Satu-satunya fesyen yang tidak mungkin ditelan zaman inilah dia baju kurung. Walau diolah dengan apa cara sekalipun ia tetap akan dikatakan baju kurung. Tidak kiralah ianya kurung pesak, kurung Johor yang berkurudung, kurung Pahang. Kedah dan sebagainya, pemakai akan kelihatan manis dipandang mata. Hari ini juga pasti ramai yang berbaju kurung.
Oleh sebab itulah tidak menjadi satu kehairanan mengapa baju kurung menjadi salah satu pakaian tradisional yang sering menjadi pilihan wanita di Malaysia. Bukan sahaja dipakai sebagai baju raya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri malah digunakan untuk ke majlis-majlis seperti kenduri kahwin, majlis makan malam dan majlis formal yang lain. Sifat baju kurung yang sangat versatile membolehkan anda memakainya untuk ke pejabat juga

Kini ianya telah
diberikan sentuhan yang lebih moden sesuai dengan arus trend fesyen Muslimah
terkini yang sedang popular. Fesyen baju kurung moden terkini dilihat lebih segar
dan membolehkan fesyen pakaian Muslimah berkembang ke satu tahap yang lebih
tinggi dalam pentas fesyen Malaysia. Kemunculan rekaan baru yang lebih trendy
juga adalah hasil daripada sentuhan kreatif pereka-pereka fesyen tanah air.
Usaha mereka berhasil apabila pasaran dress Muslimah ini mendapat permintaan
yang tinggi dan antara contohnya ialah baju kurung moden, baju kurung Pahang,
baju kurung cotton, baju kurung pesak dan baju kurung Kedah.
![]() |
| Cantik - Untuk dijadikan baju pakaian sedondon sewaktu majlis perkahwinan juga sangat menarik. Design dan warna sangat sesuai tidak kira berapa pun usia. |
Beberapa tahun yang
lepas baju kurung peplum kembali popular and hit the fashion world with a full
force. Stail yang sangat sinonim dengan biduanita Saloma itu telah digabungkan
dengan rekaan baju kurung tradisional dengan rekaan yang lebih elegant. Dunia
fesyen memperlihatkan kemunculan semula fesyen baju kurung ini dengan begitu
meriah sekali. Ia juga menjadi antara trend fesyen baju raya 2014 yang paling
popular dan menjadi pilihan ramai wanita untuk sambutan perayaan itu. Namun tetap tidak pernah luput sehingga ke hari ini kerena baru kurung merupakan fesyen yang everlasting.
~~Kain batik kain sarung
sungguh cantik berbaju kurung. ~~
sungguh cantik berbaju kurung. ~~