Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts

Friday, December 30, 2016

Cuti di kampung yang indah - 3

Bukan saja buah yang belum masak dirosakkan olehnya. Pokok durian belanda / sour-sop yang baru mengeluarkan bunga pun menjadi mangsa monyet-monyet yang berkeliaran. Buah yang masih muda digugurkan begitu saja. Bunganya pula di petik. Mahu bersanggul dengan bunga durian belanda agaknya si monyet betina itu😀.


Bunga - Biarpun bunga berwarna kuning tetapi buahnya berwarna hijau.

Kering - Mana yang dirosakkan pasti tidak menjadi buah. Biasanya kelopak bunga akan gugur dan bahagian tengah itu yang akhirnya akan menjadi buah. Sayangnya aku cuba membelek tidak ada satu pun yang boleh dipotretkan untuk dipaparkan di blog ini.
Muda - Lihatlah masih muda sangat dipetik dan dibaling ke bawah sebab masih belum cukup matang untuk dimakan. Kalau besar sedikit pun walau belum matang sekurang-kurangnya boleh juga digoreng macam buah sukun. Tetapi ini masih terlalu muda. 
Ada juga kami bercadang mahu melaporkan kepada pihak perhilitan tetapi rasanya jika mahu ditangkap semua monyet yang berkeliaran di kampung kami, dua bas pun tidak muat agaknya. Selagi kami masih boleh bersabar dan boleh berkongsi kami biarkan dulu. Kasihan juga sebab habitat mereka sudah diganggu-gugat dek pembangunan di hujung kampung.

~~ Monyet sudah tentu tidak ada akal, tetapi bagaimana pula dengan manusia yang berakal adakah mereka tidak takut dosa? ~~


Wednesday, December 28, 2016

Cuti di kampung yang indah - 1

Keluar rumah tanpa bersarapan. Oleh itu sekeluargalah kami singgah bersarapan di tempat biasa. Selesai semua masuk ke perut kereta terus membayangkan suasana kampung yang sudah dirindui. Tetapi sebaik saja masuk ke lebuhraya nasib kurang baik kereta tidak bergerak. Sesak yang melekat tidak boleh dielak. Mahu berundur masuk jalan persekutuan sudah tidak boleh sebab beberapa kereta juga sudah terjebak sama. Jenuhlah menanti giliran. Melihat mereka yang melalui lorong kecemasan mahu saja papa mengikut sama tetapi si isteri dan anak-anak mengingatkan kalaupun di dunia lepas tapi akhirat kita tidak tahu. Orang yang bersusun menanti giliran pasti tidak senang melihat bila berpusu kereta melalui lorong kecemasan. Biarlah akan tiba masa mereka pun akan sedar. Atau mungkin benar mereka ada kecemasan. Lihatlah saja.

Marak - Lebih kurang jam 10:00 pagi kereta kami masuk ke lebuhraya hampir jam 3:00 petang baru tiba di rumah sedangkan biasanya belum tengahari kami boleh tiba. Buka kunci sebab tidak ada siapa di rumah, masing-masing terus menuju ke bilik air. Selesai solat apa lagi sementara parut pun masih kenyang mama tidak perlu masak. Kami terus ke belakang rumah. Membakar apa yang patut.
Basah - Ada juga yang tidak mempan dengan api dek kerana masih lembab. Di Batu Pahat pun hujan turun selalu sama seperti di JB juga. Berkali-kali cuba juga untuk dibakar tapi sebahagian saja yang terbakar.

Bukan selalu kami mendapat peluang bermain dengan api begini. Apa lagi melihat longgokan daun-daun kering yang sudah dilonggokkan oleh abahDol aka bapa saudara anak-anak ku. Seronok apabila melihat api membakar habis setiap yang kami bakar. Anak-anak tidak kurang menjelajah kawasan belakang rumah peninggalah almarhum mak/abah mertua aku. Aroma kampung yang banyak pokok lain nikmatnya. Bermandi peluh kami anak-beranak tetapi sesekali ditiup angin terasa sangat nyaman.

