Maaf aku dilanda penyakit duniawi seperti entri sebelum ini. Sibuk dan lelah! Tetapi Gegar Vaganza GA sempena anniversary ke 21 adinda ku tetap ku redah jua. Lalu ku kuak sedikit ruang masa untuk mencatat satu hikayat sang permaisuri sehingga terpahat indah hidup bersama sang arjunanya.

Sudah tercatat di dalam satu hikayat bukan dahulu kala tetapi 21 tahun yang lalu. Maka ada satu ceritera indah akan terpetrinya satu ikatan suci antara dua anak Adam di bumi Muar, bandar maharani. Seorang gadis comel-molek tertunduk, tersipu malu tetapi jauh di sudut hatinya bergejolak menanti sang adiwarnanya menggenggam erat tangan seorang qadi bagi melafaz dan aqad untuk menjadikannya permaisuri di hati.
Riun-rendah suara sanak-saudara mahu meraikan si puteri bongsu diraikan sedikit pun tidak melelahkan seisi keluarga. Masing-masing tersenyum gembira meraikan majlis gilang-gemilang. Debaran sang arjuna untuk disatukan dengan adinda pujaan hati pula membuatnya tidak mampu untuk lena barang sepicing. Gemuruh sudah dirasakan semalaman sehinggalah menjelang pagi. Namun kegagahan harus dibuktikan dengan keluarga di sana. Sebab itulah sebaik qadi menggoncang tangan lalu disambut dengan lancar sang arjuna "Aku terima nikahnya......" dan disambut dengan sambutan para saksi, "Sah..Sah". Mengalirlah airmata kegembiraan sang permaisuri yang bersimpuh ayu.
Kini sudah 21 tahun berlalu..
Seorang putera gagah perkasa persis sang arjuna pujaan hatinya dan dua puteri selayaknya mengikut jejak si ibu berbahagia menghuni mahligai bahagia. Semoga itulah pengabadian yang indah sehingga kekal abadi di syurga firdausi.
~~ Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke 21 buat dinda Hainom.~~
Khas buat Hainom Haryani:-
"Ojo dipilih entri kanda iki. Serious kanda tulis khas tapi udhu utk GA. Kanda agak sibuk pasal dugaan pangeran nang keluargo kanda. Tapi pasal dinda terluah entri iki. Mugo diparengi seng apik-apik. Amin."
Wah bergaya adik nak memasuki asrama SBP meninggalkan mamanya yg merindui kehilangannya walau seketika namun perit rasanya...semoga adik berjaya mencapai impiannya dunia n akhirat.
Semoga adik terus cemerlang di tempat baru..
Menuntut ilmu untuk Dunia dan Akhirat..
Selalunya MRSM ni ada ambil second take tu KakZakie..
InshaAllah.. ada rezeki adik tu..
adik boleh...mula2..lps tu nti akan biasa.
normal pd kita mak2 ni..
lieya pun sunyi dah umah kak....mgu ni takde sekolah agama so kene laa jemput dieorg kul 1 kang....
semoga anak2 kita bersemangat unutk belajar yer kak....:)
Selamat tahun baru 2016. Baru hari ni berkesempatan berada di alam maya ^_^ Tahniah buat adik kerana berjaya masuk SBP. Mungkin itu yang terbaik buatnya. Dapat bayangkan betapa rindu dan sukarnya akak untuk melepaskan anak bongsu, saya tak dapat nak legakan kerinduan hati akak tu dengan kata-kata kerana saya sendiri belum mampu untuk berpisah barang sejam pun dengan anak-anak!
belajar rerajin yea dik...
dana paham perasaan akak, perasaan seorang ibu msti semua ibu hampir sama naluri nya....
adik pun duk asrama... takde lah keletah adik kt blog mama nyer mcm selalu2
buat kakak semoga terus diberi ketabahan
Tapi di belakang mereka tuhan ajerlah yang tahu betapa sedih dan rindu nya berpisah dengan anak....
Sikit hari lagi KN akan berpisah pula dengan anak perempuan KN yang baru berkahwen haritu.. .. sedeh macam mana pun KN terpaksa pujuk hati ini untuk menerima hakikat yang anak tu dah punya suami....kini suami dia lah menjadi tanggung jawab keatas nya.... huhu..
Tukang Kebun pun kelamkabut uruskan sekolah anak-anak berapa kali tukar sekolah.
Adik jgn lh "adult" cepat sgt.
Hi hi hi.
Good luck juga buat kak zakie :-)