Showing posts with label lunch. Show all posts
Showing posts with label lunch. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Masak sendiri, makan sendiri

Hidangan makan tengahari semalam
untuk tatapan di hari ini
ada ikan asam pedas dan juga ulam
tempe cili+bilis goreng kicap & tumis carrot+brokoli



Nasi masak di dalam pejabat
panas-panas makan sungguh nikmat
selain aku dapat berjimat
malas mahu turun panas teramat

~~ Hari ini aku bawa sayur bening kobis+kentang+suhun, ikan goreng dan terung masak pajeri. Jam 11:45 nanti baru aku tanak nasinya.~~



Monday, April 21, 2014

Basmati, daging, ayam dan sayuran diolah menjadi hidangan

Hari Sabtu lepas dua dari tiga anak dara aku berada di rumah. Sengaja aku mengambil cuti sehari untuk bersama mereka. Kakak sulung ada majlis Ihtifal Ilmiah antara sekolah-sekolah agama negeri Johor. Satu acara saja dia masih layak masuk iaitu musabaqah al-Quran. Acara ini termasuk dibawah usia 20 tahun. Lain-lain seperti tahun-tahun sebelum dia masih boleh memasuki pertandingan syarahan, bahas dan nasyid. Tetapi semua acara ini dibawah kategori bawah 18 tahun. Sebab itu tahun ini dia tidak layak untuk masuk bertanding lagi. 

Sementara anak-anak ada masaklah mengikut kehendak mereka.
Dalam rice-cooker - Nasi butter yang aku masak dengan kismis. Masuk kismis lebih dua genggam.
Kurma daging - Masak juga kurma daging. Oleh kerana aku juga buat ayam pencen goreng berempah, kaki ayam yang keras kematu aku masukkan dalam kurma daging. Ini masih dalam pressure cooker lagi.
Satu mangkuk besar - Buat juga coleslaw favourite anak-anak. Hubby dan anak-anak suka makan nasi arab atau yang seangkatan dengannya dengan coleslaw buatan isteri/mama mereka.
Sepinggan - Ayam pencen aku rebus dan goreng berempah. Ketumbar+jintan+halia+bawang putih+garam gaul sedikit rempah+serai dan daun kari. Letak daun kari lebih sikit semasa menggoreng. Lengkap hidangan tengahari Sabtu itu. Agihkan juga pada anak-anak yang bertandang ke rumah dan bekal ini juga  yang di bawa Yasmien balik asrama petang Sabtu itu.
Bersyukur kerana aku masih diberi peluang menyediakan hidangan buat orang-oarang tersayang. Sedih melihat bibik yang terpaksa meninggalkan anak-anak dan suami tetapi memasak hidangan buat keluarga orang lain demi mencari rezeki mereka.

~~ Sedap bagaimana pun makanan yang dinikmati selepas itu akan berlalu pergi. Namun gambaran keenakkan syurga Allah tidak ada tolok bandingnya dengan yang ada di dunia sekarang.~~


Wednesday, February 26, 2014

Bila hujung minggu tanpa anak dan suami

 
 ~~ Pagi makan dengan roti, tengahari makan dengan nasi.~~


Thursday, January 23, 2014

Nikmat makan di bawah pokok

Apabila makan di luar, salah satu yang perlu adalah mencari lokasi selesa. Situasi tempat makan pun turut mengambil peranan untuk menambah selera makan sebenarnya. Tempat kami makan sekeluarga ini hanya bersebelahan taman saja. Biasa kami makan di dalam restorannya tetapi kali ini hubby mengajak kami makan di luar bangunan. 

Sejenis pokok palm - Daunnya yang lebar mampu menutup keseluruhan meja makan. Sambil dipuput angin yang sepoi-sepoi terasa nyaman makan di bawah pokok palm ini. Nostalgia mengikut allahyarhamah mak ke kebun menerjah kembali. Sambil meneman mak kami makan bekal yang dibawa. Nikmat makan di kebun tidak dapat dirasa anak-anak sekarang.
Penuh dengan buah - Bukan saja daunnya yang menarik tetapi buah-buahnya yang meriah tambah menarik perhatian. Kalau kanak-kanak zaman aku dulu buah ini tidak sempat membesar habis digunakan sebagai 'peluru' untuk melastik.

Sekadar menunjuk kreativiti pengusaha restoran yang menjadikan pokok sebagai teduhan meja makan. Kami makan asam pedas ikan pari, sayur sup petola bebola ikan, sambal belacan, ikan goreng dan ulam-ulaman. Selain meja makan di bawah pokok palm ini, apa yang memikat selera keluarga kami sebenarnya hidangan asam pedasnya yang menyelerakan.

