku maksudkan. Gambar ketiga di atas ini sudah aku ratakan bagi melihat bentuknya seperti daun ubi biasa tetapi jika dibiar daun ini bergelombang cantik.
Mask lemak - Tetapi cantik bagaimana pun apabila sudah direbus dan dimasak lemak tetap sama juga rasanya seperti pucuk ubi yang biasa. Hanya yang ini ada cepat lembut. Tidak perlu rebus lama-lama.
Padanan - Selain ikan goreng dan goreng ayam kampung. sambal udang juga menjadikan padanan secocok untuk masak lemak pucuk ubi.
Cekodok - Bila sambal masih berbaki, cekocok roti pun sedap cecah dengan sambal tumis udang. Hiris bawang, daun bawang dan daun saderi masukkan ke dalam telur yang sudah dikacau dgn sedikit garam. Gunting roti comel-comel. Gaul dan goreng. Siap! Inlah bekal anak-anak ke sekolah sewaktu mereke sekolah rendah dulu. masuk asrama semua tinggal kenangan.
Pucuk ubi ini juga boleh dijadikan kerabu/urap. Perencah biasa adalah ikan bilis goreng, cili padi, bawang-bawang, kelapa parut, garam dan sedikit gula. Setelah direbus pucik ubi, keringkan air, potong sedikit supaya tidak terlalu panjang dan gaulkan bersama semua rencah yang sudah ditumbuk/blended. Campurkan dengan sedikit taugeh dan gaul rata. Siap sedia boleh dihidangkan.

~~ Menikmati hidangan bersama keluarga sebenarnya yang membuat selera bertambah.~~

Monday, January 23, 2017

Umat Muhammad di akhir zaman

Forum bersempena bulan rabiul-awwal malam Ahad yang lalu menjentik banyak hati-hati kami sebagai jemaah malam itu. Kupasan yang dibawa oleh ustaz-ustaz jemputan kami bukan saja membuka kedua mata kami bahkan juga mata hati kami dengan seluas-luasnya. 

Isu fahaman mazhab yang berbeza sehingga mampu memporak-perandakan silaturrahim sesama umat Muhammad kian menjadi-jadi. Pertelagahan bukan saja dikalangan rakan-taulan, keluarga, di dalam rumah ibadah bahkan menular sehingga ke media alam maya. Contohnya masalah letak tangan selepas takbiratul-ihram. Ada yang mengatakan terbaik letak di atas dada. Ada juga kata letak di atas pusat. Ada juga yang kata tidak perlu letak tangan di atas. Semua ini kalau kita perhatikan boleh dilihat ketika kita berada di masjidil-haram atau masjidin-nabawi. Mengapa isu remeh ini yang disibukkan. Letak tangan mana pun tidak menjadi masalah. Tapi yang menjadi masalah sebenarnya kaki. Tahu mengapa dikatakan kaki yang jadi masalah. Sebab sebaiknya bawalah kaki itu bersolat di masjid bukan di rumah (bukan bermakna solat di rumah tidak boleh tetapi ganjaran solat di masjid 27 kali ganda). Letak tangan selepas takbir itu tidak menjadi masalah. Sebaik ustaz berkata demikian sudah pasti ramai jemaah yang tergelak dan menggangguk setuju akan kebenarannya.

Umat Islam hari ini kian tercabar dan dicabar keimanannya. Mereka yang dikatakan ilmuan tapi ada kalanya bila godaan syaitan tidak dapat ditangkis dengan hal yang sedikit mampu menjerumus ke lembah hina. Seorang agamawan yang telus pun boleh dipersendakan hanya dengan hujung jari sehingga akhirnya kerjaya disandang terjejas. Contohnya seorang ustaz yang gigih berdakwah memberi contoh cara bersyukur kerana dikurniakan rezeki dengan mencium buah epal. Tetapi bila keluar gambar di alam maya gambar ustaz mencium gambar wanita. Semua ini tidak mustahil di era zaman ini apa pun boleh dilakukan janji mendapat kepuasan. Dosa pahala semua tidak menjadi soal. 