Peninggalan - Masing-masing gelak besar apabila papa mengatakan ini dulu adalah jamban sewaktu papa masih bersekolah rendah lagi. Tempatnya adalah dalam 500 meter jarak daripada rumah. Itu yang membuat anak-anak ketawa sebab mereka membayangkan kalau mahu membuang waktu malam dan kalau sakit perut tidak tahan alangkah jauhnya mahu ke sini.
~~ Duduk di rumah sendiri teringat kampung, balik kampung pula rindu kepada mak-abah yang sudah pergi buat selama-lamanya. ~~


Tuesday, December 20, 2016

Austin Heights Water & Adventure Park

Setiap hari pergi-balik kerja pasti aku akan melewati tempat ini tetapi aku tidak pernah terlintas untuk singgah. Dulu sewaktu aku kerja di Austin Hills Golf Resort tempat ini belum ada lagi. Bagaimanapun naluri mama tua ini tidak ada keinginan untuk mandi-manda atau bermain di situ sehinggalah adik bersuara teringin untuk pergi. Bijak juga perancangan adik dengan mengajak dua kawan tumpang mama pergi kerja dan balik bila mama balik kerja. Tetapi aku pula kurang senang untuk pergi mengambil anak-anak itu waktu pagi untuk pergi kerja. Oleh itu pada hari Sabtu lepas aku pergilah menjemput dua orang kawan adik dan hantar mereka bertiga ke sini. Sementara mereka mandi-manda dan bermain aku pergi menjenguk anak buah aku yang koma sambil bersembang dengan Mama Leha di HSI yang berhampiran dengan tempat ini. Pemanduan mungkin dalam sepuluh minit saja sebab jalan di sini sentiasa jem. Rasa aku kalau mengayuh basikal lebih dulu sampai berbanding memandu kereta.

Selfie - Mereka sibuk selfie bertiga tanpa sedar mama sudah menunggu dan mengambil gambar mereka
Penat - Mereka berkongsi locker. Locker yang murah tidak muat untuk meletakkan pakaian dan barang lalu berkongsi locker yang agak besar dengan charge dikenakan RM40/-
Posing - Masing-masing tahu ini mesti mama akan masukkan dalam blog.  Dari kiri: Mellisa, Nadzreena dan adik. Mereka ini semua bagaikana anak-anak aku. Pergi-balik aku jemput-hantar. Agak lewat inform saja mama mereka.
Pengunjung - Sayangnya petang itu hujan lebat. Kepada mereka yang dari jauh ramai juga yang hampa apabila ada announcement mengatakan minta dikosongkan tempat mandi.  Ramai yang menanti hujan teduh tapi nasib baik adik dan kawan-kawan tiba awal sudah puaslah juga menjelajah semua tempat sehingga tempat anak-anak kecil pun mereka teroka.
Gelang - Seperti water park yang lain di sini juga sebaik membayar tiket masuk akan diberi gelang ini.  
Menurut adik kerana waktu ini cuti sekolah tiket masuk hanya RM53/- saja. Jika harga untuk hari-hari biasa rasanya lebih RM80/-. Tetapi lebih murahlah jika dibandingkan di Legoland. Tetapi dari pemerhatian aku di sini lebih ramai warga Singapore yang berkunjung sebab aku lihat di kawasan parking kereta rata-rata plate kenderaan dari sana.

~~ Aku benarkan adik ke sini berbanding bercuti ke pantai. Bimbang ombak kuat dan keadaan kesihatan adik buat masa ini.~~



Friday, December 16, 2016

Sebuah perjalanan pulang ke rumah

Musim cuti semakin ramai yang menjadikannya sebagai peluang untuk menikmati sebuah perjalanan untuk tujuan makan angin. Tidak kira makan angin di dalam mahupun di luar negeri/negara. Berbagai ragam kerenah manusia juga dapat kita lihat. Kita melihat mereka, mereka pula melihat kita. Adakah perjalanan itu mendapat kebaikan atau sebaliknya kita sendiri kena merenung dalam diri kita. Jika perjalanan yang berakhir dengan kemungkaran sebaiknya jauhilah tetapi andai kebaikan yang diperolehi bersyukur kepadaNya.

Gelap - Gelap. cerah, hujan dan panas semua adalah kehendakNya jua. Biarpun belum jam 4:00 petang tetapi dek kerana limpahan hujan yang lebat kelihatan bagaikan sudah menjelang senja. 
Reda & lega - Tiba di sini hujan kian reda dan kesesakan berkurangan. Lega terasa sehingga mampu untuk mengambil gambar signboard. Kami tidak singgah di sini sebab tidak dalam senarai destinasi. Sekadar menjadi laluan saja.


