Mereka bertiga adalah anugerah terindah dari Allah buat kami suami isteri. Selalu aku berpesan biar tidak cantik tetapi hati mesti baik. Biar tidak lawa tapi perbadi biar yang Allah redha. Biar tidak cantik tapi otak kena cerdik. Walau kulit tidak melepak tapi ilmu biar melambak. Mereka jauh beruntung berbanding ketika zaman mama-papa di alam persekolahan dulu. Untuk atuk menghulur duit sepuluh ringgit pun payah di rasa. Kalau ada pun sebab untuk membayar sesuatu keperluan. Cuma agak beruntung dulu ada biasiswa Dato' Onn dan disebabkan mama mereka ini bolehlah dikategorikan pandailah sedikit maka biasiswa itulah yang banyak meringankan keperluan sekolah.
Puteri-puteri aku tidak merasa itu semua dan mama-papa tidak mahu anak-cucu keturunan kami merasai susahnya untuk melayari hidup di tanahair sendiri. Oleh kerana mama-papa tidak punya harta untuk ditinggalkan jadi kena pastikan ilmu dan iman kena ada di dalam diri sebagaimana didikan atuk mereka juga
Mama tahu apa yang mama dapat sempena satu angka berganjaknya usia mama adalah hasil dari pemberian duit mama-papa. Alunan "Sanah helwah ya jamilah... sanah helwah ya jamilah... sanah helwah ya jamilah mama... sanah helwah ya jamilah" buat mama terharu. Moga mama mereka ini masih berpeluang melihat mereka semua membina hidup masing-masing dan mampu mendoakan mama-papa mereka walau kami sudah tiada di dunia ini.
 |
| Dari mereka bertiga - Masa bila mereka membeli kain pasang ini pun aku tidak tahu sebab ada kalanya mereka bertiga akan berkata kepada mama-papa mereka untuk jalan dulu dan mereka akan ke tempat lain. Mungkin masa itulah mereka sepakat membelinya. Duit mereka sebenarnya pun dari kami juga sebab rutin aku setiap kali mendapat gaji pasti mereka juga mendapat habuan. Bermula bulan lepas juga aku tambah RM50/- dari jumlah biasa sebab syarikat aku memberi kenaikan gaji kepada semua staff, maka anak-anak pun mendapat kenaikan RM 50/- bermula bulan lepas. |
Apalah yang lebih menggembirakan kita sebagai mama-papa selain melihat anak-anak gembira. Rezeki yang ada semuanya milik Allah. Berkongsi selagi hayat masih ada. Selain kepada keluarga sendiri kepada mereka yang ada di luar sana juga usah dilupa. Banyak hak kita perlu dikongsikan bersama.
~~ Setiap detik berlalu semakin hampir detik Izrael akan datang menjemput pergi.~~