Jika mahu dikupas isu umat Muhammad di akhir zaman terlalu banyak hingga ada kalanya bagai menggugat keimanan yang terlalu nipis. Berlai-lari ke sana-sini saban hari sambil dalam hati berfikir akan bertaubat tahun hadapan. Tahun hadapannya begitu juga azam dibuat. Akhirnya azam dari usia belasan tahun berpanjangan sehingga usia pencen. Bila pencen dengan kudrat sudah tidak segagah dulu mahu membuat ibadah berlebihan sudah tidak mampu. Akhirnya ketika izraeil datang menjemput roh menjerit mohon dikembalikan kerana terasa bekalan belum mencukupi. Allahurobbi!!
Forum - Ustaz-ustaz inilah yang menyampaikan tazkirah di malam tersebut. Lontaran suara ustaz Datuk Dr. Izhar dan Ustaz Mohd Rifqi tidak perlu dipertikai. Khusyuk para jemaah sehingga suara anak-anak kecil juga tidak kedengaran. Semua tekun mendengar dari awal hingga akhir. Ustaz Mohd Rifqi merupakan ustaz yang mendapat anugerah Maal Hijrah Johor pada tahun lepas. Ustaz Dr. Izhar siapa pun kenal manakala Ustaz Luqman merupakan ustaz di Jab. Agama Islam Johor dan selalu memberi tazkirah kami selepas solat maghrib.

~~ Ilmu, musyawwarah dan taqwa tiga yang perlu ada dalam diri kita semua sebagai umat Muhammad di akhir zaman. Moga kita menjadi umat yang mendapat syafaatnya. Allahumma solli 'alasayyidina Muhammad.~~



Friday, November 11, 2016

Penyakit duniawi

Semoga kita dijauhkan dari penyakit dunia yang serba mencabar kini. Kebingungan yang tidak ada putusnya. Kesibukan yang tidak ada penghujungnya. Keperluan yang sentiasa dirasakan tidak cukup. Akhir sekali angan-angan yang tidak ada kesudahan walaupun seringkali dikatakan berangan tidak perlu dibayar tetapi sesungguhnya ia sudah menjadi salah satu penyakit dunia.


Bunga raya di halaman rumahku - Sekadar untuk tatapan mata

~~ ... sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal" (Al-Mukmin:39) ~~



Tuesday, November 8, 2016

Musim tengkujuh bagaikan winter

Cuaca ketika balik menghantar adik balik baru-baru ini. Memandangkan hari adik balik papa bertugas, maka mamalah mengambil-alih menghantar adik dengan meredah hujan lebat. Melihat dua kali kenderaan pacuan empat roda yang menjunam masuk ke dalam longkang buat hati mama kecut. Hujan lebat kenderaan besar sajalah yang berani memandu laju. Memandangkan mama hanya menggunakan kereta selalu pergi kerja kenalah memandu mengikut belakang kereta-kereta lain. Kalaulah tahu kena meredah banjir begini sudah pasti mama memandu 4WD papa.
Pemanduan - Apabila dengan keadaan hujan yang lebat, jalan digenangi air, kenderaan pula bertali arus rata-rata tidak ada yang berani memotong. Tumpuan penuh kepada laluan kenderaan yang dipandu. Lihatlah berapa laju pemanduan aku? Hanya 40km/jam. Bermakna kereta di depan dan belakang aku juga lebihkurang begini.
Semoga dalam keadaan cuaca sejuk begini anak-anak yang menduduki peperiksaan tetap cergas, kuat dan bersemangat untuk menjawab semua soalan. Melihat ada anak yang bertongkat kerana terlibat dengan kemalangan sebelum peperiksaan rasa belas pula. Semoga ujian itu membuat dia lebih kuat dan tabah menghadapai cabaran.

~~ Pergi kerja sejuk meredah embun pagi. Tiba di pejabat sejuk di dalam airconditioner. Masa balik pula sejuk meredah hujan lebat.~~


Monday, November 7, 2016

Makan ubat ingat tauhid

Demam masih bersisa tetapi tetap ku gagahkan diri untuk menjalankan tanggungjawab yang perlu digalas. Seandainya anak-anak yang bertongkat, berpapah juga masih mampu berjuang ke dewan peperiksaan demi masa depan mereka, mengapa tidak aku yang masih mampu memandu dan duduk di kerusi empok di bilik berhawa dingin lagi. Semoga ujian ini mampu menambah keimanan diri yang amat tipis ini.




