Malam 2hb Januari sekeluarga pergi makan malam di luar. Kehendak adik makan di steam-boat telah tertunai. Masa sudah suntuk untuk menunaikan kehendak Nurienne dan Yasmien. Malam itulah kami sekeluarga makan di The Newsroom, Puteri Pan Pacific menunaikan kehendak Nurienne sebab 3hb dia sudah kena balik ke asrama.
Lobby Puteri Pan - Setiap kali ke sini mesti patung boncit ini yang adik peluk.
Buffet - Tidak tahulah mungkin sebab tekak aku selera kampung aku lebih suka makan ulam-ulam dan sambal belacan yang beraneka. Anak-anak pula ke setiap meja buffet di jamahnya. Tidak ada ikan/udang/sotong bakar seperti biasa.
Adik & kakak - Adik siap panjat kerusi minta tolong waiter buatkan dia ABC. Aku suka sup ini cecah dengan bun yang beraneka.
Dewan sekolah Nurienne - Mendaftar dan pengagihan asrama pelajar
Dewan sekolah Nurienne - Mendaftar dan pengagihan asrama pelajarTertunai hajat Nurienne. Siang 3hb Januari menghantar dia balik asrama. Balik menunaikan pula kehendak Yasmien untuk makan di Singgah Selalu di Lido. Makan shark-fin sup, Ketam sweet sour, sayur kailan dan nasi putih. Bila sudah ditunai lega hati mama-papa.
Bermain - Bukan lapar sangat pun mereka makan sedikit yang lebih bermain. Lihat kaki adik saja yang nampak sebab kena timbus bebola warna-warni oleh si kakak.
Semalam - Hari pertama adik ke sekolah. Niat di hati mahu buat N3 untuk jadikan Rabu bisu tapi sibuk betul di pejabat sebab awal tahun. Steamyx pula buat hal bagaikan siput merangkak, lalu jalan terbaik aku biarkan blog menyepi seketika.
~~Aku percaya ramai yang dilanda kesibukan di awal tahun ini. Walau kerja banyak tetapi anak-anak perlu juga diurus. Masa bercuti untuk anak kita uruskan betul-betul, masuk pejabat buat kerja sungguh-sungguh, cepat selesai cepat dapat bonus.~~










