Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Wednesday, December 21, 2016

Antologi Puisi - Nasihat Nikah Kahwin

Terserlah erti sebuah ukhuwah
kiriman diberi sebagai hadiah
Paridah Ishak mengirimkan naskhah
kandungan dihayati sangat indah
Nasihat Nikah Kahwin - Merupakan antologi puisi yang sarat dengan panduan buat yang mahu berumahtangga. Tidak kurang sebagai renungan buat yg sudah mendirikan rumahtangga. Memberi ilmu buat yg masih tercari-cari semua ada dipaparkan di naskhah ini. 
Hasil nukilan - Selak terus ke muka 144-148 adalah hasil nukilan sahabat kita Puan Paridah Ishak yang amat kreatif dalam menghasilkan karyanya. 
Muka 145 - Syair mengalu-alukan pengantin
Muka 146 - Syair pengantin bersanding
Muka 147 - Syair makan beradab
Muka 148 - Syair terima kasih penghargaan
Bersyair sesekali  indah terasa
bagai berada di dalam istana
penangan Paridah Ishak teman blogger
klik di sini boleh mengenalinya

~~ Jazakallahukhairon buat Puan Paridah Ishak.~~


Tuesday, March 1, 2016

5 things I hate most

Syarat - banner ini kena ada
Syarat di berikan:-
Buat satu entry bertajuk  5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.
Bermula di sini lalu Nieyl di sini 
ini bukan benci membenci
hanya sekadar satu entri
apa yang tidak disukai

1. Ketika berada di dalam perjalanan
sakit perut mahu ke tandas awam
aduhai bercintanya tidak tertahan
bencilah dan buat aku geram

2. Sedang bergembira dengan keluarga
telefon pejabat memanggil tak sudah
masalah kena diselesaikan segera
menjelaskan dari jauh bukan mudah

3. Menjahit baju setiap ketika
seronok tidak sabar mahu ditayang
tapi ada yang tidak suka
sedang seronok menjahit habis benang

4. Jiran tetangga jiran juga
kenalah hormat tradisi mereka
tapi bila mercun berdentum sentiasa
tahajjud pun khusyuknya tiada

5. Mahu membela binatang tidak salah
dudukkan ia di dalam dan kunci
najis belaan banyak bersepah
kalau begini mestilah benci

 Sebagai memenuhi kehendak entri
tag lima teman dikehendaki
harap senarai dibawah ini sudi

~~ Memeriahkan segmen teman sesekali apalah salahnya.~~


Wednesday, November 4, 2015

Bunga telang yang layu

Bunga telang nama diberi
tanam di tepi pagar berduri
hajat membuat nasi kerabu sendiri
akhirnya layu kerabu tak jadi

Bunga telang - Ku petik dengan sempurna, sayang niat tidak terlaksana
~~ Niat sudah ada, tetapi sibuk dengan undangan majlis aqiqah jiran setaman, bila balik bunga sudah layu. Kerajinan terus membeku.~~

Wednesday, August 19, 2015

Masak sendiri, makan sendiri

Hidangan makan tengahari semalam
untuk tatapan di hari ini
ada ikan asam pedas dan juga ulam
tempe cili+bilis goreng kicap & tumis carrot+brokoli



Nasi masak di dalam pejabat
panas-panas makan sungguh nikmat
selain aku dapat berjimat
malas mahu turun panas teramat

~~ Hari ini aku bawa sayur bening kobis+kentang+suhun, ikan goreng dan terung masak pajeri. Jam 11:45 nanti baru aku tanak nasinya.~~



Saturday, June 6, 2015

Cuti sebelum menjelang Ramadhan

Pesan diberi oleh Bentara
semangat menyala jiwa dan raga
Titisan Nurani berehat sementara
tuan empunya bersama keluarga

Senggang berbicara Tok Penghulu
mengapa resah senyuman diragu
peluang bersama bukan selalu
cuti sekolah tinggal seminggu

Salam bertaut si Pak Menteri
hilang gundah bersarang di dada
ramadhan pun kian menghampiri
peluang beribadah ganjaran berganda

