
Orang dahulu pergi sekolah jalan kaki.
Sekarang pergi sekolah bas/van/kereta/motor dan paling tidak pun naik basikal sendiri
Orang dahulu pergi sekolah bawa bekal dan duit 30-50 sen.
Sekarang pergi sekolah tak mahu bawa bekal dan kalau bawa bekal duit tetap RM 3-5/-
Orang dahulu belajar tidak ada kelas tambahan berbayar (tuition).
Sekarang belajar mesti ada kelas tambahan yang setiap satu mata pelajaran sekurang-kurangnya RM 30/-.
Orang dahulu belajar kongsi buku kerana ada penjaga yang tidak mampu.
Sekarang belajar kalau tidak ada buku yang diperlukan sanggup tidak pergi sekolah.
Orang dahulu belajar kalau tidak betul cikgu tidak takut-takut untuk pukul anak murid.
Sekarang belajar sudahlah tidak pandai, berani pula menghukum guru malah ada yang kurang didik (rasa kurang enak kalau disebut kurang ajar) tidak malu-malu menghentam pula guru yang mangajarnya.
Orang dahulu pergi sekolah pakai kasut sekolah sepasang saja (brand tidak penting). Kalau basah panggang belakang dapur atau gantung dekat dengan kipas angin.
Sekarang kasut sekolah berpasang-pasang dengan brand yang berbeza-beza.
Orang dahulu pergi sekolah guna satu beg sahaja sehingga tak boleh dipakai baru tukar baru.
Sekarang sekolah kebangsaan beg lain, sekolah agama beg lain, tuition beg lain dan asal ada saja keluaran beg baru beg yang masih boleh pakai pun hendak diganti baru.
Orang dahulu belajar kalau kena pukul cikgu takut hendak beritahu ibu-bapa (kena tambah lagi adalah).
Sekarang anak kena piat telinga sudah membuat laporan ke Balai Polis mengatakan telinga anak pekak kerana kena piat dan lebih teruk lagi kena naik-turun mahkamah.
Orang dulu jadi guru kelulusan baru tingkatan 5 saja. Boleh juga mendidik.
Sekarang ada yang jadi guru kelulusan phD pun ada kerana untuk menyara hidup sebab cari kerja lain tidak dapat (tambahan pula sekarang dugaan sebagai guru amatlah banyak. Sabarlah cikgu.....)
---
--
-
Buat semua guru yang pernah mendidik aku, jasamu terlalu agung untuk ku kenang. Susah payah mendidik suatu masa dulu tetap ku kenang sehingga ke akhir hayat.
---
--
-
Renungan bersama…..
BERGURU KEPALANG AJAR
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI