~~ Sabarlah hati....... ~~
Showing posts with label Cukai. Show all posts
Showing posts with label Cukai. Show all posts
Wednesday, May 13, 2015
Thursday, April 16, 2015
Amphawa Boat Noodle
Anak-anak bila ada masa terluang salah satu yang digemari menggoogle tempat makan yang belum pernah pergi. Apa lagi jika mereka menerima berita dari kawan sekolah masing-masing mengatakan makanan di restoran situ sedap atau di sini murah. Mulalah keinginan membuak. Mama-papa pula soal makan tidak cerewet. Janji anak-anak berselera kami ikut saja.
![]() |
| Ayam pandan - Ini pun sama comel benar. Dua kali gigit habis. Manalah cukup untuk makan sekeluarga. Setidak-tidaknya kenalah beli dua set. |
Semakin mahal harga makanan semakin rancak pula restoran dibuka di sana-sini. Adakah kerana peluang untuk meraih keuntungan lebih berbanding dulu. Dulu service charge 10% + government tax 5%. Sekarang pula 10% dan 6% jelas ada lebihan 1%. Aku sangkakan dulu bila ada GST cuma kena bayar 6% saja cukai tapi semuanya tinggal dalam anganan saja.
~~ Merenung masa depan anak-anak aku di masa depan yang tinggal di Malaysia.~~
Monday, April 13, 2015
Cukai Perkhidmatan perlu diperhalusi
Sebaik kad dikembalikan bersama resit pembayaran, pantas saja anak-anak mahu melihat berapa kos yang telah dibayar oleh papa mereka. Jelas tertera kos perkhidmatan masih ada lagi. Puas hati mereka bila sebelum ini mama-papa sudah katakan kos perkhidmatan masih belum lagi dihapuskan pihak kerajaan. Pihak hotel mestilah selagi boleh mendapat untung mereka tetap maraihnya sehingga ada kata putus dari pihak berwajib. Kita kena akur sebab ketirisan amat ketara sebaik GST dilancarkan. Banyak makanisma masih belum mendapat kata putus yang akhirnya rakyat/pengguna yang kena tanggung kos tersebut.
![]() |
| 1 - Buffet yang ada |
![]() |
| 2 - Adik asyik teringatkan Mr. Bean bila nampak tiram tersebut |
![]() |
| 3 - Sebenarnya banyak lagi tetapi ini saja tempat yang anak daraku captured |
![]() |
| Pilihan - Antara pilihan selepas kenyang baru teringat untuk dipotretkan |
![]() |
| Pilihan juga - Adik suka betul dengan mashmellow dan angur yg dicelup white coklat nampak macam sedap betul dia makan. |
![]() |
| Anak mama - Terkenang yg satu nun jauh dimata bila begini. |
![]() |
| Balik - Gula kapas buat sendiri. Posing di lobby sebab adik suka dengan cendalier yang bergantung diatas kepalanya cantik. |
![]() |
| Jambatan Permas Jaya - Dalam perjalanan pulang sempat merakam gambar kilauan lampu seberang tambak. |
Sebenarnya malam sabtu lepas kami menikmati hidangan makan malam di Renaissance Hotel di Permas Jaya, Masai. Keluar dari JB seketika semata-mata mahu membandingkan harga di kawasan luar JB. Ternyata masih lebih kurang sama saja. Bahkan lebih mahal sikit kerana GST charges incurred.
~~ Mengenang mereka yang masih tinggal di dalam khemah dan bulan ramadhan yang kian menjelang tiba terasa hiba. Cubit peha kiri peha kanan terasa.~~
Monday, March 30, 2015
GST di mata anak-anak
Sejak sana-sini membicarakan soal GST anak-anak juga tidak ketinggalan untuk cakna sama untuk tahu apa itu GST. Pendedahan para guru mereka juga membuat anak-anak tambah celik. Sungguh mereka juga tahu bagaimana GST kelak menjadikan kewangan papa/mama mereka akan turut terjejas. Dua hari saja lagi semuanya akan bermula.
Makan malam akhir minggu lepas, sebelum Kak Reen balik ke kampusnya juga tidak kurang membawa kami sekeluarga berbincang tentang GST. Kalau sebelum ini telefon bimbit ditenung kerana instagram, whatsapp, facebook dan sebagainya, malam itu menjadi mesin kalkulator mengira berapa banyak GST dikenakan andai perbelanjaan melibatkan jumlah yang ada. Makan malam di Pizza Hut juga diambil kira jumlah cukai masakini yang dikenakan. Selalunya anak-anak tidak pernah pun mahu melihat bill yang ada.
