Sesekali kita melihat dengan mata dan hati kita
ada ibu-bapa miskin punya anak ramai bilangannya
anak pandai namun tidak berupaya meneruskan pengajian pula
ada pula ibu-bapa berilmu dan berharta
anak sendiri tidak dikurnia, hatta anak angkat pun tidak punya
ada ibu-bapa yang berilmu dan tinggi akhlaknya
dikurnia anak yang bodoh dan dangkal perilakunya
ada pula ibu-bapa cacat dan miskin harta
anak dikurinakan cerdik dan berjaya belaka
ada juga ibu-bapa cacat dan miskin segalanya
anak pun cacat dan terus mewarisi kemiskinan yang ada
ada ibu-bapa yang kaya dan berjaya
anak juga mewarisi kebijaksanaan dan berjaya juga
ada ibu-bapa yang cantik rupa dan penuh bergaya
sayangnya anak hodoh tiada rupa dan tidak sempurna
ada pula ibubapa hodoh paras dan rupa
namun anak dikurnia cantik rupa dan budibahasa
di mana juga kita berada
di mana jua anak kita duduknya
hikmah dari Allah tidak kita ketahui mengapa
namun apa yang nyata
samada punya anak mahupun tiada
tanggung-jawab sebagai manusia tetap ada
biarpun berlambak mahupun tidak berharta
sesungguhnya disebalik hak kita ada hak orang lain juga
membuat perkongsian selagi ada hayat kita
1. “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Al-Anfal : 28).
2. Doa Nabi Ibrahim “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]. Dengan berkat kesungguhan Nabi Ibrahim AS dan keyakinannya, maka Allah SWT mengurniakan kepadanya anak yang penyabar iaitu Nabi Ismail AS dengan firmanNya yang maksudnya;“Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar” [As-Shafaat : 101]