Showing posts with label WhatApps. Show all posts
Showing posts with label WhatApps. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

Bila sudah terpikat


~~ Butik Calaqisyajb akan buat jualan murah pada hujung minggu ini.~~



Friday, November 7, 2014

Mati tidak mengenal usia

Berkongi WhatsApp group sahabat masjid kami yang terpapar sebagai renungan.

WANITA
20an : mengancam
30an : macam-macam
40an : terancam
50an : semacam
60an : susah nak cam

LELAKI
20an : bergaya
30an : bercahaya
40an : macam buaya
50an : tak boleh percaya
60an : dah tak bermaya

Sahabat-sahabatku

Jangan tertipu 
dengan usia MUDA
kerana syarat MATI
TIDAK harus TUA

Jangan terpedaya 
dengan tubuh SIHAT
kerana syarat MATI
TIDAK mesti SAKIT
Bekal hari ini - Anak remaja membuat air detox aku yang sudah tua ini pun terikut sama. Bukan untuk lambat tua tapi untuk menjadi lebih sihat itu yang dikatakan anak.

Jangan terpedaya dengan harta kekayaan
sebab 
si Kaya pun tidak pernah
menyimpan kain kapan
buat dirinya
meski cuma selembar

Mari terus bebuat BAIK
berniat untuk BAIK
Memberi nasihat yang BAIK
MeskipunTIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dengan Nasihatmu

Cukuplah Allah yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain

Jadilah bagai jantung
yang tidak terlihat
tetapi terus derdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan olehNYA

Sahabat-sahabtaku...
"Waktu yang ku sesali adalah jika
pagi hingga matahari terbenam
amalku tidak bertambah sedikitpun
padahal aku tahu saat ini
umurku semakin berkurangan"

~~ Sekadar renungan di hari Jumaat yang mulia ini.~~

Friday, October 10, 2014

Jawa itu adalah bangsa dan bahasa

Sekadar menitipkan apa yang ada di dalam WhatsApp group keluarga kami. Bolehlah membaca sambil senyum-senyum tetapi jangan sampai berdekah-dekah pula. Ketika menghayati tiap patah perkatan yang dittitipkan benar-benar membuat aku tersenyum sendirian. Selamat membaca:-

Hai jawa..
bangsa yg berwibawa
kerja lebih, sedikit ketawa
biar tidak bergaya, tapi lawa
kebun banyak, rumah macam singgahsana
rancang sikit tapi pasti terlaksana
kerja berat tiada hal punya
sembang lebih tapi kerja jalan
pantang orang ganggu nak diparangnya
kahwin banyak sebab mahu besarkan ahli keluarga
ramai anak bukti memang power

Jawa juga pandai dan ahli agama
tak kurang juga yang jadi ketua
aku jawa kau pun jawa
jangan selalu putus asa
biar kita cakap jawa orang tak suka
cakap jawa itu sekadar bahasa
janji kita berbudi bahasa
jawa Bandung halus budi pekerti
jawa barat pantang dikasari
jawa timur rajin cari rezeki
jawa tengah suka merantau seantero negeri

Jawa oh jawa
jawa kan cuma bangsa
yang penting memperjuangkan agama
bangsa-bangsa di dunia
agar kita saling sama mengenal
itu yang termaktub dalam kitabNya
"Tidaklah aku ciptakan kamu dengan sia-sia."
Inilah coretan anak jawa

Jika membaca titipan demi titipan WhatsApp Group keluarga kami bermacam-macam isu ada. Sehingga soalan-soalan buat anak-anak menjawab peperiksaan menggunakan bahasa Jawa pun ada. Anak-anak manalah faham, masing-masing semua akan geleng kepala. Menyebut perkataan (pronounce) pun tidak tepat inikan pula untuk memahaminya.

~~ Bukan hasil ciptaan aku tapi sekadar tatapan dan pembacaan bersama.~~


Friday, September 19, 2014

Jenama Fine Yiyun Bone China

Ini adalah WhatsApp dari anak buah yang tinggal di Qatar buat renungan seluruh keluarga demi menjaga syari'at bersama. Semakin teknologi melangkah maju ke depan semakin banyak ujian buat umat Islam.

War-warkan -  Walau cantik, antik dan mahal bagaimanapun bila keluar penjelasan begini sebaiknya jauhilah. Sedikit sebanyak pasti rasa syak, dzan dan waham akan menerjah minda sebaik membaca ini. Samada ianya betul atau tidak bila sudah ada rasa syak, dzan dan waham di minda ianya menjadi haram untuk kita gunakan.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa sebuah hadis Rasulullah SAW ada menjelaskan "Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas),dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara syubhah (tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya."