![]() |
| Hidangan - Sebahagian hidangan yang kami sekeluarga nikmati bersama |
![]() |
| Jumlah - Dari jumlah RM152.60/-cukai keseluruahan adalah RM24.42/-. Harapan kita semua selepas GST dilancarkan kelak kita hanya dikenakan RM 9.16/- (dikira dari 6% jumlah RM152.60/-) |
Mengharap sekiranya GST dilancarkan service charges itu tidak ada lagi bagi menggantikan 6% GST saja. Jika benar ini yang dilakukan pastinya ianya lebih murah. Namun seperti apa yang papa anak-anak aku kata "kita tunggu dan lihat". Jangan pula anak-anak berfikiran bolehlah makan selalu di luar sebab harga lebih murah.
~~ Bila GST dijalankan katanya untuk kebaikan ekonomi negara, rakyat marhaen pula yang merasai tempias darinya. Sehinggakan berbagai-bagai abbreviation timbul dari perkataan GST ini. Tapi yang anak aku suka katanya - Government Said Thank you. ~~
Labels:
Anak Mama,
Budget,
Cerita Masyarakat,
Cukai,
Makanan
Thursday, November 20, 2014
Singgah Selalu tempat yang selalu kami singgah
Apabila cuti sekolah kian memunculkan diri dan musim peperiksaan habis, dapur mama pun lebih banyak bercuti. Lebih banyak memeriahkan dapur restoran daripada dapur sendiri. Anak-anak pula mula merancang strategi mencari lokasi tempat makan di mana yang dirasakan sedap dan selesa. Papa biasanya akur saja, janji tidak menjejaskan jadual/rutin hariannya. Dua hari lepas kami ke Restoran Singgah Selalu lagi, tempat persinggahan kami selalu.
![]() |
| Pilihan 1 - Kerapu steam nyonya dan butter prawn. Dua ini sangat sinonim setiap kali kami ke sini. Menu yang atas pilihan adik, menu bawah pilihan Kak Meen. |
![]() |
| Pilihan 2 - Aspargus dan shark-fin soup. Atas pilihan mama dan bawah pilihan papa |
![]() |
| Pilihan 3 - Satey daging yang lembut dan pasti tanpa lemak itu yang kami semua suka satey di sini. Bawah mama saja yang makan ini kerana yang lain-lain semua makan nasi dengan lauk-pauk yang dipesan. |
![]() |
| Johor tanah tumpahnya darahku - Keluar dari restoran singgah menikmati pancaran permata dari gerbang mahkota di Bukit Serene ini. Kalau mereka yang punya kamera canggih pasti cantik bila gambar dicapture waktu malam. Gumam kami menganggarkan jumlah duit yang terlibat untuk pembikinan ini. |
Setiap kali menerima bill pasti mata tertancap melihat jumlah cukai yang dikenakan. Namun kalau sudah ini yang digariskan pihak pemerintah kepada semua peniaga mereka pun tidak mampu berbuat apa-apa sama seperti pelanggannya. Kita sesama rakyat melenting bagaimana pun tetap kena akur juga akhirnya.
Tuesday, September 2, 2014
Makan-makan cuti merdeka - 1
Cuti bersempena menyambut kemerdekaan kali ini agak puas. Jatuhnya pada hari Ahad anak-anak dapatlah bercuti tiga hari termasuk Jumaat dan Sabtu. Aku pula Sabtu, Ahad dan semalam. Sementara Kak Reen pun masih bercuti sem kami keluar makan di Aeon, Kulaijaya.
![]() |
| Chicken Chop - Pilihan Kak Reen & Kak Meen cuma nama saja berbeza tapi kelihatan lebih kurang saja Teriyaki chicken chop dengan Baked chicken chop jadi ambil satu gambar saja. |
![]() |
| Salad - Pergilah mana pun salah satu dish pilihan mama mesti salad. Makan dengan pizza baru ngam. |
![]() |
| Air - Pilihan anak-anak dan mama juga. |
![]() |
| Adik - Pilihan adik chicken parmigiana |
![]() |
| Pizza - Pepperoni dan favourite special pizza restoran itu. |
![]() |
| Kopi Americano papa - Semua gelakkan papa bila ada seketul biskut comel di tepi piring cawan kopinya. |
![]() |
| Bill - Agak murah berbanding jika kami makan di Pizza Huts dan Secret Recipe. Service charge saja yang tetap sama di mana-mana restoran. Boleh dapat satu dish lagi. |
Mohon maaf aku agak kesibukan hari ini. Bertugas di syarikat yang 100% berhubung dengan negara luar agak sibuk sebaik naik bercuti. Bila bercuti pula jika tidak dapat berhubung di pejabat telefon bimbit kita pula menjadi sasaran mereka untuk menghubungi kita. Bila diberitahu cuti sempena menyambut hari kebangsaan negara baru mereka faham. Hairan saban tahun seringkali mereka lupa, sedangkan kita sentiasa ingat bila hari cuti negara mereka.
