Walaupun tarikh mula persekolahan telah ditangguh tapi tarikh pembelian buku semuanya sudah berakhir untuk sekolah adik. Ahad lepas adalah tarikh membeli buku-buku untuk sekolah agama adik. Sekolah kebangsaan minggu lepas adik pergi dengan Mak Zah sebab papa outstation dan mama pula kerja yang tidak boleh dielakkan. Pagi Ahad lepas mama dan adik menjadi orang terawal tiba di sekolah tetapi ustazah yang menjaga kaunter untuk darjah 6 belum tiba seperti yang dijanjikan.
Sewaktu menunggu itulah satu kejadian yang tidak diduga terjadi. Seorang ibu anak darjah satu atau dua sebab kedudukan hujung dari tempat aku menunggu, yang juga mahu membeli kitab dan buku anaknya telah terduduk di atas simen ketika mahu melabuhkan punggung di kerusi. Memandangkan keadaan wanita tersebut yang obesiti beliau tidak dapat bangun sendiri. Tiga orang yang berdekatan segera memberi bantuan dan dibawa untuk didudukkan di batu tiang bendera yang berhampiran. Kasihan sebab sakit dan malu yang tidak terkata.
 |
| Menunggu giliran - Kerusi plastik ini tidak dapat menampung berat wanita tersebut. Kasihan. Mungkin kalau berdiri lagi selamat. Tetapi siapa sangka mahu terjadi begitu. |
 |
| Buku dan kitab adik - Sebelum disampul dengan plastik. Malam itu kesemuanya sudah pun selesai ditulis nama dan disampul dengan sempurna. |
Tahun 2015 ini adik akan diperkenalkan pelajaran baru, Jenayat. Sewaktu darjah 4 dan 5 diperkenalkan perkara Mu'amalat dan Munakahat, masuk darjah 6 perkara Jenayat bula diperkenalkan. Pada pandangan aku kalaulah undang-undang dijalankan mengikut syariat Islam akan indah dan lebih sistematik. Namun bila syariah terpaksa diselaraskan dengan civil agak bercelaru jadinya. Apa lagi bila timbul kes yang boleh melibatkan kedua-dua jalan syariah dan civil. Itulah yang kini Kak Reen kena menghadam perkara seperti Malaysia Law, Islamic Law, Law of Conract dalam pembelajarannya. Doa kami moga dipermudahkan buat Kak Reen yang sedang menghadapi peperiksaan dalam minggu ini dan minggu hadapan.
 |
| Minnie - Balik dari membeli buku mengikut papa ke projeknya dan singgah di Air Hitam membeli Minnie yang kepalanya jauh lebih besar dari kepala adik. |
 |
| Atas katil - Minnie sudah duduk di atas katil. Papa kata patung adik cacat sebab lengan, peha dan betis kecil tapi kaki dan tapak tangannya besar. Adik ketawa mengekek. |
Anak-anak yang tidak terkena banjir pasti tidak sabar untuk ke sekolah tetapi anak-anak yang tinggal di tempat pemindahan banjir tidak sabar untuk pulang ke rumah masing-masing. Bersama kita berdoa semoga banjir segera surut dan tidak ada gelombang ketiga yang lebih buruk terjadi.
~~ Luahan hati seorang lelaki di tempat pemindahan banjir yang terpaksa memakai baju wanita kerana bekalan baju diberi kebanyakannya adalah baju wanita. Berharap moga lebih banyak baju lelaki juga disedekahkan. Sedihnya...~~