Terjadinya ini pada hari Jumaat lepas
Ramaja penghantar surat dari courier service masuk ke pejabat tergesa-gesa sebab hujan lebat di luar. Dengan termengah-mengah dia berkata "kakak cepat sikit kak, lebat ni". Aku pun cop dan sign "ok..ok... hah siap" kemudian ambil dokumen seperti biasa. Dalam minda aku mesti shipment dokumen yang aku nantikan. Ligat saja tangan aku membuka sampul. Apabila semua isi keluar terpandang semuanya anih belaka. Consignee bukan syarikat aku dan consignor pun tidak pernah aku kenal.
Habis sampul sudah aku koyak tanpa melihat slip di luar. Inilah gara-gara kalau membuat kerja kalut-mahu segera apa-apa pun boleh terjadi. Tidak boleh salahkan remaja tadi. Aku pun salah juga bila dia hulur dokumen minta cop dan tandatangan segera, aku pun buat cepat-cepat tanpa periksa. Mujur ianya milik syarikat berhampiran. Premis syarikat aku bekerja nombor 51, dokumen yang aku terima untuk premis nombor 57. Telefon kepada empunya dokumen minta dia datang untuk mengambilnya dari pejabat aku. Walau dia senyum waktu mengambilnya tapi dia merungut-rungut menyalahkan pihak remaja courier sebab hujan lebat waktu itu. "Maaflah salah saya pun salah juga sebab tak periksa betul-betul." Itu kata aku. "Biasalah madam, pernah terjadi pada saya juga. Terima kasih cepat beritahu sebab dokumen ini urgent sebab shipment dah sampai Pasir Gudang semalam."
~~ Walau cuba tidak mahu membuat silap tetapi ada kalanya silap tetap terjadi dalam hidup aku.~~