~~ Banyakkan sabar, hidup kena ceria. Cari kelemahan diri sendiri daripada cuba mencari kelemahan orang lain. Tetapi sebagai manusia kadang-kala aku pun lupa.~~
Labels:
Cerita di pejabat,
Cukai,
Keluarga,
Makanan,
Pandangan
Thursday, May 15, 2014
Cukai makan di restoran
Sebaik melangkah masuk ke dalam kereta ada sedikit kelegaan walau sisa keletihan bekerja sehari suntuk masih terasa lagi. Tiba di rumah menarik nafas lega. Tetapi untuk melangkah masuk ke dapur pula terasa letihnya tidak terkata. Beginilah bila diri kian dimamah usia ditambah pula dengan lambakan kerja di pejabat yang bertimbun-timbun terasa lesu dan letihnya. Tidak sama ketika diri diusia 20an dan 30an. Sedari dulu lagi walau aku ada pembantu tetapi tugasan memasak biasa akan aku lakukan sendiri atau makan saja di luar. Biarpun aku bukan pakar dalam hal masak-memasak tetapi hubby dan anak-anak lebih berselera kalau hidangan diberi hasil dari apa yang aku masak. Bila letih dan lesu mulalah rasa bagaikan mahu berehat segera. Lupa soal cukai yang seringkali dikenakan setiap kali makan. Harga cukai yang dikenakan saja boleh membayar makan adik ke sekolah berhari-hari.
![]() |
| Bukan aku yang masak - Bukan juga Mak Zah yang memasak tetapi kami makan di Secret Recipe. |
![]() |
| Sama, bukan juga aku yang memasak - Tetapi berseleralah pula hubby dan anak-anak makan di sini. |
![]() |
| Pilihanku - Bukan susah sebenarnya untuk membuat ini. Tetapi tetap tidak berdaya lalu membeli inilah sebagai mengisi perut sendiri. |
![]() |
| Anak dan Kek - Biasalah anak bila ke sini mana boleh tinggal dengan kek. Bila tidak habis di bawa pulang. Esoknya di bawa ke sekolah pula. |
![]() |
| Berselera - Selain kek yang berbagai citarasa, mee kari juga pilihan utama adik. |
![]() |
| Cukai - Tunjuk pada adik kenapa kalau boleh elak dari makan di restoran. Lihat harga cukainya boleh membeli satu kotak pensil warna untuk kegunaan adik. |
Mohon maaf kepada semua teman-teman. Aku agak sibuk dalam seminggu-dua ini. Begitulah lantaran bercuti awal bulan hingga kini tugasan masih belum dapat diselesaikan. Kepada yang belum sempat aku kunjungi mohon sebuah pengertian. Ada masa pasti blog teman-teman akan dijengah.
~~ Sana-sini kini sibuk bercerita tentang GST. Lupa pada service charge dan government tax yang telah dikenakan. Lihatlah bill selepas membayar.~~
Wednesday, December 5, 2012
Wednesday, March 28, 2012
Monday, April 11, 2011
Borang BE
Sekadar mengingatkan teman-teman yang "lupa" macam aku dan encik hubby. Tunggu hingga saat akhir baru isi dan pos. Mula-mula alasan diberi tunggu borang EA yang belum diperolehi. Bila sudah diperolehi pula terdetik di dalam hati mesti jumlahnya tidak seberapa kerana telah ada potongan PCB setiap bulan.
Bila borang telah dipenuhi dan kiraan dilakukan masih ada lagi baki yang perlu dibayar kepada LHDN. Hendak bertangguh sudah tidak boleh lagi. Akhir bulan ini adalah tarikh tutup pembayaran. Suka atau tidak kena bayar sebagai memenuhi tanggung-jawab sebagai rakyat yang taat. Tidak mahu pintu rumah atau loceng rumah berbunyi kerana kunjungan pegawai LHDN.
Dalam keadaan berkira-kira kita sebagai rakyat masih ada nasib baik lagi. Nasib baik yang aku maksudkan ialah tidak perlu guna setem. Itulah saja yang diberikan pada aku sebagai pembayar cukai. Betapa kesihannya aku.... (senyum sumbing). Aku juga tidak guna sistem e-Filing. Apa yang penting kita tidak culas dari tanggung-jawab kita.
~ membayangkan setiap sebuah rumah menyumbang sekadar RM 100/- kalau 10 juta rumah saja sudah tidak terhitung banyaknya ~
Subscribe to:
Posts (Atom)





