Usaha - Allah memberikan kita akal dan anggota untuk terus berusaha. Pil-pil sebagai perantaraan saja. Bila tidak ada perubahan mencuba pula alternatif membeli kelapa muda sebab bimbang keracunan mungkin petua orang tua betul lalu mencubalah aku dengan minum air kelapa muda. Tetapi kesembuhan itu milik Allah. DIA saja yang tahu akan segala-galanya.
(Dia Allah) yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjukki aku. (78). Dan Dia tuhanku yang Dia memberi makan dam minum kepadaku (79) Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku (80) dan yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku kembali (81) - Asy Syu'araa: (ayat 78-81)

~~ Selamat berjuang di medan SPM buat anak-anak yang terlibat. Doa mamacik padu buat kalian semua.~~


Monday, October 31, 2016

Mama sudah tua

Hari: Sabtu 29-10-2016
Waktu: Malam selepas anak-anak selesai mengaji

Sudah menjadi perkara biasa apabila mereka tahu esoknya cuti sekolah selepas selesai mengaji mereka akan terus bermain, makan-makan kudapan yang ada sehingga puas. Apa lagi jika adik bercuti  menonton VCD menjadi kesukaan anak-anak. Kepada yang tidak minat menonton itulah keluar masuk bilik aku.

Anak: Mama dah tua kenapa masih mengaji juga?
Mama: Sebab dah tualah kena baca banyak-banyak.
Anak: Mama belum khatam lagi ke?
Mama: Sudahlah. Kalau tidak macam mana nak ajar adik.
Anak: Habis kenapa mama baca tiap-tiap hari?
Mama: Sebab mama dah tualah sayang, tak lama lagi mama mati.
Anak: Alaaa.... mama janganlah mati. Nanti siapa nak ajar adik

Anak-anak - Mereka menggayakan tudung baru ole-ole mama balik dari Terengganu. Sehelai RM15/- saja tapi nampak comel pula apabila mereka menggayakannya. Conversation di atas lahir dari anak yang tepi kiri sekali (4 tahun - kini sudah membaca Iqra' 3)
Sebenarnya aku terharu apabila dengan nada sedih anak itu merayu mohon aku jangan mati dulu. Sungguh walaupun dia bukan anak kita jauh di sudut hati aku mengaminkan doa anak ini semoga diterima Allah. Aku pun sebenarnya mohon biarlah aku dipanjangkan usia dapat melihat semua mereka mengamalkan apa yang telah aku curahkan selama ini.

~~ Tidak ada siapa yang mampu menahan seandainya Izraeil sudah datang menjemput.~~


Wednesday, October 26, 2016

Hanya sekelumit saja...

Dari Mama - Wangi tapi tidak bertahan lama

Dari Mak Zah - Tidak berbau tapi boleh simpan lama

Tanda kasih dan penghargaan buat Kak Reen 



~~ Sesungguhnya perjalanan anak-anak mama masih panjang lagi. ~~


Friday, October 7, 2016

Wangi segar akhirnya membusuk-reput

Sesekali membawa mata dan mata hati merenung diri sendiri. Membelek baju dipakai. Itu pun setelah berkali-kali berfikir, membelek dan akhirnya dicapai satu sebagai memenuhi kepuasan hati. Ada manik tidak suka, walau ada kalanya yang bermanik itulah yang menjadi pilihan. Blouse merah ditolak lalu diambil yang biru, sedangkan yang merah itulah yang baru dibeli bulan lepas. Hati terus dibolak-balikkan tanpa sedar. Menuju ke cermin, pantas saja sikat rambut dicapai tangan untuk menyisir rambut yang ada. Jauh di dalam hati berdetik juga yang satu hari rambut hitam ini pasti akan memutih andai DIA masih memberi peluang untuk meminjamkan nyawa. 

Arca wajah di cermin terus dipandang. Senyum. Melihat mata, hidung, pipi dan seluruh wajah bibir masih terus tersenyum. Pantas saja disapu wajah yang ada dengan toner, diikuti dengan moisturizer dan sun-block. Masih tidak puas disapu pula dengan compact-powder. Mulus tiada cacat cela. Segala yang mencacatkan wajah hilang serta-merta. Mata yang sudah sedia cantik dicalit lagi, lagi dan lagi. Setelah puas mengambil pula pelembap bibir dan kemudian dioles lagi dengan lipstick bagi memerahkannya. Ambil pula lotion tangan. Sapu rata seluruh tangan dan kaki. Siap! Pusing-pusing-pusing. Masih tidak puas diambil perfume lalu di spary satu, dua dan tiga. Lengkap. 

