Tarikh 25-02-2012. Sementara anak-anak yang duduk di asrama diberi kelepasan untuk balik ke rumah pada hujung minggu aku bersama anak-anak telah pergi ke Jakel, Tampoi. Sungguh rambang biji mata melihat beraneka warna dan corak kain berderet-deret. Tujuan asal mahu mencari tudung buat Yasmien sebagai basahan di asrama tetapi akhirnya kami terjebak membeli kain bahan. Bila tiba di kaunter baru sedar lima ratus juga kami berhabis. Tapi dengan jumlah terkumpul itulah membolehkan kami layak untuk menyertai cabutan bertuah. Kalau ada tuah itu bolehlah dapat sebuah kereta Myvi atau paling tidak dapat laptop (berangan dulu hihihi....). Mereka yang berbelanja seribu ke atas boleh masuk ke peti cabutan bertuah yang ganjarannya dapat melancung ke Paris (hebat kan....).
Kini telah ada dua pasang kain yang belum berjahit setiap seorang. Niat di hati untuk dipakai dihari pernikahan sepupu anak-anak yang bertunang pada tahun lepas. Dijangkakan dapatlah dipakai pada pertengahan tahun. Tudung Yasmien pula telah siap berjahit dan akan dihantar pada hari Ahad ini.
Memilih - Anak-anak yang rambang mata memilih. Bila satu pilih polkadot semuanya ikut sama. Satu pilih berbunga semua pun ikut juga.
Pilihan masing-masing - Atas kiri (mama), bawah (Mak Zah), atas kanan (Nurienne) tengah kanan (Yasmien) dan bawah kanan (Adik)
Gambar atas - Dari kiri ke kanan untuk Mama, Nurienne, Yasmien dan adik.Gambar bawah - Tudung Yasmien (masa gambar ini diambil sudah berjahit tapi bahagian tepi belum dililin lagi).
~~ Kena pergi sekali lagi untuk persediaan awal sebelum menjelang puasa. Lama sudah aku praktikkan tidak menjahit di waktu bulan Ramadhan. Terasa lebih tenang.~~