Sesak - Lihatlah laluan menghala ke utara (sebelah kanan) sesak dan padat. Sepanjang pemanduan yang mengambil jarak berpuluh-puluh km kesesakan ini menjadi pandangan mata kami sekeluarga. Alhamdulillah jalan menghala ke selatan amat selesa. Hanya dipertemukan dengan beberapa kemalangan dan mengakibatkan sedikit jem.
Tunnel/terowong - Melalui sini juga agak lengang. Memudahkan pemanduan. Terfikir dibenak kalaulah laluan di titian sirat ketika di padang mahsyar kelak tiada halangan alangkan indahnya. Merenung juga di dalam diri sendiri sejauh mana bekalan mampu dibawa terasa kecut dan alangkah takutnya. Ya Allah... aku tahu aku tidak layak ke syurgaMu tapi aku juga tidak sanggup menerima seksa api nerakaMu. 

Keluar - Cuaca kembali cerah sehinggalan tiba di JB. Dari jam 4:00 petang di Kedah kami tiba di di rumah jam 12:30 malam. Ada juga kami singgah untuk makan dan solat
Toll - Masuk dari Bandar Baharu Kedah sehingga ke Skudai Toll jumlah bayaran adalah 82.90. Lucunya tanpa disedari kad Touch & Go tinggal 67.97/- Bakinya papa bayar dengan cash. Kalau dari Butterworth tidak tahu berapa tollnya sebab di sana kami tidak lalu highway.
Sebuah perjalanan di dunia ada kalanya tersekat dan hanya mampu tiba di destinasi setelah melalui beberapa ujian dan ditempuh dengan kesabaran. Membeli dan meredah laluan banyak menggunakan duit hanyalah sebagai perantaraan. Adakah kita semua juga sudah bersedia untuk melalui perjalanan di dunia yang fana tanpa menempuh halangan? Semampu boleh kita pasti mahu perjalanan kita di sana dipermudahkan dan menemuiNya dengan hati senang. Bersama kita taati setiap yang diperintahkan dan tinggalkan segala kemungkaran.


~~ Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu.~~

Friday, October 28, 2016

Mereka bijak menjana ekonomi

Lihat dan pandang keistimewaan di bumi Terengganu yang membanggakan. Bagaimana mereka mampu memacu ekonomi setaraf dengan bangsa lain. Usah pandang kemajuan negeri tapi lihat berapa ramai mereka yang mampu menjana ekonomi bangsa.

Kren - Lihatlah di belakang tempat penginapan kami semua sedang membangun pesat. Banyak projek sedang dalam pembinaan.

Keropok - Siap berbungkus. Satu paket RM10/- Kira sajalan jika sehari mereka mampu menjual 150-200 paket sehari. Aku membuat anggaran dari jumlah dua bas yang berhenti di sini. Satu bas membawa lebih kurang 40 penumpang. Termasuk mereka yang singgah secara persendirian seperti keluarga kami lagi. Jika satu kereta membeli sekurang-kurangnya 2-3 paket pun sudah lumayan.  Tetapi jika membeli 10-15 paket seperti kami?

DIY - Ini bukan kreativiti membuat bunga atau kraftangan tetapi sos pencicah. Kreatif yang boleh diikut. Membeli keropok jika tidak membeli sos isitmewa ini mestilah tidak lengkap.

Banner - Rata-rata di tepi jalan boleh nampak berbagai bentuk pengiklanan business mereka. Marketing strategy pun ada walau yang berjual ada yang aku lihat hanya sepasang golongan warga emas tapi mereka punya strategy.

En hubby - Sedang menunggu. Lagi membuat kami hormat sambil menjual mereka juga bersedekah. Setiap 5 paket tidak kira yang basah atau yg keping/kering diberinya percuma sebungkus.  Serampang dua mata, dunia dikejar ahirat tidak ditinggalkan

Mak Zah - Adik dan Kak Reen dengan Mak Zah memborong baju dan tudung. Kak Meen tiada bersama kerana dengan papa waktu ini. Rata-rata penjual memberikan layanan tip-top sehingga sewaktu kami membeli kek dan durian crepe itu pun makcik itu membundarkan harga. Hanya yang diambil wang kertas. Syiling tidak diambil - halal katanya.

Tiga botol sos pencecah dibeli untuk rumah kami. Bermodalkan botol plastik begini mereka boleh menjana kewangan dengan penjualan hasil DIY mereka sendiri.
Tidak mustahil suatu hari kekak akan ada satu pasaraya yang kesemuanya menjual hasil DIY mereka diujudkan di negeri penyu ini. Sungguh menjejaki negeri yang begini jika dilihat luaran kita tidak akan nampak apa tetapi melihat ramai mereka yang bijak menjana ekonomi pasti membuka lebar mata kita sebagai insan yang sama sebangsa dengan mereka. Tahniah buat mereka!

