Wednesday, August 3, 2011

Segmen Tauladan - Jom Ingat Pesanan Ibu Ayah



Tag dari Kak Ani Kerdipanrohani
Mengingat nostalgia zaman kecil dulu
Ingin dititipkan ingatannya di sini
Beberapa pesanan ayah dan ibu

1. Menyidai pakaian: Kalau hendak meyidai apa juga pakaian yang telah dicuci mestilah diterbalikkan. Sidai mengikut sais dan jenis. Kalau kain pelikat/batik mesti sidai ditempat yang sama. Susunan mesti cantik sama tinggi - sama rendah. Bahkan pakaian dalam yang kelihatan comel juga mesti di sidai mengikut posisi yang cantik tapi tidak boleh terdedah kepada pandangan mata orang yang lalu-lalang.


2. Mandi petang: Oleh sebab bapak kakak menjagar mengaji jadi setiap hari anak-anak sendiri mesti lebih awal duduk di tempat solat untuk berjemaah maghrib. Selepas mandi kami makan malam dulu bersama-sama. Tidak boleh tinggal walau seorang pun. Kami anak-anak yang telah khatam al-quran jadi guru juga pada anak-anak yang mengaji muqaddam (dulu manalah ada Iqra'). Kalau lambat mandi dikatakan akan mandi bersama dengan nenek kopek (nenek kopek katanya punya tetek yang besar dan kita boleh disembunyikan di bawah teteknya... huh... aku paling takut waktu itu).


3. Makan mesti habiskan: Pada bulan ramadhan kami puas makan berlauk ayam yang dibela sendiri. Tetapi sebelum sembelih ramai-ramai mengejar ayam keliling rumah. Kalau ayam masuk semak sekalipun kami tetap kejar juga (letih puasa tidak terasa). Bila ayam sudah tidak boleh bergerak lagi bermakna kami berjayalah. Kaitan dengan nasihat ini jika hendak makan sedap jangan sesekali tidak habiskan makanan yang telah diambil bimbang ayam akan mati. Kelakar bunyinya tetapi itulah kami tetap akur tanpa soalan.


4. Jangan melihat alat sulit ketika membuang: Paling memalukan kalau kena ketumbit kerana itulah natijah kalau masa membuang air suka melihat alat sulit. Kadang hingga boleh menjadikan hal-hal ini satu pertengkaran hingga menangis sebab kita tidak melihat pun masa membuang air tapi mata masih kena ketumbit juga.

Betapa anak-anak dulu begitu akur dan patuh tanpa banyak soal-jawab. Kalaulah perkara ini kita ajukan pada anak-anak sekarang pastinya akan menjadikan mereka gelak besar. Sebab itu bila sesekali berkumpul adik-beradik bersama anak-anak jika topik ini menjadi perbualan kami masing-masing segar mata, lupa tidur sehingga ayam telah berkokok menandakan subuh kian hampir.


Bagi memenuhi syarat diberi
tag kepada dua teman dikehendaki
kepada Acik Erna dan juga Eye_nee
marilah memeriahkan segmen ini



Selamat menjalankan ibadah berpuasa



Monday, August 1, 2011

Nasihat adik

Petang sebelum menjelang ramadhan selepas usai menunaikan solat asar terpandang nasihat ini. Selalu mama-papa-kakak yang menasihatkan dia tetapi kali ini dia pula menasihatkan kami. Nasihat kami selalau solat tidak boleh lengah dan cuba khatam al-quran sebelum menjelang malam 10 akhir ramadhan. Tapi nasihat adik lain macam bunyinya.

~Nabi s.a.w. melarang meninggalkan bersahur, beliau bersabda., yang ertinya: “Sahur adalah makanan yang barokah, janganlah kalian tinggalkan walaupun hanya meminum seteguk air kerana Allah dan Malaikat-Nya memberi selawat kepada orang-orang yang bersahur” (HR: Ibnu Abi Syaibah 2/8, Ahmad 3/12, 3/44 dari tiga jalan dari Abu Said Al-Khudri) ~