~~ Walaupun sekadar pokok biasa, seandainya kreatif menjadi tarikan pelanggan untuk berlabuh di situ.~~

Friday, December 27, 2013

Retoran Saujana yang nyaman

Sedikit dilanda kesibukan. Aku paparkan detik kami sekeluarga menikmati hidangan makan tengahari di sebuah restoran yang sungguh nyaman. Anak-anak sukakan pantai dan lautan. Kedudukan restoran ini diatas lautan berdekatan dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah. Makan sambil dipuput bayu lautan sungguh mengasyikkan.

Restoran Saujana - Melalui titian jeti yang diperbuat dari papan. Saujana mata memandang di kejauhan kelihatan kapal menuju pelabuhan.
Hidangan - Kami makan ikan siakap asam pedas, sotong goreng tepung, udang butter, tomyam campur, sayur campur, kerapu sweet sour dan ketam berlada.
Ketam pujaanku - Biasa kami membeli ketam yang kulit keras. Bila sesekali mencuba yang ini sedap pula. Senang adik makan tidak perlu menggunakan gunting pemecah seperti selalu.
Sampan - Terletak di bawah jeti laluan kami menuju ke restoran tersebut

Pokok mengkudu - Kami juga jumpa banyak pokok ini ditanam di sekiter tempat parkir kereta. Buahnya terbiar bergolek begitu saja.
Kepada kawan-kawan yang pergi ke Legoland atau Hello Kitty Town boleh saja terus menuju ke restoran ini untuk menjamu selera. Tetapi hari ini (Jumaat) restoran di tutup. Harga sangat berpatutan jika dibandingkan dengan makan di restoran yang terletak di bandar JB. 

~~Tetap warga Singapura juga yang memenuhi restoran ini.~~

Thursday, December 12, 2013

Pertemuan untuk menghilangkan rasa rindu

Dua tahun berpisah kerana tugasan, hari Isnin baru lepas sempena cuti Hol Al-Marhun sultan Johor kami bertemu lagi. Kali ini kembali bagi menghilangkan rasa rindu lama tidak berjumpa. Anak yang dulu sewaktu perginya belum tahu apa-apa kini sudah boleh memanggil walidnya dengan fasih sekali.

Mohd Thaqif - Inilah dia cucu saudara aku yang masih bayi ketika walidnya terbang ke Riyadh kini sudah boleh makan sendiri. Tidak mahu disuap oleh umminya. Sangat-sangat cerdik. Sepah tidak mengapa nenek zakie alas dengan tikar plastik Acik Adik Usu punya.
Si kakak - Sudah hendak masuk tadika tahun 2014 ini. Sedap betul kelihatannya makan mee soto nenek Zakie buat. Tidak toleh lagi bila dipanggil:)
Ala-kadar - Kunjungan yang tidak diberitahu. Makan sajalah apa yang nenek  masak ye sayang.
Tengok walid yang sihat bukan main - Ada cerita yang membuat kami ketawa. Sehari ketika walidnya baru tiba di rumah bila ditanya mana walid? Pantas jari telunjuk menunjukkan ke arah laptop. Walau jauh di Riyadh tetapi setiap hari mereka berhubung melalui skype. Sebab itu walau walid sudah di depan mata dia masih menunjukkan di laptop itu ada walidnya. Tapi darah daging walau tak pernah berjumpa sejak sudah besar (baru dua tahun) tetap mahu dipeluk/sayang dengan walidnya. Dengan orang lain dia tidak mahu.
Ole-ole - Banyak juga ole-ole dibelikan buat mama zakie dan keluarga. Salah satunya kurma madu ini. Kalau dulu masa beliau masih bersekolah mama Zakie memberinya duit raya tapi kali ini beliau yg memberi mama Zakie. Terharu rasa.
Balik sekadar tiga minggu pasti terasa cepat benar masa berlalu. Berada di rumah sendiri di KL seketika terus balik kerumah mummynya (Kak Long aku). Kemudian berziarah ke rumah semua nenek-atok dan mak-pak saudara.  Setelah selesai semua urusan dua anak yang akan ke sekolah tahun depan beliau akan terbang semula ke Riyadh pada 29-12-2013. Kerana tuntutan tugas terpaksalah berpisah dengan anak dan isteri lagi.

~~ Doakan moga anak buah aku terus berbahagia dan akan dapat bertugas semula di Malaysia.~~

Wednesday, September 21, 2011

WW - Today's Lunch


~~ Lama berpuasa terasa kekok hendak makan nasi di waktu tengahari.~~