Wahai diri! Akan tiba masanya bila diri terbujur kaku, sehinggakan mandi, memakai baju dan semuanya dilakukan oleh orang lain. Akan tiba masanya baju bermanik, blouse biru, sikat, segala peralatan solek tidak mampu memberi kecantikan diri. Kulit gebu yang sering dilotion tidak mampu menahan dari tidak mereput. Pasrah melihat hari demi hari diri dihimpit tanah. Perfume jenama apa pun tidak mampu menghalang bau busuk dan ulat-ulat memamah-nikmat sekujur tubuh yang membusuk. Kemana diri mahu mengadu?



Anak soleh yang mendoakan, jariah yang berpanjangan ketika ada hayat dan ilmu yang pernah ditinggalkan dan masih diamalkan itulah harapan, harapan dan harapan yang dipohon. Merayu, merintih mahu kembali sudah tiada siapa mampu memberi. Sedarlah wahai diriku. Di mana kau berada kini?

ูƒُู„ُّ ู†َูْุณٍ ุฐَุงุٓฆِู‚َุฉُ ูฑู„ْู…َูˆْุชِ ูˆَุฅِู†َّู…َุง ุชُูˆَูَّูˆْู†َ ุฃُุฌُูˆุฑَูƒُู…ْ ูŠَูˆْู…َ ูฑู„ْู‚ِูŠَٰู…َุฉِ ูَู…َู† ุฒُุญْุฒِุญَ ุนَู†ِ ูฑู„ู†َّุงุฑِ ูˆَุฃُุฏْุฎِู„َ ูฑู„ْุฌَู†َّุฉَ ูَู‚َุฏْ ูَุงุฒَ ูˆَู…َุง ูฑู„ْุญَูŠَูˆٰุฉُ ูฑู„ุฏُّู†ْูŠَุงٓ ุฅِู„َّุง ู…َุชَٰุนُ ูฑู„ْุบُุฑُูˆุฑِ

~~ Tiap-tiap yang berjiwa/hidup pasti akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Ali-Imran  - 185)~~


Thursday, October 6, 2016

Banyaknya buah-buahan di Malaysia

Dulu sewaktu alamarhumah mak mertua hidup lagi,  monyet tidaklah semeriah sekarang. Bila mak sudah dijemput Izrael, musim buah tidak terkawal lagi. Setiap pagi kelihatan di bawah pokok rambutan penuh dengan kulit rambutan bagaikan karpet merah/kuning. Buah mata kucing langsung tidak dapat merasa. Beruntung lagi kami yang tinggal di JB ini buah mata kucing masih meriah lagi sebab yang memetik tidak akan mengambil mana yang muda. Sebaliknya jika monyet yang makan  habis semuanya dipukul rata, bersih menjadi habuan dia bersama anak-cucu-cicit.

Cempedak - Sebiji ini mampu menghasilkan semangkuk besar cempedak goreng. Nasib baik ramai anak-anak mengaji yang tolong makan. Kalau kami makan sendiri sudah pasti tidak habis. Siap potong dulu bimbang sampai rumah isinya tidak banyak sebab sebelum ini Kak Reen bawa balik dua biji isinya sedikit dan kurang manis.
Merah - Makan suka tapi yang membuat malas semut punyalah banyak mengharung. Kena tuang di dalam sink dan siram dengan air banyak-banyak baru selesa mahu makan
Manggis - Agak kurang sekarang berbanding ketika almarhumah mak mertua ada. Berkongsi dengan tupai dan monyet yang tidak terkawal terutama di siang hari tidak ada sesiapa di rumah.
Keladi - Ini membeli di Air Hitam

Durian - Monyet tidak mengganggu tetapi tupai berjoget lambak dengan durian ini. 
~~ Musim buah juga buat ramai anak-anak mengaji yang batuk dan demam.~~


Monday, August 22, 2016

Akhirnya dia pergi jua - 1

Kullunafsin zaa iqotul maut. Sungguh benar ayat Allah ini. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Benarlah mati itu benar. Alam kubur itu benar. Syurga dan neraka Allah itu benar.