~~ Jumpa lagi jika ada izinnya. ~~





Wednesday, December 31, 2014

Berlabuhnya tirai 2014

Keriangan yang panjang terpana seketika
MH370 menghilang tanpa diduga
ujian besar melanda!
pelupuk mata digenangi air
longlai tubuh yang sedia kerdil
tersedar dari lena yang panjang
menadah tangan, sujud, tafakkur
lama berperang antara percaya dan tidak
cerita-cerita rekaan berawangan tanpa sekatan



Dalam kekaburan MH370 kian menyepi
MH17 menyusul membawa cerita luka
irama yang hampir serupa
sisa luka yang belum sembuh bertambah parah
hancur berderai, putus berkecai 
apa masalah terselindung di sebaliknya
tiada jawapan pasti

Jasad terkumpul kembali ke tanahair
sanak-saudara berkabung menangisi nasib
QZ8501 menyusul membawa cerita sama
apakah ada tangan yang mahu menunjuk kuasa
menanti tindakan kita yang nyata lemah
sengaja mencari dimana ada kekuatan
terleka siapa pun tidak punya kuasa
Kunfayakun DIA siapa mampu menepis

Hidupnya insan ada peraturan
biar tinggi mana mahu mendabik dada
bila tentera Allah datang menerjah
lumpuh segalanya  bagai lautan samudera
usaha apa lagi perlu dilakukan
ayuh kembalikan iman yang luntur
amar makruf nahi mungkar
wamakaru wamakarallah
rancang sebaik mana pun
sesungguhnya perancang terbaik itu Allah

 

Kalendar tirai 2014 penuh warna-warni
membuka tirai 2015 dengan harapan
taqwa dan iman bertambah kental
sesungguhnya kami sedar bumi kian uzur
kami tidak punya apa tanpa kasihMu
mohon kami padaMu Ya Robb
ampuni kami yang sering terlalai
kasih dan sayangMu kami pohon selalu
Amin....


~~ Dalam meniti perjalanan ke depan (2015) renung ke belakang (2014) untuk bermuhasabah. Warna-warni suka-duka terlalu banyak untuk dijadikan iktibar dan pengajaran bersama.~~


* gambar diperolehi dari google

Thursday, July 24, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri, kad di kirim pengganti diri

Titisan buat blogger dihormati 
Ramadhan kian mengundurkan diri 
moga ibadah puasa kita diberkati 
menjelang Aidilfitri yang dinanti 
aku dari TITISAN NURANI 
menghulur tangan & jari-jemari 
andai ada yang terguris di hati 
atau tercalar dek komen diberi 
mahupun terlebih di sana-sini 
atau terkurang tidak diingini 
Ampun & Maaf setulus hati 
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tayangan beberapa kad kiriman yang telah aku terima. Terima kasih semuanya:)

Puan Nurhayati - Ulangtayang sekali lagi kad kiriman teman pakar memasak
Syukran jazilan - Begitulah harapan moga ukhuwah terjalin berkekalan.
Kesuma Angsana - Ibu tiga permata yang agak kesibukan sekarang ini.
Terima kasih - Huluran tangan disambut dengan rasa terharu dan jutaan terima kasih tidak terhingga buat KA sekeluarga juga.
Ustazah Nor Azimah - Salah satu blog yang memuhasabahkan diriku yg kerdil
Harapan - Begitulah mohon ukhuwah terjalin hingga ke jannah. Moga kebahagiaan milik kita semua umat Islam.
Adinda Qaseh Vee - Seorang blogger yang suka mencuba resepi baru. Terima kasih QV.
Pantun - Ramadhan pergi syawal menjelma, moga bahagia milik kita semua.
~~ Sebelum berundur untuk bercuti, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Insya-Allah kita berjumpa lagi.~~ 

Tuesday, June 24, 2014

Walaupun jauh masih mampu belajar bersyair

Keluar dari bilik air telefon berdering tetapi tidak sempat disambut sudah putus. Tahulah siapa pemanggilnya kerana biasa kalau begitu siapa lagi kalau bukan anak dara sendiri. Sayup kedengaran di hujung talian bertanya tentang alunan bersyair.

