Berusia 48 tahun lebih kurang usia hubby saja tetapi sudah dijemput Izrael untuk meninggalkan dunia yang sementara ini. Kami berdua terkenang hajat allahyarham sebelum pergi. Sudah lama beliau menempah rumah sewa kami sebaik diketahui penyewa kami yang ada kini akan berpindah rumah untuk mengikut anak keduanya yang sudah mempunyai bayi untuk dijaga. Allahyarham merupakan sahabat masjid/surau hubby. Menjalankan business alat pemadam api - fire-extinguisher. Bertambah erat dengan hubby kerana selalu hubby memberi peluang business kepadanya. Tiga hari sebelum beliau pergi hubby berkata ada bertemu di masjid sewaktu tazkirah Isyak. Hari berikutnya bertemu di surau taman sebelah perumahan kami. Boleh bergurau lagi apabila dia menepuk belakang hubby ketika tazkirah baru hendak bermula, lalu akhirnya duduk bersebelahan. Hari ketiga malam itu sekali lagi di masjid ketika berwudhuk di malam majlis maulidurrasul. Pagi selepas majlis maulidurrasul itulah beliau dikatakan dijemput Izrael lalu meninggalkan kami sahabat-handai serta sanak-saudaranya.
Terlalu mudah perginya seorang hamba Allah yang begitu baik, luhur dan murah dengan senyuman. Sewaktu hidupnya sangat mendamaikan sahabat-sahabatnya. Perginya dia meningalkan kesan kasih dan ukhuwah yang sukar digambarkan. Kami kehilangan sahabat yang baik. Isteri dan anak-anak kehilangan tempat bergantung kerana isterinya tidak bekerja. Harapan kami moga businessnya masih boleh diteruskan oleh isteri dan anak sulungnya.
Jika mengikut perancangan beliau akan menyewa rumah kami pada bulan Februari ini. Sekiranya hajat itu mahu diteruskan oleh isterinya sungguh kami tidak ada halangan.Agak terkilan juga buat aku dan hubby namun ketentuan Allah tidak siapa mampu menidakkannya bila beliau tiba-tiba pergi buat selama-lamanya. Doa dari kami sahabat-handai dan saudara-mara semua semoga roh Allahyarham Latif ditempatkan bersama kalangan para solihin.
~~ Usia dan kesihatan bukan pengukur bila ajal akan tiba. Begitulah pengakhiran selepas 327 hari hilang, pengumuman khas semalam sudah mengisytiharkan MH370, bahawa kesemua 329 orang yang berada di dalamnya dikatakan menjadi nahas korban kemalangan. Doakan buat semua mangsa. ~~










