Showing posts with label Teka-teki. Show all posts
Showing posts with label Teka-teki. Show all posts

Wednesday, September 2, 2015

Buah apakah ini?

"Wahai sekelian manusia makanlah dari apa yang ada di muka bumi yang halal lagi baik." Surah Albaqaroh: ayat 168

Macam duku tetapi saiz sebesar buah epal
Macam manggis tetapi isinya tidak licin 
"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa." Suroh Thoha:132.

~~ Sebenarnya seumur hidup aku ini baru pertama kali melihat dan merasanya. Maha berkuasanya Allah.~~

Monday, May 11, 2015

Teka-teki sudah berakhir

Jam aku sudah pukul 4:00 petang, jadi aku tutuplah teka-teki pagi tadi. Bimbang nanti terlupa pula mahu dipublish. Apa pun terima kasih kepada semua teman-teman yang sudi melayan teka-teki pagi tadi. Di bawah ini di tunjukkan jumlah keseluruhan syiling yang ada di dalam uncang hijau tersebut.

Bank slips - RM 120.30 x 3 = RM 360.90/- itulah jumlah keseluruhan. Satu slip satu a/c anak. 


Tiga bank slip kerana aku mempunyai tiga anak kenalah bahagi tiga. Jumlah ini adalah syiling yang ada di dalam uncang hijau tersebut. Sengaja dibahagikan tiga kerana mahu melihat jumlah keseluruhan syiling yang papa kumpul hampir setahun. Ramai juga yang hampir memberikan jawapan tepat tetapi terpaksa mengambil yang terhampir iaitu jawapan dari teman kita ibu anak gebus

Jawapan Nurul Izwa RM360.20, bermakna lagi  RM 0.70/- tepat! 



Budak ceria - Ibu budak inilah yang hampir berjaya meneka
Tahniah dari kakak dan mohon emailkan nama penuh, alamat dan nombor telefon ke zakiepurvit@hotmail.com. Ada saguhati sebagai suka-suka dari kakak.

~~ Terima kasih sekali lagi buat semua.~~

Jom main teka-teki

Papa baru mendapat sedikit pembayaran dari projek yang dijalankan. Sementara mahu mengagih sedikit untuk simpanan anak-anak untuk masa depan mereka, tabung yang ada di rumah pun dituang juga untuk dimasukkan sekali ke dalam akaun masing-masing. 

Wang kertas tidak dikeluarkan lagi ada di dalam kepala tabung.

Inilah syiling-syiling yang terkumpul yang akan di bahagi tiga

Sedia untuk dimasukkan ke dalam uncang

Siap di dalam uncang.

Cuba teka berapa jumlah duit di dalam uncang hijau tersebut? Sedikit clue tidak lebih 400/- tetapi lebih 300/- Petang ini aku beritahu jawapannya.

~~ Sekadar santai sebab aku teramat sibuk sejak awal bulan ini.~~


Monday, February 10, 2014

Jawapan teka-teki lepas ada di sini

Teka-teki membawa bahagia. Bermula mendapat idea ini apabila adik bertanya mengapa selepas subuh dan asar tidak ada solat sunat. Begitu juga sebelum maghrib tidak ada juga solat sunat. Lalu sebagai mama kenalah jelaskan. Buat anak-anak di sini makcik jelaskan sebagai panduan dan sekiranya masih kurang jelas bolehlah rujuk kepada mama/papa masing-masing atau ustaz/ustazah di sekolah.

Baginda rasulullah bersabda "Barangsiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka" (HR Abu Daud & Tirmidzi)


Ibnu Umar meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda "Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhor empat rakaat." (Hadith riwayat Ahmad At-Trimidzi r.a) Empat rakaat di sini bermaksud dua sebelum (Qabliyah) dan dua selepas (Bakdiyah).


Sunat rawatib sebelum Asar (Qabliyah) adalah dua rakaat sebelum solat. Kena beringat tidak ada solat rawatib Bakdiyah selepas Asar. Baginda rasulullah bersabda " Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka." (HR At-Tabrani). 


Kesimpulannya sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu dipanggil Qabliyah dan Bakdiyah. Solat subuh hanya ada Qabliyah. Solat Zuhor ada Qabliyah dan Bakdiyah. Solat Asar hanya ada Qabliyah saja. Maghrib hanya Bakdiyah dan Isyak ada Qabliyah dan Bakdiyah. Manakala untuk lebih indah jika mahu melakukan sunat selepas subuh tunggu setengah jam selepas waktu syuruk bolehkan melakukan solat sunat Dhuha. Begitu juga sebelum tidur bolehlah melakukan solat witir. Namun sekiranya masih ada kemahuan untuk bersolat sunat seperti tahajjud/hajt/tasbih dan sebagaikan lakukan witir selepas soalt sunat tersebut kerana itu lebih afdhal. Makcik harap anak-anak dapat faham dari penerangan makcik ini. Wallahu'alam.

