Untuk mencari penceramah agama kini bagaikan cendawan tumbuh. Pilih sajalah ustaz atau ustazah mana yang mahu. Golongan yang mahu menderma atau membuat jariah juga tidak kurang ramainya. Katakan saja penceramah mana yang mahu dijemput pasti ada saja yang akan menghulur memberi berapa bayaran diperlukan. Tidak mampu ditanggung seorang akan dikongsi dengan teman-teman. Apa yang penting hajat untuk mendapatkan ilmu dari penceramah itu tercapai. Ilmu pula dapat dikongsi bersama masyarakat yang hadir.
Apa yang penting jangan sesekali menjadi pemecah-belah rumpun yang telah sekian lama aman harmoni. Seandainya kehadiran kita membuat yang aman damai rasa tergugat dari apa yang kita lakukan sebaiknya berundurlah. Tidak ada yang lebih baik seandainya jika kerana mahu berbuat amal tetapi sebaliknya dosa pula yang diperlolehi. Berhati-hatilah dalam membuat kebajikan. Jika ilmu disampaikan boleh melaga-lagakan umat sebaiknya kita hentikan. Islam itu indah tetapi sayangnya ada manusia-manusia yang kononya tinggi ilmu agamanya bercakaran pula. SiArif A menuding siBijak B, manakala siBijak B pula menuding siCerdik C. Masyarakat yang mendengar bercelaru jadinya.
Adalah tidak menjadi kesalahan seandainya apa yang kita ikuti tidak bercanggah dengan hukum-hakam agama. Apa lagi seandainya ikutan itu membuat yang jauh silaturrahim dapat dirasakan dekat di dalam hati. Keluarga disayang pula menikmati bersama hikmah dari apa yang diperolehi itu. Tidak salah juga mempelajari yang baru sekiranya ia menjadi penambah-baik suasana atau perencah kehidupan jadi lebih menarik. Samalah dengan resepi di dapur setiap rumah. Corak hidangan akan berubah selalu tetapi kena pastikan ianya adalah halalan toyyiban. Tidak salah orang Johor yang sinonim dengan asam pedas sesekali buat nasi dagang. Apa yang penting jauhi fitnah dan cuba mencari hikmah dari apa yang diperolehi.
 |
| Nasi dagang - Seperti nasi dagang yang aku masak semalam. Walaupun aku org Johor tapi aku ikut style Terengganu. Guna ikan tongkol yang aku gulai. Sedikit kelainan sebab aku regukan dengan acar timun-carrot dan daun salad. Apa yang penting halalan toyyiban, hubby dan anak-anak pun suka. Tidak semestinya duduk di Johor kena makan makanan Johorean saja. Buka minda dan hati seluas-luasnya. Mana yang baik kita ikut, yang tidak baik kita tinggalkan. |
~~ Islam itu indah. Ikut sajalah perundangan yang digariskan di dalam Al-Quran.~~
* Agak sibuk, mohon maaf mana yang belum sempat aku jenguk rumahnya.