Rutin setiap pagi Sabtu dan Ahad pasti akan ke padang untuk memberi tubuh yang kian dimamah usia mengeluarkan peluh. Setelah lima hari duduk, duduk dan duduk, rehat, rehat dan rehat inilah masanya memberi peluang diri beriadah. Sambil kaki melangkah, mata menjeling keliling padang yang sarat dengan tumbuh-tumbuhan. Seandainya ada yang menarik mata memandang, singgah sebentar menghalakan kamera telefon untuk merakamkannya.
 |
| Mengkudu - Pokok mengkudu ini sudah terlalu besar dan tua. Tidak pernah berhenti dari menghasilkan buah. Berguguran tidak ada sesiapa pun yang mengambilnya. Tumbuh sendiri. |
 |
| Cantik - Terbiar melingkari batang pokok yang dijadikan pelindung mereka yang beriadah di sini. Hidup subur walau tidak pernah ada yang memperdulikan kehadirannya. |
 |
Unik - Bungakah ini? Ini hasil dari tumbuhan pokok di atas. Jika di rumah kampung ku ada menanam pokok ini tetapi tidak pernah menghasilkan seperti ini. Sebaliknya pokok ini tanpa jagaan tapi subur dan menghasilkan 'bunga' yang unik.
|
Telah dinyatakan bahawa semua makhluk Allah samada tumbuh-tumbuhan atau haiwan kesemuanya berzikir kepada Allah S.W.T mengikut cara masing-masing. Hukum membunuh binatang tidak kira yang mughalazah tanpa tujuan selain untuk mengelakkan dari membawa kemudharatan seperti penyakit adalah haram. Walau bagaimana pun adalah sunat hukumnya untuk membunuh binatang yang berbisa kerana boleh memudharatkan manusia seperti kala jengking, lipan, ular, dan sebagainya.
~~ Tumbuh-tumbuhan sentiasa berzikir kerana takut esoknya hari kiamat. Bandingkan diri kita dengan tumbuh-tumbuhan tersebut.~~