Malam - Catatan syair yang dihantar oleh Kak Reen (Nurienne Hot tu maknaya dia guna line hotlink - dia ada dua line satu lagi celcom - bukan hot apa pun hihi...) . Adik baru balik dari kelas tuisyen pun kehairanan mendengar mama sedang bersyair di dalam bilik. Syyy.... cepat memberitahu supaya senyap hingga papa pula sengih-sengih hairan mengapa mama buat rakaman bersyair dan untuk tujuan apa.
Syair - Inilah rangkap-rangkap syair tersebut. Lecturernya memberi guna versi sebelum mama lahir lagi. Huruf 'e' masih ada tanduk di atasnya. Kak Reen diminta pihak pentadbiran untuk bersyair. Ada majlis katanya tetapi lama sudah dia tidak bersyair walau dulu pernah memasuki pertandingan  (belajar dengan mama juga). Jadi panggilan kali ini kerana mahu mengembalikan ingatan lama. Itu yang malam-malam mama bersyiar. Papa dan adik pun ketawakan mama.
~~ Walau jauh beribu batu dengan teknologi canggih banyak membantu.~~

Tuesday, July 9, 2013

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Ahlan wasahlan ya ramadhan
kehadiranmu amat dinantikan
kepada semua rakan taulan
ampun dan maaf semua kesilapan

Ahlan wasahlan ya ramadhan
lapar dan dahaga satu kemestian
terikat terkunci semua syaitan
zikir dan tasbih disetiap pernafasan

Ahlan wasahlan ya ramadhan
tadarus al-quran di sana sini
agar dapat dijadikan bekalan
ketika izreal menghampiri diri

Ahlan wasahlan ya ramadhan
merintih si kecil menahan lapar
maghfiroh Mu kami dambakan
teguh iman dan sentiasa sabar

~~ Bersama menggapai untuk mendidik rohani dan jasmani di bulan ramadhan.~~

Saturday, March 9, 2013

Pemberian dari Vietnam

Semangat waja kental disanubari 
senjata kukuh mereka genggam
 ieja sweetmama datang memberi 
cenderahati fm dari Vietnam 

Sampul surat - Melihat sampul di atas almari siapa sangka di dalamnya ada fm cantik memikat hati
Sejarah lama telah tercatat 
ianya milik mutlak peribumi
buka sampul mata membulat
melihat fm eija buat kami

Pemberi - Inilah dia teman maya yang baik hati. Balik dari percutian ada ole-oleh diberikan buat teman alam mayanya. Terima kasih ieja.
Keturunan pun tidak pasti 
hikayat pula tidak diketahui 
syukran jiddan dari kak zakie

Melekat di dapur - Semalam juga aku tepek bersama-sama teman yang lain di peti sejuk kami.
Walau pengganas enggan berundur 
wira negara tidak gentar 
sungguh aku sangat bersyukur 
melihat susunan FM sentiasa bertukar 

FM Vietnam - Cantik, sejuk mata memandang dan menarik.
Doa di panjat setiap waktu
pulihlah kembali keamanan itu
eija sungguh kakak terharu
moga ukhuwah terjalin jitu

~~ Buat teman-teman yang mahu berkenalan dengan ieja silalah klik di sini.~~

Saturday, February 9, 2013

Koleksi FM kami bertambah lagi

Pulang dari kerja semalam aku melihat bungkusan Poslaju telah berada di atas meja belajar adik. Buka saja bungkusan terus aku khabarkan berita penerimaan pada pengirimnya Pn. Asyifa Mustaffa teman sesama blogger.
 sukanya di dalam hati
mendapat bungkusan cenderahati 
Asyifa teman yang memberi
ingin berkenalan klik di sini

 bukan satu atau dua
tapi tiga kesemuanya
beg vico pun ada
2 FM disertakan sama
FM Cameron highland ada
tidak keinggalan Langkawi juga
ada thermometer pada fmnya
jadi panduan seisi keluarga
 di peti sejuk ia bersatu
moga berkekalanlah di situ
Asyifa sungguh kakak terharu
moga ukhuwah kita padu

