Boleh dikatakan kebanyakan kaum lelaki yang hadir memakai baju putih menakala perempuan pula memakai baju hitam. Aku pula tidak terfikir yang aku kunjungi adalah majlis keluarga pak-mak Arab. Melihat hubby mencapai baju light purple aku pun turut ikut sama. Pak-Mak Arab yang kami jumpa semuanya boleh berbahasa Melayu. Menghadiri majlis Istighosah ini semalam aku rasakan bagai berada di Arab seketika.
![]() |
| Istighosah Kubro - Berada di majlis sempena memperingati pemergian allahyarham atok dan ayahanda Sharifah Nadzarah (SN) yang diadakan di perkarangan rumah beliau dan rumah bondanya - kedudukan rumah bersebelahan tembok saja amat memudahkan. |
![]() |
| Masakan arab - Inilah dia hidangan yang dijamu keapda para jemaah yang hadir. Aku beruntung kerana dapat berada di dapur bersama SN dapatlah membantu mengangkat hidangan. |
![]() | ||
| Makan dalam dulang - Berdulang-dulang dihantar keluar. Kuih-muih adalah ikhsan pemberian orang ramai itu kata SN. |
Bagaikan kenduri kahwin sebab ramai yang datang. Banyak kereta Pak-Mak arab yang rata-rata berkereta mewah telah tiba dahulu. Selesai majlis aku tidak boleh berlengah terus bersalam-salam juga mohon beredar. Tetapi balik aku bukan dengan tangan kosong kerana apa yang ada dalam gambar di atas semuanya dapat aku bawa balik sama sebagai berkat. Selain itu diberikan kepada semua yang hadir penanda buku/al-quran yang lengkap dengan Asma'ul -Husna. Banyak SN berikan pada aku. Terima kasih SN.
~~ Cuti sekolah belum tiba tapi semakin banyak kad jemputan telah diterima sebagai tanda setiap hujung minggu pasti ada tempat untuk dikunjungi. Apa yang pasti kosongkan perut sebelum keluar rumah.~~






Aku, Isabella dan Tok Kenali.... penghijarahan seorang insan artis mencari pencerahan diri yang melalui liku-liku kehidupan dari kecil hingga kini. Namun oleh kerana semasa kanak-kanak bimbingan dan ilmu itu telah tertancap di dada, kekentalan jelas mampu diharungi olehnya. Indah menghayati travelog hidayah ini...