Walau bagaimana pun makcik mahu mengucapkan terima kasih kepada semua teman makcik berikut:-
BloggerCikli
Delete
Rapunzel Cikilolo
Delete
mama_salyBlogger  
Cik Puan
Delete
 UmmuAidan-Arissa
Delete
Delete
BloggerKnor
Delete
paridah
Delete
Farah Waheda Wahid
Delete
Bloggerumi alya  
izan mama mia
Delete
adyna
Delete
BloggerbabYpose
Delete
BloggerBin Muhammad 
hazlina azmiBlogger 
Mia Kassim Blogger 
nadia rashid
Delete
Zaitun
Delete
Delete
Delete
Delete
BloggerAzhafizah Md Nor
Delete
BloggerMas Zull
Delete
Bloggeraby
Delete
Bloggerros_reeza
Delete
Ibu Lala
Delete
Bloggersuri solehah Blogger  
ANIM
Delete
ummiross

Delete
~~ Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah untuk kita amalkan.~~

Saturday, February 8, 2014

Jom main teka-teki dari angka ini

1. Ini pun sudah dikira indah:_
  • satu saja pun
  • tapi ada lima
  • satu = 2
  • dua = 4
  • tiga = 4
  • empat = 3
  • lima = 4
2. Jika yang ini lagi indah:-
  • ia satu juga tak banyak
  • tapi ada lima juga
  • satu = 2+2
  • dua = 2+4+2
  • tiga = 2+4
  • empat = 3+2
  • lima = 2+4+2
3. Tetapi yang ini lagilah bertambah indahnya:-
  • satu jugalah tetap sama
  • jadi tetap lima jugalah
  • satu = 2+2...... 2
  • dua = 2+4+2
  • tiga = 2+4
  • empat = 3+2
  • lima = 2+4+2.....2+1
4. Ada lagi lebih indah dari ini sebenarnya. 
Tetapi jawablah tiga rangkaian di atas dulu.

~~ Sekadar santai-santai di hari minggu:) ~~

Saturday, July 6, 2013

Hitam-putih menawan kalbu

Ramadhan pasti ramai yang berzakat
perintah diberi kepada yang mampu
menerima cenderahati seorang sahabat
dari utara ke Johor Bahru
Sampul dan secebis kata-kata - Datangnya disambut dengan hati penuh keriangan
 ramadhan al-mubaraq akan datang
bangun bersahur jangan dilupa
gembira di hati bukan kepalang
sebaik sampul surat ku buka

Rantai kunci aka dompet syiling - Inilah dia kiriman dari Ayu
 ramadahan bulan penuh berkat
sedekah dan zakat jangan dilupa
polkadot hitam cantik memikat
dari Ayu teman blogger

Dalam almari piala - Tergantung bersebelahan dengan unta dari Mekah dan sotong dari Labuan
makan siang kenalah berehat
pembuka iftar dengan kurma
moga ukhuwah terjalin erat
terima kasih buat Ayu dan keluarga

~~ Selamat berhujung minggu dan lakukan persiapan akhir sebelum menjelang ramadhan.~~

Tuesday, June 11, 2013

Berpantun sebagai tanda gembira

Lenggang tangan hayun kaki
lompat jangan tinggi-tinggi
semalam saya mendapat rezeki
senyum hingga nampak gigi

Rantai kunci - Dibeli dari Pulau Pangkor lalu dihantar ke penerimanya aku di JB  Terasa bertuah sungguh bila tekaan aku menepati sasaran.
Kalau bersenam biar berteman
pakaian longgar dan bergaya
lihatlah rantai kunci kiriman
dari Mimie buat saya
Selipar - Istimewa selipar comel Pangkor ini. Kalau ada selipar yang betul pun aku mahu membelinya juga.
Berlari laju boleh sahaja
asal tahu batas-batasan
teka-teki ini membawa bahagia
moga ukhuwah berkekalan
Bergantungan - Bersama teman-teman di dalam almari yang aku gantungkan di piala anak-anak. Segala rantai kunci yang telah menjadi koleksi kami sekeluarga akan kami tempatkan di sini.
Jangan cuba berlagak berani
untuk bersenam di tempat sunyi
buat teman TITISAN NURANI
marilah berkenalan dengan Mimie
Selamat - Nampaknya disinilah selipar cantik ini akan digantung. Kami sayang untuk menggunakannya.

~~ Aku suka meneka tapi biasa sasaran tidak mengena. Kali ini Mimie bagi aku peluang agaknya kerana klu diberi agak mudah ditangkap. Terima kasih Mimie.~~