~~ Walau ada kala membuat GA bertujuan memeriahkan teman blogger namun keindahannya sukar untuk ditakrifkan melalui tulisan.Terima kasih tidak terhingga dari kami sekeluarga.~~

Thursday, January 24, 2013

Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w

إنَّ اللهَ ÙˆَÙ…َلاَئِÙƒَتَÙ‡ُ ÙŠُصَÙ„ُّونَ عَÙ„َÙ‰ النَّبِÙŠِّ ÙŠَا أيُّÙ‡َا الَّذِينَ آمَÙ†ُوا صَÙ„ُّوا عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ُوا تَسْÙ„ِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Al-Ahzaab: 56).

Ababil telah menghancur tentera abarahah
kota Mekah  tenang dari tentera bergajah
bumi anbiaya' nan suci diusik gemersik tangisan bayi mulia
12 Rabiulawwal tahun gajah diambil sempena peristiwa
lahir bagai wira walau tanpa seorang bapa
Muhammad bin Abdullah kental berjuang demi agama tercinta
utusan Allah mengorak langkah tanpa goyah
mendokong ummah dan agama Allah
namun agama itu kain dirobek di sana-sini
akan ujud abablil lagikah untuk kembalikan aqidah umatmu Ya Rasulullah?

Ya rasulullah salamun 'alaik, Ya habiballah salamun 'alaik
walau dunia kian reput dan bongkok
sebagaimana telah kau khabarkan pada umatmu dulu
namun benar jangkaan dan firasatmu Ya Rasulullah
umatmu kini di sana-sini terus bercakaran
mengunyah iman tanpa kesudahan
melapah, meratah, memuntah segala iman, aqidah dan taqwa
suara ulamak yang sedikit dijadikan senda-gurauan
mukjizat suci didendang namun bagaikan irama gamelan
melihat bibir dengan zikrullah bagaikan kian tenggelam
sujud-sujud hanya bila telah tersungkur

Ya Rasulullah syaffa'atmu ku pohon selalu
اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّد


~~ Rasulullah s.a.w bersabda: " Barangsiapa yg berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya." - Hadith riwayat Ahmad, Nasai & Al-Hakim ~~



Saturday, September 22, 2012

Bloglist Kesuma Angsana

Sekiranya mahu turutserta segmen ini sila klik di sini



Pertanyaan KA: 
Kenapa you all follow KA?
Jawapan aku: 
Walau jauh tak pernah bersua
tapi komen di entri aku selalu ada
itu buat rasa bagai saudara
harapnya KA begitu juga


Boleh dikatakan setiap kali entri aku mesti ada melekat satu komen dari KA ini. Rasa bagaikan dekat di hatilah pula bila sudah selalu menatap butir perkataan yang diberikan. Aku pun kalau boleh tidak mahu tertinggal juga memberikan komen sedaya mungkin.

~~ Marilah kita meriahlah segmen Kesuma Angsana ini.~~

Friday, August 17, 2012

Mohon ampun dan maaf

Kad - Cari dari google saja.



















Siang dan malam silih berganti
dari Muharram hinggalah Ramadhan kini
bila tabir 29 Ramadhan melabuhkan tirai
mentari 1 Syawal pasti memunculkan diri
di rumah Mu Ya Allah terawih, tadarus kian sunyi sepi
merembes ditubir mata manik-manik jernih
mohon segala doa dititip sepanjang waktu itu
didengari Allah robbul Jalil

Di laman ini titisan demi titisan dititip
biarpun bukan saban hari kewujudannya
ingin juga mengambil kesempatan disebalik turun-naik nafas
merapak memohon segala kemaafan
seandainya ada keterlanjuran titisan dititip
ada keperitan mata pada butiran perkataan di baris
ada kesakitan disebalik cerita
ada kebencian gambar yang tertera
ada masa dibuang kerana menatapnya
dan walau apa jua dirasa

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR & BATIN
dari Kakzakie di Titisan Nurani dan juga keluarga


~Selagi dalam percutian bererti blog ini akan terus sunyi dari segala titisannya.~~


Monday, August 6, 2012

Kad pertama bertandang ke rumah

Lama sungguh aku tidak memberi kad ucapan Hari Raya kepada sesiapa apatah lagi membelinya. Namun hari Sabtu lepas aku mendapat kad Ucapan Hari Raya dari teman istimewa. Istimewa kerana ianya datang dari teman blogger.

