Segala kenangan yang ditinggalkan oleh ibu mertua aku masih kuat dalam kotak memori. Halaman rumah bagaikan taman dengan susunan pasu-pasu bunga dan deretan pokok-pokok yang ditanam disepanjang jalan masuk menuju tangga rumah. Manakala belakang rumah pula bagaikan homestay kecil yang tersusun. Penghuninya pasti riuh bila pagi-pagi dia datang membawa makanan yang disuakan. Pemergiannya menjadikan semua menjadi suram. Riuh-rendah penghuni homestay itu tiada lagi. Untuk meneruskan legasi arwah ibu mertua aku itulah hubby mengambil inisiatif membangunkan projek itu kembali.
Homestay ayam belanda - Bumbung sudah siap
Rumah baru - Membina reban ayam belanda kerana saiznya yang besar jadi rumah pun kena besar. Kalau ayam boleh tinggal 10 hingga 15 ekor tapi dia tinggal berempat saja.
Ayam Belanda - Aku pun tak tahu kenapa keluarga aku panggil ayam belanda. Kalau ikut istilah bahasa Inggeris "Turkey". Yang ini sebab masih kecil kena simpan di sini dulu.
Angsa - Mula-mula ada 2 ekor hitam dan 4 ekor kelabu+hitam tapi seekor yang hitam umurnya tak panjang. Kata emak dulu kalau kaki lebar itu jantan dan yang kaki kecil itu betina.
Itik - Kemana pergi mesti berkumpulan. Setiap sudut satu kumpulan. Rumah itik sudah cantik tidak perlu renovation. Selesa meronda sana-sini dalam reban.
Sementara - Itik baru disimpan dalam reban kecil sebelum bersedia dipindahkan ke rumah baru.-
-
-
--
-
Kini hampir setiap minggu hubby akan balik kampung sendirian untuk menjenguk homestay yang sudah siap sepenuhnya. Bagi memberi keselesaan penghuninya dan juga abang ipar yang menjaga makanan dan ubat-ubatan yang perlu disediakan, sedikit pengorbanan masa kenalah lakukan.
Ada satu petua diberikan oleh penternak bangsa Cina supaya penghuni tidak digigit nyamuk. Kalau kita beli telur, pengalasnya jangan dibuang. Ia boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk. Gantung pengalas telur ini dengan dawai di depan reban dan bila senja bakar sedikit bahagian hujungnya. Ia akan mengeluarkan asap secara perlahan-lahan dan ini juga dapat mengelakkan ternakan kita dari batuk. Jangan ketawa bila aku katakan ayam, itik, angsa dan ayam belanda pun batuk. Sekadar hiburan......
-
-
-
-
menerawang waktu itu
menerawang waktu itu
derai tawa seorang ibu
belai kasih seorang nenek
mencoret nostalgia
tinggalan cerita-cerita dulu
seperti semalam baru berlalu
segar berputaran
hingga membalut beban kerinduan
mencoret nostalgia
tinggalan cerita-cerita dulu
seperti semalam baru berlalu
segar berputaran
hingga membalut beban kerinduan