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun. Dari Dia kita datang kepadaNya juga kita kembali. Akhirnya kami anak-cucu-cicit Haji Purvit semua redha Allah perintahkan Izrael untuk mencabut usianya dan meletakkan beliau tinggal di alam barzakh sementara menanti hari perhitungan tiba. Telah ditinggal semua pangkat sebagai bapak, atok, imam, haji dan sebagainya. 
Sijil kematian - Bapak meninggal di Kota Tinggi sebelum menjelang maghrib 16-08-2016 di rumah kakak ku dan dibawa balik ke Pontian  selepas maghrib untuk disemadikan pada pagi 17-08-2016.

~~Semoga Allah meletakkan bapak kami bersama para syuhada'. Ameen.~~

Friday, August 5, 2016

Panggilan haji sudah tiba lagi

Semalam aku bekerja setengah hari kerana sama-sama mahu meraikan abang ipar dan isterinya yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Alhamdulillah setelah menanti sekian lama akhirnya hajatnya mahu menunaikan ibadah haji ini dimakbulkan Allah. Kalau sebelum ini beliau selalu berkata "untunglah kamu muda-muda sudah dipanggil, abang ni bertahun menanti tak lagi naik nama". Tetapi hari raya lepas merupakan gembira berganda buatnya sehingga mengalir airmata sebaik menerima surat dari Tabung Haji mengesahkan tarikh penerbangannnya. Walaupun agak berusia iaitu usia 60 dan 58 tahun baru dapat pergi tetapi kami bersyukur abang dan kakak masih sihat lagi. 

Airport Senai - Kami sudah berkumpul di sini sebelum maghrib lagi. 
Keluarga - Selepas solat maghrib masing-masing menikmati nasi lemak yang aku masak sendirian sebab papa dan Kak Reen semalam menjemput adik di asramanya. 
Nasi lemak - Sebekas ini aku bawa untuk kami sekeluarga. Beli juga air mineral sebab agak leceh jika mahu membawa air dan gelas. Apa pun bersyukur dapat juga kami memberi kepada jemaah yang duduk bersebelahan kami. Tidak baik jika kita makan ada mereka yang nampak sedangkan dia tidak makan apa-apa waktu itu. Sekadar sepiring-dua tidak luak mana pun.
Lauk - Sekadar ayam goreng dan telur rebus. Tidak ada ikan bilis goreng dan kacang sebab agak leceh untuk di makan ketika suasana bersesak dengan orang ramai. Bimbang jatuh-jatuh di lantai pun juga.
Sambal/timun - Sambal yang penuh sebekas ini tinggal suku saja. Timun rata-rata yang makan yang perempuan saja. Anak-anak lelaki semuanya kurang minat dengan timun.
Sepiring -  Tidak tahu siapa punya ini sebab semua gambar sebenarnya aku ambil dari group whatsapp keluarga. Aku tertinggal telefon malam tadi. Sengaja bawakan piring polystyrene saja. Mudah lepas makan terus buang.  Plastik sampah juga aku bawa supaya tidak bersepah.
Bertolak - Selepas solat isyak pendafatarn dibuat barulah abang/kakak bergilir-gilir dengan jemalah lain bertolak masuk ke balai pelepasan untuk terbang dari Senai untuk transit di Kelana Jaya. Dari Kelana Jaya baru bertolak ke Madinah bukan Jeddah. Aku dan hubby dulu dari Senai terus ke Jeddah.
Sungguh aku dapat merasakan menjalankan ibadah haji di bulan haji tidak sama dengan menjalankan ibadah umrah yang biasa kita buat. Ibadah haji melibatkan waktu yang panjang. Mendidik kesabaran, ukhuwah dan jilanan sesama ummah, mencuci jiwa sentiasa mahu berbaik-sangka selalu. Ibadah haji juga melibatkan perjalanan yang panjang terutama ketika kita mahu ke Arafah, Muzdalifah dan ke Mina untuk jamrah. Semua ini tidak ada ketika menjalankan ibadah umrah. Ibadah umrah sekadar niat, tawaf, sa'ie dan bercukur. Sebab itulah mengapa biasa jemaah samada sebelum atau sesudah habis menjalankan ibadah haji akan menjalankan ibadah umrah berkali-kali ketika berada di sana.

~~ Labaikallahumma Labbaik. Labbaikala Syarikalakalabbaik.~~