Header blog - Inilah header blog pemberi Kad Raya yang aku terima
ramadhan bulan penuh keberkatan
rebutan umat beramal ibadat 
kad ucapan pengerat persahabatan
sayang dari kakak ketat-ketat:)
Salam Aidilfitri - Salam dihulur, aidilfitri ditunggu
bulan maghfiroh bulan mulia
terawih dan tadarus usah dilupa
sungguh tidak  pernah diduga
Kad Raya Tinie di depan mata
Ucapan - Selamat Hari Raya dan Maaf juga dari Kakzakie
walau letih jiwa dan raga
berpuasa itu besar ganjarannya
buat Tinie dan juga keluarga
terima kasih dan Selamat Hari Raya

Mengambil kesempatan membuat N3 serampang dua mata, semalam juga ulangtahun kelahiran adik. Selagi kek tidak dibeli agaknya ada rasa tidak puas hati. Membeli sebuku kek yang dikehendaki.olehnya.Selepas doa dibaca oleh atuk kek dipotong masuk dalam kotak-kotak kecik agih buat kakak-kakak membawa balik ke asrama.

Kek di potong - Sebenarnya semalam mama/papa agak sibuk kerana mengagihkan barang untuk diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan tetapi adik asyik bertanya samada mama/papa lupa ulangtahun kelahirannya

Puas hati - Inilah kek yang paling kecil yang ada dikedai. Siap potong masuk kotak-kotak dan bakinya simpan untuk dimakan masa berbuka.

Khusyuk  - Kali ini Atok yang membacakan doa untuk adik sebab atuk ada di rumah sejak hari Sabtu lagi.

~~ Umat Islam di akhir zaman dikatakan terlalu ramai tetapi bak buih-buih di pesisir pantai mudah lenyap ditiup angin. Penyakit Rabbuddunia membuatkan kita selalu alpa.~~



Friday, June 29, 2012

Jalan pilihan

Jalan Titisan Nurani, - Sekadar hiasan N3 tidak membawa apa-apa maksud tersirat

Sungguh banyak penanda jalan
sendiri kena membuat pilihan

ada banyak jalan yang lurus
mencari yang cabang di hujung tidak terurus

oh...di sana ada warna-warni keindahan
tidak perlu syak dan waham

memilih jalan ini yang seronok
kerana sudah biasa dan tidak kekok

jalan kembali sentiasa terbuka
namun hayunan kaki mahu ke sana juga

hati berbisik, otak berputaran terus
seronok membuai rasa segalanya cantik dan lurus.

Bila nafas tinggal sekerat
kembali mahu pulang dari sesat
puas dari timur hingga ke barat
mahu kembali ke jalan lurus tidak larat

terkapai-kapai sendiri menahan sendu
sesal dan airmata merembes syahdu
kudrat melangkah kian layu
bibir terketar menahan sendu.....
mengapa baru kini tidak dari dulu


Sesungguhnya sesuatu kematian itu telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat barang sesaat. Telah banyak ayat-ayat untuk mengingatkan kita, namun masih menganggap jalan untuk ke penghujungnya masih jauh lagi.

