Berlalulah sudah Syawal 1437H. Hari ini sudah 1 Zulkaedah 1437H. Sana-sini sudah bermula undangan ke majlis saudara-mara, rakan-taulan yang mahu ke tanah suci pula yang tidak kurang meriah seperti juga rumah terbuka di hari raya. Memandangkan rumahku dekat dengan lapangan terbang seringkali dijadikan persinggahan buat saudara yang mahu ke tanah suci sebelum ke lapangan terbang. Syukur sangat sebab bila ada peluang ini hati aku meronta bagaikan mahu berangkat sama. Detik itu bagaikan menerawang kembali dalam ingatan. Sayu terasa sebaik azan dilaungkan di depan pintu pagar sebelum semua bertolak ke lapangan terbang.
![]() |
| Setengah balang - Lihat ini masih banyak. Sebelah kiri aku beli yang kanan Kak Reen buat |
![]() |
| Bekas kecil - Masukkan ke dalam balang-balang kecil. Yang tengah itu Kak Reen buat lainnya beli dan orang sedekah |
![]() |
| Telungkup - Semua sudah bersih. Set untuk meja di dalam pun sudah dicuci. Set meja di luar juga dicuci sama. Tunggu tahun depan boleh digunakan lagi. Bekas ini juga sudah 3 kali raya kami gunakan. |
Semoga keindahan syawal yang dirai mendapat redhaNya. Bergembira, berkunjung, bersedekah, menjamu tetamu hatta berbaju baru semuanya ada ganjaran. Apa yang penting jangan melanggar syariat. Panjang umur bertemu lagi Syawal tahun hadapan.
~~ Tarikh 10 Zulhijjah akan menyusul dengan kemeriahan Hari Raya Haji yang berbeza pula.~~
























