Sila baca email yang aku terima pada hari ke 3 ramadhan lepas.
Salam...
Sebelum saya meneruskan email
ini dengan segala hormatnya saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya
Puan Nor
Ashikin Abdul Aziz, berasal dari Malaysia dan bekerja sebagai juru audit
di bahagian audit HSBC Bank AS. Dengan segala hormatnya saya meminta anda agar
menjaga isi kandungan e-mel ini sebagai amat sulit dan menghormati
integritinya.
Saya
ingin memberitahu anda informasi yang saya yakin akan menarik minat anda dan
anda terdorong untuk membantu saya. Saya tahu anda pasti tertanya-tanya kenapa
saya menghantar e-mel ini pada anda dan memilih anda. Saya memutuskan untuk
menghubungi anda melalui e-mel kerana saya kesuntukan masa dan memerlukan
bantuan anda sebagai rakan kongsi dalam menerima wang yang tiada pewaris
berjumlah US $1.3 Juta dolar yang masih berada di dalam akaun dan tidak lagi
aktif semenjak tahun 2002.
Dana
tersebut akan dibahagi dengan nisbah 50/40, 40% untuk anda dan 50% untuk saya
dan 10% untuk sebarang kos jika diperlukan dan dikeluarkan untuk melaksanakan
urusan ini. Setelah segala urusan selesai ianya terpulang kepada anda untuk
menggunakan wang tersebut untuk pelaburan, membeli hartanah atau membayar
hutang. Walaupun jumlahnya tidak seberapa, saya harap anda sudi menerimanya.
Saya memerlukan bantuan anda disini kerana pemegang akaun ini tidak mempunyai
pewaris.
Saya
mendapat tahu maklumat mengenai hal ini semasa melakukan audit dalaman. Saya
telah cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai pewaris namun menemui jalan buntu
kerana pemegang akaun ini tidak meninggalkan seorang pewaris pun. Saya tidak
dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya
memerlukan bantuan anda. Saya akan membantu anda untuk menjadi pewaris untuk
wasiat tersebut dan anda membantu saya untuk menerima wang tersebut. Hal ini
sangat penting kerana anda perlu membuat tuntutan tersebut dalam masa tiga
minggu atau bank akan memindahkan wang ini sebagai wang tidak dituntut dan
menjadi hak milik negara AS.
Saya akan
berikan maklumat lanjut tentang apa yang anda perlu lakukan untuk urusan ini
jika anda berminat dan saya percaya bahawa urusan ini akan berjalan lancar.
Keikhlasan anda untuk melaksanakan urusan ini sangat saya hargai. Pastikan anda
membalas e-mel ini melalui e-mel peribadi saya
(ashikinabdulaziz@yahoo.com) saya akan segera membalas email
anda.
Yang
Ikhlas,
PUAN NOR
ASHIKIN ABDUL AZIZ.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maaflah Pn Nor Ashikin harta itu terlalu banyak buat saya. Puan ambillah semuanya atau mungkin kalau puan berasal dari Malaysia carilah adik-beradik puan sebagai warisnya.
Semakin berpusu-pusu email seperti ini masuk ke inbox rakyat Malaysia sekarang. Musykil betulkah dia berbangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Masih adakah yang percaya.
Semakin berpusu-pusu email seperti ini masuk ke inbox rakyat Malaysia sekarang. Musykil betulkah dia berbangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Masih adakah yang percaya.
~~ Terpaksa aku hentikan petikan beberapa nas berkaitan ganjaran berpuasa dari tarikh 1-10 ramadhan kerana baru aku dapati ianya tidak sohih. Oleh itu terpaksa aku padamkan demi kebaikan bersama walaupun tujuan adalah untuk kebaikan tetapi kenyataan amat meragukan. Ianya ada dinyatakan dalam majalan Al-Ustaz yang terbaru tulisan Ustaz Muhamad Noor- Sarjana Muda Usuluddin( Tafsir hadis) MA (Hadis)~~