~~ Lebih bangga melihat bangsa maju daripada melihat negeri yang kelihatan maju tetapi yang menjana kemajuan bukan orang kita. ~~


Thursday, October 27, 2016

Nikmat selera bersama keluarga - 1

Berada di bumi pantai timur siapa tidak tahu kemewahan hidangannya yang enak-enak dan menggoda selera. Begitu juga dengan keluarga kami selama empat hari tiga malam berada di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Tomyam -  Istimewa diolah dengan belud yang kaya dengan beta karotin dan kolagen. Sayangnya aku dan Mak Zah belum pandai lagi untuk sama-sama menikmatinya.

Tomyam campur - Oleh itu kenalah memesan satu lagi tomyam begini. 
Telur dadar - Gandingan biasa bila ada tomyam dan sup pastilah kena ada telur dadar
Kailan - Kami juga memesan kailan satu-satunya sayuran yang selalu menjadi pilihan keluarga. Beberapa kali kami makan meminta brokoli rata-rata mengatakan tidak ada.
Stim limau - Adik dengan stim limau tidak boleh dipisahkan.  Nikmatnya bersekali dengan aroma yang ada.
Somtam - Kalau adik ikan stim limau, mama pula somtam. Apa yang lidah aku dapat menangkap rasa somtam di JB tempat yang selalu kami pergi tidak sama dengan di sini. Sedap dan nikmat!
Mangga - Membeli ini sepiring tetapi membungkusnya dua bekas bawa balik ke hotel. Malam-malam mama-papa sudah tidur mereka makan inilah agaknya. 
Alhamdulillah - Licin! Sungguh nikmat dari Allah tidak dapat dinafikan. Bungkus tomyam baki dan nasi putih. Balik hotel tengah-tengah malam adik dan Kak Meen sambung makan di bilik mereka.
Lokasi - Tempatnya tidak jauh dari hotel penginapan ka,mi. Tempat ini sebenarnys sudah selalu menjadi tempat kunjungan Kak Reen yang belajar di sini.

Membanggakan di sini rata-rata yang berniaga adalah saudara yang sebangsa denganku. Setiap kali masuk senyuman puas melihat kemajuannya. Menumpang bangga melihat mereka mampu seiring dengan bangsa yang menguasai ekonomi negara.

~~ Semoga Allah memberikan kesihatan terbaik untuk kami terus menikmati segala nikmat dariNya.~~



Wednesday, October 26, 2016

Seketika berada di Hotel Tanjong Vista

Sebenarnya kami lebih suka tinggal di Homestay berbanding di hotel. Tetapi memandangkan banyak tempat yang kami cuba booking sudah tiada atau ada tetapi tiada pendingin hawa akhirnya anak-anak memilih Tanjong Vista sebagai penginapan kami selama 3 hari berada di Kuala Terengganu.
Penuh - Untuk menikmati sarapan pagi begini rasanya adalah setahun 3-4 kali buat aku ini. Kesudahannya pun karipap itu aku berikan kepada Mak Zah. Potato itu satu diberikan pada adik. Tapi belum jam 12:00 perut sudah lapar semula.

Lobby Tanjong Vista Hotel - Ini sarapan kami di hari pertama berada di bumi Kuala Terengganu . Hari kedua ada nasi minyak lengkap dengan acar dan gulai ayam. Begitu juga nasi goreng, mee goreng, bubur nasi dan sebagainya. Roti dan cereals sama saja .
Papa - Selepas mandi, solat suboh mata sudah terkebil-kebil menanti anak-anak bersiap. Setiap kali intercom "sekejap lagi mama". Tetapi akhirnya hampir 8:30 pagi baru kami turun ke lobby menikmati hidangan.