~~Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Al-Munafiqun, 63:11)~~




Thursday, May 3, 2012

Tupperware serbaguna dari Eira Eixora

Bungkusan - Tidak siapa pun membuka kerana menunggu aku pulang dari kerja

Dulu ada majalah Gila-Gila
Membaca pasti ketawa sendiri
Walaupun aku bukan dealer
Tupperware digunakan setiap hari
Ini dia - Tupperware yang menarik idaman kalbu
 Mastika pula kegemaran abang
Kongsilah kita semua anak tani
Mendapat terus lompat bintang
Cantiknya tupperware Eira Eixora ini
Cantik - Belum digunakan lagi. Hari minggu ini bolehlah dirasmikan
Membaca itu jambatan ilmu
Ada kalanya mata terlena
Eira Eixora terima kasih buatmu
Ikatan persaudaraan kekal hendaknya


~~Tanpa diduga aku merasakan sejak-sejak ini banyak juga aku menerima pemberian dari teman alam maya. Bagaikan mahu bertemu mereka semua itu tapi malu pula.~~


Tuesday, April 24, 2012

Aku yang Setia dan Berusaha

Minggu setiausaha.....
siapa yang menyambut dan disambut?
tersenyum menyorot kad-kad ucapan
setiausaha syarikat menimbulkan pelbagai reaksi
masih adakah isteri yang sangsi
walau ketua aku bukan satu
tapi aku punya Allah yang satu
aku punya Allah yang sentiasa melihat
aku punya Rakib dan 'Atid yang tidak letih mencatat

Sungguh duduk di kerusi dan bilik ini
seringkali kebosanan menerjah naluri
sampai masa akan ditinggalkan juga
kerana setia itu masih perlukan usaha
jika mahu kekal sebagai setiausaha
ramai yang mampu dan boleh duduk di sini
sabarlah sampai masa aku pasti mengundur diri

Aku mahu jadi setiausaha suami tercinta
mahu jadi setiausaha anak-anak juga
setiausaha di sini sementara saja
usah disangsi tugasan aku
setia dan usahaku di sini tidak lama



~~sungguh aku akan sentiasa berusaha untuk setia
setia mencari mawaddah wa rohmahNya~~



Monday, April 23, 2012

Teka-teki membawa bahagia

Dari Pantai Timur Ke Johor Bahru
Berteduh dibawah pokok meranti
Ternganga melihat keindahan alam
Berbunga-bunga di dalam hati
Bila membuka bungkusan semalam

Awan tidak jemu berarak
Bumi berputaran tidak berhenti
Mulan teman blog kakak
Memberi ini sebagai cenderahati

Loves you too


Banyak ikan warna-warni lagi
Melekat bersama teman-teman yang lain di dapur

Walaupun raga jarang dipandang
Tenunannya indah untuk bergaya
Tanpa diduga tanpa diundang
Menjalin ukhuwah di alam maya

Anganan mahu mencapai rembulan
Puncak Kinabalu pun tidak terdaki
Syukran jazilan buatmu Mulan
Moga ikatan berkekalan di sanubari


~~ Sebenarnya bingkisan telah tiba di rumah pada 19-04-12 tetapi sebab Mak Zah pergi ke sekolah menghantar baju sekolah agama dan makanan adik di sekolah, kenalah hubby tolong mengambilnya di Pejabat Pos.~~


Thursday, March 8, 2012

Kasih yang datang dari Christchurch

Semalam aku bercuti kerana follow-up masalah sakit perut aku yang berlanjutan. Namun pada hari semalam jugalah aku mendapat perkhabaran gembira kerana sebaik pulang dari hospital aku menerima sepucuk warkah indah dari Christchurch hingga membuat hati benar-benar terharu.

Ungu sampul indah sekali
titipan pengirim sahabat maya
terharu sungguh hati ini
kerana ku tahu siapa pengirimnya

Mieza-POSCODE 7647 bagaikan tahu diriku ini
ciptaan Allah diaplikasikan
menjadi potret indah sekali
di dinding pejabat ingin ku abadikan

Pink, kuning dan putih warnanya
menambat hati yang melihat
walau sekadar di alam maya
kasih terpaut hati tertambat

Jazakumullah itu yang terucap
moga ada balasan Allah
dikejauhan ini kakak berharap
Mieza mendapat mawaddah wa rohmah



~~Bila mendapat sesuatu dari teman alam maya hati akan diusik rasa terharu yang sukar digambarkan. Biar jauh di mata namun ingatan bagai pernah bersua muka.~~