~~ Jika sudah tahu kena tinggalkan segera dan war-warkan kepada sesama saudara kita. ~~


Friday, September 12, 2014

Bersangka-sangka

Sekadar renungan apa yang dikirim di group WhatsApp keluarga kami:- 

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
ada sangka baik, ada sangka buruk
orang beribadah disangka riak
orang relaks disangka malas
orang berpakaian baru disangka menunjuk
orang berpakaian buruk disangka hina
orang makan banyak disangka pelahap
orang makan sikit disangka diet
orang yang senyum disangka mengejek
orang yang masam disangka merajuk
orang yang berbincang disangka mengumpat
orang yang diam disangka menyendiri
orang yang menawan disangka menggoda
orang yang ceria disangka mengada-ngada
orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya mana tahu

Orang yang senyum itu kerana bersedekah
yang masam itu mengenang dosa
yang berbincang memberi pendapat
yang diam itu kerana beribadah
yang menawan itu bersih wataknya
yang ceria cerdas mindanya
yang bertanya itu prihatin orangnya
 
Justeru itu apa yang kita lihat

Jangan suka bersangka-sangka
sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
kerap sangka-sangka mengundang celaka
jauhi sikap sangka-sangka

~~ "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya kebanyakan dari sangkaan itu adalah dosa" (Suroh Al-Hujurat:12)~~





Tuesday, August 19, 2014

Islam pasti akan bangkit

Jalan-jalan mencari keperluan anak-anak tiba-tiba mata adik tertancap pada hamparan bendera yang satu dunia tahu akan kezalimannya di atas lantai pintu masuk salah sebuah kedai. Kami sudah biasa ke kedai ini. Kedai membuat cenderahati dan keperluan sekolah anak-anak. Tanda protes tuan empunya kedai tersebut terpancar dengan jelas seperti apa yang kita rasakan juga.

Emosi - Bila nampak ini kami bersama 'pijak' juga tanda hilang rasa hormat dan marah kami atas kezaliman mereka. Kaki comel setokin hitam itu adik. Kasut hitam, baju hijau itu Mak Zah, Kasut coklat sebelah kanan itu Kak Meen dan sandal warna cream siapa lagi,  akulah.
Biarpun protes di sana-sini tapi keegoan mereka benar-benar mencabar kesabaran umat Islam. Semalam group WhatsApp aku ada menitipkan gambar seorang bayi yang bermata satu lahir di sana. Samada ianya benar atau tidak tapi sudah cukup membuat aku beristighfar panjang. Masya-Allah sudah terlalu dekatnya akhir zaman dunia ini. Bersama kita renungkan kejadian itu.

~~ Sesungguhnya janji Allah itu benar bahawa Islam pasti akan bangkit juga akhirnya.~~


Friday, August 15, 2014

Bila Pak Mat stress

Sekadar santai-santai di hari Jumaat.  Jangan stress ketika menjalankan tugas pada hari ini sebab esok sudah boleh bercuti. Tetapi hari ini aku bercuti sehingga Ahad kerana menghadiri majlis walimatulurus anak buah di Muar. Catatan ini diperolehi dari WhatApps yang aku terima dari group WhatApps keluarga. 

Pak Mat stress..

Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba-tiba gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke hospital.

Pak Mat sedikit stress!

Sampai di hospital, doktor mengatakan bahawa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahawa dia bukan ayah dari bayi dikandung, tetapi gadis itu mengatakan Pak Mat itulah ayah bayinya.

Pak Mat bertambah stress!!

Pak Mat meminta ujian DNA dijalankan untuk membuktikan bahawa dia bukan ayah bayi itu. Pak Mat pun ditahan sementara menanti hasil ujian tersebut.

Pak Mat semakin stress!!!

Setelah ujian DNA keputusan dokor mengatakan bahawa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang. Ketika dalam perjalanan pulang dia memikirkan 3 anaknya di rumah.

Pak Mat benar-benar stress!!!

Siapa bapa kepada anak-anaknya yang 3 orang itu?  Pak Mat balik rumah dengan muka sugul dan kelat. Dia menuduh isterinya curang. Isterinya membawa Pak Mat berjumpa doktor pakar. Doktor mengatakan Pak Mat mengalami masalah ingatan sejak menjadi pemandu teksi dan dia terlupa bahawa dia menikahi janda anak 3 sebelum menjadi pemandu teksi..

Sekarang isteri Pak Mat pula menjadi stress bila melihat Pak Mat stress.

~ Siapa yang bernama Pak Mat janganlah marah, ini sekadar gurauan semata-mata. Selamat bersantai di hujung minggu:)~~