Banyak - Seperti biasa mana-mana hotel pada aku lebih kurang saja hidangan sarapan paginya. Apa yang membezakan hidangan harian bertukar itu saja. Memandangkan hari-hari biasa inilah sarapan aku, oleh itu hanya pada hari terakhir saja aku ambil roti oat bakar.
Sedap - Hari pertama ada sup kwee-teow begini manakala hari kedua meja ini menghidangkan set bubur ayam.
Kupon - Kak Reen booked tiga bilik. Satu untuknya dengan Mak Zah. Satu untuk dua adik-adiknya dan satu untuk mama-papa. Apa yang melucukan balik JB baru sedar kami makan tidak serahkan kupon pun pada kaunter.   
Berenang - Selepas sarapan mereka mandi. Waktu ini Kak Reen masih di Gym bagi menghilangkan kalori. Kak Reen lebih awal berada di sini memandangkan dia kena menghadirkan diri untuk rehearsal. 
Bukanlah suatu yang mudah untuk mengumpulkan semua anak pada masa yang sama apabila anak-anak sudah meningkat remaja. Cuti kali ini berkebetulan adik dapat cuti sakit kerana kakinya. Bertambah lagi kaki adik kelihatan sudah kian baik, peluang ini diambil bersempena dengan majlis konvokesyen Kak Reen.

~~ Mama tahu satu masa mama-papa pasti akan merindui saat-saat kita bersama. ~~



Thursday, June 2, 2016

Menggamit keindahan bersama - 4

Sewaktu pergi ke Pantai Timur kami melalui LPT2 kerana mahu cepat tiba destinasi. Sebaliknya untuk perjalanan pulang kami memilih melalui jalan persekutuan. Menyusuri jalan ini mata pasti akan dijamu pemandangan indah bukan saja keindahan alamnya, bahkan juga sosio-ekonomi masyarakat di sana. 

Gerai tidak terurus. Dari dulu hingga kini sama saja. Anak-anak berkata mungkin berniaga tidak untung sebab itu gerai tidak dibuat dengan sempurna. Tapi aku balas yang mereka tidak mahu cantik-cantik sebab pada bila-bila masa jika dirobohkan mereka tidak menanggung kerugian. Apa pun mereka ada alasan mereka sendiri.

Jagung bakar dan rebus pilih sajalah mana satu menjadi pilihan. Menjenguk dalam periuk sebelum membeli sebab bila melihat luar periuk yang hitam-legam ada sedikit rasa cuak. Bersih dalamnya jangan takut.

Nira, jelly kelapa dan jagung sentiasa ada dari dulu hingga kini. 

Pantai adalah suatu yang pasti tidak jemu mata memandang. Ada sekumpulan kambing yang berehat di pergola yang disediakan. Pandai pula bila melihat kami tiba masing-masing beredar pergi. Pada mulanya semua berehat duduk di kerusi dan meja yang ada

Gerai keropok yang tidak ada perubahan. Mungkin sebab tidak ada masa untuk membuat ubah-suai kerana pelanggan tidak pernah putus. 
Keropok bermacam jenis keropok pasti akan dibeli. Keropok tamban, parang, sotong, udang, ketam, yang besar, kecil, chips semuanya diborong.

Begitu juga keropok basah, lekor, losong mudah kata bermacam jenis ada. Mereka menjana ekonomi kita sebagai pembeli beruntung sama dapat menikmati. 
Sarapan pagi dengan hidangan bagaikan makan tengahari pun ada pilih sajalah mana suka. Yg pasti sebungkus pasti perut akan kenyang.

Sepinggan laksam yang enak kalau tidak terbuka selera tidak tahulah mahu dikata.  Bersarapan pagi dengan ini sehingga tengahari perut perlu direhatkan dari makan tengahari.

Nasi kerabu, nasi dagang dan laksam menjadi pilihan siapa juga yang ke sana. Signature dish yang menggamit ramai.

Lainlah jika seperti ini perlu diviralkan sehingga ramai yang berpusu datang. Namun gerai nasi dagang, nasi kerabu, laksam makcik yg kami kunjungi sentiasa diserbu walaupun tidak ada viral di fb/tweeter/insta. Itulah istimewanya Pantai Timur.

Tidak termasuk dengan kuih-muih mereka yang menggoda setiap mata yang memandang. Harga mampu itu yang terbaik. Itulah sebabnya mengapa saban tahun salah satu destinasi percutian kami ke sana. Masjid dan rumah penginapan mana-mana pun mudah diperolehi hatta di musim cuti sekolah. Asal saja tidak memilih hotel 5 bintang. Sebab buat kami sekeluarga tempat penginapan sekadar untuk tidur, mandi dan berehat. Tidak perlu yang canggih-canggih sebab sebaik bangun tidur bilik akan ditinggalkan untuk menjelajah destinasi yang mahu dilawati.

~~ Mana tahu aku dapat calon menantu orang sana hahaha... ~~